You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA

MAJLIS NYANYIAN SOLO HARI KOKURIKULUM PERINGKAT SMK AYER KEROH


TARIKH : 26 JULAI 2017
TEMPAT : DEWAN SMK AYER KEROH

BIL ANN CATATAN

Perhatian kepada semua pelajar, anda diminta


untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia
kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.
Terima kasih.

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis

Bismillahirahmannirrahim....Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Dihormati Encik Mohd Yusri bin Seman,


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer
Keroh,
Yang Berusaha Puan Kamisah binti Ali, Guru
Penolong Kanan Kurikulum,
En. Mohd Radhi bin Masah, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid,
Pn Rohila binti Ibrahim, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum

Barisan guru berdedikasi Sekolah Menengah


Kebangsaan Ayer Keroh,
Dan pelajar yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana


di atas limpah kurnia Nya dapat kita sama-sama
berkumpul bagi memeriahkan Pertandigan
Nyanyian Solo Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah
Menengah Kebangsaan Ayer Keroh.

Sebelum tirai persembahan dibuka, izinkan saya


memperkenalkan barisan hakim yang akan
mengadili Pertandigan Nyanyian Solo Hari
Kokurikulum kita pada hari ini.
Yang pertama Pn. Choo Ee Liew selaku ketua
hakim. Kedua Pn Norma binti Amat, ketiga Pn.
Anis Asyikin binti Datuk Atan dan yang terakhir
Encik Mohd Nur Akmal bin Abd Rahman.
Pertandingan Nyanyian Solo Hari Kokuriulum
dimulakan dengan menjemput peserta pertama
.....................................................................
dengan pilihan lagu bertajuk
............................................................................
Dipersilakan.

Peserta seterusnya yang akan mengambil tempat


di atas pentas ialah.................................................
................................................................................
dengan lagu bertajuk.............................................

Kehangatan majlis pada petangi ini diteruskan lagi


dengan mempersilakan ...................................
.........................................................................
yang akan mempertaruhkan lagu bertajuk
......................................................... Dipersilakan.

Peserta seterusnya telah memilih untuk


mendendangkan lagu .............................................
.........................................................................
Untuk itu dipersilakan ..........................................
.......................................ke pentas pertandingan.
Dipersilakan.

Peserta seterusnya yang akan mengambil tempat


di atas pentas ialah.................................................
................................................................................
dengan lagu bertajuk.............................................

Peserta terakhir kita pada hari ini telah memilih


untuk menyampaikan lagu bertajuk .............
........................................................................
Oleh itu, dipersilakan ...................................
.........................................................................
ke pentas pertandingan.
Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka
tamatlah sudah Pertandigan Nyanyian Solo Hari
Kokurikulum Peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan Ayer Keroh.

Keputusan pertandingan telah pun berada di


tangan saya. Oleh itu dijemput Dihormati Encik
Mohd Yusri bin Seman, Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Ayer Keroh untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Senarai pemenang..........
Hadirin sekalian, dengan berakhirnya upacara itu
tadi, maka sempurnalah sudah Pertandigan
Nyanyian Solo Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah
Menengah Kebangsaan Ayer Keroh.

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap maafi,
Ketemu lagi, di lain acara

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz


suci....................................................

You might also like