You are on page 1of 29

HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

TUGASAN
SEMESTER JANUARI 2018

KOD KURSUS ESN 413

HOME-SCHOOL PARTNERSHIP
NAMA KURSUS

SARJANA MUDA PENDIDIKAN


PROGRAM

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

Bahagian A

“Involving Parents in Children’s Education: What Teachers Say in Malaysia” by


Sharifah Md. Nor, Jennifer and Wee Beng Neo

1. What is meant by ‘school and family partnership’?

Konsep perkongsian antara guru dan ibu bapa juga bertujuan untuk pihak sekolah
membawa keluarga kanak-kanak, mendorong mereka untuk sedar bahawa mereka
mempunyai peranan, dan mereka bertanggungjawab ke arah proses pembelajaran anak-
anak mereka bukan sahaja di rumah bahkan juga di sekolah.

Berdasarkan artikel yang di tulis oleh Sharifah dan rakan-rakan, ‘partnership’ atau
perkongsian di antara keluarga murid dan sekolah menurut Epstein (1992) ialah satu
tindakan pihak sekolah dan keluaraga murid mengiktiraf, menghormati dan menyokong
antara satu sama lain dalam proses mengembangkan pembelajaran kanak-kanak.

Apabila terdapatnya hubungan baik pihak sekolah dengan ibu bapa ianya secara tidak
langsung dapat mengelakkan guru dan ibu bapa menyalahkan antara satu sama lain
sekiranya anak-anak tidak dapat menguasai pembelajaran mereka.

Epstein (1995) menyatakan matlamat utama perkongsian atau ‘partnership’ adalah


untuk membangun dan menjalinkan hubungan komunikasi yang lebih baik dengan keluarga
di semua peringkat persekolahan dengan tujuan untuk membantu pelajar berjaya di sekolah.

Justeru, konsep dan perkongsian tanggungjawab antara guru dan ibu bapa ialah untuk
membawa dan menyedarkan ibu bapa bahawa mereka juga bertanggungjawab dalam proses
pembelajaran anak-anak. Ini secara tidak langsung menghapuskan tanggapan bahawa
hanya guru yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran pelajar.

Walaupun terdapat perbezaan antara peranan guru dan ibu bapa dalam proses
pembelajaran anak-anak, namun adalah penting untuk mencari satu titik persamaan dan
persefahaman agar tanggungjawab dan peranan ibu bapa dan guru tidak bertindih antara
satu sama lain sehingga memberi kesan buruk kepada perkembangan, pertumbuhan dan
pembelajaran anak-anak.
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

Oleh yang demikian, perkongsian tanggungjawab antara ibu bapa dan guru dalam
membantu proses perkembangan kanak-kanak kerana ibu bapa dan guru mempunyai
pengaruh yang besar dalam kehidupan anak-anak terutama sekali di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah.

2. Explain the objectives of the study

Objektif kajian ini dijalankan ialah bertujuan untuk meneliti persepsi guru terhadap
konsep perkongsian. Ianya juga bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan ibu bapa
terhadap amalan-amalan di sekolah.

Objektif seterusnya ialah untuk mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh ibu bapa
dan guru untuk mengaplikasikan hubungan perkongsian tanggungjawab di sekolah rendah.

Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji atau penulis telah menyenaraikan tiga soalan
yang menjadi fokus utama dalam kajian ini. Soalan kajian tersebut ialah:

1) Apakah persepsi guru terhadap konsep perkongsian antara guru dan ibu-bapa?
2) Apakah amalan sekolah yang melibatkan ibu bapa?
3) Apakah halangan terhadap hubungan perkongsian ibu bapa dan guru?

Pengkaji akan melihat persepsi guru terhadap konsep perkongsian antara sekolah dan
keluarga ialah persepsi guru terhadap amalan keibubapaan, persepsi terhadap amalan
komunikasi, amalan kesukarelawan, amalan yang melibatkan keluarga, pentadbiran
sekolah, dan juga persepsi guru terhadap amalan kolaborasi.

3. Discuss the main findings of the study.

Dapatan utama dalam kajian ini dibincangkan dalam tiga bahagian utama aitu persepsi
guru terhadap hubungan perkongsian guru dan keluarga pelajar, amalan sekolah yang
melibatkan ibu bapa dan juga dapatan tentang kekangan yang dihadapi dalam mewujudkan
perkongsian antara sekolah dan keluarga pelajar di sekolah rendah.

Berikut ialah perbincangan dapatan kajian secara mendalam:

 Persepsi guru terhadap konsep perkongsian


antara sekolah dan ibu bapa
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

Majoriti guru menunjukkan keperluan yang lebih tinggi adalah dalam penglibatan ibu
bapa dalam aspek amalan keibubapaan iaitu 96.4%, amalan penglibatan ibu bapa di rumah
pula 91.3%, persepsi terhadap amalan kerjasama ialah 88.2% dan amalan komunikasi
sebanyak 74.5%.

Namun, persepsi guru terhadap guru menunjukkan keperluan minimum untuk ibu bapa
terlibat dengan amalan yang berkaitan dengan tadbir urus sekolah iaitu 4.3%. Manakala
pandangan guru terhadap ibu bapa sebagai sukarelawan dalam pengajaran kelas hanya
14.8%.

Hal ini jelaskan menunjukkan bahawa dari persepsi guru-guru, penglibatan ibu bapa
sangat diperlukan dalam amalan keibu bapaan, penglibatan ibu bapa di rumah iaitu dengan
membantu anak mengulangkaji pelajaran, amalan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa
serta cara berkomunikasi yang berkesan antara sekolah dan ibu bapa untuk membantu
perkembangan dan pemebelajaran anak-anak.

Manakala, persepsi guru juga menunjukkan bahawa hanya sedikit yang mahu ibu bapa
terlibat dengan pentadbiran di sekolah dan juga terlibat di dalam pengajaran di sekolah.
Hal ini mungkin kerana ibu bapa kurang mempunyai pengetahuan tadbir urus sekolah dan
juga pedagogi pengajaran di sekolah.

