You are on page 1of 10

Bahagian A : Pilih dan bulatkan jawapan yang betul sahaja.

1. Antara berikut yang manakah tidak termasuk dalam perubahan


fizikal remaja perempuan?
A Tumbuh bulu pubis C Pertumbuhan jerawat
B Testis menjadi matang D Payudara membesar

2. AADK adalah singkatan dari perkataan


A Ahli Angkasawan Dalam Kedah
B Agensi Antara Daerah Kelantan
C Agensi Anti Dadah Kebangsaan
D Anak Anak Datuk K

3. Antara berikut yang manakah penyakit berjangkit?


A Penyakit jantung C Diabetes
B Campak D Kareis gigi

4. Antara sumber nutrien berikut yang manakah tidak membekalkan


protein?
A Ikan C Telur
B Sayur tomato D Daging

5. Perkara utama yang perlu dilakukan ketika berlaku kemalangan jalan


raya ialah …………..
A menghubungi ambulans C menghubungi rakan
B menghubungi polis D memandang dari jauh

6. Antara berikut, yang manakah dikategorikan sebagai perasaan


negatif?
A Marah C Gembira
B Sayang D Teruja

7. Untuk mengekalkan tahap kesihatan, seseorang itu perlu menjalani


pemeriksaan doktor…………………………
A 4 tahun sekali C 6 tahun sekali
B 4 bulan sekali D 6 bulan sekali
8. Berikut adalah kesan negatif terhadap seseorang yang mengambil
dadah kecuali………………
A ia meningkatkan pencapaian atlet untuk pencapaian yang
cemerlang
B ia mempercepatkan kadar denyutan nadi yang boleh
menyebabkan koma
C ia merosakkan hati dan komplikasi jantung
D dibantalkan penyertaan atau digantung dari acara

9. Cara menghormati perubahan fizikal orang lain yang betul ialah:


A Menyisihkan mereka C Mengejek
B Beri sokongan moral D Larang bermain bersama

10. Manakah yang tidak boleh disenaraikan dalam makanan segera?


A Burger C Kentang goreng
B Buah buahan D Pizza

11. Adik ingin menyentuh soket dengan tangan yang basah. Sebagai
kakak/abang, apakah tindakan anda?

a) Menangkap gambar dan menviralkan di facebook

b) Memukul adik kerana degil

c) Melarang adik daripada menyentuh soket dengan tangan yang basah


untuk mengelakkan renjatan elektrik

d) Membiarkan adik menyentuh soket dengan tangan yang basah

12. X ialah anggota badan yang berfungsi untuk menghadamkan


makanan. Apakah x?

a) paru –paru
b) jantung
c) otak
d) usus
13. Vitamin dibekalkan oleh makanan ini. Apakah makanan tersebut?

a) kacang tanah
b) epal
c) nasi
d) roti

14. Setiap hari, tubuh manusia memerlukan karbohidrat kepada tubuh kita
kecuali

a) daging merah

b) kacang

c) Nasi putih

d) air putih

15. Apakah kepentingan mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam


kehidupan seharian?

a) Dapat mewujudkan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga

b) mewujudkan persengketaan antara ahlikeluarga

c) supaya mewujudkan perasaan dendam

d) menjarakkan perhubungan antara ahli keluarga

16. Berikut merupakan cara bagi mengeratkan hubungan silaturrahim


kecuali

a) menziarahi kaum keluarga

b) sentiasa mengadakan jamuan makan bersama

c) sibuk dengan aktiviti masing – masing

d) menyambut ulang tahun kelahiran


17) Pilih jawapan yang betul bagi cara untuk menangani konflik dengan
rakan?

a) mengucapkan perkataan kesat kepada rakan


b) menulis perkataan - perkataan kasar dan berbentuk perkauman di
media sosial
c) mencaci rakan
d) memohon maaf kepada rakan

18) Apakah contoh situasi yang boleh mengeratkan hubungan


kekeluargaan?

a) makan bersama keluarga

b) berkelah di tepi pantai

c) bermain bola tampar bersama abang

d) berkelahi antara adik beradik

19. Apakah penyakit yang disebabkan oleh bawaan nyamuk Aedes?

a) Demam Kuning
b) Demam Malaria
c) Demam Denggi
d) Sawan

20. Nyamuk X akan menyebabkan penyakit demam malaria berlaku.


Apakah x?

a) Anopheles
b) Aedes
c) Chingukunya
d) Aegeypti

21. Bagaimanakah Ali ingin mengenal pasti ciri- ciri yang terdapat pada
badan nyamuk aedes?

a) Terdapat warna perang kemerahan pada badannya


b) Terdapat belang putih kehitam –hitaman pada badannya
c) Terdapat warna coklat kehitaman pada badannya
d) Terdapat warna putih berbelang kelabu pada badannya
22. Baca pernyataan di bawah.

