You are on page 1of 8

Jangan tinggalkan 2 sunnah Nabi

selepas sembahyang Subuh


dan Maghrib

Peringatan ikhlas untuk yang dihormati:


(a) tuan-tuan imam yang dilantik yang
bertugas menjadi imam dalam sembahyang
fardhu Subuh dan Maghrib,
(b) para suami yang mengimami sembahyang
fardhu Subuh dan Maghrib,
(c) sesiapa sahaja yang menjadi imam
dalam sembahyang fardhu Subuh dan Maghrib
sama ada lelaki atau perempuan (sesama
perempuan),
(d) sesiapa sahaja yang mendirikan
sembahyang fardhu Subuh dan Maghrib sama
ada berjemaah (menjadi makmum) atau
seorang diri,

sama ada di masjid, surau, musholla, rumah,


pondok, madrasah, maahad, kolej, universiti,
pejabat,
1
Jangan lupakan,

SUNNAH PERTAMA

Selepas memberi salam ketika sembahyang Subuh


dan Maghrib, bacalah 10 kali1:

‫َ ال هَهَ ْاْله ْل َه‬،‫كَ ال هَه‬


‫كَ او ال هَهَ ْال اح ْم َده‬ ‫ا اا ا اه ا ْ ا ه ا ا ْ ا‬
َ ‫اّللَوحد َهَ َلَش ِرَي‬ َ َ‫َلَ ِإل َهَ َِإ َل‬
ْ ‫ه ْ ْ اه ْ ه ا ه ا اا ه ا ْ ا‬
.َ‫لَش يءََق ِد َير‬ َ ِ ‫َوه َوَعلىَك‬،‫ت‬ َ ‫ح ِ َي َيَ َوَي َِم َي‬
َ ‫َي‬
"Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-
Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang
menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha
Berkuasa atas segala sesuatu."

dalam keadaan mengekalkan cara duduk ketika


tahiyyat akhir ketika itu sama ada:

1
Jika imam membaca 3 kali umpamanya, jemaah teruskan membaca
sendiri secara perlahan sebanyak 7 kali lagi untuk mencukupkan
bilangan 10 kali.
2
(a) duduk secara tawarruk (kaki kanan
ditegakkan) atau

(b) duduk secara tawarruk tetapi kaki


kanan tidak ditegakkan kerana sakit atau
sebab lain atau

(c) duduk secara iftirasy (punggung duduk


di atas kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan)
atau

(d) duduk secara iftirasy tetapi kaki kanan


tidak ditegakkan kerana sakit atau sebab
lain atau

(e) duduk dengan melunjurkan kaki


kerana sakit atau

(f) duduk di atas kerusi,

3
‫‪JANGAN DIUBAH kedudukan kaki tersebut‬‬
‫‪seperti direbah (jika kaki kanan ditegakkan) atau‬‬
‫‪dilipat (jika kaki dilunjurkan) atau disilang-silangkan‬‬
‫‪(jika duduk di atas kerusi) atau terus duduk bersila.‬‬
‫‪Ganjarannya sangat besar sekali berdasarkan‬‬
‫‪hadith berikut:‬‬

‫ال َر هس ْو هل للا ‪َ ( :‬منْ‬ ‫َ‬ ‫َ ْ َ ْ َ َ َ ه َْه َ َ َ‬


‫ِ‬ ‫عن أ ِبي ذر ر ِض ي للا عنه‪ ،‬قال‪ :‬ق‬
‫ْ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َّ َ َ‬ ‫َ َ ْ هه ََ َْ ْ َ ه َ َ‬
‫قال ِفي دب ِر صَل ِة الفج ِر وهو ث ِان ِرج ِل ِه قبل أن يتكلم‪َ :‬ل‬
‫للا َو ْح َد هه ََل َشرْي َك َل هه‪َ ،‬ل هه ْاْله ْل هك َو َل هه ْال َح ْم هد‪ ،‬هي ْحييْ‬
‫إ َل َه إ ََّل ه‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫َّ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َه ْ ه َ ْ َْه َ ه َ ََ ه َ ْ َ ْ ٌ َ ْ‬
‫وي ِميت‪ِ ،‬بي ِد ِه الخير‪ ،‬وهو على ك ِل ش يء ق ِدير عشر مرات‪،‬‬
‫ان َل هه ب هكل َو ِاح َدة ِم ْن هه َّن َع َش َر َح َس َنات‪َ ،‬و َم َحى َع ْن هه بهاَ‬ ‫َك َ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫ََ َ َه ه‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َه َ َه َ َ َ‬ ‫َ َ َ َ َ‬
‫عشر س ِيئات‪ ،‬و ِفع له ِبها عشر درجات‪ ،‬وكان له ِبك ِل‬ ‫ر‬
‫َ َ ْ ه َّ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ َ ه َ َ ْ ْ ْ ه‬
‫و ِاحدة ِمنهن عدل رقبة‪ ،‬وكان يومه ذ ِلك ِفي ِحرز ِمن ك ِل‬
‫الش ْي َطان‪َ ،‬و َل ْم َي ْن َبغ ل َذ ْنب َأ ْن هي ْدر َك هه ف ْي َذلكَ‬ ‫َ ْ ه ْو َ َّ‬
‫مكر ه ِمن‬
‫ِ ِ ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬
‫ه‬ ‫ْ‬ ‫ْ َ ْ َّ‬
‫الشرك‪) .‬‬ ‫اليو ِم ِإَل ِ‬