 Amalan di sekolah yang melibatkan ibu bapa

Berdasarkan dapatan kajian, hanya beberapa amalan sahaja yang dilaksanakan oleh
sekolah yang melibatkan peranan guru-guru iaitu dari aspek amalan penglibatan ibu bapa
di rumah, dan kepelbagaian cara komunikasi,

Aspek amalan penglibatan ibu bapa menunjukkan peratus yang tinggi iaitu 84.3%.
Kebanyakkan sekolah melibatkan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak terutama
sekali di rumah. Ini dengan cara menggalakkan ibu bapa untuk membantu anak
menyiapkan kerja rumah atau mengajar anak untuk membaca.

Penglibatan ibu bapa dalam berkomunikasi dengan pihk sekolah juga adalah tinggi iaitu
74.5%. Pelbagai alat komunikasi, seperti telefon, nota surat, memo dan surat berita
digunakan oleh sekolah untuk berkomunikasi dengan ibu bapa atau keluarga pelajar.
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

Hubungan sekolah dengan ibu bapa atau keluarga adalah kebanyakannya berkaitan
dengan akademik kanak-kanak, kesukaran dan gangguan yang dihadapi oleh kanak-kanak
di bilik darjah, daripada hanya memberitahu ibu bapa anak-anak mereka kejayaan atau
meminta ibu bapa untuk terlibat aktiviti pembelajaran kanak-kanak.

Terdapat juga amalan penglibatan ibu bapa dengan sekolah yang kurang dilaksanakan
di sekolah-sekolah antaranya ialah penglibatan ibu bapa dalam amalan tadbir urus sekolah.
Kebiasaanya bukanlah aktiviti bukan tadbir urus, seperti menghadiri Mesyuarat PIBG dan
program penglibatan dalam perancangan ibu bapa di sekolah tetapi bukan aktiviti yang
berkaitan dengan pengurusan dan proses membuat keputusan di sekolah.

Aspek seterusnya ialah guru menyatakan bahawa sekolah mereka hanya bekerjasama
dengan masyarakat khususnya dalam membantu komuniti untuk menganjurkan program
selepas sekolah untuk pelajar. Sekolah-sekolah juga menerima sokongan kewangan dari
pelbagai pihak agensi perniagaan.

Penglibatan ibu bapa dalam sukarelawan merupakan bukan amalan yang paling popular
di sekolah iaitu 29.8%. Para sukarelawan ibu bapa adalah terutamanya dalam aktiviti
penjanaan dana tetapi tidak dalam aktiviti pengajaran kelas. Guru Besar, guru dan PIBG
sekolah digunakan untuk mendapatkan sukarelawan ibu bapa.

Amalan keibubapaan adalah yang paling kurang popular yang dijalankan oleh sekolah
iaitu hanya 26.2%. Sekolah tidak menyediakan ibu bapa atau keluarga dengan teknik untuk
membantu kanak-kanak dengan kerja rumah atau kursus atau seminar mengenai
keibubapaan.

 Halangan-Halangan perkongsian sekolah-


keluarga

Ibu bapa atau keluarga dianggap sebagai penghalang utama ke arah perkongsian
keluarga dan sekolah. Menurut dapatan kajian, komitmen pekerjaan ibu bapa dan
kekurangan masa merupakan penyumbang terbesar hubungan sekolah dan keluarga tidak
dapat dilaksanakan dengan baik iaitu sebanyak 95.7%.

Hal ini kerana, pada zaman ini kebanyakkan kedua-dua ibu bapa bekerja dan aktiviti
yang melibatkan sekolah adalah pada waktu bekerja. Walaupun ada aktiviti yang
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

dilakukan pada hujung minggu tetapi pada masa tersebut ibu bapa yang berkerja akan
meluangkan masa untuk berehat di rumah.

Perkara ini kemudiannya diikuti dengan sikap negatif ibu bapa dan kurang kemahiran
dalam membantu sekolah untuk membantu pelajar dalam pembelajaran iaitu sebanyak
64.2% yang juga dikenalpasti sebagai halangan yang dihasilkan dari pihak keluarga atau
ibu bapa.

Sikap ibu bapa yang suka mencari salah sekali dan tidak menunjukkan usaha untuk
berkejasama dengan pihak sekolah untuk membantu pembelajaran anak-anak juga
merupakan penghalang kepada kerjasama ini. Ini kerana ada segelintir ibu bapa yang
beranggapan bahawa guru dan sekolah yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam
mendidik anak mereka.

Selain itu, jika ingin melibatkan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di
rumah, terdapat ibu bapa yang tidak mempunyai pengalaman untuk mengajar dan juga ada
ibu bapa yang buta huruf dan sebagainya. Hal ini turut menyumbang kepada halangan
hubungan antara sekolah dan keluarga.

Beberapa halangan juga yang melibatkan masalah dari keadaan persekitaran sekolah
seperti kekurangan dana kewangan sekolah untuk mengadakan aktiviti perkongsian
sekolah dan keluarga. Perkara ini menyumbang sebanyak 62.4%.

Perkara lain yang menjadi halangan ialah aktiviti penglibatan ibu bapa yang tidak
mencukupi (28.4%). Dapat dilihat sekiranya ada program-program sekolah yang
melibatkan ibu bapa, kehadiran ibu bapa adalah sangat sedikit. Ini mungkin disebabkan
komitmen kerja dan sebagainya.

Halangan seterusnya ialah tiada hubungan rapat antara guru dan ibu bapa iaitu sebanyak
37.3%. Ini mungkin disebabkan kurangnya komunikasi atau kurang aktiviti yang
melibatkan perjumpaan dua hala ibu bapa dan guru seterusnya menyebabkan hubungan
antara keduanya tidak rapat.

Halangan lain ialah sekolah tidak ada masa untuk mengatur aktiviti yang melibatkan
ibu bapa iaitu sebanyak 23.9%. Ini kerana guru-guru dan pihak sekolah bukan sahaja sibuk
dengan tugasan hakiki iaitu mengajar tetapi juga sibuk dengan urusan-urusan lain seperti
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

kursus dan bengkel, kerja-kerja pentadbiran dan sebagainya sehingga tidak mempunyai
masa untuk merancang aktiviti yang melibatkan ibu bapa.

