You are on page 1of 30

Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

TUGASAN
SEMESTER JANUARI 2018

KOD KURSUS ECG 222

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-


NAMA KURSUS KANAK

SARJANA MUDA PENDIDIKAN


PROGRAM

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Bahagian A

PENGENALAN

Menurut Mok Soon Sang (2009), perkembangan ialah satu proses yang berterusan
daripada peringkat kelahiran manusia sehingga peringkat kematangannya. Manakala Santrock
(2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan perkembangan sebagai
perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosio emosi individu yang bermula daripada
peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

Pertumbuhan pula ialah pertumbuhan sebagai perubahan fizikal yang boleh dilihat
seperti ketinggian dan pertumbuhan rambut. Pertumbuhan berlaku daripada umum kepada
terperinci. Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan menunjukkan pertambahan dalam
kompleksiti organ dan sistem saraf manusia dan berlaku dalam satu susunan yang boleh
diramal serta berlaku secara perlahan-lahan (Dr. Ragbir Kaur, 2008).

Oleh itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang baik tentang perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak untuk menyediakan situasi pembelajaran dan pengajaran yang
bersesuaian dengan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang berbeza mengikut
individu. Salah satu daripada pengetahuan yang perlu dimiliki oleh guru ialah pengetahuan
tentang perkembangan kognitif kanak-kanak.

Setiap seorang guru yang berkesan haruslah memahirkan diri mereka dengan
pengetahuan perkembangan kognitif supaya objektif pengajaran dan pembelajaran dapat
dicapai. Maka daripada pengetahuan tadi akan memberi banyak implikasi bukan sahaja
terhadap pelajar malah juga kepada guru-guru.

Terdapat pelbagai jenis teori dan model tentang kepentingan perkembangan kognitif
kanak-kanak dalam peningkatan kemahiran berfikir dan kesannya terhadap hasil pembelajaran
dalam kalangan kanak-kanak yang perlu dipelajari oleh guru. Antara yang dicadangkan oleh
ahli psikologi pendidikan ialah untuk mengaplikasikan Teori Perkembangan Kognitif oleh Jean
Piaget.

Menurut Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya (2005),
Teori Perkembangan Kognitif Piaget digunakan dengan cara mewujudkan keadaan
ketidakseimbangan yang sewajarnya mendorong proses asimilasi dan akomodasi yang sentiasa
membawa kepada pembentukan skema yang kompleks dan berperingkat tinggi dalam proses
berfikir seorang individu yang bermula dari peringkat kanak-kanak lagi.
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Teori-teori pembelajaran kognitif telah mendapati perkembangan kognitif adalah


berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Peringkat
kognitif menurut Piaget ialah : Peringkat Deria Motor (0 – 2 tahun) , Peringkat Praoperasi (2 -
7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7- 12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12
tahun ). Peringkat yang lebih awal adalah lebih mustahak dan utama. Peringkat awal ini
menjadi asas kepada perkembangan kognitif selanjutnya.

Oleh hal yang demikian, kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi
mereka sebenarnya terutama sekali pada peringkat operasi konkrit kanak-kanak iaitu kanak-
kanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun. Menurut Mok Soon Sang (2001), pada peringkat
ini, kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik tetapi hanya dengan dalam
keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud.

Justeru, tugasan ini akan menguji dua orang kanak-kanak yang berusia 5 hingga 8 tahun
menggunakan ujian konservasi berdasarkan teori perkembangan kognitif Piaget. Ujian
konservasi Piaget ialah kefahaman tentang sesuatu kuantiti atau bilangan, jisim, isipadu atau
panjang tetap sama walaupun kedudukan objek atau benda itu telah diubah.

SUBJEK KAJIAN

Untuk kajian ini, saya telah menggunakan dua orang pelajar atau kanak-kanak yang
berusia 5 dan 7 tahun. Berikut merupakan latar belakang ringkas tentang kanak-kanak tersebut
yang digelar sebagai Subjek A dan Subjek B.

Subjek A

 Umur : 5 Tahun 7 Bulan


 Jantina : Perempuan
 Tahap Pendidikan : Pra sekolah
 Tahap Pendidikan Tertinggi Ibu Bapa : Ibu –SPM Ayah – STPM
 Pertumbuhan fizikal:
Ketinggian normal dan tidak mempunyai kecacatan
 Pertumbuhan/ Perkembangan Kognitif:
Pemikiran sama seperti kanak-kanak yang seusia dengannya.
 Lain-lain:
Pemalu dan pendiam di dalam kelas
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Subjek B

 Umur : 7 Tahun 2 Bulan


 Jantina : Perempuan
 Tahap Pendidikan : Tahun 1
 Tahap Pendidikan Tertinggi Ibu Bapa : Ibu –SPM Ayah – SPM
 Pertumbuhan fizikal:
Ketinggian normal dan tidak mempunyai kecacatan
 Pertumbuhan/ Perkembangan Kognitif:
Pemikiran agak matang berbanding murid seusia dengannya.
 Lain-lain:
Pemalu tetapi rajin membuat tugasan yang diberikan oleh guru serta sudah pandai
membaca.

KERANGKA KAJIAN

Untuk melaksanakan ujian Konservasi Piaget ini guru telah merujuk kepada cara
pelaksanaannya berdasarkan rajah berikut:

Teori Konservasi Nombor

a. Susunan asal

b. Susunan yang telah diubah suai

Dalam ujian ini, saya telah menggunakan 20 biji buah congkak yang berlainan warna iaitu 10
biji congkak yang berlainan warna disusun selari dengan 10 biji lagi seperti yang ditunjukkan
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

pada rajah (a). Kemudian, kedudukan 10 biji congkak akan diubah kedudukan seperti dalam
rajah (b).

Teori Konservasi Cecair/Isipadu

c. Menggunakan bekas air yang sama dan isipadu yang sama

d. Menggunakan bekas air yang berbeza tetapi isipadu air yang sama

Dalam ujian ini, saya telah menggunakan dua bekas yang sama saiz dan satu bekas lagi dengan
saiz yang berlainan. Saya juga menggunakan pewarna di dalam air yang digunakan untuk
memudahkan subjek kajian untuk melihat isipadu air yang digunakan.

Teori Konservasi Panjang

e. Susunan asal

f. Susunan diubah suai namun masih menggunakan bentuk yang sama panjang
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Untuk uji kaji ini, saya telah menggunakan riben yang sama panjang dan sama warna. Kedua
riben ini akan di susun secara selari seperti rajah (e) dan kemudian diubah kedudukan seperti
rajah (f).