‫‪4‬‬
“Daripada Abu Zar (al-Ghifari) radhiyallahu anhu
berkata: Rasulullah bersabda (ertinya), “Sesiapa yang
membaca 10 kali selepas sembahyang Subuh2 dalam keadaan
kakinya masih dalam keadaan tahiyyat akhir, sebelum berkata-
‫ه‬ ْ ‫ه‬ َ ْ ْ ‫ه‬ ‫ه‬ ْ َ ْ ‫َ َ َ َّ ه َ ْ َ ه َ َ ْ َ َ ه َ ه ْ ه ْ ه َ َ ه‬
kata, “ ،‫ يح ِيي وي ِميت‬،‫ له اْللك وله الحمد‬،‫َل ِإله ِإَل للا وحده َل ش ِريك له‬
َ َ ‫َ ه‬ َ ْ
‫ َو هه َو َعلى ك ِل ش ْيء ق ِد ْي ٌر‬،‫ “ ِب َي ِد ِه الخ ْي هر‬sepuluh kali, ditulis baginya
sekali bacaan itu 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10
kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 darjat
(kedudukan), dan dia diberi pahala seperti membebaskan
seorang hamba untuk setiap sekali semua bacaan itu dan
dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci
daripada syaitan dan tidak ada suatu dosa yang dapat
membinasakannya pada hari itu kecuali syirik
(menyekutukan) Allah."3

2
riwayat lain menyebut termasuk juga selepas sembahyang Maghrib
3
Riwayat Imam At-Tirmizi dengan sanad hasan, Imam Ath-Thobrani
menyebutnya di dalam Al-Aushoth dan Al-Kabir. Lihat juga Shahih
Targhib wa Tarhib (1/306). Imam An-Nasa'i menambah
ُ َ ْ
selepas ‫ت‬ُ ‫ي َو ُي ِم ْي‬
ُْ ِ ِ ‫ ُي ْح‬dengan '‫ي‬
ُُ ْ ‫' ِب َي ُِد ُِه ُالخ‬. Beliau (Imam An-Nasa'i)ُ juga
menambah (tentang ganjarannya): "Dan baginya setiap yang
dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba." Imam
Ath-Thobrani menambah: "Dan baginya setiap apa yang dibacanya
pahala membebaskan seorang hamba dari keturunan Nabi Ismail
dengan harga seorang daripada mereka senilai 12000 (tidak
disebutkan dinar atau dirham)...". Para ulama’ mengatakan tidak ada
keturunan Nabi Ismail yang menjadi hamba kerana kemuliaan mereka.
Ia adalah kiasan kepada banyaknya ganjaran melakukan amalan ini
seolah-olah kalaulah ada keturunan Nabi Ismail yang menjadi hamba,
tentulah harga untuk seorang daripada mereka sangat mahal.
5
Berjaga-jaga!

Jika seseorang merubah kedudukan kaki selepas


salam atau berkata-kata sebelum sempat
menghabiskan bacaan tadi 10 kali, dia tidak
mendapat pahala seperti yang disebutkan di
dalam hadith. Walau bagaimanapun, dia akan
mendapat pahala bacaannya sahaja.

Catatan: Untuk sembahyang lain, selain daripada Subuh


dan Maghrib, bacalah 3 kali.

