You are on page 1of 27

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN FUTSAL

BAB 1 : UNDANG-UNDANG 1 (GELANGGANG PERMAINAN)

1.1) Dimensi

Panjang : Minimum 25 meter

Maksimum 42 meter

Lebar : Minimum 15 meter

Maksimum 25 meter

1.2) Perlawanan Antarabangsa

Panjang : Minimum 38 meter

Maksimum 42 meter

Lebar : Mimimum 18 meter

Maksimum 25 meter.

1.3) Tanda-tanda pada gelanggang:

Gelanggang adalah ditandakan dengan garisan. Sebagai sempadan garisan-garisan ini adalah sebahagian
dari kawasan yang meliputi:

a) Dua garisan sempadan yang lebih panjang ialah garisan tepi

b) Dua garisan sempadan pendek adalah garisan gol

Lebar semua garisan adalah 8 cm. Gelanggang dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah.

Pusat gelanggang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah.

Pusat gelanggang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 3m ditanda
mengelilinginya.

1.4) Kawasan penalti.

Kawasan penalti ditentukan di tiap-tiap hujung gelanggang seperti berikut:


Kawasan penalti merupakan kawasan yang mempunyai garisan suku lengkuk yang berjejari 6 meter
bahagian atas kedua-dua garisan ini adalah disambungkan dengan satu garisan 3.16 meter yang selari
dengan garisan gol di antara tiang-tiang.

Garisan lengkuk yang menandakan luas sempadan kawasan penalti adalah dinamakan garisan kawasan
penalti:

Tanda penalti pertama – adalah dibuat 6 meter dari titik pertengahan tiang gol

Tanda penalti kedua - 10 meter dari titik pertengahan tiang gol

1.5) Lengkuk Penjuru

Suku bulatan berjejari 25 sm dari setiap penjuru adalah dibuat di dalam gelanggang.

1.6) Zon Penggantian

Zon Penggantian di gelanggang adalah ditentukan di bahagian yang sama dengan bangku pasukan
dan tepat di depannya. Di sinilah tempatnya pemain-pemain masuk dan keluar gelanggang untuk
penggantian.
Zon pengantian ditentukan di hadapan bangku pasukan dan 5 m panjangnya. Ia ditanda pada
setiap bahagian tepi dengan gariasn tepi. Ruangan kosong ini yang tepat di depan meja penjaga
masa hendaklah dibiarkan kosong.

1.7) Tiang dan palang gol

Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol.

Ada dua tiang tegak yang sama jaraknya dari setiap penjuru dan dicantumkan bahagian atasnya
dengan palang melintang.

Jarak (ukuran dalaman) di antara tiang-tiang itu adalah 3 m dan jarak bahagian palang gol ke
tanah ialah 2 m,

Tiang-tiang dan palang gol hendaklah mempunyai lebar hendaklah mempunyai lebar dan dan
tebal yang sama iaitu 5 m.

Jaringan diperbuat daripada hemp, jut atau nylon. Jaringan dipasang pada tiang pada tiang dan gol
di belakang tiang gol. Bahagian bawah juga disokong dengan palang melintang atu penyokong
lain yang bersesuaian.

Keluasan bahagian dalam gol ditentukan jaraknya dari bahagian dalam tiang gol menganjur
keluar gelanggang adalah sekurang-kurangnya 80 cm dibahagian atas dan 100 cm pada paras
tanah.
BAB 2 : UNDANG-UNDANG 2 (BOLA)

2.1) Ciri-ciri dan ukuran bola:

Berbentuk sfera
Diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan yang sesuai
Ukuran lilit tidakm kurang 62 cm dan tidak lebih 64cm
Berat tidak kurang dari 400 gram atau tidak lebih 440 gram pada permulaan permainan
Tekanan angina 0.4-0.6 atmosfera ( 400-600g/sm padu)

Contoh Bola Futsal Logo rasmi FIFA untuk kejohanan antarabangsa

2.2) Penggantian bola yang rosak:

Jika bola pecah semasa perlawanan:

Permainan akan diberhentikan


Permainan dimulakan dengan jatuhan bola menggunakan bola yang telah disahkan oleh pengadil.
Sekiranya bola yang digunakan pecah atau rosak ketika bola di dalam permianan (ketika sepak
mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti, atau sepakan ke dalam)
permainan dimulakan semula mengikut undang-undang permainan
Bola tidak dibenarkan ditukar semasa permainan tanpa kebenaran pengadil.
BAB 3 : UNDANG-UNDANG 3 (BILANGAN PEMAIN)

3.1) Pemain-pemain

Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan.

