You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG GELUGOR

34750 MATANG PERAK


KOD SEKOAH :ABA6006
NO. TEL & FAKS 05 -8451985 ABA6006@1bestarinet.yes.my
_______________________________________________________
“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : Bil. (1) dlm SKMG 01/01/17
Tarikh : 20 Disember 2017

Kepada :
Semua Guru
Tuan / Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH KALI PERTAMA / 2018

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat JKKS kali pertama akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 26 Disember 2017
Masa : 9.00 pagi
Tempat : MAKMAL KOMPUTER SKMG

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:


2.1 Perutusan Pengerusi
2.2 Membentangkan Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
2.3 Perkara Berbangkit
2.4 Pembentangan Dan Penjelasan Kertas Dasar Pengurusan Kurikulum
2.5 Agihan Tugasan Kurikulum
2.6 Pengurusan Kurikulum Berdasarkan SKPM
2.6.1 Pencapaian UPSR 2017
2.7 Perancangan Strategik Kurikulum
2.8 Kewangan Kurikulum
2.9 LINUS
2.10 PBS
2.11 Hal- hal lain
2.12 Penutup

3. Kehadiran tuan / puan ke mesyuarat ini amat diharapkan. Kerjasama dan perhatian yang tuan /
puan berikan di dahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HASFIZAH BINTI ABU SEMAN)


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
SK MatangGelugor,
34750 Matang

.
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM KALI PERTAMA 2018
SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG GELUGOR

Tarikh : 26 Disember 2017


Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor
Pengerusi : En. Omar bin Ibrahim (Guru Besar SKMG)

Kehadiran
1. En. Omar bin Ibrahim (Guru Besar)
2. Pn. Hasfizah binti Abu Seman (Penolong Kanan Kurikulum)
3. En. Azizul bin Shukri (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. Pn. Kalsom binti Jaafar (Penolong Kanan Kokurikulum )
5. Pn. Samsina binti Saharudin (Setiausaha)
6. Pn. Azizah binti Hasan
7 Pn. Noor Shamira binti Sabari
8. Pn. Rohaniza binti Abdul Rashid
9. Pn. Norasliza binti Mohd. Aseri
10. En. Ahmad Jaman bin Bajar
11. Pn. Nurul Huda binti Hamsan
12. En. Mohamad Shariff bin Md Akhir
13. En. Nor Faiz bin Amin
14. En. Mohd Najib bin Ab Hamid
15. Pn. Rosliza binti Mohamad

Tidak hadir :

1. En. Mohamad Faizal bin Azllan (bersebab)


Agenda Mesyuarat :

1. Perutusan Pengerusi – En. Omar bin Ibrahim (Guru Besar)

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang dan
terima kasih atas kehadiran guru-guru kerana menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Kali Pertama bagi sesi persekolahan tahun 2018.
1.2 Beliau amat mengharapkan semua guru dapat memberikan komitmen sepenuhnya
sepanjang 2018 agar visi dan misi sekolah dapat dicapai. PDPC hari pertama ialah pada 2
Januari 2018 – Selasa.
1.3 Tahniah kepada semua guru di atas komitmen yang telah diberikan, keputusan UPSR
2017 SKMG ada peningkatan dari segi % lulus dan 5 matapelajaran mencapai 100%
lulus. Kehadiran murid bagi tahun 2017 telah mencapai target PPD iaitu 95%.
1.4 Target UPSR PPD LMS 2018 – 85 % tahap menguasai. Pengurangan bil. ‘E’
– kurangkan kepada 5% . Pencapaian PPD LMS 2017 – 65.7 %
1.5 Bilangan A bukan lagi ukuran dalam UPSR. Lulus dan menguasai ABCD.
1.6 Fokus kepada kualiti sekolah. Semua peperiksaan dititikberatkan oleh PPD. Terutama
Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)
1.7 Target sekolah ialah tahap menguasai dapat ditingkatkan.
1.8 Tahun 1 mesti ada target – menguasai 3M sebelum bulan Jun.
1.9 Hasrat PPD agar semua guru dapat membuat tindakan bersepadu, bersunggih – sungguh
dan ikhlas ketika menjalankan tugas dan amanah yang yang telah diberikan.
1.10 Hasrat KPM – Mengangkatkan martabat dan harga diri murid.Meningkatkan imej
sekolah daripada segi budaya kerja berpasukan dan cemerlang KEBITARAAN. SKMG –
bola tampar.
1.11 SKMg2 ditangguhkan daripada audit. Sekolah Inspirasi - SK Changkat Jering. Untuk
pengukuran aktiviti sekolah, SKMG menggunakan ini untuk pengukuran mengikut
bidang.
1.13 Amalan 3S dapt mantapkan semua murid. Hari pertama persekolahan sambut kehadiran
murid.
1.14 Cogankata PPD:- Buat Sungguh –Sungguh dengan penuh tangungjawab untuk
kecemerlangan sekolah.
1.15 Sekolah juga akan memperbanyakkan lagi aktiviti SARANA ibubapa bagi tahun 2018.
Lapora perlu dimasukkan ke dalam portal eSARANA.
1.16 Data amalan BAIK SSDM perlu isi setiap guru. ID dan Password telah diberikan
semasa taklimat LADAP yang telah diberikan oleh En. Mohamad Faizal pada bulan
Oktober 2017.

