You are on page 1of 8

(QGK 3013) KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Gejala obesiti dalam kalangan pelajar bukanlah sesuatu yang baru. Kajian
menunjukkan sebilangan besar pelajar sekolah berisiko untuk menjadi obesiti. Gaya
pemakanan dan gaya kehidupan seharian seseorang sangat penting. Gaya pemakanan
yang baik dan seimbang merangkumi amalan pemakanan mengikut priamid makanan
yang disyorkan serta mematuhi jadual seperti bersarapan pagi, makan tengah hari dan
makan malam. Pengambilan makanan yang berzat dan berkualiti sangat mempengaruhi
gaya hidup pelajar. Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim (1992), pengambilan
makanan yang merangkumi daripada kumpulan vitamin, karbohidrat, protein dan zat
besi akan membekalkan sumber tenaga dan membantu pembinaan tulang serta otot.
Vitamin berupaya membantu mencegah pelbagai jenis penyakit dan membantu proses
metabolisme dalam badan.

Amalan pemakanan yang sihat amat penting bagi mengelak dijangkiti penyakit
kronik kerana pengambilan makanan berkhasiat dapat meningkatkan keupayaan mental
dan fizikal. Masalah kegemukan atau obesiti merujuk kepada kandungan lemak badan
yang tidak normal dengan purata BMI yang melebihi 30% dari berat badan ideal.
Obesiti juga merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang.
Obesiti merupakan satu penyakit yang mampu mengganggu fungsi organ dalaman
dalam badan manusia. Gejala obesiti juga akan mengundang masalah sampingan lain
seperti penyakit kadiovaskular, masalah penafasan dan juga diabetes.

Tinjauan kebangsaan dan mobiditi ketiga (NHMS III) yang dijalankan di


Malaysia pada tahun 2006 mendapati 5.36% daripada kanak-kanak dan remaja bawah
18 tahun mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Satu kajian ilmiah telah
dijalankan oleh Malaysian Association for the Study of Obesity (MASO) telah
menerbitkan dokumen bertajuk “Strategy for the Prevention of Obesity - Malaysia”.
Dokumen ini telah menerangkan cadangan-cadangan yang dapat membantu mencegah
masalah berat badan individu yang ketara serta melepasi BMI yang ditetapkan. Jawatan

1
(QGK 3013) KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

kuasa teknikal penerbitan dokumen ini dianggotai oleh MASO, Malaysian Dietitians
Association, Universiti Kebangsaan Malaysia, Nutritions Society of Malaysia, dan
Pensyarah Cemerlang IPG. Jawatan kuasa teknikal ini bertanggungjawab mengkaji,
mengemaskini dan menyemak semula setiap lima tahun sekali.

Dokumen ini antara lain mengandungi informasi berkaitan dengan definisi dan
klasifikasi obesiti, kelaziman dan gaya, kesan terhadap kesihatan dan ekonomi. Faktor
yang menyumbang kepada obesiti serta strategi pencegahan juga turut dicadangkan
untuk kajian lanjutan pada masa akan datang. Dokumen ini dibangunkan melalui
bengkel konsensus sebagai panduan kepada pengeluar produk makanan, pakar-pakar
dietetik, lain-lain profesional berkaitan, serta pendidik untuk membantu mereka
mendidik kumpulan sasaran terutamanya warga sekolah, keluarga dan masyarakat.

Obesiti boleh didefinisi sebagai satu keadaan tidak normal atau pengumpulan
lemak berlebihan di dalam tisu adipose yang menyebabkan kesihatan mungkin terjejas.
Walau bagaimanapun individu yang mengalami obesiti, menghadapi masalah berbeza
mengikut jumlah lebihan lemak yang mereka simpan seperti masalah pengedaran lemak
di badan. Lebihan lemak di perut akan berisiko diserang penyakit. (WHO, 1998).

Kelaziman obesiti dalam kalangan kanak-kanak akan meningkat secara drastik


dan menjadi trend seluruh dunia. Peningkatan obesiti di kalangan kanak-kanak sukar
untuk diukur atau dibandingkan. Trend obesiti di peringkat tempatan atau antarabangsa
adalah berbeza kerana terdapat pelbagai definisi obesiti dalam kalangan kanak-kanak
telah digunakan namun belum ada satu pun definisi yang standard diterima (Cole et al.,
2000). Menurut data yang telah dikeluarkan oleh National Center for Health Statisticts
(NCHS) sekarang ini dianggarkan 1daripada 5 kanak-kanak di Amerika Syarikat
mengalami berat badan yang berlebihan. Kelaziman obesiti di kalangan kanak-kanak

2
(QGK 3013) KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

dan remaja di Amerika Syarikat telah berganda sejak dua dekad yang lalu (Barlow &
Dietz, 1998).