Setiap pasukan mengandungi tidak lebih lima pemain dan salah seorang menjadi penjaga
gol.

3.2) Prosedur Penggantian

Bilangan maksimum pengganti yang dibenarkan adalah tujuh. Bilangan penggantian yang
dilakukan di dalam sesuatu perlawanan tidak terhad. Pemain boleh digantikan dan boleh kembali ke
gelanggang sebagai pamain lain.

Syarat-syarat pengantian

Pemain yang keluar gelanggang mesti berbuat demikian di zon penggantian pasukannya.

Pemain yang masuk ke gelanggang mesti berbuat demikian di zon penggatian pasukannya
setelah pemain yang digantikan telah keluar sepenuhnya.

Pengantian adalah terakluk kepada kuasa budi bicara pengadil sama ada dipanggil untuk
bermain atau tidak.

Pengantian pemain adalah sempurna apabila penganti masuk ke gelanggang, mulai saat itu
dia menjadi pemain aktif dan pemain yang diganti itu tamat sebagi pemain aktif.

Penjaga gol juga boleh bertukar-tukar tempat dengan mana-mana pemain.

BAB 4 : UNDANG-UNDANG 4 (ALATAN PEMAIN)

Keselamatan

Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang peralatan yang berbahaya
kepada pemain-pemain lain.

4.1) Peralatan Asas

Peralatan asas yang diwajibkan ialah:


jersi atau baju,
seluar pendek – jika seluar dalam „thermal‟ digunakan, warnanya hendaklah sama dengan warna
utama seluar pendek.
stokin
shinguard
alas kaki - hanya alas kaki yang diperbuat daripada „canvas‟ atau kasut latihan dari kulit yang
lembut atau kasut jimnastik yang bertapak getah atau bahan-bahan yang sama dibenarkan.
Pemakaian alas kaki adalah diwajibkan.

4.2) Jersi atau baju

Nombor mestilah tertera pada bahagian belakang semua baju dan mengandungi nombor-nombor
di antara 1 hingga 15.
Warna nombor hendaklah berbeza dengan jelasnya dari warna jersi.
Untuk perlawanan antarabangsa, nombor mestilah tertera juga di bahagian hadapan, walaupun
lebih kecil saiznya.

4.3) Shinguard

Shinguard hendaklah dilitupi keseluruhannya oleh stokin


Diperbuat daripada bahan yang sesuai (getah, plastik atau bahan yang serupa)
Perlu memberikan perlindungan pada tahap yang munasabah

4.4) Penjaga Gol

Setiap penjaga gol hendaklah memakai warna yang membezakan dengan mudahnya dengan
pemain-pemain lain dan juga Pengadil.
Jika seorang pemain menukar tempat dengan penjaga gol, jersi penjaga gol yang digunakan oleh
pemain lain mestilah ditandakan di bahagian belakangnya oleh nombor pemain tersebut.
4.5) Tujuan Hukuman dan Kesalahan

Seseorang pemain tidak dibenarkan memakai sebarang alatan merbahaya kepada dirinya
atau pemain-pemain lain, termasuk sebarang barangan kemas. Hal ini bertujuan untuk menjaga
keselamatan semasa dalam perlawanan. Sekiranya perlanggaran undang-undang ini terjadi,
pemain bersalah akan dikeluarkan dari permainan oleh pengadil untuk membetulkan atau
melengkapkan alatannya. Pemain tidak dibenarkan masuk semula tanpa melaporkan diri terlebih
dahulu kepada salah seorang yang akan menentukan alatan pemain itu sempurna. Jika pengadil
memberhentikan permainan untuk memberi amaran kepada pemain yang bersalah, permainan
akan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dibuat oleh pemain lawan di tmpat
bola berada semasa pengadil-pangadil itu memberhentikan permainan.

BAB 5 : UNDANG-UNDANG 5 (PENGADIL)

1.1) Kuasa Pengadil

Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang mempunyai kuasa untuk
menguatkuasakan Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan
itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga dia keluar.