4. Your comments/ opinions on the study.

Pada pendapat saya, penglibatan ibu bapa atau keluarga sangat penting dalam
menjayakan proses pembelajaran anak-anak mereka. Hal ini kerana pembelajaran anak-
anak bermula dari rumah secara tidak formal. Justeru, tanggungjawab tersebut sepatutnya
tidak terhenti walaupun anak-anak sudah mengikuti pembelajaran formal bermula di
peringkat pra sekolah.

Ibu bapa atau keluarga boleh membantu mengukuhkan hasil pembelajaran anak-anak
di sekolah dengan membantu anak-anak membuat kerja rumah atau mengajar anak-anak
perkara yang mereka kurang faham ketika berada di sekolah. Dengan adanya aktiviti
pengukuhan di luar waktu sekolah akan menjadikan anak-anak akan dapat mengingati apa
yang mereka pelajari di sekolah.

Oleh itu, hubungan antara keluarga dan sekolah harus diwujudkan. Aktiviti untuk
menjadikan hubungan keluarga dan sekolah menjadi lebih berkesan perlu dipelbagaikan.
Bukan sahaja melalui program Persatuan Ibu Bapa dan Guru tapi juga melalui aktiviti
lainnya seperti mengadakan kelas untuk ibu bapa tentang cara-cara mudah mengajar anak
di rumah dan sebagainya.

Selain itu, melalui perkongsian antara sekolah dan ibu bapa akan menjadikan
hubungan baik antara kedua-dua pihak. Hubungan yang baik antara kedua-dua pihak
adalah penting kerana mereka merupakan pengaruh terbesar dalam proses pembelajaran
anak-anak. Melalui hubungan yang baik juga sekolah dan ibu bapa tahu dan faham akan
tanggungjawab masing-masing dan tidak menyalahkan antara satu sama lain sekiranya
terdapat masalah melibatkan anak-anak.

Melalui kajian ini juga saya berpendapat bahawa ianya dapat membantu pihak sekolah
ntuk perlu memulakan dan membimbing ibu bapa atau keluarga untuk terlibat dengan
membangun secara mendasar pelbagai jenis kapasiti untuk melibatkan mereka dalam
aktiviti pembelajaran kanak-kanak.
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

Ini kerana pihak sekolah yang mempunyai keupayaan merancang aktiviti selain
berkongsi idea dan mendapat sokongan daripada ibu bapa. Kajian ini juga penting pada
hemat saya agar ibu bapa juga tahu dan mahu bertanggungjawab terhadap pembelajaran
anak-anak mereka dan tidak hanya menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada
pihak sekolah.

Apa yang dapat saya simpulkan berdasarkan kajian ini adalah untuk mengadakan
perkongsian hubungan sekolah dengan ibu bapa atau keluarga, pandangan dan persepsi
guru-guru perlu juga diambil kira. Ini untuk menghadkan sejauhmana penglibatan ibu bapa
yang dibenarkan di sekolah. Selain itu, pihak sekolah dan juga perlu mempelbagaikan lagi
aktiviti sekolah yang melibatkan ibu bapa. Terakhir sekali, sekolah dan ibu bapa perlu
bersama-sama mencari idea untuk mengatasi halangan dalam membina hubungan
perkongsian antara sekolah dan keluarga atau ibu bapa.
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

Bahagian B

Cultivating Home-School Partnership in My School / Kindergarten

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang menyediakan murid-murid dengan


ilmu pengetahuan. Sekolah cemerlang dan berkesan diterajui oleh pentadbir dan guru-guru
yang bersedia melakukan perubahan dengan kerjasama yang padu daripada ibu bapa. Sejajar
untuk menghasilkan pendidikan berkualiti, sokongan dan kerjasama ibu bapa memainkan
peranan penting untuk menjadikan sesebuah sekolah itu hebat dan berjaya.

Mengikut Pam Robbins dan Harvey B. Alvy (1995), sering kali pemimpin sekolah dan
guru kurang berinteraksi dengan ibu bapa atau melihat hubungan tersebut sebagai bukan satu
keutamaan. Ini sepatutnya tidak berlaku. Sekolah perlu lebih proaktif dalam membina
hubungan dengan ibu bapa. Setiap isu sekolah perlu dibawa berbincang sama ada berkaitan
dengan program-program sekolah yang baru atau tentang laporan perkembangan anak-anak
mereka.

Sehubungan itu pihak sekolah perlu mengambil kesempatan atas hubungan yang sedia
ada untuk mewujudkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Ini membolehkan
pihak sekolah menggunakan peluangpeluang yang sedia wujud untuk mendapatkan bantuan,
sokongan dan kerjasama demi kebaikan sistem pendidikan di sekolah tersebut. Ibu bapa boleh
membina jaringan hubungan yang baik dengan sekolah melalui penubuhan Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG).

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2001 dengan jelas menekankan peranan PIBG di
sekolah. PIBG yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk
mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah berkenaan. Permuafakatan
seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab
bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid
di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah dan ibu
bapa.

Mengikut Mohd Fuad (2007), perwujudan PIBG sebenarnya adalah usaha untuk
membina muafakat dalam pendidikan. Muhamad Iqmal (2007) dan Mohamad Ali (2007) juga
menyatakan bahawa sekolah perlu mempunyai hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

bapa kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana semua elemen
itu dapat berfungsi, saling melengkapi dan membantu antara satu sama lain.

Saya bersetuju untuk menanamkan atau mewujudkan hubungan perkongsian sekolah


dan rumah di sekolah saya. Ini kerana dalam pendidikan awal kanak-kanak seperti yang kita
ketahui ialah pelajar banyak belajar dari dua persekitan utama mereka iaitu di rumah melalui
ibu bapa dan di sekolah melalui guru-guru mereka selain pembelajaran melalui persekitaran
komuniti atau masyarkat.

Konsep penglibatan Ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak ialah penglibatan
yang dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu antara dua
pihak ataupun beberapa pihak. Menurut Rohani Abdullah (2007), penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan
membantu mengekalkan kejayaannya.

Selain dari itu, penglibatan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanak pula merujuk
kepada orang yang ada kaitan rapat dengan kanak-kanak (Rohani, 2007). Antaranya ibu bapa,
saudara mara, semua ahli keluarga yang tinggal serumah dengan mereka, guru-guru, jiran,
rakan sebaya dan orang dewasa yang mengenali mereka.

