You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT AGUNG

PERMAINAN
BOLA KERANJANG
Tarikh : 29 Januari 2018
Masa: 1.10 – 2.10 petang
Tempat: Dewan Sri Pandan, SMK Pandan Mewah
Kehadiran: 140 ahli

Agenda
1.0 Ucapan dan kata aluan ketua guru penasihat
Ketua guru penasihat mengalu-alukan kedatangan ahli baru bola keranjang iaitu murid
Tingkatan 1 dan Peralihan serta ahli lama murid Tingkatan 2. Guru memperkenalkan barisan
guru penasihat bola keranjang bagi tahun 2018. Semua ahli diberitahu tentang hari dan masa
bagi perjumpaan bola keranjang bagi tahun 2018 iaitu pada setiap hari Selasa bermula 9.30
sehingga pukul 11.00 pagi. Ahli diingatkan untuk berpakaian T-shirt rasmi sekolah bagi setiap
kali perjumpaan. Yuran ahli telah ditetapkan sebanyak RM2 melalui sistem undian bersama
semua ahli. Guru penasihat juga berpesan kepada semua ahli agar mengaktifkan diri dengan
melibatkan diri bagi semua aktiviti permainan bola keranjang demi meningkatkan markah
PAJSK masing-masing.

2.0 Pendaftaran ahli


Kesemua ahli bola keranjang yang mendaftar bagi tahun 2018 adalah mengikut senarai yang
telah dikeluarkan oleh SU kokurikulum. Semua ahli harus memastikan nama mereka tersenarai
didalam senarai ahli bola keranjang 2018 bagi membolehkan mereka mendapatkan markah
untuk setiap kehadiran bagi setiap perjumpaan sepanjang tahun 2018.
3.0 Perlantikan AJK
Guru penasihat melakukan sesi pemilihan secara undian bagi melantik ahli majlis tertinggi
bola keranjang 2018. Semua ahli berhak mencalonkan ahli yang dirasakan layak dan komited
pada jawatan tersebut. Sesi pengundian dijalankan secara adil dan semua ahli berpuas hati
dengan pemilihan AJK yang dilantik. Guru menasihatkan barisan AJK yang dilantik untuk
sentiasa membantu guru-guru penasihat setiap kali perjumpaan serta memastikan kehadiran
yang baik agar menjadi contoh pada ahli yang lain.

4.0 Perancangan aktiviti tahunan sepanjang 2018


Semua aktiviti tahunan bola keranjang telah ditetapkan oleh bahagian kokurikulum sekolah.
Bagi setiap kali perjumpaan ahli, pelbagai teknik bermain bola keranjang akan diajar sama ada
oleh guru penasihat atau pun atlit wakil sekolah. Ini bertujuan untuk mendedahkan teknik yang
betul tentang permainan bola keranjang serta mencari pelapis dan bakat baru bagi pertandingan
yang bakal diadakan. Aktiviti seperti teknik kawalan bola, “shooting” telah pun dirangka
bersesuaian dengan tahap dan keupayaan murid. Lawatan sambil belajar ketempat perlawanan
atau kejohanan luar bola keranjang juga bakal diadakan oleh kelab jika tiada halangan. Justeru
guru penasihat amat berharap agar semua ahli memberikan sepenuh komitmen dan sentiasa
melibatkan diri dalam semua aktiviti kelab bagi memastikan kelab bola keranjang tidak
ketinggalan berbanding sukan permainan yang lain.

5.0 Ucapan penangguhan


Guru penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan berharap agar semua ahli
dapat hadir pada setiap perjumpaan bola keranjang bagi memastikan objektif tercapai dengan
baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.10 petang.


Pencatat,, Disahkan oleh,

LIM XIN LENG EN TAMBICHIK BIN LUDIN


Setiausaha Ketua Guru Penasihat
BOLA KERANJANG (sesi petang) 2018 BOLA KERANJANG (sesi petang) 2018
CARTA ORGANISASI
BOLA KERANJANG
SESI PETANG 2018
PENAUNG : EN SALIM BIN ZAINUDIN (Pengetua)
PENASIHAT : EN ABD MANAN BIN MOHD DIN (PK Kokurikulum)
GURU PENASIHAT : EN TAMBICHIK BIN LUDIN (K)
PN SITI ROYHANAH BT KHALID
PN CHEANG LI CHING
PENGERUSI : MOK WEI NI 2 KEKWA
NAIB PENGERUSI : LEE CHUN JIAN 2 MELATI
SETIAUSAHA : LIM XIN LENG 2 KESIDANG
BENDAHARI : TAN ZI YUAN 2 KESIDANG
AJK : AJK TINGKATAN 2
1. JARRET LEE MIN CHING 2 KESIDANG (L)
2. CHONG ZI QING 2 KECUBUNG (P)
AJK TINGKATAN 1
1. HOWE YUEN KANG 1 KESIDANG (L)
2. PUTRI TITIS SANTRI 1 MELUR (P)
AJK PERALIHAN
1. LOOI JIAN HAU PL KECUBUNG (L)
2. SIN CHUI KUAN PL KESIDANG (P)

BILANGAN AHLI : LELAKI 87


PEREMPUAN 53
JUMLAH 140

You might also like