Mengikut kajian yang dijalankan di Semenanjung Malaysia pada 1996,


dilaporkan keseluruhan kelaziman obesiti di kalangan pelajar sekolah di seluruh
Selangor telah mencapai 7.8% (Bong & Jaafar, 1996). Pelbagai faktor telah dikesan
sebagai penyebab utama berlakuknya gejala obesiti dalam kalangan pelajar di negara
kita. Antara faktor yang dikenal pasti adalah kelemahan sesetengah ibu bapa yang
dilihat mengamalkan gaya hidup yang lebih santai. Mereka juga turut menyumbang
kepada gejala obesiti dalam kalangan anak-anak mereka apabila setiap sajian yang
disediakan tidak mengikut jadual pemakanan yang sihat. Sebagai contoh ibu bapa lebih
cenderung untuk membawa anak-anak mereka menikmati makan malam di restoran-
restoran makanan segera seperti KFC, McDonalds, Pizza Hut dan sebagainya. Makanan
yang dihidangkan mengandungi kalori yang amat tinggi sama ada dalam bentuk lemak
atau gula.

Kajian yang dijalankan oleh Drewnowski dan Popkin (1997) mendapati bahawa
trend pengambilan makanan berlemak dalam kalangan rakyat Asia antara 1975-1994
adalah sangat tinggi. Situasi ini berkait rapat dengan status ekonomi keluarga. Kajian
menunjukkan semakin tinggi pendapatan keluarga semakin tinggi pengambilan
makanan berlemak yang diambil oleh isi rumah berkenaan. Bukti ini disokong oleh
Ismail (2002) yang mendapati makanan segera dan minuman berkarbonat merupakan
pilihan utama golongan ini dan makanan sedemikian menyumbang kandungan kalori
yang amat tinggi. Ismail (2002) juga menambah golongan berpendapatan sederhana dan
mewah juga dilihat lebih cenderung untuk mengambil makanan yang mengandungi
kandungan lemak dan gula yang tinggi.

3
(QGK 3013) KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Di Malaysia gejala obesiti dalam kalangan murid-murid turut dipengaruhi oleh


faktor yang sama iaitu kealpaan dan kelalaian ibu bapa. Menurut Norkumala (2007),
masyarakat negara ini khususnya murid-murid berisiko dengan pelbagai masalah dan
penyakit kronik kesan daripada amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Ini
disokong oleh kenyataan Menteri Kesihatan jika kita tidak membetulkan tabiat
pemakanan anak-anak kita kita akan berhadapan dengan masalah berat badan yang
berlebihan pada masa akan datang. Pertambahan berat badan selalunya disebab
ketidakseimbangan tenaga dan pengambilan kalori lebih daripada keperluan. Bagi
mengurangkan berat badan seseorang itu perlu mencipta defisit dengan memakan
makanan kurang kalori, memperbanyakkan senaman atau aktiviti fizikal atau kedua-
duanya sekali.

Faktor pesekitaran juga mempengaruhi gejala obesiti, ini adalah kerana


pengaruh media massa yang menyiarkan iklan-iklan makanan ringan, minuman-
minuman bergas serta restoran-restoran makanan segera amat menarik minat kanak-
kanak. Para peniaga menyembunyikan fakta berkaitan kesan sampingan akibat
pengambilan makanan ini dalam kuatiti yang banyak dan kerap.

Peranan Kementerian Pendidikan juga tidak dapat dinafikan, dengan dasar yang
ada sekarang, sistem pendidikan negara kita dilihat sangat menitikberatkan pencapaian
akademik antara punca atau penyebab gejala obesiti dalam kalangan pelajar. Sebagai
contoh Mata pelajaran Pendidikan Jasmani hanya diajar sekali atau dua kali sahaja
dalam seminggu adalah tidak mencukupi. Murid-murid dihidangkan dengan mata
pelajaran yang tidak mengaktifkan pergerakan fizikal mereka.

Gaya personaliti dan gaya berfikir kanak-kanak turut memainkan peranan


terhadap obesiti. Tindak tanduk akibat perasaan putus asa mampu mendorong individu
unuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan. Gaya pemikiran yang tidak rasional

4
(QGK 3013) KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

dan kekurangan kemahiran penyelesaian masalah mendorong makanisme negatif yang


mungkin melibatkan tindakan yang menyebabkan pertambahan berat badan (Byrne,
2002).

Budaya masyarakat turut menjadi faktor penyumbang kepada gejala obesiti


dalam kalangan kanak-kanak. Budaya sering kali memainkan peranan penting dalam
membentuk masyarakat. Tanggapan masyarakat yang menjadi budaya seperti
mengatakan kegemukan adalah baik kerana ianya melambangkan kemampuan,
kemakmuran, kecantikan dan kegagahan pada individu dan keluarganya. Ini akan
mempengaruhi tingkah laku pelajar sekolah untuk makan makanan secara berlebihan.