Golongan yang paling penting adalah orang yang bertanggungjawab dengan kebajikan
mereka. Ibu bapa dan komuniti seperti saudara mara telah terlebih dahulu membantu anak-anak
mereka untuk belajar bercakap, berjalan dan sebagainya sebelum anak-anak mereka mendapat
pendidikan formal di sekolah.

Oleh itu, adalah wajar sekiranya ibu bapa dan komuniti terus dapat terlibat dalam
pendidikan awal kanak-kanak untuk membantu dan bekerjasama dengan guru-guru dalam
meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan mereka dari aspek emosi, fizikal dan intelek
anak-anak mereka.

Menurut Leeper, et al. (1974), kedua-dua pihak, iaitu pihak prasekolah dan pihak ibu
bapa atau keluarga, mempunyai fungsi yang penting di dalam pendidikan kanak-kanak. Banyak
juga kajian yang menunjukkan bahawa pihak prasekolah sangat bergantung kepada sokongang
dan penglibatan ibu bapa yang menghasilkan kesan yang positif daripada pendidikan di
peringkat awal (Evans, 1975; Honig, 1975; Leeper, et al. 1974; Schickedanz, 1977).
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

Pernyataan ini turut disokong oleh pernyataan Siti Fatimah Abdul Rahman (2006) iaitu,
terdapat kajian membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan
pencapaian kanak-kanak. Dalam erti kata lain, dapat dirumuskan bahawa sekiranya kita mahu
anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, ibu bapa dan komuniti perlu terlibat secara
langsung dalam perkembangan dan perjalanan pembelajaran mereka.

Penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan di sekolah juga dilihat dapat memberi
kepentingan bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi juga kepada kanak-kanak itu sendiri dan juga
kepada guru. Kepentingan penglibatan ibu bapa dan komuniti kepada kanak-kanak ialah
mereka dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza dengan peranan guru serta kanak-kanak
dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan dengan sesuatu
pengalaman atau pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada pelbagai pekerjaan.

Kepentingan penglibatan ibu bapa terhadap sekolajh terutamanya pada guru pula ialah
guru dapat berbincang dengan ibu bapa dan mendapat maklum balas terus tentang punca dan
cara mengatasi masalah perkembangan dan pembelajaran murid.

Kepentingan kepada ibu bapa pula ialah mereka dapat memahami kurikulum sekolah
dan aktiviti yang dipelajari oleh anak mereka di sekolah. Selain itu, mereka dapat merancang
aktiviti pembelajaran susulan dan ransangan di rumah sekaligus membantu anak-anak
menambahbaik pembelajaran mereka di sekolah.

Pendidikan di sekolah mempunyai sistem dan peraturannya yang tersendiri berdasarkan


kurikulum sekolah yang turut menghadkan campur tangan ibu bapa dalam pelaksanaan
pendidikan di sekolah. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Event et al. (1999), mendapati
bahawa di Malaysia dalam penglibatan ibubapa terdapat ruang lingkup yang agak terbatas.

Justeru penglibatan ibu bapa ditentukan oleh penganjur sesebuah sekolah. Namun yang
demikian, terdapat pelbagai saluran komunikasi dan jenis penglibatan ibu bapa dalam
membantu perkembangan dan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah terutamanya di
peringkat awal persekolahan.

Antaranya seperti yang dinyatakan dalam kajian Salma Ishak (1987) ialah berjumpa
dengan guru untuk berbincang tentang perkembangan anak, membantu guru dalam
menyediakan bahan bantu pengajaran atau alat permainan, mengikuti lawatan sambil belajar
bersama kanak-kanak dan guru, membimbing murid di dalam kelas, membantu menjaga
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

kebersihan dan keindahan kawasan pra sekolah, mengadakan mesyuarat tahunan prasekolah,
membimbing anak-anak di rumah dan sebagainya.

Mengikut Shaverand & Walls (1998) dan Epstein (2001), penglibatan ibu bapa bukan
sahaja hanya di sekolah malahan ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak
di rumah. Justeru, penglibatan ibu bapa bukan sahaja terhad di sekolah tetapi juga di rumah
melalui pemantauaan pembelajaran anak-anak dan memberi maklum balas kepada guru mereka
di sekolah.

Namun yang demikian, terdapat juga beberapa isu dan cabaran dalam melibatkan ibu
bapa dalam aktiviti sekolah seperti faktor tidak ada masa bagi ibu bapa yang kedua-duanya
bekerja. Ini sama seperti yang dinyatakan oleh Lareau (2000), kekangan masa menyebabkan
ibu bapa kurang peka terhadap peranan mereka dalam pendidikan anak-anak dan membiarkan
anak-anak belajar tanpa pemantauan.

Selain itu, ibu bapa tidak dapat terlibat dengan aktiviti pendidikan di sekolah
disebabkan oleh ibu bapa mempunyai tanggungjawab di rumah, serta kurangnya latihan ibu
bapa mengenai peranan mereka sebagai pendidik kanak-kanak sekolah (Arra Asri, 2012).

Isu lain lagi ialah terdapat juga sebilangan ibu bapa yang tidak berminat untuk
mengambil peduli terhadap pembelajaran anak-anak mereka kerana beranggapan guru-guru lah
yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendidik anak-anak mereka di sekolah.

Berdasarkan isi perbincangan yang telah dibentangkan, kesimpulannya ialah


penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah sangat penting dalam pelaksanaan kurikulum
prasekolah. Ini kerana murid prasekolah perlu bimbingan yang berterusan dalam pembelajaran
mereka bukan sahaja di sekolah tetapi juga di luar waktu persekolahan.

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa dan komuniti untuk menyambung tugas guru
untuk memastikan pembelajaran kanak-kanak di luar waktu sekolah dapat diteruskan dengan
menyediakan aktiviti susulan mahupun ransangan motivasi.

Walaupun terdapat isu dan cabaran dalam memastikan penglibatan ibu bapa dan
komuniti dalam pembelajaran kanak-kanak, ianya tidak menjadi alasan bagi ibu bapa dan
komuniti untuk tidak memberi perhatian terhadap perkembangan anak-anak mereka.
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

Ini kerana, penglibatan ibu bapa dan keluarga juga memainkan pernan penting dalam
mencorakkan kejayaan anak-anak pada masa depan. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu
mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007).