Tindakan : Makluman

1.17 Persediaan Sesi Persekolahan 2018.

1.17.1 Guru-guru diminta membuat persediaan untuk sesi persekolahan akan datang
yang akan bermula pada 02 Januari 2018. Pengerusi mahu pada hari pertama
persekolahan PdP akan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
1.17.2 Setiap guru mata pelajaran diminta memberi maklumat dan penerangan kepada
murid berkaitan pelaksanaan PdP, peraturan sekolah, adab belajar dan
sebagainya. Begitu juga dengan guru kelas perlu menguruskan bilik darjah
dengan baik bagi menggalakkan pembelajaran dan pastikan kerusi dan meja
mencukupi mengikut bilangan murid dan dalam keadaan baik serta selamat
digunakan oleh murid sebelum sesi persekolahan bermula.
1.17.3 Guru juga diminta menyediakan PdP pada hari pertama dalam buku persediaan
mengajar.

Tindakan : Semua guru


1.18 Dasar KPM

1.18.1MBMMBI – Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan


Bahasa Inggeris

1.18.1.1 MBMMBI telah dijalankan diperingkat sekolah dengan pelbagai aktiviti


untuk memperkasakan program MBMMBI.
1.18.1.2 Mata pelajaran Matematik dan Sains Tahun 4,5 dan 6 diajar,sepenuhnya
dalam Bahasa Melayu .
1.18.1.3 Guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu
memahami kaedah pelaksanaan seperti yang telah dimaklumkan dalam
kursus-kursus yang dihadiri.

Tindakan : Semua guru BM dan BI

1.4.2 KSSR SEMAKAN 2017

1.4.2.1 Semua guru, terutama guru Tahun 1 hingga Tahun 6 mesti memahami KSSR,
kaedah pelaksanaan KSSR dan dapat menterjemahkan kurikulum tersebut
dalam PdP melalui penulisan Buku Persediaan Mengajar yang lengkap seperti
yang telah ditaklimat dan disampaikan dalam kursus yang dihadiri.
1.4.2.2 Guru – guru yang terlibat mengajar Tahun 2 KKSR SEMAKAN 2017 boleh
download dan share dengan group telegram sekolah dan juga rakan sekerja
untuk membuat persediaan bagi persekolahan 2017.

Tindakan : Makluman

1.4.3 SEGAK – Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan

1.4.3.1 Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid


Sekolah Malaysia (SEGAK) hendaklah :
a. Mengikut Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
Untuk Murid Sekolah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
b. Penilaian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua kali setahun iaitu
pada bulan Mac dan Julai . Data perlu dihantar ke JPN sebanyak 2
kali mengikut tarikh yang ditetapkan selepas penilaian dibuat.
c. Penilaian tersebut boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu
persekolahan.

