You are on page 1of 13

Nama : …………………………………………………………..

Kelas : ………………

SULIT
Sejarah
Tahun 5
2018

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENG, MELAKA.


MBA 2029

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018


SEJARAH
TAHUN 5
1 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


Arahan :
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B.
2. Bahagian A mengandungi 30 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan
sahaja. Tandakan bulat pada jawapan anda.
3. Bahagian B mengandungi 5 soalan subjektif. Jawab semua soalan pada
ruangan jawapan yang disediakan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

------------------------------------ --------------------------------- -------------------------------


Pn. Aida Naquiah Bt. Ismail Pn. Noor Azizah Bt. Hashim
Guru Sejarah KP Sejarah
SK Cheng SK Cheng
BAHAGIAN A (30 Markah)
Jawab semua soalan.

1. Institusi raja telah wujud sejak Zaman Kerajaan Melayu Awal lagi.
Sultan atau Raja merupakan _____________ yang berkuasa ke atas rakyat dan kerajaannya.
A. pemerintah
B. ketua kerajaan
C. penasihat
D. pentadbir

2. Sistem pemerintahan semasa Pentabiran British meletakkan Sultan sebagai________ .


A. Pemerintah tertinggi negara
B. Pemerintah dalam segala hal negara
C. Penasihat untuk semua hal berkaitan negara
D. Ketua agama Islam dan adat istiadat bagi negerinya

3. Pentadbiran negara pada masa kini diuruskan oleh ________________.


A. Sultan
B. Ketua Menteri
C. Menteri Besar
D. Perdana Menteri

4. Maksud waadat di dalam buku teks ialah ________________.


A. Taat
B. Warisan
C. Watikah
D. Perjanjian

2
5. Antara berikut, yang manakah mempunyai unsur kesenian Islam?
I Bangunan Parlimen III Kompleks Dayabumi
II Menara Telekom IV Bangunan Perdana Putra
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

P – Tulisan Jawi
Q – Tulisan Arab
R – Bahasa Arab Lama
S – Bahasa Melayu Lama

6. Apakah tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat di Terengganu?


A. P C. R
B. Q D. S

7. Apakah bahasa yang digunakan pada Batu Bersurat tersebut?


A. P C. R
B. Q D. S

8. Sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu dikaitkan dengan negara negara berikut
kecuali _______________ .
A. Arab C. India
B. Pakistan D. China

9. Ukiran dalam seni bina Islam menggunakan corak _______________ .


A. Geometri dan flora
B. Flora dan manusia
C. Flora dan Fauna
D. Geometri dan Manusia

3
10. Apakah kedudukan Agama Islam dalam perlembagaan?
A. Agama Perpaduan
B. Agama Persekutuan
C. Agama Pertama
D. Agama Utama

11. Mengapakah kita mesti saling menghormati amalan dan kepercayaan agama lain?
A. Kita akan hidup harmoni
B. Toleransi tidak wujud dalam masyarakat.
C. Sikap tidak menghormati antara satu sama lain
D. Tidak menghargai amalan dan budaya keagamaan lain.

12. Pada tahun 1841, James Brooke telah menjajah ________.


A. Johor C. Melaka
B. Sarawak D. Sabah

13. Apakah kuasa luar yang terawal menjajah dan campur tangan di negara kita ?
A. Portugis. C. Jepun.
B. Belanda. D. British.

14. Apakah persamaan tokoh-tokoh pejuang tempatan yang berikut?

 Abdul Rahman Limbong


 Dato Bahaman

A. Menentang campur tangan Inggeris


B. Melindungi kepentingan British di Tanah Melayu
C. Menuntut kemerdekaan daripada British
D. Menyelesaikan pertelingkahan antara British dan pembesar tempatan

4
15. Dol Said telah berjaya mengalahkan British dengan menggunakan taktik perang
_____________.
A. gerila C. tempur
B. tiga segi D. saudara

16. Siapakah yang mengetuai Rombongan Merdeka ke London untuk merundingkan


kemerdekaan Tanah Melayu?
A. Tun Tan Cheng Lock
B. Tun Abdul Razak
C. Tun V.T Sambanthan
D. Tunku Abdul Rahman

