You are on page 1of 1

Bagaimana Pembelajaran Abad 21 dapat membentuk disiplin murid dalam

kelas?
Sama ada guru sedar atau tidak bermula penyediaan kelas dan perancangan
PdPc PA21 mampu membantu guru membentuk disiplin murid dalam kelas. Guru
perlu bijak menterjemahkan apa yang digariskan dalam PA21 untuk menuai hasil yang
baik. Kita lihat bagaimana susunan kelas itu sendiri dapat membantu guru
mewujudkan suasana kelas yang kondusif dari aspek persediaan sebelum, semasa
dan selepas pembelajaran.

1. Apakah yang menarik apabila murid duduk dalam kumpulan? Sebenarnya, dalam
Pembelajaran Abad 21 guru lebih mudah mengawal kelas apabila murid diletakkan
dalam kumpulan setiap ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Guru boleh menamakan mereka mengikut nama yang kreatif seperti karakter kartun.
1.1 Contohnya: Ranger Merah ( ketua kumpulan), Ranger Hijau ( kebersihan tempat
duduk kumpulan), Ranger Kuning ( memastikan ahli kumpulan kemas), Ranger Putih
(mengumpul buku latihan jika perlu) dan tugas ini boleh ditukar dari masa ke semasa.
1.2 Ketua kumpulan perlu memastikan setiap ahli mematuhi peraturan kelas yang
digariskan, Apabila setiap kumpulan memainkan peranan, kelas akan berada dalam
situasi yang terkawal walaupun guru mungkin terlewat masuk kelas.
2. Wujudkan carta ‘”reward kumpulan” mengikut kreativiti guru sama ada dalam bentuk
emoji, gambar yang comel yang boleh dipersembahkan dalam bentuk graf atau
bilangan terbanyak akan menarik minat murid untuk mengumpulnya. Ganjaran boleh
diberi secara harian seperti kumpulan dengan point yang tinggi boleh keluar rehat
lebih awal sedikit daripada kumpulan lain, secara mingguan dalam bentuk hadiah
atau secara bulanan mengikut kemampuan dan kreativiti guru.
2.1 Markah akan dipotong sekiranya ada antara kalangan ahli kumpulan yang tidak
mematuhi arahan seperti membiarkan sampah dalam laci meja dan tidak bersarung
kaki ke sekolah.
2.2 Kumpulan dengan point terendah perlu melakukan denda yang diberikan bertujuan
memberikan pengajaran supaya lebih mematuhi peraturan pada masa hadapan.
2.3 Point tambahan akan diberi kepada murid yang menunjukkan prestasi cemerlang
atau peningkatan dari segi sahsiah mahupun akademik. Guru kelas boleh meminta
jasa baik guru mata pelajaran lain untuk sama-sama memberikan point mengikut
aktiviti dan objektif masing-masing.
2.4 Setiap kumpulan juga boleh diberikan satu sudut atau ruang dalam kelas untuk
dijaga. Contohnya, sudut bacaan, meja guru dan sudut pameran hasil kerja. Melalui
cara ini, murid akan lebih menghargai kelas mereka. Kelas juga akan sentiasa
kelihatan kemas sepanjang masa.

You might also like