Mengikut dapatan kajian yang dilakukan oleh Hon Loon Chong, Thian Lian Su,
Rahmah Rasat (2012) faktor bangsa adalah tidak signifikan dengan gejala obesiti dalam
kalangan pelajar. Sejak 10 tahun lalu pembangunan sosial ekonomi pembangunan sosial
ekonomi di Malaysia berkait rapat dengan perubahan cara hidup masyarakat terutama
dalam konteks pengambilan makanan. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor
demografi bandar dan luar bandar juga mempengaruhi gejala obesiti. Sebagai contoh
kadar obesiti di kalangan kanak-kanak berumur 7-8 tahun di Kota Kinabalu adalah 2.5%
berbanding 7.5% di Kuala Lumpur (Hon Loon Chong, Thian Lian Su & Rahmah Rasat,
2012).

Tidak dapat dinafikan lagi gejala obesiti akan meninggalkan kesan jangka masa
panjang. Secara ringkas kesan sampingan yang sukar dielakkan seperti berhadapan
dengan risiko penyakit jantung, darah tinggi, kanser, penyakit kencing manis, emosi
yang tidak stabil, kesihatan mental dan stigma sosial. Risiko yang biasa berlaku di
kalangan pelajar pada peringkat awal seperti hipertensi, penyakit jantung, strok, dan
kencing manis. Kesan jangka pendek juga turut dikenal pasti iaitu pelajar obesiti
berisiko untuk menjadi kanak-kanak murung, rendah diri dan dibuli di sekolah.

5
(QGK 3013) KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Sebagai ibu bapa, kita seharusnya berusaha untuk memastikan anak-anak kita
tidak berhadapan dengan risiko dan menjadi pelajar obesiti. Langkah-langkah
pencegahan yang sewajarnya perlu diambil seperti mengawal pemakanan mereka.
Kajian menunjukkan cara pemakanan yang baik ialah cara makan “orang miskin”.
Makan seperti biasa dan dalam kuantiti yang sederhana.

(1250 patah perkataan)

6
(QGK 3013) KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

RUJUKAN :

WHO. (1998). Obesity: Preventing and managingthe global epidemic. Report of a


WHO Consultation on Obesity. Geneva: World Health Organisation.

Bong ASL, dan Jaafar. (1996). Obesity among year 1 and 6 primary school children in
Selangor Darul Ehsan. Malaysia Journal of Nutrition 2 :21-27

Barlow SE, dan Dietz WH, (1998). Obesity evaluation and treatment: expert committee
recommendations. Pediatrics 102 :29

Cole TJ, Bellizi, MC, Flegal KM & Dietz WH. (2000). Establishing a standard
definition for child overweight and obesity worldwide: international survey.
British Medical Journal 320 :1240-1243

Drewnowski A. (1998). Energy density, palatability, and satiety: implications for weight
control. Nutrition Reviews. 55(2) :31-43

Hon Loon Chong, Thian Lian Soo, Rahmah Rasat. (2012). Childhood obesity –
prevalence among 7 and 8 year old primary school students in kota kinabalu.
Medical Journal of Malaysia, Vol 67 No 2 :147-150

Ismail MN. (2002). The nutrition and health transition in Malaysia. Public Health
Nutrition 5(1A) :191-195

Kyung E. Rhee, Julie C. Lumeng, Danielle P. Appugliese, Niko Kaciroti, & Robert H.
Bradley. (2006). Parenting styles and overweight status in first grade. Pediatrics
117 :2047-2054.

Mohd Ismail Noor, Poh Bee Koon, Zawiah Hashim. (2005). Strategy for the prevention
of obesity - Malaysia. Technical Committee on Strategies for the Prevention of
Obesity Malaysia. Malaysian Association for the Study of Obesity (MASO),
Department of Nutrition and Dietetics, Faculty of Allied Health Sciences,
Universiti Kebangsaan Malaysia,

Norkumala binti Awang. (2007). Gaya pemakanan mempengaruhi kesihatan


masyarakat. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM): Mac 5, halaman 1

7
(QGK 3013) KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Ogden C, Flegal K, Caroll M, Johnson C. (2002). Prevalence and trends overweight


among US children and adolescents 1999-2000. JAMA, 288:1728-1732

Patricia MA dan Kristin FB. (2006). Chilhood obesity: trends and potential causes.
Spring Vol 16 No. 1 :19-45

Sonia C., Stephen R.D., Adam D., Francine R.K., Lawrence A.P., Arlan L.R., & Jeffrey
B.S. (2008). Influence of race, ethnicity and culture on childhood obesity:
implications for prevention and treatment. Diabetes Care Vol 31 No. 11 :2211-
2221

You might also like