5.2) Tugas-tugas pengadil:

Menguatkuasakan Undang-undang Permainan


Meneruskan permainan apabila pasukan yang dikasari beruntung dari advantej ini dan
menghukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang dijangkakan itu tidak berhasil.
Membuat catatan tentang perlawanan dan menyediakan kepada pihak berkuasa laporan
perlawanan yang mengandungi semua keterangan tentang sebarang tindakan disiplin terhadap
pemain-pemain, dan/atau pegawai pasukan dan sebarang kejadian yang berlaku sebelum, semasa
dan selepas permainan itu.
Bertindak sebagai penjaga masa sekiranya pegawai berkenaan tidak hadir;
Memberhentikan, menangguh atau menamatkan permainan bagi sebarang kesalahan Undang-
undang atau disebabkan oleh sebarang gangguan yang tidak sepatutnya
Mengambil tindakan disiplin terhadap pemain yang bersalah untuk kesalahan-kesalahan diberi
amaran atau diperintah keluar.
Memastikan bahawa hanya orang lain tidak dibenarkan masuk ke padang
Berhentikan permainan jika, pada pendapatnya, seseorang pemain cedera parah dan pastikan
pemain itu dikeluarkan dari gelanggang secepat mungkin
Teruskan permainan sehingga bola di luar permainan jika seorang pemain, pada pendapatnya
tercedera ringan.
Menentukan bahawa bola yang disediakan memenuhi kehendak Undang-undang II.

BAB 6 : UNDANG-UNDANG 6 (PENGADIL KEDUA)

6.1) Tugas-tugas

Seorang Pengadil Kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggang yang
bertentangan dengan Pengadil. Dia dibenarkan untuk menggunakan wisel.
Pengadil Kedua membantu pengadil untuk mengawal perlawanan mengikut Undang-undang
Permainan. Pengadil Kedua juga:
Mempunyai kuasa budibicara untuk memberhentikan permainan jika berlaku perlanggaran
undang-undang
Memastikan penggantian dilakukan dengan betul

Jika berlaku gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak sepatutnya, pengadil akan menamatkan tugas
Pengadil Kedua dan mendapatkan penggantinya dan melaporkan kepada pihak yang berkuasa.

BAB 7 : UNDANG-UNDANG 7 (PENJAGA MASA DAN PENGADIL KETIGA)

7.1) Tugas-tugas

Seorang Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga hendaklah dilantik.


Mereka ditempatkan di luar gelanggang permainan pada pertengahan garisan tepi di sebelahan
yang sama dengan zon penggantian.
Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga itu dilengkapkan dengan jam (randik) yang sesuai dan
peralatan yang perlu untuk menunjukkan kesalahan-kesalahan terkumpul, yang dibekalkan oleh
persatuan atau kelab di mana gelanggang itu dimainkan.

7.2) Penjaga Masa:


Memastikan jangkamasa perlawanan mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam Undang-undang 8
dengan memulakan jamnya selepas sepak mula:
Mulakan jam (chrometer) itu setelah sepak mula
Memberhentikan jam itu apabila di luar permainan
Memulakan semula selepas sepakan ke dalam, penghantaran gol, atau tanda penalti kedua,
perhentian masa atau jatuhan bola.
Mengawalkan perhentian masa satu minit.
Mengawal tempoh 2 minit masa hukuman apabila seseorang pemain diperintah keluar
Memberi isyarat tempoh masa separuh masa pertama, tamat tempoh perlawanan, tamat tempoh
masa tambahan dan tamat tempoh perhentian masa dengan satu tiupan wisel atau isyarat bunyi
lain yang berbeza dari wisel pengadil-pengadil.
Merekodkan semua baki perhentian masa bagi tiap-tiap pasukan, memaklumkan pengadil-
pengadil dan pasukan sewajarnya dan memberi isyarat kebenaran perhentian masa apabila
diminta oleh salah satu pasukan (undang-undang 8)
Merekod lima kesalahan terkumpul pertama dilakukan pasukan yang dihukum oleh pengadil,
pada tiap-tiap separuh masa perlawanan dan beri isyarat apabila kesalahan terkumpul kelima
dilakukan oleh mana-mana pasukan.

7.3) Pengadil Ketiga

Pengadil Ketiga membantu Penjaga Masa Dalam:

Mencatatkan lima kesalahan pertama yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan pada setiap separuh
masa yang dicatatkan oleh Pengadil dan memberikan isyarat apabila kesalahan kelimat dilakukan
oleh mana-mana pasukan
Menyimpan rekod semua pemberhentian dan sebab-sebabnya di dalam sesuatu permainan,
Catatan nombor pemain-pemain yang menjaringkan gol
Mengingatkan nama pemain-pemain yang diberi amaran atau diperintah keluar
Memberikan maklumat-maklumat lain yang ada kaitan dengan permainan itu.

Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya oleh Penjaga Masa atau Pengadil Ketiga, Pengadil akan
menamatkan tugasnya dan mendapatkan penggantinya serta melaporkan kejadian itu kepada pihak
berkuasa yang bertanggungjawab. Jika berlaku kecederaan, Pengadil Ketiga boleh menggantikan sama
ada Pengadil atau Pengadil Kedua.

BAB 8 : UNDANG-UNDANG 8 (JANGKAMASA PERMAINAN)

8.1) Tempoh Masa Permainan

Perlawanan hendaklah dibahagikan kepada dua tempuh masa yang sama, iaitu 20 minit setiap
satu.
Catatan masa dilakukan oleh Penjaga Masa yang tugasnya adalah dihuraikan di dalam Undang-
undang 7.
Tempuh masa setiap separuh masa akan dilanjutkan untk membolehkan satu sepakan penalti
dibuat.

8.2) Hentian Masa

Setiap pasukan berhak meminta perhentian masa satu minit pada setiap separuh masa.

Syarat-syarat berikut dilaksanakan untuk perhentian masa:

Jurulatih pasukan adalah berkuasa untuk meminta perhentian masa satu minit.
Perhentian masa satu minit boleh diminta pada bila-bila masa tetapi dibenarkan hanya apabila
pasukan yang meminta perhentian masa sedang mengawal bola.
Penjaga masa memberi isyarat kebenaran untuk perhentian masa apabila bola di luar permainan
dengan menggunakan wisel atau isyarat bunyi lain yang berbeza dari digunakan oleh Pengadil.
Ketika perhentian masa dibenarkan, pemain-pemain mesti berada di dalam gelanggang. Jika
mereka hendak menerima arahan dari pegawai pasukan, ini hanya dibuat di garisan tepi
berhadapan dengan bangku. Pegawai yang memberi arahan tidak dibenarkan masuk ke
gelanggang.

8.3) Masa Rehat

Rehat pada separuh masa tidak boleh melebihi 15 minit.


BAB 9 : UNDANG-UNDANG 9 (PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA
PERMAINAN)

9.1) Pra-perlawanan

Pilihan tempat sepak mula hendaklah ditentukan dengan lentingan syiling. Pasukan yang menang
lentingan berhak membuat pilihan tempat untuk diserang pasukannya.
Pasukan lawan akan memilih sepak mula perlawanan.
Pasukan yang menang lentingan syiling membuat sepak mula pada separuh masa kedua
perlawanan.
Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan bertukar tempat menyerang gol yang
bertentangan.

9.2) Sepak Mula

Sepak mula adalah satu cara untuk memulakan atau memulakan semula permainan:

pada permulaan perlawanan


selepas satu gol telah dijaringkan
pada permulaan separuh masa kedua perlawanan
pada permulaan setiap masa tambahan, bila sesuai.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula.

9.3) Jatuhan Bola

Jatuhan bola ialah suatu cara untuk memulakan semula permainan selepas sesuatu penangguhan
sementara yang diperlukan, semasa bola di dalam permainan dengan syarat sebelum
pemberhentian itu bola belum melintasi garisan tepi atau garisan gol, atau mana-mana sebab yang
tidak disebut di mana-mana bahagian Undang-undang Permainan yang lain.

9.4) Keadaan-keadaan Tertentu:

Bola dijatuhkan semula jika:

Disentuh oleh pemain sebelum ia menyentuh tanah


Bola keluar dari gelanggang selepas ia menyentuh tanah tanpa disentuh oleh pemain.
Sepakan percuma yang diberikan kepada pasukan bertahan di dalam kawasan penaltinya boleh
dibuat dari mana-mana tempat di dalam kawasan penalti itu. Sepakan percuma yang diberikan
tidak terus yang diberikan kepada pasukan penyerang di dalam kawasan penalti pasukan lawan
hendaklah dibuat di garisan kawasan penalti di tempat paling hampir bola berada semasa
permainan diberhentikan. Jatuhan bola untuk memulakan semula permainan di dalam kawasan
penalti mesti dibuat di garisan kawasan penalti di tempat paling hampir bola berada semas
permainan diberhentikan.

BAB 10 : UNDANG-UNDANG 10 (BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN)

10.1) Bola di Luar Permainan

Bola adalah di luar permainan apabila:

Keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di udara
Permainan diberhentikan oleh pengadil
Ia menyentuh siling.