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

2.1 Pn. Nurul Huda binti Hamsan telah mencadangkan agar minit mesyuarat
diterima dan disahkan. Pn. Rohaniza binti Abd Rashid telah menyokong
cadangan tersebut.

3. Perkara Berbangkit

Tiada
4. Dasar Kurikulum Sekolah

4.1 Pengerusi membentangkan dasar-dasar kurikulum sekolah seperti visi, misi


sekolah.
4.1.1 Semua guru diminta mengetahui dan menghayati visi, misi sekolah. Semua
guru boleh merujuk buku panduan dan senarai tugas guru 2018 yang
dibekalkan bagi mengetahui semua maklumat berkaitan dengan sekolah.
Beliau amat berharap semua guru mematuhi dan melaksanakan semua dasar
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dalam usaha merealisasikan visi
sekolah.
4.1.2 Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
a) Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
b) Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
c) Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pelajaran,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
4.1.3 Program-program berbentuk akademik hendaklah sentiasa diutamakan dalam
program-program sekolah.

Tindakan : Semua guru


4.2 Mesyuarat

4.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan panitia hendaklah dijalankan


sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan setiap mesyuarat perlu ada minit.
Pengurusan setiap mesyuarat perlu diuruskan dengan sempurna, ada surat
panggilan mesyuarat, agenda, maklum balas dan menyediakan minit
mesyuarat mengikut pekeliling PKPA 2/1991.
4.2.2 Mesyuarat panitia mesti dipengerusikan oleh ketua panitia dan ahli-ahli adalah
terdiri daripada semua guru yang mengajar termasuk pihak pentadbir dan wajib
hadir dalam mesyuarat.

Tindakan : Ketua Panitia

4.2.3 Tuan pengerusi mengingatkan kepada semua ketua panitia supaya sentiasa
menjadikan Buku Panduan Piawaian Kualiti Akademik sebagai rujukan
semasa mesyuarat panitia ataupun mengurus panitia.
Tindakan : Ketua Panitia

4.3 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

4.3.1 Semua mesyuarat panitia mesti dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas
mesyuarat kurikulum.
4.3.1 Mesyuarat Panitia mesti dihadiri oleh wakil pentadbir. Berikut agihan tugas
pentadbir ikut mata pelajaran.
Bil. Mata Pelajaran Jawatan Pentadbir
1. Matapelajaran Teras Guru Besar (Penasihat)
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sains / PK Pentadbiran
Matematik / Pendidikan Islam / Bahasa PK HEM
Arab PK Kokurikulum
2. Lain-Lain Mata Pelajaran PK 1 / Mana-mana
Pentadbir

Tindakan : Ketua & Setiausaha Panitia


4.4 Sistem Fail

4.4.1 Semua fail diurus oleh setiausaha panitia dibantu oleh ketua panitia.
4.4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa setiausaha panitia boleh meminta bantuan
pembantu tadbir untuk menyediakan surat menyurat. Surat tersebut perlu
didrafkan terlebih dahulu dan diserah dalam tempoh yang munasabah untuk
disiapkan.

4.5 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Harian

4.5.1 Setiap panitia mesti menggunakan sukatan pelajaran yang terkini.


4.5.2 Satu salinan sukatan pelajaran terkini mesti disimpan dalam fail panitia.

Tindakan : Ketua & Setiausaha Panitia

4.5.3 Semua guru mesti bersedia dengan Rancangan Pengajaran Harian yang
lengkap sebelum masuk ke kelas. Rancangan Pengajaran Harian adalah
dokumen yang paling penting bagi setiap guru.
4.5.4 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) perlu disiapkan sebelum hari pertama
persekolahan. Ia perlu disemak terlebih dahulu oleh Ketua Panitia sebelum
disahkan oleh guru besar.
4.5.5 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) perlu disediakan sehari sebelum
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penulisan rancangan mengajar
harian perlulah mengikut format yang telah ditetapkan dalam mesyuarat panitia.
4.5.6 Impak ditulis selepas PdP dengan memasukkan maklumat seperti bilangan
murid yang hadir dapat mencapai hasil pembelajaran pada hari berkenaan dan
juga nyatakan tindakan susulan/aktiviti yang dicadangkan kepada murid yang
tidak mencapai hasil pembelajaran.
4.5.7 Buku persediaan mengajar perlu dilengkapkan dengan semua maklumat yang
diperlukan mengikut butiran yang ada dalam buku tersebut.Semua guru diminta
melengkapkan buku tersebut untuk disemak oleh guru besar.