Dalam menjalankan ketiga-tiga ujian Konservasi Piaget yang melibatkan nombor,


isipadu cecair dan juga panjang, saya telah menjalankan uji kaji ini di bilik guru pada waktu
rehat. Ini untuk memastikan tiada gangguan daripada pelajar lain dan sebagainya. Saya
menjalankan ketiga-tiga uji kaji pada subjek A terlebih dahulu dan diikuti dengan subjek B.

SOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan
di antara pertumbuhan dan perkembangan kognitif seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun
dengan kanak-kanak yang berumur 7 tahun berdasarkan uji kaji konversasi nombor, konversasi
cecair dan konservasi panjang.

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, kajian ini bertujuan untuk menjawab
persoalan-persoalan kajian yang berikut:

i. Adakah terdapat perbezaan perkembangan kognitif yang nyata antara kanak-


kanak berumur 5 dan 7 tahun berdasarkan ujian Konservasi Nombor?
ii. Adakah terdapat perbezaan perkembangan kognitif yang nyata antara kanak-
kanak berumur 5 dan 7 tahun berdasarkan ujian Konservasi Cecair?
iii. Adakah terdapat perbezaan perkembangan kognitif yang nyata antara kanak-
kanak berumur 5 dan 7 tahun berdasarkan ujian Konservasi Panjang?

PENGUMPULAN DATA

Uji kaji teori Konservasi Piaget ini telah dilakukan terhadap dua orang kanak-kanak
yang berumur 5 tahun dan 7 tahun yang sama jantina. Saya telah memilih tempat yang agak
sunyi kerana faktor ini dirasakan dapat memberi kepuasan kepada subjek kajian untuk
berinteraksi dengan lebih baik dan selesa dengan saya. Saya telah terlebih dahulu mengenal
pasti subjek dengan mengumpul maklumat tentang subjek menerusi temu bual ringkas dengan
guru kelas prasekolah dan juga guru kelas tahun satu. Pada permulaannya, didapati subjek yang
berumur 5 tahun itu enggan memberi kerjasama tetapi setelah diberi kata-kata semangat, subjek
bersetuju untuk mengikuti sesi uji kaji tersebut. Hal yang demikian sebaliknya tidak berlaku
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

terhadap subjek yang berumur 7 tahun yang menampakkan begitu berminat dengan uji kaji
konservasi ini.

Memandangkan subjek kajian yang dikenalpasti dalam uji kaji ini sebagai subjek A dan
subjek B berbeza tahap kematangan, saya telah terlebih dahulu mengenalpasti dan
menggunakan beberapa teknik soal jawab bagi mewujudkan komunikasi yang baik antara
subjek dengan saya. Oleh itu, pentingnya bagi saya sebagai penyelidik menggunakan bahasa
yang jelas dan tepat dan seterusnya mengelakkan menggunakan Bahasa yang mungkin
menyebabkan subjek menjadi keliru. Menurut Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan
Mond. Zohir Ahmad (2007), komunikasi boleh berlaku dalam banyak keadaan sama ada secara
aktif dan pasif. Kemungkinan juga berlaku di mana satu pihak aktif manakala satu pihak lagi
pasif, atau kedua-dua pihak aktif.

Dalam menjalankan uji kaji terhadap subjek yang berbeza tahap kematangan justeru
saya turut mengambil kira faktor emosi subjek kajian. Saya telah menjalankan uji kaji terhadap
subjek B iaitu kanak-kanak yang berumur 7 tahun terlebih dahulu. Hal ini penting kerana
subjek mempunyai masa yang lebih banyak berada di sekolah. Seterusnya baharulah uji kaji
dijalankan terhadap subjek A memandangkan subjek masih terlalu keanak-anakan kerana
penyelidik bimbang emosi subjek ini cepat terganggu dan cepat merasa bosan apabila masa
yang tidak sesuai dipilih.

Langkah Pertama.

Pada peringkat permulaan, saya telah menguji subjek B yang berumur 7 tahun. Subjek
B adalah seorang kanak-kanak perempuan. Saya telah membawanya ke dalam bilik guru dan
turut memastikan suasana dan keadaan amat selesa tanpa gangguan pihak luar sewaktu uji kaji
dilaksanakan. Setelah memastikan subjek bersedia saya kemudiannya memulakan uji kaji
dengan ujian konservasi nombor, kemudian diikuti dengan ujian konservasi cecair dan diakhiri
dengan ujian konservasi panjang.

i. Ujian Konservasi Nombor


 Saya terlebih dahulu mengeluarkan 10 biji congkak bewarna hijau dan 10 biji congkak
bewarna biru. Biji congkak itu kemudiannya saya susun secara selari iaitu 10 biji
congkak hijau di atas dan 10 biji congkak biru selari di bawahnya. Rujuk pada gambar
1.
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Gambar 1: Buah congkak disusun selari

 Saya telah menunjukkan kepada subjek B kedua-dua set buah congkak dan menyuruh
subjek memerhati kedua-dua set buah congkak tersebut. Subjek B hanya memerhati
tanpa bertanya kepada saya apa yang hendak dikemukakan. Subjek B berupaya
melakukan proses ini tanpa kesukaran. Pada tahap ini, kanak-kanak dapat
memanipulasikan dan membentuk mental secara dalaman dan mengenal objek-objek
yang konkrit untuk mengenal pasti kuantitinya.
 Selepas itu, untuk mencungkil kefahaman subjek B, saya telah bertanya kepada subjek
antara bilangan buah congkak biru dan hijau, adakah sama banyak. Subjek telah
memilih dan menyatakan bahawa buah congkak hijau dan buah congkak biru adalah
sama banyak.
 Seterusnya menggunakan buah congkak yang sama, saya telah menggerakkan buah
congkak biru dan menjadikan barisan yang lebih panjang dari barisan buah congkak
hijau. Bilangan buah congkak yang digunakan untuk kedua-duanya masih sama. Subjek
B memerhatikan apa yang dilakukan dengan penuh minat.
 Saya meminta Subjek B untuk memberikan tumpuan terhadap bilangan nombor buah
congkak biru jika dibandingkan dengan buah congkak hijau. Kemudian, saya
bertanyakan kepada subjek B bilangan buah congkak bewarna yang manakah yang
lebih banyak (lihat Gambar 2).
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Gambar 2: Buah congkak biru disusun lebih panjang dari buah congkak hijau

