You are on page 1of 6

______________________________________________________

OUMH1103
LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS
MAY 2018 SEMESTER
______________________________________________________

Program Bachelor of Teaching ( Primary Education ) With Honours

___________________________________________________________________
KANDUNGAN

1. Pengenalan

2. Isu-isu Pencemaran

a. Pencemaran Udara

b. Pencemaran Air

c. Pencemaran Tanah

3. Kesimpulan

4. Rujukan

1) Pengenalan
Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam
sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi. Pada masa kini, kadar pencemaran
alam sekitar di negara Malaysia semakin meningkat. Pencemaran alam sekitar di Malaysia dapat
diklasifikasikan kepada beberapa keadaan seperti pencemaran udara, tanah dan air. Namun, kita
alpa tentang kesan terhadap alam sekitar boleh membahayakan diri manusia. Tujuan saya menulis
esei ini adalah untuk membincangkan tentang sebab-sebab mengapa pencemaran alam sekitar di
Malaysia semakin meningkat dan memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah ini. Antara
kandungan yang akan saya bincangkan dalam esei ini ialah tentang pencemaran udara di Malaysia,
pencemaran air dan juga pencemaran tanah.

2) Isu-isu Pencemaran

a) Pencemaran Udara

Pada tahun 2015 yang lalu, negara kita pernah dilanda fenomena jerebu yang terburuk dalam
sejarah sehingga menyebabkan sekolah-sekolah terpaksa ditutup manakala syarikat penerbangan
juga terpaksa membatalkan penerbangan mereka. Masalah ini berpunca daripada pembakaran
hutan secara besar-besaran di Indonesia ketika itu. Walaupun fenemona ini dah berlalu 3 tahun
yang lalu, namun negara Malaysia tetap menghadapi masalah pencemaran udara. Ini adalah kerana
pembakaran bahan api di kilang dan asap yang dikeluarkan oleh kenderaan. Pembakaran sampah
sarap juga merupakan faktor pencemaran udara yang berlaku di negara kita.

b) Pencemaran Air

Di Malaysia, pencemaran air juga merupakan isu yang sangat serius. Kita dapat melihat masalah
ini sering berlaku. Seperti kes tapak pelupusan sampah haram dikesan menjadi punca air kolam di
Taman Pinggiran Delima, Hulu langat tercemar, kes pencemaran air di Selangor yang boleh
menyebabkan gangguan bekalan air dan menimbulkan persoalan tentang jaminan keselamatan air
mentah yang disalurkan ke loji-loji rawatan dan banyak lagi. Hal ini berpunca daripada
pembuangan sampah sarap, pembuangan air kumbahan serta sisa toksik yang dilakukan oleh
manusia,

c) Pencemaran Tanah
Pencemaran Tanah berlaku disebabkan pembuangan sampah sesuka hati, bahan buangan daripada
kilang, kegiatan perlombongan dan kegiatan pertanian. Di Malaysia, masalah pembuangan sampah
sarap sering berlaku. Pembuangan sampah yang tidak memenuhi syarat, iaitu illegal dumping telah
mengakibatkan masalah pencemaran tanah. Pengurusan sampah yang tidak betul akan menjurus
kepada pencemaran tanah. Apabila masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah tersebut
akan menjadi habitat bagi pelbagai mikroorganisma. Mikroorganisma terdiri daripada bakteria dan
virus yang merupakan penyebab penyakit. Bahan cemar dari sampah pula akan mengurangkan
kualiti air tanah. Penurunan kualiti air tanah dapat dikesan dari segi perubahan fizikal seperti bau,
warna, rasa dan kemunculan lapisan minyak. PVC ataupun lebih dikenali sebagai plastik dan
logam sulit merupakan dua contoh sampah yang dapat mempengaruhi kemampuan tanah
menyerap air. Lebih- lebih lagi plastik adalah hasil ciptaan manusia yang tidak terbiodegradasi,
iaitu ianya tidak terurai walaupun berjuta-juta tahun berlalu. Walaupun perkhidmatan
pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia, namun pencemaran air bawah
tanah mungkin berlaku di tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran. Selain itu,
pencemaran tanah juga berlaku akibat pembuangan sisa kumbahan di kawasan pedalaman kerana
kemudahan yang tidak begitu lengkap.

d) Kaedah Penyelesaian Isu Pencemaran Sekitar

Untuk menangani isu pencemaran alam sekitar, kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-
undang berkaitan penjagaan kebersihan alam persekitaran. Seperti mendenda kilang yang tidak
mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan dan memenjarakan mereka yang membuat
pembuangan sisa toksik ke dalam sungai. Kerajaan juga perlu mengenakan tindakan kepada
syarikat yang menjalankan pembalakan haram.

Langkah seterusnya, Pendedahan media masa juga merupakan salah satu cara yang boleh di ambil
untuk menangani isu pencemaran. Pada hari ini, media masa memainkan peranan yang penting
dalam pembentukan cara pemikiran pengguna. Oleh itu, adanya pendedahan media masa tentanfg
isu pencemaran alam, masyarakat akan lebih peka untuk menangani masalah pencemaran yang
berlaku.

Selain itu, pada pendapat saya, pendidikan alam sekitar juga merupakan salah satu kaedah yang
boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran. Pendidikan alam sekitar harus
didedahkan bermula di sekolah rendah. Dengan adanya kesedaran pada seseorang, dia akan sedar
tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar. Menurut Dr. Mashitah, Jepun, Korea dan Taiwan
adalah contoh baik yang menerapkan pendidkan awal tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Di negara-negara berkenaan, tugas dan tanggungjawab menjaga alam sekitar diajar bermula usia
kanak-kanak.

3) Kesimpulan

Masalah pencemaran alam sekitar adalah daripada kita sendiri. Kita haruslah mempunyai
kesedaran untuk menjaga alam sekitar. Melalui mengenali punca-punca pencemaran kita dapat
mengambil langkah-langkah pembetulan bagi mengelakkan diri daripada terlibat dalam golongan
yang merosakkan alam sekitar. Apabila alam sekitar kita bersih dan bebas daripada segala
pencemaran, ia akan menjaminkan generasi yang akan datang keindahan alam semula jadi yang
boleh mereka nikmati bersama.

4) Rujukan

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jerebu-terburuk-dalam-sejarah-


1.150306#ixzz5OMOcxFlC
© Utusan Melayu (M) Bhd

http://saripdol03.blogspot.com/2017/04/isu-isu-alam-sekitar.html

Mohammad Firdaus Bin Abu Zahari

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/selangor-kl/penduduk-bimbang-punca-air-
tercemar-1.369731

https://alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/18/isu-isu-alam-sekitar/

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/angkat-isu-alam-sekitar-ke-tahap-tertinggi-


1.447261#ixzz5OMlqmIiA
© Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like