4.6 Guru ganti

4.6.1 Guru yang tidak dapat hadir ke sekolah mesti memaklumkan kepada guru
besar atau PK untuk tindakan menyediakan jadual ganti.
4.6.2 Sila rujuk lampiran Kertas Dasar Kurikulum yang dikepilkan.

Tindakan : Semua guru

4.7 Perkembangan Staf (LADAP) / PLC

4.7.1 Bagi tahun 2018, pengisian kursus akan dibincangkan dalam mesyuarat JK
LADAP yang akan diadakan nanti.
4.7.2 Semua Ketua Panitia boleh mencadangkan jenis kursus yang sesuai mengikut
panitia masing-masing.
4.7.3 Bahan-bahan ilmiah bagi guru-guru yang menghadiri kursus mesti diserahkan
kepada PK1 atau Guru Besar dalam bentuk soft copy atau hard copy .
4.7.4 Untuk LADAP 2018, sekolah boleh menjemput pegawai SISC + dan SIP+
untuk memberikan taklimat/bengkel/kursus.
4.7.5 Laporan ladap PAK – 21 perlu dihantar sebelum 31 Disember 2017.

Tindakan : Penyelaras LADAP dan Ketua Panitia


4.8 Pembelajaran & Pengajaran (PdP) & Kelas ABAD Ke – 21.

4.8.1 Semua buku SPBT adalah wajib digunakan manakala buku kerja perlu
digunakan serta hendaklah sentiasa disemak.
4.8.2 Buku Perancangan dan Komunikasi Sekolah (Sekolah Rendah) perlulah
digunakan oleh murid dan guru digalakkan membimbing murid cara untuk
merekodkan penggunaannya.
4.8.3 Bilik-bilik khas perlu digunakan untuk PdP dengan mengikut jadual yang telah
disediakan dan pastikan guru ada bersama murid semasa kelas tersebut
digunakan. Rekod penggunaan bilik-bilik ini perlu dipantau dan dibentangkan
/dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa.
4.8.4 Semua guru disarankan untuk membangunkan persekitaran Abad Ke – 21,
meningkatkan kemahiran guru menggunakan pedagogi Abad Ke – 21,
memberi kemahiran pembelajaran Abad Ke – 21 kepada murid – murid dan
membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sebagai
strategi pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke – 21 di sekolah.

Tindakan : Penyelaras Bilik Khas dan semua guru SKMG

4.9 ABM/BBM/Peralatan ICT

4.9.1 Peralatan ICT perlu digunakan sepenuhnya dan mesti ada rekod peminjaman
dan pemulangan.

Tindakan : Penyelaras Bestari

4.10. Penilaian Dan Peperiksaan

4.10.1 Ujian adalah diselaraskan mengikut aliran iaitu 2 kali setahun seperti ujian
bulanan (Ujian 1 dan Ujian 2), PPT dan PAT serta percubaan UPSR
(khas untuk murid tahun 6).
4.10.2 Setiausaha peperiksaan diminta menyediakan takwim peperiksaan untuk
makluman dan tindakan semua guru.

Tindakan : Setiausaha peperiksaan

4.10 Pencerapan dan Pemeriksaan

4.11.1 Bagi pencerapan guru, akan dijalankan sebanyak 2 kali setahun secara
klinikal, manakala pemeriksaan buku latihan dan buku kerja murid juga sama
sebanyak 2 kali setahun.
4.11.2 Jadual pencerapan guru dan pemeriksaan buku latihan murid (Rujuk buku
Panduan Pengurusan)
4.11.3 Dapatan hasil pencerapan dan pemeriksaan buku latihan murid akan
dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa untuk tindakan
penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru dan
pembelajaran murid.