 Subjek B telah menyatakan bahawa bilangan buah congkak hijau dan biru adalah sama
banyak. Saya kemudian bertanya kepada subjek B, mengapa dia menyatakan demikian.
Subjek B menyatakan bahawa bilangan buah congkak hijau 10 adalah sama banyak
dengan buah congkak biru juga 10.
 Saya cuba untuk mengalihkan pemikiran subjek B dengan menyatakan bahawa barisan
biru lebih panjang dari hijau jadi mesti biru lebih banyak. Namun, subjek B tetap
menyatakan bahawa ianya tetap sama banyak.
 Semua respon dan jawapan murid telah dicatatkan oleh guru untuk dianalisis dan
diinterpretasikan.

ii. Ujian Konservasi Cecair


 Saya menggunakan dua bekas yang sama yang juga mengandungi jumlah isipadu air
yang sama. Saya kemudian bertanyakan kepada subjek B samada kandungan air adalah
sama di antara kedua-dua bekas. Subjek B menyatakan jumlah isipadu air adalah sama.
Saya menggunakan pewarna merah ke dalam air agar subjek dapat melihat dengan jelas
aras air di dalam bekas. Rujuk gambar 3.
 Setelah mendapat jawapan yang pasti daripada subjek B, saya kemudiannya mengambil
air pada salah sebuah bekas tersebut dan menuangkan isipadu air tersebut ke dalam
sebuah bekas yang lebih kecil diameter tapi lebih tinggi dari bekas asal yang digunakan.
 Isipadu air yang dituangkan adalah sama. Rujuk gambar 4.
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Gambar 3: Isipadu air yang sama pada kedua-dua bekas

Gambar 4: Isipadu air pada bekas sebelah kanan dituangkan ke bekas yang lebih
tinggi dengan diameter yang lebih kecil.

 Saya meminta subjek B untuk memerhatikan dengan penuh teliti air yang saya tuang
ke dalam bekas yang baharu. Saya kemudian bertanyakan kepada subjek B, bekas mana
yang mempunyai isipadu yang lebih banyak.
 Subjek B menyatakan bahawa isipadu air yang dituang ke dalam botol lebih banyak
berbanding yang ada pada bekas. Saya kemudian bertanyakan kepada subjek B kenapa
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

dia menyatakan seperti itu. Subjek B menjawab bahawa isipadu air dalam botol lebih
banyak kerana ianya lebih tinggi berbanding isipadu air di dalam bekas.
 Guru mencatatkan jawapan yang diberikan oleh subjek kajian.

iii. Ujian Konservasi Panjang


 Untuk uji kaji ini, saya menggunakan riben yang sama panjang. Rujuk gambar 5.

Gambar 5: Riben yang sama panjang disusun secara selari


 Saya kemudian bertanyakan kepada subjek B samada panjang riben tersebut adalah
sama panjang atau tidak. Subjek B menjawab bahawa panjang riben itu adalah sama.
 Kemudian, saya menukarkan kedudukan salah satu riben itu seperti gambar 6.

Gambar 6: Kedudukan salah satu riben diubah


Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

 Saya kemudian bertanyakan semula samada panjang riben adalah masih sama atau
tidak. Subjek B menjawab panjang riben masih sama. Saya kemudian bertanyakan
alasan kenapa panjang riben masih sama. Subjek B hanya diam dan kemudian
menyatakan panjang riben masih sama tanpa dapat menyatakan sebabnya.
 Guru mencatatkan jawapan yang diberikan oleh subjek kajian untuk dianalisis.

Langkah kedua

Pada langkah kedua ini, saya telah memanggil subjek A yang merupakan pelajar
perempuan yang berusia 5 tahun 7 bulan untuk uji kaji sebagaimana langkah pertama. Saya
juga menggunakan tempat yang sama seperti subjek B dan turut memastikan keadaan dan
persekitaran uji kaji baik untuk memastikan subjek kajian dapat menjawab dan berinteraksi
dengan saya dengan lebih baik. Berikut merupakan uji kajia yang dijalankan iaitu bermula
dengan konservasi nombor, diikuti dengan konservasi cecair dain konservasi panjang sama
seperti yang dilakukan oleh saya pada langkah pertama.

i. Ujian Konservasi Nombor


 Saya telah menyusun kedua-dua set buah congkak secara selari sama seperti yang saya
lakukan pada subjek B. Rujuk pada gambar 7.

Gambar 7: Buah congkak disusun selari


Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

 Saya telah menunjukkan kepada subjek A kedua-dua set buah congkak dan menyuruh
subjek memerhati kedua-dua set buah congkak tersebut. Subjek A memerhati kedua-
dua set buah congkak tersebut.
 Selepas itu, sama seperti subjek B untuk mencungkil kefahaman subjek A, saya telah
bertanya kepada subjek antara bilangan buah congkak biru dan hijau, adakah sama
banyak. Subjek telah memilih dan menyatakan bahawa buah congkak hijau dan buah
congkak biru adalah sama banyak.
 Seterusnya menggunakan buah congkak yang sama, saya telah menggerakkan buah
congkak biru dan menjadikan barisan yang lebih panjang dari barisan buah congkak
hijau. Bilangan buah congkak yang digunakan untuk kedua-duanya masih sama. Subjek
A turut memerhatikan perbuatan saya.
 Saya meminta Subjek A untuk memberikan tumpuan terhadap bilangan nombor buah
congkak biru jika dibandingkan dengan buah congkak hijau. Kemudian, saya
bertanyakan kepada subjek A bilangan buah congkak bewarna yang manakah yang
lebih banyak. Rujuk gambar 8.

Gambar 8: Buah congkak biru disusun lebih panjang dari buah congkak hijau
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

 Subjek A telah menyatakan bahawa bilangan buah congkak biru adalah lebih banyak
berbanding buah congkak hijau. Saya kemudian bertanya kepada subjek A, mengapa
dia menyatakan demikian. Subjek A menyatakan bahawa bentuk buah congkak biru
lebih panjang daripada buah congkak hijau
 Semua respon dan jawapan murid telah dicatatkan oleh guru untuk dianalisis dan
diinterpretasikan.

ii. Ujian Konservasi Cecair


 Saya menggunakan dua bekas yang sama yang juga mengandungi jumlah isipadu air
yang sama. Saya kemudian bertanyakan kepada subjek A samada kandungan air adalah
sama di antara kedua-dua bekas. Subjek A menyatakan jumlah isipadu air adalah sama.
Saya menggunakan pewarna merah ke dalam air agar subjek dapat melihat dengan jelas
aras air di dalam bekas sama seperti uji kaji ke atas subjek B. Rujuk gambar 9.
 Setelah mendapat jawapan yang pasti daripada subjek A, saya kemudiannya mengambil
air pada salah sebuah bekas tersebut dan menuangkan isipadu air tersebut ke dalam
sebuah bekas yang lebih kecil diameter tapi lebih tinggi dari bekas asal yang digunakan.
 Isipadu air yang dituangkan adalah sama. Rujuk gambar 10.