Nyamuk tiruk boleh menyebabkan demam malaria berlaku.


Kebiasaannya, badan nyamuk ini berwarna…………………

Apakah warna yang terdapat pada badan nyamuk tiruk?

a) Coklat keperangan
b) Belang hitam putih
c) Putih berbelang kelabu
d) Coklat kehitaman

23. Antara berikut merupakan cara – cara untuk mencegah demam


denggi dan demam malaria daripada berlaku kecuali

a)
Tutup bekas yang terbuka
b)
Menyembur aerosol
Meletakkan ubat jentik – jentik pada tempat simpanan air
c)
d)
Memakai seluar pendek apabila berada di luar rumah ketika
waktu senja
24. Keluarga Pak Ibrahim telah didenda untuk membayar kompaun
kepada Kementerian Kesihatan atas beberapa kesalahan. Pada
pendapat anda, apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh keluarga
Pak Ibrahim?

a) Memasang jejaring pada tingkap rumah


b) Bergotong royong membersihkan halaman rumah
c) Mempunyai tayar buruk yang menakung air
d) Memakai baju lengan pendek

25. Berikut merupakan contoh situasi yang mengancam keselamatan diri


kecuali

a) Berjalan seorang diri


b) Makan dengan ahli keluarga
c) Berlari di atas jalan raya
d) Bermain di tepi tasik
26. Mengapakah situasi di atas dikatakan selamat dan tidak
membahayakan keselamatan?

a) 3 budak perempuan tersebut berbasikal menggunakan baju


yang sama
b) 3 budak perempuan tersebut menggunakan topi keledar dan
kasut sukan yang sesuai semasa berbasikal
c) Kerana mereka menggunakan basikal 4 roda

27. Kenal pasti situasi yang boleh mengancam keselamatan anda.

a) c)

b) d)

28. Berikan cara yang sesuai untuk dilakukan sekiranya anda ingin
melintas jalan

a) Melihat kiri sahaja

b) Berlari dengan pantas untuk mengelakkan anda dilanggar

c) Menggunakan lintasan zebra/ jejantas


29. Apakah cara yang selamat sekiranya ada orang yang tidak dikenali
memberikan anda gula –gula ?

a) Katakan tidak ataupun menggeleng dan terus berlari ke arah


ibubapa anda

b) Mengambil gula –gula tersebut lalu memakannya

c) Mengucapkan terima kasih kepada orang tersebut

30. Abang bermain game Mobile Legend sambil mengecas telefon


bimbitnya. Ramalkan apakah yang akan berlaku?

a) Abang akan memenangi game tersebut

b) Abang akan terkena renjatan elektrik

c) Kakak akan memarahi abang kerana kakak juga ingin


menggunakan pengecas yang sama
Bahagian B

1. Labelkan anggota seksual di bawah.

(5 Markah)
2. Suaikan gambar makanan dengan kumpulan yang betul.

Karbohidrat

Protein

Vitamin

Lemak

(5 Markah)
3. Tanda (/) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang
salah.

1. Katakan “Tidak” kepada rokok.

2. Hidup sihat tanpa rokok.

3. Tabiat merokok perlu dijadikan amalan hidup kita.

4. Orang yang merokok tidak disukai oleh kawan-kawan


yang tidak merokok.

5. Nafas berbau busuk apabila merokok.

6. Merokok boleh membahayakan kesihatan diri.

7. Cerut merupakan satu jenis bahan tembakau.

8. Rokok mengandungi banyak bahan yang berbahaya


kepada kesihatan diri.

9. Paru-paru perokok lebih sihat daripada paru-paru bukan


perokok.

10. Tabit merokok membazirkan wang.

(10 Markah)

You might also like