Justeru, untuk menjayakan perkongsian antara sekolah dan rumah, beberapa perkara
yang peerlu diambil berat oleh kedua-dua pihak. Antaranya ialah menangani keperluan untuk
bertukar maklumat yang memungkinkan kedua-dua pihak sekolah dan rumah untuk membantu
pembelajaran kanak-kanak. Contohnya termasuk: menggunakan buku tugasan atau jurnal kerja
rumah yang dilengkapkan dengan prosedur tentang tugas keluarga dalam menyiapkan tugasan.

Selain itu, ianya juga perlu untuk menyediakan strategi keluarga dan guru untuk
menangani kebimbangan pelajar dalam penerbitan sekolah. Mengadakan persidangan guru, ibu
bapa dan pelajar pada awal tahun untuk menetapkan matlamat akademik, meneroka jangkaan,
dan menghasilkan pelan pembelajaran untuk meningkatkan sokongan pelajar.

Komunikasi yang bekesan juga perlu ada dalam hubungan sekolah dan rumah seperti
menyediakan forum untuk dua arah komunikasi untuk menangani kebimbangan pendidik dan
keluarga, bertanya dan menjawab soalan, dan juga untuk berkongsi idea.

Dalam menjayakan perkongsian sekolah dan rumah, ibu bapa dan guru perlu menjadi
penyokong bersama. Menyatakan kepentingan rakan kongsi ibu bapa dan sekolah untuk
menyokong kanak-kanak itu, dan juga keperluan bagi pihak sekolah dan ibu bapa untuk
menyokong satu sama lain.

Contohnya seperti membangunkan garis panduan pendidikan untuk menangani


kebimbangan dalam ibu bapa (contohnya, polisi kehadiran, standard tamat pengajian,
pendidikan khas, pilihan enrolmen, sekolah alternatif, disiplin dan keselamatan sekolah,
pendidikan awal kanak-kanak)

Mewujudkan kumpulan untuk membantu kejayaan pelajar yang pasukannya terdiri


daripada pendidik, orang sumber komuniti, dan ibu bapa. Kewujudan pasukan ini diharapkan
dapat membantu pelajar yang memerlukan bantuan tambahan dan sumber untuk mencapai
kejayaan dan menganjurkan program pendidikan dengan menjemput sukarelawan atau
penceramah luar dan berkempen untuk
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

Kedua-dua ibu bapa juga perlu mengamalkan sikap untuk belajar dari satu sama lain.
Ini dengan memberi peluang untuk guru-guru dan keluarga untuk belajar satu sama lain dan
bagaimana untuk bekerja bersama untuk menyokong pembelajaran pelajar. Contohnya
termasuk, menggalakkan lawatan kelas dan pemerhatian diikuti dengan masa untuk interaksi
antara rumah dan sekolah.

Mengadakan bengkel untuk memperkenalkan keluarga atau ibu bapa tentang kurikulum
pendidikan. Selain itu, menjalankan lawatan dari rumah ke rumah yang bertujuan untuk
memperkenalkan ibu bapa dengan misi sekolah dan kurikulum, untuk mencadangkan strategi
pembelajaran di rumah, untuk menangani soalan ibu bapa, dan lain-lain.

Keluarga dan sekolah juga belajar daari satu sama lain dengan mengadakan forum
perbincangan interaktif proses penilaian dan pengujian yang diadakan di sekolah.
Menganjurkan program kembali ke sekolah pada waktu yang berbeza untuk setiap keluarga;
dan mengambil kehadiran dan susulan dengan bukan hadirin supaya semua keluarga
mempunyai maklumat mengenai dasar dan prosedur sekolah.

Menjalankan tugas mengajar bersama antara sekolah dan rumah. Ini dengan menyedari
pengajaran formal pelajar di sekolah dan cara keluarga menyokong dan menggalakkan
pembelajaran di rumah dan di dalam masyarakat.

Contohnya termasuk: menerbitkan artikel surat khabar tentang bagaimana ibu bapa
boleh menyimpannya rekod pelajar dan memantau kemajuan, dan melibatkan ibu bapa sebagai
guru dan pakar di dalam kelas untuk berkongsi bakat mereka dan menyokong kurikulum.

Keluarga dan sekolah juga perlu menjadi pembuat keputusan bersama. Ini memberi
tumpuan kepada penyertaan dalam organisasi rasmi dan jawatankuasa (contohnya, Persatuan
Ibu bapa-Guru, dan sebagainya). Contohnya termasuk: mewujudkan pasukan sekolah-keluarga
untuk menangani kebimbangan bersama, membentuk jawatankuasa untuk menyokong setiap
akademik kawasan atau peringkat gred, dan mewujudkan masa untuk ibu bapa dan guru untuk
membincangkan matlamat dan jangkaan untuk prestasi pelajar.

Kesimpulannya, usaha untuk mengadakan hubungan perkongsian antara sekolah dan


rumah tidak akan berlaku sekiranya hanya satu pihak sahaja yang terlibat secara aktif. Justeru,
kedua-dua pihak sekolah dan keluarga perlu bertindak secara aktif dalam menjayakan apa
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

sahaja aktiviti yang dirancang yang melibatkan penglibatan sekolah, ibu bapa dan juga pelajar
itu sendiri.

Dengan itu, ianya diharapkan dapat membantu mengembangkan lagi pencapaian


pelajar secara menyeluruh bukan sahaja dari apek akademik tetapi juga aspek lain-lain seperti
jasmani, emosi dan rohani mereka dan menjadi modal insan yang cemerlang dan terbilang
kelak.
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

Bahagian C

PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan amat penting


dalammerubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah
penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Sekolah juga ialah tempat
permulaan bagi setiap individu untuk menuju kejayaan.

Menurut sumber dari Hal Ehwal Persekolahan, Bahagian Sekolah Kementerian


Pendidikan Malaysia, guru boleh didefinisikan sebagai orang yang menyebarkan
ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru
terlatih yang bertugas di dalam unit pentadbiran, organisasi dan juga penyelidikan pendidikan.