Gambar 9: Isipadu air yang sama pada kedua-dua bekas


Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Gambar 10: Isipadu air pada bekas sebelah kanan dituangkan ke bekas yang lebih
tinggi dengan diameter yang lebih kecil.

 Saya meminta subjek A untuk memerhatikan dengan penuh teliti air yang saya tuang
ke dalam bekas yang baharu. Saya kemudian bertanyakan kepada subjek A, bekas mana
yang mempunyai isipadu yang lebih banyak.
 Subjek A menyatakan bahawa isipadu air yang dituang ke dalam botol lebih banyak
berbanding yang ada pada bekas. Saya kemudian bertanyakan kepada subjek A kenapa
dia menyatakan seperti itu. Subjek A menjawab dia tidak tahu dia hanya menunjukkan
isipadu air paling banyak ialah pada botol.
 Guru mencatatkan jawapan yang diberikan oleh subjek kajian.

iii. Ujian Konservasi Panjang


 Untuk uji kaji ini, saya menggunakan riben yang sama panjang sama seperti yang saya
gunakan untuk subjek B.
 Saya kemudian bertanyakan kepada subjek A samada panjang riben tersebut adalah
sama panjang atau tidak. Subjek A menjawab bahawa panjang riben itu adalah sama.
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

 Kemudian, saya menukarkan kedudukan salah satu riben itu seperti yang saya lakukan
pada subjek B. Saya kemudian bertanyakan semula samada panjang riben adalah masih
sama atau tidak. Subjek A menjawab panjang riben tidak sama.
 Saya kemudian bertanyakan riben mana yang lebih panjang. Subjek A menjawab riben
yang diubah kedudukannya adalah yang lebih panjang.
 Guru mencatatkan jawapan yang diberikan oleh subjek kajian untuk dianalisis.

INTERPRETASI DATA

Hasil uji kaji yang dibuat ternyata terdapat perbezaan antara subjek A dan subjek B.
Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan
kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iatu sensori motor (sejak lahir hingga 2
tahun), praoperasi ( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit ( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal
( 11 hingga remaja). Dalam uji kaji yang telah dibuat, ternyata terdapat berbezaan pendapat
antara subjek A dan subjek B.

Hal ini adalah mungkin disebabkan pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza
mengikut umur ataupun tahap pemikiran masing-masing. Oleh hal yang demikian, adalah
sangat penting untuk seseorang guru memahami perbezaan kemahiran kognitif yang berbeza
untuk dapat berkomunikasi dengan lebih baik dengan setiap peringkat umur pelajarnya untuk
mewujudkan komunikasi berkesan.

Menurut Mohd Nasir b Markom (2006), seorang komunikator yang cekap


komunikasinya serta mempunyai harga diri dan emosi yang seimbang wajib mengambil berat
berkenaan apa yang dituturkannya, bagaimana ia dituturkan, untuk siapa, adakah ia diterima
dengan baik oleh penerima, apakah ada maklum balas, serta apakah gangguan yang mungkin
menghalang kelicinan proses itu. Komunikasi yang berkesan antara guru dan pelajar akhirnya
akan membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Berdasarkan ketiga-tiga uji kaji konservasi yang dijalankan, terdapat perbezaan


jawapan dan pemerhatian antara subjek A dan juga subjek B. Pada uji kaji yang pertama iaitu
ujian konservasi nombor, jawapan yang diberikan subjek A berbeza di mana subjek
menyatakan bahawa bilangan buah congkak biru lebih banyak berbanding buah congkak hijau
apabila kedudukan buah biru diubah. Manakala subjek B menyatakan bahawa bilangan buah
congkak itu sama banyak walaupun kedudukan buah biru telah diubah.
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Ternyata jawapan yang diberikan amatlah berbeza pada uji kaji yang pertama dan
kedua. Hal ini mungkin kerana perbezaan umur atau kematangan seseorang kanak-kanak
menyebabkan jawapan yang diberikan adalah berbeza. Selain itu, ianya sama dengan tahap
perkembangan yang dinyatakan oleh Piaget iaitu subjek A yang berada pada tahap pra operasi
dan subjek B pula berada pada tahap operasi konkrit.

Pada peringkat pra operasi iaitu bagi kanak-kanak yang berusia 2 hingga 7 tahun,
pemikiran mereka lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman mereka tentang sesuatu objek
bergantung kepada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata. Hal ini menyebabkan subjek A hanya
melihat kepada bentuk yang makin panjang menyebabkan subjek kajian menjawab bilangan
buah congkak biru lebih banyak berbanding buah congkak hijau walaupun hakikatnya bilangan
buah congkak tersebut adalah sama.

Pada peringkat operasi konkrikt (7 hingga 11 tahun), pemikiran kanak-kanak telah


dapat berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi konkrit.
Penguasaan kemahiran seperti konservasi, pengelasan dan penyusunan bersiri menunjukkan
pelajar pada peringkat ini telah mencapai satu peringkat pemikiran logik. Walau
bagaimanapun, sistem pemikiran ini masih terikat dengan situasi fizikal di mana pelajar boleh
menyusun, mengelas, memanipulasi dalam situasi yang berbentuk konkrit.

Selain daripada itu, pemikiran kanak-kanak juga boleh mengabdikan dalam minda
kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek atau benda-benda lain.
Kanak-kanak pada peringkat ini dapat memanipulasi repsentasi dalaman objek-objek yang
konkrit untuk mengesan dan mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya.
Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya subjek B yang berusia 7 tahun 3 bulan menyatakan
bahawa bilangan buah congkak adalah sama walaupun buah congkak biru telah diubah
bentuknya pada uji kaji yang kedua. Kebolehan subjek A yang sudah pandai mengira juga
menyebabkan subjek kajian memberikan jawapan bilangan buah congkak adalah sama.

Dapatan kajian untuk ujian konservasi cecair pula menunjukkan bahawa kedua-dua
subjek kajian memberikan jawapan yang sama iaitu isipadu air yang dituangkan pada botol air
adalah lebih banyak berbanding isipadu air pada bekas. Alasan yang diberikan oleh mereka
juga sama. Bagi mereka isipadu cecair yang diletakkan ke dalam bekas yang tinggi mempunyai
kuantiti air yang lebih banyak berbanding dengan bekas yang rendah seperti bekas yang
digunakan. Hal ini mungkin disebabkan kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7 tahun
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

mempunyai ciri-ciri iaitu dapat menghubungkait pengalaman dengan pandangan sendiri


mengikut keadaan persekitaran seterusnya cuba menyelesaikan masalah sendiri.