10.2) Bola di Dalam Permainan

Bola sentiasa di dalam permainan termasuk apabila:

Ia melantun dari tiang gol atau palang gol ke dalam gelanggang


Ia melantun dari pengadil-pengadil ketika mereka berada di dalam gelanggang

10.3) Keputusan-keputusan

Apabila sesuatu perlawanan dimainkan di gelanggang dalam dewan dan bola terkena siling, permainan
hendaklah dimulakan semula dengan satu sepakan ke dalam, yang dibuat oleh pasukan lawan kepada
pemain yang akhir sekali menyentuh bola itu.Sepakan ke dalam dibuat dari garisan tepi paling hampir
kepada tempat di mana bola menyentuh siling.
BAB 11 : UNDANG-UNDANG 11 (CARA MENENTUKAN JARINGAN)

11.1) Jaringan Gol

Kecuali terdapatnya peruntukan lain di dalam undang-undang ini, gol dijaringkan apabila
keseluruhan bola telah melintasi garisan gol, di antara kedua-dua tiang gol dan di bawah palang
gol, kecuali bola itu telah dilontar, dibawa atau sengaja dikuis dengan tangan atau lengan oleh
seorang pemain pasukan menyerang, termasuk penjaga gol.

11.2) Pasukan yang Menang

Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih dalam sesuatu perlawanan akan dikira
pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringan bilangan gol yang sama atau tiada gol
jaringankan, perlawanan dikira “seri”.

11.3) Peraturan Pertandingan

Bagi perlawanan yang berkesudahan dengan seri, peraturan pertandingan boleh menyatakan
peruntukan yang melibatkan tambahan masa atau prosedur-prosedur lain untuk menentukan
pemenang sesuatu perlawanan.

BAB 12 : UNDANG-UNDANG 12 (KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK


BERTERTIB)

12.1) Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bertertib adalah dihukum seperti berikut:

12.1.1) Sepakan Percuma Terus

Suatu sepakan percuma terus akan diberi kepada pasukan lawan jika seseorang pemain dengan
sengaja melakukan salah satu dari enam kesalahan berikut yang dianggap oleh pengadil sebagau cuai,
gegabah atau menggunakan daya yang berlebih:

Menendang atau cuba menendang pemain lawan


Membentes atau cuba membentes pemain lawan
Melompat ke pemain lawan
Merempuh pemain lawan, walaupun dengan bahu
Memukul atau cuba memukul pemain lawan
Menolak pemain lawan

Sepakan percuma terus juga diberikan kepada pasukan lawan jika seseorang pemain melakukan salah
satu daripada lima kesalahan berikut:

Memegang pemain lawan


Meludah kepada pemain lawan
Menggelunsor untuk memainkan bola yang sedang dimainkan atau cuba dimainkan oleh pemain
lawan (takel menggelunsor), kecuali bagi penjaga gol di dalam kawasan penaltinya dengan syarat
dia tidak bermain secara cuai, gegabah atau menggunakan daya yang berlebihan
Memegang bola dengan sengaja kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya
sendiri

*semua sepakan percuma dibuat di tempat kesalahan.

12.1.2) Sepakan Penalti

Suatu sepakan penalti diberi kepada pasukan lawan jika seseorang pemain melakukan salah satu
dari kesalahan di atas di dalam kawasan penaltinya tanpa diambil kira kedudukan bola tetapi
dengan syarat bola berada di dalam permainan.

12.1.3) Sepakan Percuma Tidak Terus

Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol melakukan salah
satu dari kesalahan-kesalahan berikut:

Setelah melepaskan bola dari kawalannya, dia menerima semula bola yang disepak oleh
rakannya, tanpa bola terlebih dahulu melepasi garisan tengah atau dimainkan oleh pemain
pasukan lawan
Menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia disepak dengan sengaja kepadanya
oleh rakannya
Menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia menerima bola terus dari suatu
sepakan ke dalam oleh rakannya
Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kakinya lebih dari empat saat, di mana-mana
bahagian gelanggang, kecuali ia menyentuh bola di separuh bahagian gelanggang pasukan lawan

Suatu sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan, dan dibuat di tempat kesalahan,
jika, pada pendapat pengadil, seorang pemain:

Bermain dengan cara berbahaya


Apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang pergerakan pemain lawan
Menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya
Melakukan mana-mana kesalahan lain, tidak disebut di dalam Undang-undang 12 di atas, di mana
permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar seseorang pemain
Sepakan percuma tidak terus dibuat di tempat kesalahan, kecuali di dalam kawasan penalti, maka sepakan
percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di atas garisan kawasan penalti yang paling hampir dengan
tempat kesalahan dilakukan.

