You are on page 1of 2

Orang Melayu sudah hilang sabar -

Tajuddin

2
SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang menghadiri Himpunan Perpaduan Ummah di
pekan Kampung Gajah hari ini. - UTUSAN ONLINE / KAMAL BASIR WAHAB

Sayed Hesham Idris

17 November 2018 10:44 PM

PASIR SALAK 17 Nov. - Orang Melayu sudah hilang sabar apabila pelbagai penghinaan dan
hak istimewa kaum itu dipertikaikan dan mahu dihapuskan di bawah pimpinan kerajaan
Pakatan Harapan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, tahap kesabaran
orang Melayu sudah sampai kepada hadnya dan tidak boleh bertoleransi lagi ekoran cadangan
meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi
Kaum (ICERD).

Menurutnya, sehubungan itu sudah sampai masanya orang Melayu bangkit menentang
terhadap segala penghinaan dan cubaan untuk menghapuskan hak istimewa sebagai kaum
Bumiputera.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy membawa agenda ICERD


kononnya untuk menghapuskan diskriminasi kaum. Sejak bila kita mendiskriminasi kaum?
“Orang Melayu baik hati, walaupun bukan Melayu pendatang tapi mereka diberikan tempat
yang istimewa hinggakan orang Melayu ketinggalan, inikah yang dinamakan diskriminasi?
Kita kena gunakan bahasa kesat sekarang ini, kalau kita tak guna bahasa kesat, mereka tak
reti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Perpaduan Ummah di pekan
Kampung Gajah di sini hari ini.

Tajuddin berkata, sehubungan itu UMNO meminta supaya Waytha Moorthy dipecat daripada
parti kerana membuat kenyataan menghina Islam dengan cadangan meratifikasikan ICERD.

Beliau turut mengingatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak
diperkudakan oleh DAP dan orang bukan Islam walaupun kemenangan PH dalam Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas sokongan kaum tersebut.

“Tun Mahathir baliklah ke pangkal jalan. Jika tetap ada desakan mahu menantandatangani
ICERD, kita akan turun dijalanan dan akan menggerakkan tiga juta ahli UMNO dan berjuta-
juta ahli Pas, tidak kurang daripada 10 juta orang Melayu sedia turun di jalanan,” katanya. -
UTUSAN ONLINE

Tag Berkaitan
 Perak
 Parti dan Pergerakan Politik
 Politik (am)
 Diskrim

You might also like