Dapatan kajian untuk ujian konservasi ukuran panjang pula menunjukkan jawapan yang
berbeza antara subjek A dan subjek B. Subjek A menyatakan bahawa riben yang diubah
kedudukan adalah lebih panjang walaupun kedua-dua riben tersebut adalah sama panjang.
Manakala, subjek B pula menyatakan bahawa panjang riben masih sama walaupun kedudukan
salah satu riben diubah seperti yang ditunjukkan dalam gambar 6. Perbezaan jawapan ini
mungkin disebabkan oleh perbezaan umur dan tahap pemikiran konkrit

Subjek A yang menjawab panjang riben adalah tidak sama kerana kanak-kanak pada
tahap ini menurut teori perkembangan Piaget, hanya boleh memikirkan tentang objek yang
sebenar, dan tidak dapat menangani pemikiran abstrak. Berbanding dengan subjek B yang
boleh memikirkan perkara-perkara yang abstrak. Pada tahap ini juga, kanak-kanak dikatakan
sudah pandai menggunakan logik induktif dan memiliki keupayaan kebolehbalikan iaitu
merujuk kepada keupayaan untuk menjejak ke belakang secara mental. Kebolehbalikan ini
sangat membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan dari segi pengetahuan, kanak-
kanak boleh menjejak mental seterusnya dapat membantu dalam mencapai tahap refleksi yang
baharu.

KESIMPULAN

Setelah uji kaji dibuat, dapatlah kita simpulkan bahawa teori perkembangan kognitif
perlu difahami oleh guru kerana sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru tentang
perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah berbeza
dari segi perkembangan kofnitif dan fizikalnya yang berkemungkinan dipengaruhi oleh faktor-
faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan kecerdasan dan sebagainya.

Di samping itu, faktor yang lain mungkin disebabkan oleh emosi seseorang. Menurut
(Mohd. Azhar Abd Hamid, 2006), emosi menjadi subjek tumpuan dalam disiplin psikologi
kognitif dan tingkah laku. Hal yang demikian, sebagai seorang guru, guru perlu tahu bahawa
untuk menjalankan uji kaji atau sesuatu eksperimen, kesediaan kanak-kanak mesti diambil kira.

Selain itu, guru juga perlu mengetahui tahap pemikiran kanak-kanak adalah berbeza
mengikut umur masing-masing. Mengikut teori pengajaran kognitif Piaget, perkembangan
kognitif ini mengkaji bagaimana kemahiran mental dibina dan berubah mengikut kematangan
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

fisiologi dan pengalaman seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi. Teori kognitif ialah
pembelajaran bergantung kepada bagaimana seseoang memikir dan mengamati sesuatu,
maklumat itu diproses oleh minda dan pengalamman disusun dan dibezakan dalam pemikiran
dan persepsi.

Oleh itu, pengetahuan tentang perkembangan kognitif yang berbeza mengikut usia
kanak-kanak seperti yang telah dibuktikan dalam uji kaji konservasi Piaget adalah penting
untuk dipelajari oleh guru-guru agar dapat menyediakan isi pembelajaran dan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif agar murid-murid dapat belajar dengan lebih
berkesan seiring dengan perkembangan kognitif mereka.
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Bahagian B

“How GADGETS Affects Your Child”, by Sundus M.

 Identify and explain FIVE (5) negative effects

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Sundus M., terdapat lima kesan negatif
penggunaan gadget terhadap kanak-kanak yng disenaraikan. Antaranya ialah terdapat
kelewatan dalam pertuturan dan penguasaan sesuatu bahasa, kekurangan tumpuan, masalah
pembelajaran, masalah kebimbangan, masalah kemurungan dan kesan negatif terhadap
perwatakan kanak--kanak.

Kesan buruk yang pertama ialah kanak-kanak mengalami kelewatan dalam bertutur dan
berbahasa. Untuk memahami apa itu memiliki keupayaan bertutur yang lambat atau
kelewatan dalam menguasai sesuatu bahasa dalam kalangan kanak-kanak, terlebih dahulu
kita perlu memahami perbezaan antara ucapan dan bahasa. Ucapan atau pertuturan merujuk
kepada bentuk komunikasi lisan yang digunakan oleh manusia. Bahasa pula merujuk
kepada keseluruhan sistem komunikasi yang dituturkan atau ditulis, lisan dan juga bukan
lisan.

Kanak-kanak yang mempunyai kelewatan menguasai bahasa mungkin dapat menyebut


perkataan dengan betul tetapi hanya boleh meneybut dua perkataan bersama-sama sahaja
dengan baik. Seorang kanak-kanak dengan kelewatan bertutur juga mungkin mempunyai
masalah dalam menggunakan perkataan dan frasa untuk menyatakan idea tetapi akan sukar
difahami apa yang mereka ingin sampaikan.

Kelewatan ucapan atau bertutur, juga dikenali sebagai alalia, kedua-dua masalah ini
sering berlaku. Ramai penyelidik telah mengkaji perkara ini dan juga menyimpulkan
banyak teori tentangnya. Dengan menggunakan alat saringan S, hasil kajian penyelidik
mendapati bahawa lebih banyak masa kanak-kanak menghabiskan telefon pintar, tablet dan
permainan elektronik dan peranti lain, lebih berkemungkinan bahawa kanak-kanak tersebut
mempunyai masalah kelewatan dalam ucapan ekspresif.

Kanak-kanak akan belajar bercakap dan berkomunikasi melalui interaksi dengan orang
lain. Dengan cara ini kanak-kanak akan dapat belajar untuk berkomunikasi dengan lebih
baik. Jika mereka tidak dapat berkomunikasi, ini bermakna kanak-kanak tidak akan belajar
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

bertutur dan berbahasa dengan baik. Setiap satu minit anak-anak meluangkan masanya
dengan menghadap skrin, maka lebih sedikit pertuturan dan bahasa yang anak-anak boleh
tuturkan atau belajar daripada orang lain.

Waktu skrin adalah masa yang anak anda luangkan untuk melihat pada skrin samada
TV atau peralatan gajet yang lainnya. Ini secara tidak langsung akan mengambil masa
kanak-kanak yang sepatutnya mereka luangkan untuk bercakap dan berkomunikasi dengan
orang lain. Sebagai contoh, jika anda dalam perjalanan di dalam kereta dengan anak-anak
anda dan terdapat skrin TV dihadapannya atau gajet ditangannya, secara tidak langsung
anda tidak akan mengganggu tumpuan atau bercakap dengan mereka.