12.2) Hukuman-hukuman Disiplin

Kad kuning atau merah hanya boleh ditunjuk kepada pemain-pemain dan penganti-penganti.

12.3) Kesalahan-kesalahan Beramaran

Pemain diberi amaran dan ditunjukkan kad kuning jika dia melakukan mana-mana kesalahan
berikut:

Berkelakuan tidak bersemangat sukan


Membantah keputusan pengadil dengan perkataan atau tindakan
Sentiasa melanggar undang-undang permainan
Melambat-lambatkan permulaan semula permainan
Gagal menghormati jarak yang diperlukan semasa permainan dimulakan semula dengan suatu
sepakan penjuru, sepakan ke dalam, sepakan percuma atau lemparan gol
Masuk atau masuk semula gelanggang tanpa kebenaran pengadil atau melanggaar prosedur
penggantian
Dengan sengaja keluar dari gelanggang tanpa kebenaran pengadil
Untuk mana-mana dari kesalahan di atas, suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan
lawan, yang dibuat dari tempat kesalahan. Jika kesalahan itu dilakukan di dalam kawasaan penalti,
sepakan percuma tidak terus itu dibuat dari garisan penalti di tempat yang paling hampir dengan tempat
kesalahan. Suatu kesalahan juga diberi dengan syarat tiada kesalahan yang lebih berat dilakukan.

12.4) Kesalahan Perintah Keluar

Seorang pemain diperintah keluar dan dilayangkan kad merah jika melakukan mana-mana kesalah
berikut:

Bersalah kerana bermain dengan amat kasar;


Bersalah kerana berkelakuan ganas
Meludah pemain lawan atau orang lain
Menggagalkan pasukan lawan suatu jaringan atau peluang jaringan yang jelas dengan kesalahan
memegang bola dengan sengaja (ini tidak termasuk penjaga gol di dalam kawasan penaltinya)
Menggagalkan peluang jeringan yang jelas pemain lawan yang bergerak ke arah gol pemain
dengan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan suatu sepakan percuma atau sepakan penalti
Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kesat
Bersalah kerana menerima amaran kedua dalam satu permainan.

Jika permainan diberhentikan kerana seorang pemain diperintah keluar di atas kesalahan 6 atau 7, tanpa
pelanggaran undang-undang lain, permainan akan dimulakan semula dengan satu sepakan percuma tidak
terus kepada pasukan lawan dari tempat di mana kesalahan itu dilakukan. Walau bagaimanapun, jika ia
dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat dari garisan
kawasan penalti yang paling hampir dengan tempat kesalahan.
BAB 13 : UNDANG-UNDANG 13 (SEPAKAN PERCUMA)

13.1) Jenis-jenis Sepakan Percuma

Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus.

Untuk kedua-dua sepakan itu bola hendaklah tidak bergerak semasa sepakan percuma dibuat, dan
penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga bola disentuh atau dimainkan oleh
pemain lain.

13.1.1) Sepakan Percuma Terus

Jika dari suatu sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, gol
dikira.

13.1.2) Sepakan Percuma Tidak Terus

Suatu gol boleh dijaringkan hanya apabila bola itu telah dimainkan atau disentuh oleh
seorang pemain lain sebelum bola masuk ke dalam gol

13.2) Kedudukan untuk Sepakan Percuma

Semua pemain lawan mestilah sekurang-kurangnya 5 meter dari bola sehingga ia berada di
dalam permainan
Bola berada di dalam permainan sebaik saja ia disentuh atau dimainkan

13.3) Kesalahan-kesalahan/Hukuman-hukuman

Jika, apabila suatu sepakan percuma dibuat, seorang pemain berada lebih hampir ke bola dari jarak yang
diperlukan:

Sepakan dibuat semula


Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola semula sebelum ia
dimainkan oleh pemain lain:
Satu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan di tempat kesalahan itu.
Walau bagaimanapun, jika kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti, sepakan percuma
tidak terus itu hendaklah dibuat di atas garisan kawasan penalti di tempat paling hampir
dengan kesalahan itu.
Jika pasukan yang membuat sepakan percuma mengambil lebih dari 4 saat
Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan.

13.4) Isyarat-isyarat

13.4.1) Sepakan Percuma Terus

Pengadil mengekalkan lengannyanya melintang menunjukkan arah sepakan dibuat. dalam


kesalahan yang dikira sebagai kesalahan terkumpul, pengadil mengisyaratkan dengan
menunjukkan jari telunjuk ke bawah supaya pengadil ketiga, atau mana-mana pegawai pada meja,
tahu bahawa ia dikira sebagai kesalahan terkumpul.