Sebagai seorang guru, mereka perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan
oleh pihak Kementerian bagi melahirkan para pelajar yang berkualiti bagi memimpin Negara
di masa depan. Selain daripada guru, peranan ibu bapa juga dilihat penting dalam memastikan
kejayaan seseorang manusia atau pelajar.

Ibu bapa adalah guru yang pertama dan yang paling lama untuk anak mereka. Dalam
proses pembangunan biasa, ibu bapa yang telah menyokong perkembangan bahasa, sosial dan
kemahiran akademik anak-anak mereka. Terdapat bukti positif dalam lepas 30 tahun
menunjukkan bahawa mengajar kemahiran khusus untuk ibu bapa boleh membantu dalam
perkembangan kanak-kanak dalam jagaan mereka.

Ibu bapa adalah unit asas keluarga dan peranannya adalah penting dalam pembentukan
sebuah keluarga bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluarga yang dinamik, berubah proaktif
dan tepat pada masanya. Peranan ibu bapa adalah sangat penting dan perlu dilihat di peringkat
makro dan semua yang terlibat komited.

Selain faktor-faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambil kira. Dalam usaha
untuk membina keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep “membentuk buluh biar dari
rebungnya " perlu diberi penekanan. Ibu bapa adalah salah satu unit dan mesti menjalankan
pengurusan yang proaktif daripada aspek sains dan kemanusiaan.
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

LATAR BELAKANG GURU DAN TADIKA

Biodata Guru

Nama : Noor Fazilah Binti Aron

Usia : 31 Tahun

Tarikh Lahir : 28 April 1987

Tempat Lahir : Ranau, Sabah

Jawatan Sekarang : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pemaju


Masyarakat Tabika

Sekolah Mengajar : Tabika Kemas Kg Muhibbah, Ranau, Sabah.

Adik beradik : Anak pertama dari 4 orang adik-beradik.

Latar Belakang Pendidikan : i. Rendah:

 Sekolah Kebangsaan Lipasu, Ranau (1994-


1999)

ii. Menengah:

 Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh,


Ranau (2000--2006)

iii. Politeknik:

 Politeknik, Kota Kinabalu (2007-2009)

Pendidikan Sekarang : Sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang ‘Ijazah

Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan Kepujian’ –

Open Universiti Malaysia (OUM)

Anugerah yang pernah diterima: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

Latar Belakang Tabika

Tabika Kemas Kg Muhibbah terletak di Kg Muhibbah, Ranau. Jarak Tabika ini dari
Pekan Ranau ialah 5 minit. Ini menjadikan tabika ini berada dekat dengan pusat pentadbiran
pekan Ranau. Tabika Kemas ini telah ditubuhkan pada 5 Januari 1982. Pembinaan dan
pembangunan tabika kemas ini ialah di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kebanyakkan pelajar di tabika ini
berbangsa Sino Kadazan. Ibu bapa kepada pelajar di tabika kemas ini juga kebanyakkannya
adalah ibu bapa yang berkerjaya.

TEMUBUAL: SOALAN DAN JAWAPAN

Laporan ini mengandungi temubual bersama dengan Puan Noor Fazilah Binti Aron

mengenai Program Penglibatan Ibu Bapa di tabika beliau. Temubual ini diadakan di Tabika

Kemas Kg Muhibbah dan mengambil masa selama 45 minit. Puan Noor Fazilah telah

dilahirkan pada 28 April 1987.

Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di Kg Lipasu, Ranau. Beliau merupakan anak

sulung daripada empat orang adik-beradik. Puan Noor Fazilah mula mendapat pendidikan

awalnya di Sekolah Kebangsaan Lipasu di Ranau, Sabah pada tahun 1994. Beliau kemudiannya

menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh,

Ranau.

Setelah itu, beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Politeknik, Kota

Kinabalu. Sekarang, beliau menyambung pelajarannya di Open Universiti Malaysia (OUM)

cawangan Kota Kinabalu, mengambil bidang dalam Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan

akan menamatkan pengajiannya pada akhir tahun 2018.

Di akhir temuramah ini, Puan Noor Fazilah juga ditanya berkenaan pendapatnya

tentang isu-isu semasa berkaitan dengan penglibatan ibu bapa di sekolah. Apa yang dapat

dilihat sepanjang temubual ini berlangsung, Puan Noor Fazilah sangat komited terhadap

kerjayanya dan memberikan kerjasama yang begitu baik sekali dalam sesi temubual ini.
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

Prosedur Menjalankan Temubual

Terdapat beberapa jenis medium yang dapat digunakan untuk mengumpulkan sesuatu

maklumat dalam membuat penyelidikan. Salah satu daripada medium yang mempunyai kaitan

dengan kaedah kualitatif ini adalah menggunakan teknik temubual.

Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi ‘face-to-face’

antara penyelidik dengan informan atau orang yang ditemu bual. Menurut Patton (1980)

terdapat tiga pendekatan dalam temubual iaitu temubual formal, temubual tidak formal dan

temubual terbuka.

Semasa kajian ini dilakukan, proses temubual ini dilakukan secara bersemuka. Dimana

di dalam temubual ini dilakukan oleh pengkaji terlibat untuk menemubual Puan Noor Fazilah

Binti Aron.

Pengkaji terlebih dahulu telah menyediakan set soalan temubual sebelum sesi temubual

dijalankan. Pengkaji juga memastikan soalan-soalan yang diberikan hanya berkaitan dengan

Program Penglibatan Ibu Bapa di sekolah. Sesi temubual telah dirakam dan selepas temubual,

pengkaji telah membuat transkripsi jawapan temubual untuk dianalisis.

Set Soalan Temubual

Bahagian A: Latar Belakang Guru dan Sekolah

1. Apakah nama penuh bagi Cikgu?

2. Berapakah usia Cikgu sekarang?

3. Cikgu berasal dari mana?

4. Cikgu menetap di mana sekarang?

5. Bila dan dimanakah cikgu dilahirkan?


HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

6. Berapakah bilangan adik beradik cikgu dan cikgu yang ke berapa?

7. Dimanakah cikgu mendapat pendidikan awal? Tahun?

8. Pada tahun berapakah cikgu tamat belajar disekolah tersebut sebelum meneruskan

pendidikan ke peringkat menengah?