Lain halnya, jika tidak ada TV mahupun gajet, anak-anak anda mungkin akan
meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan anda dan membantu mereka untuk belajar
bertutur dan menguasai bahasa dengan cepat. Berdasarkan kajian juga, penyelidik
mendapati bahawa lebih banyak masa anak-anak luangkan dengan menghadap skrin,
mungkin lebih banyak lagi kanak-kanak itu mempunyai kelewatan dalam ucapan ekspresif.

Pengkaji juga merumuskan bahawa untuk setiap peningkatan 30 minit dalam masa
skrin, seorang kanak-kanak adalah 49 peratus mungkin menghadapi risiko kelewatan
ucapan ekspresif. Kajian turut mendapati bahawa lebih banyak masa kanak-kanak di antara
umur enam bulan dan dua tahun menggunakan skrin pegang tangan seperti pintar telefon,
tablet dan permainan elektronik, semakin besar kemungkinan untuk mengalami masalah
kelewatan bertutur dan berbahasa.

Kesan buruk penggunaan gajet yang seterusnya ialah masalah kekurangan tumpuan
seperti salah satunya ialah menyebabkan gangguan mental seperti gangguan Hyperactivity
(ADHD). Ia merujuk kepada masalah seperti sukar memberi perhatian, aktiviti berlebihan
atau mempunyai kesukaran mengawal tingkah laku yang tidak sesuai. Ini boleh terjadi
kepada kanak-kanak dan menyebabkan mereka menjadi gelisah, tidak dapat memberi
tumpuan, tidak senang duduk dan mudah diganggu. Perubahan tingkah laku ini boleh
menyebabkan masalah di sekolah dan juga di rumah.

Penggunaan gajet yang berlebihan dalam kanak-kanak juga akan memberi kesan buruk
seperti masalah pembelajaran. Sebelum memasuki usia lima tahun lagi kanak-kanak pada
usia tersebut belajar banyak perkara dan perspektif pembelajaran mereka jauh lebih cepat
daripada kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke atas. Sekiranya mereka menggunakan
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

gajet, masa yang akan diluangkan mereka untuk berkomunikasi dengan ibu bapa dan
aktiviti pembelajaran mereka akan terbatas. Mereka memerlukan masa yang kerap untuk
berkomunikasi dan bercakap dengan ibu bapa mereka supaya mereka dapat mempelajari
perkataan-perkataan baharu dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik.

Apa yang diperlukan oleh kanak-kanak pada usia ini ialah ibu bapa mereka dan
bukannya gajet. Terdapat juga beberapa pendedahan tentang penggunaan gajet dan
kaitannya dengan kelewatan kognitif dan menjejaskan proses pembelajaran anak-anak.
Penyelidik di Universiti Washington mendedahkan bahawa penggunaan gajet moden
adalah tidak diperlukan dalam membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini kerana,
terdapat lagi cara lain seperti permainan blok dan plastisin yang dapat merangsang
perkembangan kanak-kanak.

Penggunaan gajet juga akan memberi kesan negatif seperti masalah anxiety atau
kebimbangan dalam kalangan kanak-kanak. Kebimbangan adalah perasan takut tentang
peristiwa masa depan dan reaksi terhadap peristiwa semasa.Perasaan ini boleh membawa
kepada pelbagai gejala fizikal, seperti perasaan gementar dan meningkatkan kadar getaran
jantung.

Fasa ini biasanya tidak berbahaya dan bersifat sementara, tetapi kanak-kanak
mengalami masalah kebimbangan akan mengalami kegelisahan, rasa malu dan ketakutan.
Mereka akan cuba mengelak dari berjumpa dengan orang, mengelak dari pergi ke tempat
yang ramai orang serta mengelakkan dari melakukan sebarang aktiviti. Kanak-kanak akan
menunjukkan pemberontakkan atau merasa tegang apabila mereka tidak menggunakan atau
bermain dengan gajet. Namun perasaan ini secara ajaib akan hilang sekiranya apabila gajet
mereka dikembalikan.

Dr Graham mengatakan 'Kanak-kanak menjadi marah atau menunjukkan kemarahan


disebabkan perkara-perkara kecil dan apabila mereka mendaptkan semula gajet mereka
menjadi lebih tenang. Beliau berkata ibu bapa patut mengenal tanda-tanda agitasi,
kecemasan dan kerengsaan pada kanak-kanak '. Tambah Dr Watts, 'Memang biasa jika
seorang kanak-kanak menjadi kecewa kerana tidak mampu menggunakan gajet’.

Penggunaan gajet juga boleh membawa kepada masalah kemurungan dalam kanak-
kanak. Kemurungan dalam kalangan kanak-kanak adalah penyakit biasa dan turut memberi
kesan buruk terhadap tingkah laku anak-anak terutamanya dari aspek cara mereka berfikir
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

dan bertindak. Penggunaan alat atau gajet yang terlalu banyak akan menyumbang kepada
masalah kemurungan pada kanak-kanak. Ia juga akan membawa kepada masalah kesihatan
mental kanak-kanak pada zaman kanak-kanak dan remaja. Mereka mungkin tertekan atau
kita boleh melihat gejala yang paling teruk dalam beberapa hari.

Kesan negatif penggunaan gajet yang seterusnya ialah impak negatif terhadap
perwatakan. Ini adalah salah satu masalah terbesar dalam dunia yang semakin berkembang
dengan teknologi ini. Kanak-kanak menggunakan internet untuk melihat kandungan
dewasa bukannya mencari untuk laman web pendidikan. Amalan ini membawa impak
buruk kepada perwatakan mereka. Mereka melupakan nilai moral mereka. Mereka adalah
masa depan negara. Mereka menjadi lebih maju daripada usia sebenar mereka.

 Identify and explain some strategies for appropriate gadgets using

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Sundus M. (2018), terdapat beberapa cara dan
strategi yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak menggunakan
gajet secara berhemah. Antaranya ialah menetapkan had masa penggunaan gajet oleh anak-
anak. Sekiranya, masa untuk anak-anak menggunakan gajet telah habis, mereka tidak
dibenarkan untuk terus menggunakan gajet. Ibu bapa juga perlu menghadkan masa anak-
anak untuk menonton TV. Ibu bapa boleh membenarkan anak-anak kecil menggunakan
gajet sejam sehari dan untuk kanak-kanak sekolah dihadkan masa penggunaan gajet ialah
selama dua jam sahaja sehari.