13.4.2) Sepakan Percuma Tidak Terus:

Pengadil mengisyaratkan sepakan percuma tidak terus dengan mengangkat sebelah tangan lurus
ke atas. Dia mengekalkan tangannya sehingga sepakan itu telah dibuat dan bola telah dimainkan
oleh pemain lain.
BAB 14 : UNDANG-UNDANG 14 (KESALAHAN-KESALAHAN TERKUMPUL)

14.1) Kesalahan-kesalahan terkumpul

Kesalahan terkumpul ialah kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus yang disebut
di dalam undang-undang 12.
Lima kesalahan terkumpul pertama dilakukan setiap pasukan pada tiap-tiap separuh masa adalah
dicatatkan di dalam catatan perlawanan.
Pengadil-pengadil boleh meneruskan permainan dengan melaksanakan peraturan
Advantej jika pasukan itu belum lagi melakukan lima kesalahan terkumpul dan pasukan lawan
tidak digagalkan dengan peluang jelas untukmenjaringkan gol.
Jika masa tambahan dimainkan, kesalahan-kesalahan terkumpul daripada tempoh kedua masih
dikira. Sebarang kesalahan terkumpul semasa masa tambahan adalah dicampurkan kepada jumlah
keseluruhan pasukan daripada tempoh kedua.

14.2) Kedudukan Sepakan Percuma

Bagi lima kesalahan terkumpul yang pertama yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di dalam setiap
separuh masa:
Pemain pasukan lawan boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma itu.
Semua pemain lawan berada sekurang-kurangnya lima meter dari bola sehingga ia di dalam
permainan.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan ini.
Bermula dengan kesalahan terkumpul yang keenam yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di
dalam setiap separuh masa:
Pemain pasukan lawan tidak boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma
itu.
Pemain yang membuat sepakan hendaklah dikenal pasti.
Penjaga gol mesti berada di dalam kawasan penaltinya dan sekurang-kurangnya lima meter dari
bola.
Semua pemain lawan di dalam gelanggang hendaklah berada se belakang garisan bayangan yang
selari dengan garisan gol, dan di luar kawasan penalti. Mereka mestilah berada lima meter dari
bola dan tidak boleh menghalang pemain yang membuat sepakan itu. Tiada pemain dibenarkan
melepasi garisan bayangan itu sehingga bola berada di dalam permainan.

14.3) Prosedur (untuk kesalahan terkumpul keenam dan lebih)

Pemain yang membuat sepakan mesti menyepak bola dengan tujuan untuk membuat jaringan dan
tidak dibenarkan untuk membuat hantaran kepada pemain lain.
Sebaik saja sepakan dibuat, tiada pemain dibenarkan menyentuh bola sehingga ia disentuh oleh
penjaga gol, atau ia melantun dari tiang atau palang gol, atau telah keluar dari gelanggang.
Tiada sepakan percuma dibenarkan dibuat kurang enam meter dari garisan gol (lihat Undang-
undang 13). Jika sesuatu kesalahan yang biasa dihukumkan dengan suatu sepakan percuma tidak
terus berlaku di dalam kawasan penalti, sepakan percuma itu hendaklah dibuat dari garisan
kawasan penalti yang hampir dengan kesalahan itu.
Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasan pasukan lawan
atau di dalam kawasan sendiri di depan garisan bayangan yang selari dengan garisan pertengahan
padang dan melalui tanda penalti kedua 10 meter dari garisan gol, sepakan percuma itu hendaklah
dibuat daripada tanda penalti kedua. Tanda penalti kedua ini diterangkan di dalam Undang-
undang 1. Sepakan percuma ini hendaklah dibuat menepati peruntukan yang disebutkan di bawah
“Posisi untuk sepakan percuma”.
Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasannya di antara
garisan 10 meter dengan garisan gol, pasukan yang akan membuat sepakan itu boleh memilih
untuk membuat sepakan itu dari tanda penalti kedua atau dari tempat di mana kesalahan itu
berlaku.
Jika permainan berlanjutan ke masa tambahan, semua kesalahan yang terkumpul dari separuh
masa kedua akan dibawa ke masa tambahan itu.
BAB 15 : UNDANG-UNDANG 15 (SEPAKAN PENALTI)

15.1) Sepakan Penalti

Satu sepakan penalti diberi terhadap sesuatu pasukan yang melakukan mana-mana kesalahan di
dalam kawasan penaltinya yang dihukumkan dengan satu sepakan percuma terus, semasa bola di
dalam permainan.Gol boleh dijaringkan terus dari satu sepakan penalti.
Masa hendaklah dilanjutkan untuk suatu sepakan penalti dibuat pada penghujung masa setiap
separuh masa atau pada penghujung setiap separuh masa tambahan.