9. Pada tahun berapakah cikgu mula berkhidmat sebagai seorang guru tabika?

10. Berapa tahunkah pengalaman cikgu dalam dunia pendidikan?

11. Apakah anugerah yang pernah diterima oleh cikgu sepanjang perkhidmatan cikgu

sebagai seorang guru?

12. Apakah nama tabika tempat Cikgu mengajar ini?

13. Bilakah tabika ini diwujudkan?

14. Berapa orang pelajar di tabika ini?

15. Kebanyakkan pelajar di tabika ini berbangsa apa?

Bahagian B: Program Penglibatan Ibu bapa di Sekolah

1. Adakah ibu bapa pelajar di tabika ini mempunyai pekerjaan?

2. Bagaimana Cikgu melihat hubungan ibu bapa dengan tabika ini?

3. Adakah Program Penglibatan Ibu Bapa dilaksanakan di tabika ini?

4. Boleh Cikgu berikan jenis-jenis program melibatkan ibu bapa di tabika ini?

5. Apakah bentuk komunikasi yang Cikgu gunakan dalam program penglibatan ibu bapa

di tabika ini?

6. Apakah implikasi program penglibatan ibu bapa di tabika ini?


HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

7. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan program penglibatan ibu

bapa di tabika ini?

8. Bagaimana Cikgu menghadapi cabaran tersebut?

Transkrip Temu Bual

Berikut adalah transkrip rakaman temubual secara lisan mengenai seorang guru Puan

Noor Fazilah Bt Aron tentang Program Penglibatan Ibu bapa di sekolah beliau. Rakaman ini

telah dijalankan di Tabika Kemas Kg Muhibbah, Pekan Ranau dan mengambil masa selama 45

minit.

Wawancara ini dikendalikan oleh Pengkaji diwakilkan sebagai (P) dan orang yang

ditemubual iaitu Puan Noor Fazilah diwakilkan sebagai (NF) pada transkrip temubual yang

berikut.

TRANSKRIP TEMU BUAL DENGAN GURU

Tajuk Kajian: Program Penglibatan Ibu Bapa di Sekolah

Tarikh: 20 Mac 2018

Masa: 12.30 Tengahari

Kunci : (P) Pengkaji, (NF) Puan Noor Fazilah

Peserta Perbualan Nota

P Assalamualaikum, Cikgu.

NF Wa'alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

P Apa khabar Cikgu?

NF Alhamdulillah, khabar baik.

P Apakah nama penuh Cikgu?


HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

NF Nama penuh saya Noor Fazilah Binti Aron

P Berapakah usia Cikgu sekarang?

NF Saya berusia 31 tahun

P Cikgu berasal dari mana?

NF Saya berasal dari Ranau, Sabah

P Cikgu menetap di mana sekarang?

NF Di Kg Lipasu, Ranau.

P Bila dan di manakah Cikgu dilahirkan?

NF Saya lahir pada 28 April 1987 di Hospital Ranau

P Berapakah bilangan adik beradik dan Cikgu anak yang

ke berapa?

NF Saya ada empat orang adik beradik dan anak yang pertama

P Di manakah Cikgu mendapat pendidikan awal? Tahun?

NF Saya masuk darjah satu pada tahun 1994 di SK Lipasu,

Ranau.

P Di mana pula Cikgu mendapat pendidikan sekolah

menengah?

NF Saya mendapat pendidikan sekolah menengah, di Sekolah

Menengah Kebangsaan Mat Salleh.

P Pada tahun berapakah Cikgu mula berkhidamat

sebagai guru tabika?

NF Saya mula berkhidmat pada tahun 2012

P Berapa tahunkah pengalaman Cikgu dalam bidang

pendidikan?
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

NF Lebih kurang 6 tahun.

P Apakah anugerah yang pernah Cikgu terima?

NF Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

P Apakah nama tabika Cikgu Mengajar ini?

NF Tabika Kemas, Kg Muhibbah, Ranau

P Bilakah tabika ini diwujudkan?

NF 5 Januari 1982

P Berapa orang pelajar di tabika ini?

NF Pelajar pada tahun ini ialah seramai 25 orang

P Kebanyakkan pelajar di tabika ini berbangsa apa?

NF Kebanyakkan mereka berbangsa Sino Kadazan

P Adakah Ibu Bapa pelajar di tabika ini berkerja?

NF Ya. Kebanyakkan ibu bapa pelajar saya kedua-duanya

bekerja. Kebanyakkan mereka bekerja sebagai penjawat

awam di bangunan persekutuan yang berhampiran.

P Bagaimana Cikgu melihat hubungan Ibu Bapa dengan

tabika ini ataupun dengan Cikgu sendiri?

NF Saya dapat melihat bahawa hubungan ibu bapa dengan

tabika ini sangat baik. Ini kerana setiap kali tabika

mengadakan program, kehadiran ibu bapa tidak

mengecewakan. Ibu bapa juga menunjukkan sikap yang

positif terhadap aktiviti yang dilakukan di tabika.


HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

P Adakah Program Penglibatan Ibu Bapa dilaksanakan di Program

tabika ini? penglibatan ibu

bapa

NF Iya. Kita memang ada melaksanakan Program Penglibatan

Ibu Bapa di tabika ini.

Boleh Cikgu berikan jenis-jenis program melibatkan ibu


bapa di tabika ini?
P

NF Sudah tentu, antaranya ialah Hari Terbuka Tabika yang Jenis program

diadakan dua kali setahun. Ini tujuannya untuk memberitahu penglibatan ibu

ibu bapa akan perkembangan anak-anak mereka. Pada hari bapa

ini juga, guru dan ibu bapa akan membincangkan tentang

cara-cara untuk membantu anak mereka yang bermasalah.

Tabika ini juga menganjurkan gotong royong iaitu 4 kali

setahun. Mesyuarat bersama ibu bapa juga dilakukan

sebanyak 3 kali setahun. Terakhir ialah Bengkel

Keibubapaan. Semasa bengkel tu, terdapat jurulatih yang

berpengalaman yang akan mengajar ibu bapa acara

menyediakan pemakanan sihat untuk anak-anak, mengajar

ibu bapa menyediakan aktiviti pembelajaran untuk anak di

rumah dan macam-macam lagi.