Cara yang seterusnya ialah untuk meluangkan masa untuk membawa mereka bermain
di luar seperti membawa mereka ke taman permainan dan sebagainya. Galakkan juga anak-
anak anda untuk bermain di luar bersama dengan rakan-rakan dan adik-beradik mereka.
Secara tidak langsung mereka akan belajar untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan
anak-anak lain yang seusia dengan mereka. Ia jauh lebih baik bermain dengan haiwan
seperti kucing, anjing ataupun menonton filem animasi.

Selain itu, ibu bapa perlu mengelakkan menggunakan gajet untuk menggantikan tugas
ibu bapa sebagai penjaga. Ini adalah untuk mengelakkan untuk memberikan anak-anak
gajet jika tidak ingin anda diganggu. Tetapi ibu bapa boleh menggantikan gajet dengan
alternatif lain seperti permainan kreatif, buku cerita bergambar, puzzle dan juga buku
mewarna. Selain dapat mengembangkan pergerakan motor halus ianya juga dapat
membantu mengembangkan kognitif mereka melalui sentuhan dan permainan.
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Seterusnya, ibu bapa perlu memastikan tidur yang mencukupi bagi anak-anak mereka.
Kanak-kanak seharusnya mempunyai tidur yang mencukupi iaitu kira-kira selama 10 jam
sehari. Tidur yang baik juga membantu pulih dari ketegangan pada mata dan dapat
merangsang otak bekerja dengan lebih cekap. Tidur yang baik juga perlu untuk kesihatan
dan pertumbuhan kognitif dan fiikal yang baik.

 Highlight other important issues

Berdasarkan artikel yang ditulis, terdapat kebaikkan dan keburukkan penggunaan gajet
dalam kalangan kanak-kanak. Namun, isu yang paing penting ialah bagaimana peranan ibu
bapa dalam memastikan anak-anak menggunakan gajet dalam cara yang baik ataupun yang
sebaliknya.

Adalah sukar untuk menghalang anak-anak dari menggunakan sebarang gajet pada
zaman ini, tetapi ibu bapa dapat menghadkan penggunaan gajet untuk anak-anak mereka.
Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak menggunakan gajet untuk tujuan pendidikan
dan seterusnya membantu dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anak-anak
dalam sesuatu bidang. Justeru, dapat dirumuskan bahawa peranan ibu bapa adalah penting
dalam mencorakkan kehidupan anak-anak samada menjadi lebih baik atau tidak.
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Bahagian C

“Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak”

PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu istilah yang memberi makna yang sangat luas kepada
manusia. Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas kepada pembinaan sesuatu bangsa.
Pepatah Arab menyebut bahawa jika kita ingin melihat generasi masa hadapan; lihatlah kepada
golongan kanak-kanak pada masa kini. Masalah keruntuhan akhlak yang berleluasa yang
berlaku kini boleh diatasi dengan memberikan pendidikan awal yang sesuai kepada kanak-
kanak (Noor Azizi Ismail dan Syamsul Bahri Andi Galigo, 2010).

Pendidikan secara ringkas bermakna merubah dan memindahkan nilai kebudayaan


masyarakat kepada setiap individu dalam masyarakat tersebut. Di sini, kita dapat mengerti
bahawa pendidikan boleh didapati melalui berbagai proses, tetapi pada dasarnya berlandaskan
proses pemindahan nilai sesuatu masyarakat kepada setiap individu di dalamnya (Hasan
Langgulung, 1979:3). Proses pemindahan nilai budaya ini melibatkan pengajaran, latihan dan
indoktrinasi.

Dalam tamadun Sarat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat prasekolah.


Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga tahun hingga enam
tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat "kindergarden". Selepas beberapa kajian, konsep
pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke
peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahun dikenali juga
sebagai peringkat "nursery".

Menurut perspektif Islam pula, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada
dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum pendidikan
awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan
peringkat sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir juga dibahagikan kepada dua tahap, iaitu dari
mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga tahun hingga meningkat
ke enam tahun.

Di Malaysia, pendidikan prasekolah merupakan pendidikan awal yang berbentuk asas


kepada kanak-kanak sebelum memasuki persekolahan aliran perdana. Matlamat utama
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

pendidikan prasekolah adalah untuk mernperkernbangkan potensi kanak-kanak berurnur empat


hingga enarn tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalarn aspek jasrnani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selarnat, menyuburkan, serta aktiviti
yang rnenyeronokkan, kreatif dan bermakna (Kementerian Pelajaran Malaysia 2003).

Berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pelajaran


Malaysia, 2009), objektif utama pendidikan prasekolah adalah melahirkan, kanak-kanak yang
berupaya rnembina kecergasan, kesihatan dan keselamatan diri, menguasai kemahiran motor
halus dan asas motor kasar, mempunyai kematangan emosi, mempunyai konsep kendiri yang
positif dan jati diri, berani menyuarakan pandangan dan perasaan, berkebolehan berinteraksi
dengan orang lain, boleh bekerja secara bersendirian dan berkumpulan, menghorrnati perasaan
serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa
serta rakan sebaya.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2009) berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah


Kebangsaan juga menekankan beberapa aspek perkembangan awal yang perlu dikuasai oleh
kanak-kanak iaitu, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan
ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 4M (membaca, mengira, menulis, menaakul).
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga menekankan beberapa kaedah seperti hands-on
learning, pembelajaran melalui berrnain, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek,
pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara
konstruktivisme dan pembelajaran masteri.

Pendekatan yang digunakan perlu memberi peluang pernbelajaran yang tidak terhad
kepada murid dan mengambilkira kepelbagaian kecerdasan murid. Justeru, pendidikan
prasekolah diwujudkan bukan sahaja bertujuan untuk menguasai kemahiran asas dan
persediaan ke tahun satu malah diwujudkan, untuk melahirkan kanak-kanak yang boleh
menguasai pelbagai kemahiran intrapersonal dan interpersonal.

Kesimpulannya, sistem pendidikan di Malaysia turut mementingkan pendidikan awal


dalam kalangan kanak-kanak. Berikut dibincangkan akan kepentingan pendidikan awal kanak-
kanak.
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Tidak dapat dinafikan bahawa tiada kanak-kanak yang membesar menjadi remaja yang
bijak dan boleh dipercayai tanpa bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak. Ahli Psikologi
kanak-kanak dan guru-guru untuk pendidikan awal kanak-kanak menyatakan bahawa terdapat
banyak faedah pendidikan awal, iaitu kanak-kanak yang memulakan pendidikan awal akan
lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal. Hal ini kerana mereka telah mempunyai
asas yang baik untuk pembelajaran yang berterusan.