17. Susun peristiwa perjuangan menuntut kemerdekaan mengikut urutan yang tepat.
I. Penentangan Malayan Union 1946-1948
II. Ancaman oleh Parti Komunis Malaya 1948
III. Rundingan London 1956
IV. Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
V. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
A. I,II, IV, III dan V
B. I, II, III, IV dan V
C. I, III dan V sahaja
D. II, IV dan V sahaja

18. Dalam rundingan kemerdekaan Tanah Melayu, satu perjanjian telah ditandatangani iaitu
Perjanjian London.
Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada negara?
A. Kewujudan negara yang merdeka
B. Pentadbiran semua negeri Melayu diseragamkan
C. Ekonomi Tanah Melayu dimonopoli oleh British
D. Keselamatan Tanah Melayu terjamin daripada ancaman luar

5
19. Berapakah bilangan anggota Majlis Raja-Raja yang terdapat di Malaysia?
A. Dua Raja-Raja Melayu dan seorang Yang di-Pertua Negeri.
B. Lima Raja-Raja Melayu dan 2 Yang di-Pertua Negeri.
C. Tujuh Raja-Raja Melayu dan seorang Yang di-Pertua Negeri.
D. Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat orang Yang di-Pertua Negeri.

Yang di-Pertuan Agong mengucup keris


sebagai tanda menerima amanah sebagai
Ketua Utama Negara

20. Berdasarkan pernyataan di atas, pilih pernyataan yang benar berkaitan Yang di-Pertuan
Agong.
A. Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong menurut perlembagaan negara.
B. Kaedah pemilihan Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja.
C. Adat Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.
D. Salah satu alat kebesaran diraja yang menjadi lambang kemegahan negara.

21. Berikut merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong kecuali __________.
A. melantik Perdana Menteri
B. pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia
C. menggubal undang-undang negara
D. Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja

22. Gambar dua ekor harimau pada Jata Negara bermaksud ___________.
A. kekuatan
B. kekuasaan
C. keberanian
D. ketangkasan

6
23. Gambar dua ekor harimau pada Jata Negara bermaksud ___________.
A. kekuatan
B. kekuasaan
C. keberanian
D. ketangkasan

24. Cogan kata “ Bersekutu Bertambah Mutu” dapat ditemui pada __________.
A. Lagu kebangsaan C. Bahasa Kebangsaan Malaysia
B. Jata Negara Malaysia D. Bendera Kebangsaan Malaysia

25. Semua yang berikut adalah berkaitan dengan adab dan tertib menaikkan bendera
kecuali ____________________ .
A. Bendera Malaysia boleh diletakkan di atas tanah semasa hendak menaikkannnya.
B. Orang yang menaikkan bendera mesti berpakaian kemas.
C. Bendera mesti dilipat dan disimpan dengan baik selepas digunakan.
D. Jangan kibarkan bendera yang koyak dan sudah luntur warnanya.

26. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang pada Jalur Gemilang melambangkan
A. Agama Islam sebagai agama rasmi negara
B. Kedaulatan Raja-raja Melayu
C. Kesucian moral rakyat Malaysia
D. Perpaduan antara 13 buah negeri dan sebuah kerajaan persekutuan

27. Warna merah pada bunga raya melambangkan ________________ .


A. Kesetiaan rakyat terhadap negara
B. Keberanian rakyat menghadapi cabaran
C. Kesanggupan rakyat berkorban untuk negara
D. Perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum

7
28. Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap tanah air kita ?

Encik Mohamed Hamzah

A. Mencipta bendera Malaysia.


B. Menggubah seni kata lagu Negaraku.
C. Menghasilkan lambang Jata Negara.
D. Menulis prinsip-prinsip Rukun Negara.

29. Berikut merupakan etika ketika menyanyikan lagu Negaraku kecuali _______.
A. berdiri tegak
B. kedua kaki dirapatkan
C. kedua tangan di sisi dan diluruskan
D. gerakkan badan mengikut irama lagu

30. Antara berikut, yang manakah benar tentang mesej yang disampaikan dalam lirik lagu
Negaraku?
I. Rakyat perlu taat setia kepada raja dan negara
II. Rakyat perlu hidup bersatu padu
III. Rakyat perlu bersopan dan berbudi pekerti
IV. Rakyat perlu berasa bangga dengan pencapaian kemajuan negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

8
BAHAGIAN B (30 markah)

Jawab semua soalan bahagian ini.

