You are on page 1of 1

Orang-orang Mesir telah mengkhususkan tiga upacara tahunan untuk memperingati asy-Syaikh

Ahmad al-Badawy. Sambutan maulid asy-Syaikh Ahmad al-Badawy di Thantha ini dihadiri oleh
ramai manusia, sehingga kadangkala jumlah mereka mencecah angka tiga juta orang. Dan yang
turut menghadiri sambutan maulid asy-Syaikh Ahmad al-Badawy, bukan saja mereka dari
kalangan para pengamal ath-Thariqah al-Ahmadiyyah al-Badawiyyah, tetapi juga dari kalangan
para pengamal tarekat-tarekat lain, dan termasuklah juga beberapa orang pembesar negara Mesir.
Malah, presiden negara Mesir sendiri telah menghantar seorang menteri sebagai wakil
peribadinya ke majlis-majlis maulid asy-Syaikh Ahmad al-Badawy.
Kota Thantha adalah sebuah kota yang agak sederhana geografisnya. (Universiti al-Azhar juga
mempunyai cabang di kota Thantha, di mana terdapat juga beberapa orang penuntut dari
Malaysia.) Tetapi, ketika sambutan maulid asy-Syaikh Ahmad al-Badawy sedang diadakan,
jumlah penduduk kota Thantha akan menjadi berlipat ganda. Ia menjadi seakan-akan kota
Makkah al-Mukarramah pada waktu musim haji. Ini adalah sebagai satu tanda yang asy-Syaikh
Ahmad al-Badawy masih popular di kalangan rakyat jelata, walaupun sudah lebih dari tujuh
ratus tahun dia meninggal dunia.

You might also like