Melalui pendidikan awal juga, kanak-kanak telah mempunyai pengalaman untuk


berkomunikasi dengan rakan sebaya, dan setreusnya mendorong kanak-kanak untuk
mempunyai harga diri yang lebih tinggi. Melalui pendidikan awal, kanak-kanak juga
mempunyai penegatahuan awal tentang pembelajaran formal dan ini menyebabkan mereka
merasa lebih seronok untuk mengikuti proses pembelajaran di peringkat yang lebih atas dan
seterusnya.

Ahli psikologi mengatakan bahawa semasa anak kecil adalah masa seorang kanak-
kanak untuk belajar yang paling baik. Dalam tempoh masa ini, minda kanak-kanak bekerja
lebih masa, mengambil segala-galanya dan memproses maklumat pada kadar yang lebih cepat
daripada peringkat umur lainnya. Pakar psikologi mengatakan bahawa masa ini adalah amat
penting kerana ini adalah masanya apabila kanak-kanak belajar untuk bersosial dan proses
kemahiran asas pembelajaran.

Dengan cara ini, pendidikan awal kanak-kanak adalah asas untuk pembelajaran yang
berterusan. Pendidikan awal kanak-kanak akan mengajar anak anda kemahiran asas yang perlu
untuk kejayaan apabila anak anda memulakan pendidikan formal. Dalam pendidikan awal
kanak-kanak, anak anda akan belajar untuk menulis namanya, mengira dan melakukan masalah
matematik asas seperti objek perkumpulan, belajar warna dan bentuk, dan pengiktirafan
perkataan pertama.

Anak anda akan diletakkan di dalam kelas dengan kanak-kanak lain. Dengan bermain
dan pembelajaran dengan kanak-kanak lain, anak anda akan belajar bagaimana untuk
menangani situasi harian. Pendidikan awal kanak-kanak menyediakan anak anda cara-cara di
mana mereka belajar untuk berkongsi mainan, untuk berkomunikasi pemikiran dan idea, dan
berurusan dengan emosi mereka.
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Kanak-kanak yang mempunyai peluang untuk perkembangan peribadi dengan


mempunyai harga diri yang lebih tinggi. Bayangkan betapa gembiranya anak anda apabila pada
hari pertama pendidikan formal, beliau sudah tahu bagaimana untuk mengeja nama mereka,
apakah tarikh itu, dan bagaimana untuk mengikat kasut mereka sendiri. Anak anda akan dipuji
oleh guru-gurudan rakan-rakan untuk pengetahuannya.

Dengan memberi anak anda pendidikan awal kanak-kanak, anda memberi anak anda
dengan cara yang diperlukan untuk merasa gembira dan berjaya di dalam hidup. Kajian
penyelidikan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai pendidikan awal dapat
melakukan yang lebih baik di sekolah dan lebih berjaya dalam kehidupan orang dewasa. Ia
adalah mudah untuk melihat bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah penting untuk masa
depan kanak-kanak.

Ibu bapa yang memilih untuk meletakkan anak-anak mereka dalam bidang pendidikan
harus diberi amaran mengenai beberapa perkara. Ahli psikologi mengatakan bahawa kanak-
kanak hanya perlu menghadiri separuh masa. Ini adalah kerana ia adalah penting bahawa
kanak-kanak itu menghabiskan masa dengan ibu bapa setiap hari, yang memupuk keselamatan
dalam kanak-kanak itu. Ia juga penting bahawa kanak-kanak tidak menjadi terlalu letih pada
siang hari yang panjang. Malah beberapa hari sahaja seminggu dalam pendidikan awal kanak-
kanak akan memberi banyak manfaat kepada anak mereka.

KESIMPULAN

Zaman kanak-kanak merupakan satu tempoh masa yang sangat penting dalam
perkembangan manusia. Ini kerana, pada tahap ini kanak-kanak belajar sesuatu perkara
berdasarkan genetik dan juga pengalaman mereka. Justeru pendidikan awal di peringkat
prasekolah harus dibezakan dengan pendidikan sekolah kerana pada waktu usia tersebut, fitrah
kanak-kanak masih ingin bermain, dan kurikulum yang digubal harus bersesuaian dengan fitrah
tersebut, begitu juga dalam penggubalan buku teks dan penilaian peperiksaan. Perancangan
dan tindakan yang betul dalam pendidikan generasi awal pertumbuhan manusia harus dijaga
dan diselidiki supaya tidak mendatangkan musibah kepada perkembangan fizikal, intelek,
emosi dan rohani kanak-kanak tersebut.

Penyerapan nilai-nilai yang baik harus dititikberatkan pada peringkat awal pendidikan
kanak-kanak, dan tidak menjurus kepada aspek pengujian. Begitu juga, pembelajaran bahasa
dan pemerolehan bahasa harus dibentuk sebaik mungkin supaya tiada kecelaruan antara bahasa
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

ibunda dan bahasa kedua. Semoga gagasan ke arah transformasi pendidikan negara menjadi
satu kenyataan dan bukan igauan semata-mata dengan sokongan setiap komuniti daripada ibu
bapa, guru dan sekolah untuk membentuk generasi cemerlang dunia dan akhirat.
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ECG 222

Rujukan

Agger, C. (2007). Conservation of number task with small and large quantities on male and
female preschool children, Indiana Undergraduate Journal of Cognitive Science, 2, 28-
32

Desan, P. R. (1994). Culture and cognition development from a Piagetian


perspective, Pyschology and Culture, 21, 145-149

Fatimah Saleh, Khadijah Zon & Zurida Ismail. (1993). Kurikulum Pendidikan Awal: Ke Arah
Pendidikan Holistik. Univesiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian IImu Pendidikan.Jilid
12.33-46.

Kurikulum Permata Negara. (2013). Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 0-4 tahun.
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA).Jabatan Perdana Menteri.

Nor Fauzian Kassim. (2015). Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dan Modul
Pendidikan Akhlak: Isu Dan Cabaran Masa Kini. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mehler, J., & Bever, T. G. (1968). Quantification, conservation and nativism, Science
Magazine, 162, 979-981

Piaget, J. (1968). Quantification, conservation and nativism, Science Magazine, 162, 976-979

Sundus M. (2018). The Impact of using Gadgets on Children. Journal of Depression and
Anxiety 7: 296.

Winer, G. A. (1974). A conservation different quantities among preschool children, Child


Development, 45, 839-842

You might also like