P Oh begitu, jadi apakah bentuk komunikasi yang Cikgu


gunakan dalam Program Penglibatan Ibu Bapa?
NF Kami ada mewujudkan satu kumpulan di ‘Whatsapp’. Ini

bertujuan untuk memberitahu tentang apa aktiviti yang

berkaitan dengan tabika dan anak-anak sahaja. Selain itu,


HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

guru juga memberikan surat atau nota untuk pemberitahuan

kepada ibu bapa.

P Apakah implikasi Program Penglibatan Ibu Bapa di Implikasi

tabika ini pada pandangan Cikgu? Program

Penglibatan Ibu

Bapa.

NF Pada pandangan saya, antara implikasi program ini yang Implikasi

dapat saya lihat ialah ibu bapa semakin sedar akan program kepada

tanggungjawab mereka terhadap pembelajaran dan ibu bapa, murid

perkembangan anak-anak mereka. Ini jelas apabila kita dan guru.

panggil ibu bapa datang, peratus kehadiran mereka sangat

memberansangkan. Selain itu, pembelajaran anak-anak

mereka turut meningkat, ini kerana hampir semua murid

usia 6 tahun sudah pandai membaca suku kata kvkv dan

pandai mengira mengira hingga 50. Kesan juga dapat dilihat

kepada tugas guru menjadi semakin mudah kerana ada

bantuan dan sokongan dari kelompok ibu bapa.

P Apakah cabaran yang Cikgu hadapi akan Program

Penglibatan Ibu bapa dan cara mengatasinya?

NF Cabaran yang selalu saya hadapi ialah ketirisan maklumat Cabaran dan

iaitu kadang-kadang maklumat yang disampaikan di dalam cara mengatasi

kumpulan ‘Whatsapp’ tidak diterima oleh ibu bapa. Justeru

caranya saya akan menulis surat rasmi pemberitahuan dan

juga memaparkanya pada ‘Whatsapp’. Selain itu, tabika

juga kekurangan dana untuk melakukan aktiviti yang


HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

melibatkan ibu bapa. Oleh itu, caranya saya melibatkan ibu

bapa untuk mengadakan ‘Garage Sale’ menjual barang

terpakai seperti baju-baju dan sebagainya untuk mengumpul

dana bagi tabika.

REFLEKSI TERHADAP SESI TEMUBUAL

Berdasarkan temubual di atas, pengkaji mendapati bahawa tabika Puan Noor Fazilah
juga melaksanakan Program Penglibatan Ibu bapa. Antara program-program yang melibatkan
ibu bapa di tabika beliau ialah Hari Terbuka Tabika, mesyuarat bersama ibu bapa, gotong
royong membersih dan menceriakan kawasan tabika serta gotong royong membina alat bahan,
dan juga mengadakan bengkel keibubapaan.

Hasil temubual ini juga mendapati bahawa terdapat implikasi program penglibatan ibu
bapa terhadap ibu bapa, guru dan juga murid. Implikasi tersebut pengkaji dapat rumuskan
sebagai positif. Hal ini kerana, melalui program tersebut ibu bapa pelajar tabika kemas Kg
Muhibbah, Ranau semakin sedar akan tanggungjawab untuk terlibat secara langsung dalam
pembelajaran anak-anak mereka. Ini berdasarkan apa yang diberitahu oleh Puan Noor Fazilah
tentang kehadiran ke setiap aktiviti yang tidak pernah menghampakan.

Selain kepada ibu bapa, program ini turut meberi kesan kepada anak-anak tabika kemas
Kg. Muhibbah, Ranau apabila menurut Puan Noor Fazilah hampir semua murid usia 6 tahun
sudah pandai membaca suku kata dan mengira. Implikasinya juga dapat dilihat ke atas guru.
Menurut Puan Noor Fazilah beban tugas sebagai guru seperti mengajar, menghias tabika dan
sebagainya menjadi semakin ringan kerana bantuan dan juga sokongan dari ibu bapa.

Walaubagaimanapun, terdapat juga cabaran-cabaran yang dilalui dalam melaksanakan


Program Penglibatan Ibu Bapa. Antaranya ketirisan maklumat dan kekurangan dana untuk
melakukan aktiviti yang melibatkan ibu bapa. Namun, hal ini dapat diatasi dengan baik hasil
dari kerjasama guru dan ibu bapa tabika kemas Kg. Muhibbah Ranau ini. Ini juga membuktikan
bahawa Puan Noor Fazilah berjaya mewujudkan hubungan sekolah dan ibu bapa dengan baik
di tabika beliau.
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

KESIMPULAN

Ibu bapa dan guru merupakan individu terpenting dalam proses pembelajaran anak-
anak. Justeru, kedua-dua pihak perlu sedar dan tahu akan tanggungjawab masing-masing serta
saling memberi sokongan antara satu sama lain. Ini kerana jelas menunjukkan sekiranya
terdapat perkongsian tanggungjawab yang positif antara ibu bapa dan guru, ianya akan
memberi kesan yang baik bukan sahaja terhadap perkembangan pembelajaran kanak-kanak
tetapi juga kepada ibu bapa dan guru itu sendiri.

LAMPIRAN

Gambar 1: Gotong Royong

Gambar 2: Hari Terbuka Tabika


HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

Rujukan

Alimuddin Mohd Dom (2006). Meningkatkan Prestasi Sekolah Melalui Kerjasama Dengan
Ibu Bapa dan Komuniti Setempat. Edisi Pertama.Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia. 7 – 14.

Khairulaniza Khairudin (2007). “Peranan Ibu Bapa Membangunkan Modal Insan.” Jurnal
Ehwal Pendidikan. 1. 38 – 41.

Muhammad Iqmal Abdullah (2007). “Tujuh Cara Tingkatkan Hubungan Sekolah Dengan Ibu
bapa.” Pendidik. 43 . 40 – 41.

Sharifah Md. Nor, Jennifer and Wee Beng Neo. (2001). Involving Parents in Children’s
Education: What Teachers Say in Malaysia. A Bridge to the Future. Pg 167-175
HOME-SCHOOL PARTNERSHIP ESN 413

You might also like