Tindakan : Pentadbir dan Ketua Panitia

5. Agihan Tugasan Kurikulum

5.1 Agihan tugas guru-guru dalam bidang kurikulum boleh dirujuk dalam Buku
Panduan Pengurusan.
5.2 Sebarang perubahan akan dimaklum kepada guru-guru dari semasa ke semasa.

Tindakan : Makluman
6. Pengurusan Kurikulum Berdasarkan SKPM

6.1 Pencapaian UPSR 2017


6.1.1 Mengucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha semua guru atas kejayaan
dalam keputusan UPSR 2017 yang lalu. Menyatakan bahawa terdapat
5 matapelajaran mencapai 100% lulus.
Berdasarkan keputusan tersebut pengerusi telah menyeru agar semua guru
meningkatkan usaha lagi agar prestasi dalam UPSR 2018 akan lebih
cemerlang. dan dapat mencapai target PPD untuk UPSR2018 iaitu 85 % dapat
mencapai tahap menguasai (ABCD) pengurangan bilangan yang mendapat
‘E’ dapatkan dikurangkan kepada 5%. Pencapaian PPD LMS 2017 – 65.7 %

Tindakan : Semua guru

7. Perancangan Strategik Kurikulum


Tuan Pengerusi mengingatkan agar perancangan strategik panitia dan juga aliran
mestilah dibuat berdasarkan format yang telah ditetapkan.

Tindakan : Semua KP

8. Anggaran perbelanjaan 2018.

8.1 Semua panitia mata pelajaran diminta membuat perancangan perbelanjaan tahunan
berdasarkan peruntukan 2016 kerana pihak sekolah akan menerima peruntukan bagi
tahun 2018 tidak lama lagi. Semua panitia boleh merujuk anggaran perbelanjaan
lepas daripada ketua kerani bagi tujuan tersebut. Prosedur kewangan perlu dipatuhi
sepenuhnya.
8.2 Pengerusi mengingatkan kepada panitia agar tidak membuat pembelian bahan
denganmenggunakan wang PCG secara ‘ad-hoc’ tanpa perancangan. Sebaik saja
peruntukan diterima mesyuarat kewangan akan diadakan.
8.3 Prosedur pembelian dari peruntukkan kewangan panitia:
- Melalui Nota minta, Borang Pesanan, Invois, Baucar Bayaran, Cek Bayaran, Stok /
Inventori.
8.4 Semua ketua panitia diminta membuat anggaran perbelanjaan panitia bagi
tahun 2018 untuk diserahkan kepada Puan Pengerusi.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

9. LINUS

Semua murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 2017 terlibat dalam program LINUS.
Literasi untuk Bahasa Melayu, Numerasi untuk Matematik dan LINUS Bahasa Inggeris

SARINGAN 2 / LINUS LINUS LINUS BI


TAHUN LITERASI NUMERASI
TAHUN 1 7 ORANG LULUS 10 ORANG
GAGAL SEMUA GAGAL
TAHUN 2 LULUS LULUS 1 ORANG
SEMUA SEMUA GAGAL
TAHUN 3 LULUS LULUS LULUS
SEMUA SEMUA SEMUA

9.1 Target LINUS 2018 sekolah ialah 100% LULUS.( LBM, LBI & NUMERASI )
10 PBS

10.1 Perkara-perkarapentingberkaitan PBS


• DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
• PANDUAN PENGURUSAN PBS DAN PANDUAN PENGURUSAN PENJAMINAN
KUALITI PBS 2014 TERKINI
• MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
10.2 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Perlu Ada :
a) KaedahPentaksiran – dicatat di ruang bawah setiap rancangan pengajaran
b) Tindakan Susulan
Rujukan perlu dibuat menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Panduan
PerkembannganPembelajaranMurid
dan setiap skor murid dicatat dalam ModulPerkembangan Pembelajaran Murid
10.3 PERKARA-PERKARA PENTING PBS
Ppsi-Mengandungi empat aspek iaitu Aspek Pengoperasian , Perekodan,
Penyediaan Analisis dan Penyimpanan Dokumen Ppsi
- Pemantauan kesemua aspek di atas perlu dibuat.
PAJSK -Kesemua aspek dalam PAJSK perlu dipantau termasuk SEGAK