SUNNAH KEDUA

Setelah membaca bacaan di atas 10 kali (untuk


sembahyang Subuh dan Maghrib sahaja), barulah
rongkai atau lepaskan kaki dan duduklah secara
duduk iftirasy atau bersila. Selepas itu, bacalah:

‫ا اه ا ا ْ ْ ا ا‬
.‫ار‬
َِ ‫ن الن‬
َ ‫َ َالله َم أ ِجرَِنيَ ِم‬

“Ya Allah, peliharalah diriku daripada api neraka”

atau,

6
‫ا ا ه ا ا ْا ا ا‬
‫ار‪.‬‬
‫ن الن َِ‬
‫َ َالله َم أ ِجرَناَ ِم َ‬

‫”‪“Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka‬‬

‫‪sebanyak 7 kali4 (untuk sembahyang Subuh dan‬‬


‫‪Maghrib sahaja) berdasarkan hadith berikut:‬‬

‫َ‬ ‫َ ْ َ ْ َّ ْ َ ْ َ َّ َ ْ َ َ َّ ه ْ َ ْ َ ْ‬
‫عن عب ِد الرحم ِن ب ِن حسان ال ِكنا ِن ِي أن مس ِلم بن الحا ِر ِث‬
‫َ‬ ‫ه‬ ‫ْ‬ ‫ه‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ َّ َ ه َ ْ َ ْ َ َ َ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬
‫للا ‪ِ ( :‬إذا‬ ‫ِ‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫س‬ ‫ِ ر‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫ال‬ ‫ق‬‫‪:‬‬ ‫ال‬ ‫ق‬ ‫‪،‬‬‫ه‬ ‫ي‬
‫ِ ِ‬ ‫ب‬ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫ه‬ ‫ث‬ ‫د‬ ‫ح‬ ‫‪،‬‬ ‫ي‬ ‫م‬ ‫ي‬
‫ِ ِ ِ‬ ‫م‬ ‫الت‬
‫الص ْب َح َف هق ْل َق ْب َل َأ ْن َت َت َك َّل َم َأ َح ًدا ِم َن ا َّلناس ‪َ :‬ا َّلل ههمَّ‬‫ص َّل ْي َت ُّ‬ ‫َ‬
‫ِ‬
‫النار‪َ ،‬س ْب َع َم َّرات‪َ ،‬فإ َّن َك إ ْن م َّت م ْن َي ْومكَ‬ ‫َأج ْرن ْي م َن َّ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ ِ‬
‫َ‬ ‫َ َ َ َ َ ه َ َ َ ً َ َّ َ َ َ َّ ْ َ ْ َ ْ‬
‫ذ ِلك‪ ،‬كتب للا لك ِجوارا ِمن الن ِار‪ ،‬وِإذا صليت اْلغ ِرب‪،‬‬
‫َّ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ ه ْ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َّ َ َ َ ً َ َّ َ َّ ه َّ َ‬
‫اس‪ :‬اللهم أ ِجرِني ِمن الن ِار‬ ‫فقل قبل أن تتكلم أحدا ِمن الن ِ‬
‫للا َلكَ‬ ‫َس ْب َع َم َّرات‪َ ،‬فإ َّن َك إ ْن م َّت م ْن َل ْي َلت َك ت ْل َك‪َ ،‬ك َت َب ه‬
‫ِ ِ‬ ‫ِ ِ ِ ِ‬
‫َّ‬ ‫َ‬
‫ِج َوا ًرا ِمن الن ِار‪) .‬‬

‫‪4‬‬
‫‪Jika imam membaca 3 kali umpamanya, jemaah teruskan membaca‬‬
‫‪sendiri secara perlahan sebanyak 4 kali lagi untuk mencukupkan‬‬
‫‪bilangan 7 kali.‬‬
‫‪7‬‬
“Daripada Abdur Rahman bin Hassan al-Kinani berkata,
“Sesungguhnya Muslim bin Al-Harith at-Tamimi, dia berkata
daripada ayahnya berkata: Rasulullah berkata kepadaku
(ayah kepada Muslim) (ertinya), “Apabila kamu selesai
menunaikan sembahyang Subuh, maka bacalah sebelum kamu
berkata-kata dengan seseorang daripada orang ramai:
“Allaahumma ajirnii minan nar”, 7 kali, maka sekiranya kamu
meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan
dari api neraka. Dan apabila kamu selesai, menunaikan
sembahyang Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-
kata dengan seseorang daripada orang ramai: “Allaahumma
ajirnii minan nar”, 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia
pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api
neraka.”5

Catatan: Untuk sembahyang lain, selain daripada Subuh


dan Maghrib, bacalah 3 kali.

Al-Faqir ilallahil Qadir,


Ustaz Muhadir bin Haji Joll
12.15 am, Ahad,
18 Ramadhan 1439H/ 3 Jun 2018M,
Bersebelahan Al-Masjidil Haram,
Makkah al-Mukarramah.

5
Riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud dan Imam An-Nasa'i. Disebut
juga oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam Nata'ij al-Afkar
(2/326), Al-Futuhat ar-Rabaniyyah (3/69) dan Hidayah ar-Ruwah
(2/472).
8

You might also like