1. Padankan jawapan yang betul. (5 markah)

Perlis, Kedah , Perak, Selangor,


Peranan Sultan Negeri Sembilan, Johor, Pahang ,
Terengganu dan Kelantan

Kedudukan Sultan Ingkar perintah raja

Menduduki tempat tertinggi


Daulat
dalam sistem pemerintahan

Melambangkan kekuasaan dan


Derhaka
keagungan Sultan

Ketua negeri, ketua agama


Negeri di Malaysia yang
Islam,ketua adat istiadat dan
mempunyai institusi raja
simbol kedaulatan

9
2. Nyatakan nama alat-alat kebesaran diraja yang berikut. (5 markah)

Kalung Diraja Cokmar

Muskat

Keris Panjang
Pending Diraja
Diraja

Keterangan. Alat Kebesaran


1. Alat kebesaran ini dipakai leher Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong yang diperbuat daripada emas
putih bertatahkan permata berlian.

2. Alat kebesaran ini merupakan hiasan pada tali


pinggang atau bengkung. Ia diperbuat daripada emas
sepuluh mutu.

3. Alat ini merupakan dua batang tongkat pendek


berhulukan kubah merupakan alat perang zaman
dahulu.

4. Alat ini merupakan pakaian rasmi bagi Seri Paduka


Baginda Yang di–Pertuan Agong.

5. Alatan ini merupakan alat kebesaran utama dalam


istiadat pertabalan.

10
3. Lengkapkan rajah di bawah. (5 markah)

identiti jati diri

bahasa ilmu

perpaduan kedaulatan

1. Bahasa Melayu mencerminkan 2. Bahasa Melayu pemangkin


_______________________ bangsa _______________________________
Malaysia. negara.

BAHASA MELAYU
WARISAN NEGARA
YANG DIBANGGAKAN

3. Bahasa Melayu melambangkan 4. Bahasa Melayu berfungsi sebagai


_______________________ dan ___________________ dalam
_______________________ negara. bidang sains, teknologi dan ilmiah.

11
4. Lima kelopak bunga raya dikaitkan dengan 5 prinsip rukun negara.
Nyatakan lima prinsip tersebut. (5 markah)

 Prinsip 1 = _____________________________________________________________

 Prinsip 2 = _____________________________________________________________

 Prinsip 3 = _____________________________________________________________

 Prinsip 4 = _____________________________________________________________

 Prinsip 5 = _____________________________________________________________

12
5. Lengkapkan pernyataan di bawah dengan jawapan yang betul . (10 markah)

sosioekonomi mentadbir jalan raya menjajah

British pentadbiran hospital

perlombongan Negeri Selat Negeri Melayu


bijih timah Bersekutu

Banyak kuasa luar yang telah (1) ……………..…….. dan campur tangan di negara kita. Portugis ,

Belanda, Siam (2) ,………………….. dan Jepun pernah menjajah negara kita. British telah

membentuk lima jenis (3)…………………… yang berbeza di negara kita. Pentadbiran tersebut ialah

(4) ……...……………., (5)………………………., Negeri Melayu Tidak Bersekutu, pentadbiran

Brooke di Sarawak dan SBUB di Sabah. Sultan dan pembesar tempatan kehilangan kuasa untuk (6)

……………...….. negeri. British campur tangan kerana mereka hendak menguasai (7)

…..………….…….. . Selain itu campur tangan dan penjajahan juga memberi kesan terhadap

(8)…………..………………. negara kita. Di antara kesan tersebut ialah seperti jalan kereta api, (9)

……….……………….. dan (10) ………………………… .

13

You might also like