11 Hal-hal lain

11.1. Pengerusi meminta semua guru bersedia dengan Rancangan Pengajaran Harian
untuk hari pertama persekolahan iaitu hari Selasa (03 Januari 2018).
11.2 Program TASK FORCE bagi murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 akan dijalankan
mengikut Takwim.
11.2.1 Jawantakuasa TASK FORCE 2018.
Pengerusi: En. Omar bin Ibrahim
Naib Pengerusi : Pn. Hasfizah binti Abu Seman
Setiausaha : En. Mohamad Faizal bin Azllan
Tahap 1 : Pn. Norasliza binti Mohd Aseri
Tahun 4 & 5 : Pn. Azizah binti Hasan
Tahun 6 : En. Najib bin Ab Hamid
: Semua guru yang mengajar Tahun 6
11.3 Dialog Prestasi – Task Force laporan mesti disediakan.

11.4 Jadual Waktu tamat persekolahan 2018 diselaraskan seperti berikut

HARI WAKTU TAHUN

ISNIN - RABU 1.00 petang TAHUN 1, TAHUN 2, TAHUN 3

1.30 petang TAHUN 4, TAHUN 5, TAHUN 6

KHAMIS 12.30 tengahari TAHUN1, TAHUN 2, TAHUN 3

1.00 petang TAHUN 4, TAHUN 5, TAHUN 6

JUMAAT 12.00 tengahari TAHUN 1 – TAHUN 6

.
Tindakan : Makluman
11.5 Ujian Diagnostik Tahun 1 dan Tahun 6 mesti diadakan. Diharap guru yang terlibat
sediakan soalan dan adakan ujian kepada murid Tahun 1 dan Tahun 6. Bagi murid
Tahun 1, soalan boleh menggunakan soalan LINUS Konstruk 1 sehingga
Konstruk 6.

11.6 Penetapan TOV bagi Tahun 1 – Tahun 5 berpandukan PAT , 2017. Bagi Tahun 6
berpandukan PPT,2017.

11.7 Semua Ketua Panitia M/P diminta lengkapkan fail Panitia masing – masing.

11.8 Waktu Perhimpunan Rasmi 2018 (ISNIN) dan Hari Persekolahan (SELASA –
JUMAAT) akan bermula pada 7.30 pagi.

11.9 Program Bacaan Yaasin pada hari Jummat dikekalkan seperti tahun lepas.

11.10 Format bagi PELAN TINDAKAN dan PELAN OPERASI bagi Kurikulum, HEM dan
Kokurikulum akan diedarkan kepada Penolong Kanan. Semua KP M/P diminta
rujuk kepada Penolong Kanan untuk membuat pelan tindakan dan pelan operasi
panitia.

Tindakan : Makluman

12. Penutup

12.1 Pesanan dan harapan


12.1.1 Semua panitia diminta bersedia dengan program kecemerlangan kurikulum
tahun 2018 dan membincangkannya dalam mesyuarat panitia masing-masing.
12.1.2 Guru-guru diharap dapat menjalankan pengurusan kelas dengan baik.
12.1.3 Guru-guru juga diingatkan untuk menjadi guru yang berkesan dan cemerlang
dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:
12.1.3.1 Kesungguhan menjalankan perkara-perkara yang dirancang.
12.1.3.2 Merancang program akademik dengan baik dan teratur.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari dan ditutup dengan bacaan
surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

__________________ ____________________ _________________


(Samsina binti Saharudin) (Hasfizah binti Abu Seman) (Omar bin Ibrahim)
Setiausaha Kurikulum , Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Besar,
SK Matang Gelugor. SK Matang Gelugor. SK Matang Gelugor.

You might also like