You are on page 1of 3

1. Apakah penyebab kepada berlakunya perubahan iklim?

Iklim merupakan unsur-unsur cuaca yang berlaku dalam jangka masa yang

panjang, dimana ia mengambil 30 tahun ke atas dan meliputi skala yang luas

seperti negara, rantau, benua atau dunia. Perubahan iklim berlaku disebabkan

oleh pembalakan hutan secara berleluasa. Apabila penebangan kayu tropika

dijalankan untuk tujuan tanah pertanian. Penggunaan hutan untuk bahan

bakar menjadi salah satu faktor berlakunya penyusutan hutan. Hal ini demikian

kerana, seperti yang kita lihat di dalam negara maju, permintaan terhadap

produk kayu dan kertas semakin tinggi. Malahan, penggunaan tanah hutan

tropika untuk komoditi ladang kelapa sawit turut menyumbang kepada

penebangan hutan di bumi. Hal ini akan menyebabkan berlakunya perubahan

iklim yang disebabkan oleh penebangan hutan. Oleh itu, apabila berlaku

penebangan hutan yang banyak, karbon dioksida daripada atmosfera semakin

berkurangan. Akibatnya, pencemaran udara oleh karbon akan meningkatkan

suhu di bumi. Selain itu, sektor pengangkutan juga menyebabkan perubahan

iklim. Ini kerana, terdapat pelepasan karbon dioksida daripada petrol untuk

pengangkutan. Pencemaran alam sekitar turut berlaku disebabkan oleh sektor

pengangkutan. Populasi yang semakin bertambah dari tahun ke tahun akan

secara tidak langsung mendorong kepada peningkatan permintaan sektor

pengangkutan. Hal ini akan meningkatkan lagi penggunaan bahan bakar untuk

sektor pembuatan dan pengangkutan manusia.


2. Apakah kesan perubahan iklim?

Kesan perubahan iklim telah menjejaskan kesihatan manusia. Ini dapat

kesihatan awam yang menjejaskan kesihatan berjuta-juta orang. Masalah

kesihatan yang dialami oleh manusia seperti kanser paru-paru, yang

disebabkan oleh gas yang mengandungi karbon monoksida dan karbon

dioksida. Di samping itu, kesan perubahan iklim dapat dilihat daripada suhu

laut yang meningkat. Hal ini kerana, laut menyerap haba bebas di atmosfera.

Ini menyebabkan hidupan akuatik tercemar.

1. Bagaimanakah berhadapan dengan perubahan iklim dan apakah langkah

wajar untuk mengurangkan daripada berlakunya perubahan iklim.

Cara-cara berhadapan dengan perubahan iklim ialah manusia perlu

meningkatkan pengetahuan mengenai penyebab berlaku berlakunya

perubahan cuaca. Langkah untuk mengurangkan berlakunya perubahan iklim

ialah dari manusia itu sendiri iaitu perlu mengurangkan penggunaan sumber

yang menyumbang kepada aktiviti alam sekita seperti menanam pokok, kitar

semula dan mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya. Oleh itu, kita perlu

mengamalkan gaya hidup hijau untuk menyelamatkan bumi. Selain itu,

pengurangan penggunaan klorofluokarbon (CFC), agar manusia menggunakan

teknologi yang canggih seperti penggunaan penghawa dingin tanpa

membebaskan CFC.

You might also like