15.2) Kedudukan Bola dan Pemain

Bola:

Diletakkan di tanda penalti

Pemain yang membuat sepakan penalti:

Dikenal pasti
Penjaga gol bertahan:
Berada di atas garisan golnya, mengadap penyepak, di antara kedua-dua tiang gol, sehingga bola
disepak.

Pemain-pemain selain dari penyepak berada:

Di dalam gelanggang
Di luar kawasan penalti
Di belakang atau di tepi tanda penalti
Sekurang-kurangnya 5 meter dari tanda penalti
15.3) Prosedur

Penyepak sepakan penalti itu menyepak bola ke hadapan


Dia tidak dibenarkan memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain
Bola berada di dalam permainan sebaik ia disepak dan bergerak ke hadapan
Apabila sesuatu sepakan penalti dibuat semasa permainan biasa, atau masa dilanjutkan pada separuh
masa atau masa penh untuk membenarkan sepakan penalti itu dibuat atau dibuat semula, gol diberi
jika, sebelum melintasi tiang-tiang gol di bawah palang gol:

Bola menyentuh salah satu atau kedua-dua tiang gol, dan/atau palang gol dan/atau penjaga gol.
Kesalahan-kersalahan/hukuman-hukuman

BAB 16 : UNDANG-UNDANG 16 (SEPAKAN KE DALAM)

16.1) Sepakan ke dalam:

Sepakan ke dalam adalah salah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh
dijaringkan terus dari sepakan ke dalam. Sepakan ke dalam boleh diberikan dalam keadaan:
Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara, atau terkena
siling
Dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi
Kepada lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola.

16.2) Kedudukan Bola dan Pemain

Bola:

Mesti statik di atas garisan tepi.


Bola disepak ke dalam permainan ke mana-mana arah

Pemain yang membuat sepakan ke dalam:

Sebahagian dari satu kaki di atas garisan tepi atau di atas tanah di luar garisan tepi ketika
menyepak bola itu

Pemain bertahan:

Mestilah berada tidak kurang 5 meter dari tempat sepakan ke dalam dibuat.
16.3) Prosedur

Pemain yang membuat sepakan ke dalam mestilah melakukannya dalam masa 4 saat dari masa ia
menerima bola
Pemain yang membuat sepakan ke dalam tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ia
telah disentuh oleh pemain lain
Bola berada di dalam permainan sebaik saja ia disepak atau disentuh

BAB 17 : UNDANG-UNDANG 17 (PENGHANTARAN GOL)

17.1) Penghantaran Gol

Penghantaran gol adalah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh dijaringkan terus
dari penghantaran gol. Penghantaran gol diberi apabila:

Keseluruhan bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan menyerang melintasi garisan
gol sama ada di udara atau di tanah dan gol tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 11.

17.2) Prosedur

Bola dibaling dari mana-mana kawasan penaltinya oleh penjaga gol pasukan bertahan
Pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan
Penjaga gol tidak memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain
Bola di dalam permainan sebaik saja ia dibaling melepasi kawasan penalti tersebut.

17.3) Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman

Jika bola tidak melintasi terus dari kawasan penalti:

Penghantaran gol dibuat semula

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali kedua, sebelum ia telah
disentuh oleh pemain lain:
Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dari tempat kesalahan, ia berlaku di
dalam kawasan penalti, dalam hal demikian, sepakan percuma tidak terus ini dibuat dari garisan
kawasan penalti yang hampir dengan dengan kesalahan itu.

Jika penghantaran gol tidak dibuat dalam masa 4 saat dari masa penjaga

Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dari garisan kawasan penalti yang
hampir dengan dengan kesalahan itu.

BAB 18 : UNDANG-UNDANG 18 (SEPAKAN PENJURU)

18.1) Sepakan penjuru

Sepakan penjuru ialah satu cara untuk memulakan semula permainan.


Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap pasukan lawan.
Sepakan penjuru diberi kerana keseluruhan bola melintasi garisan gol, akhir sekali disentuh oleh
pemain bertahan sama ada di tanah atau di udara, dan satu gol tidak dijaringkan menurut Undang-
undang 11.

18.2) Prosedur

Bola diletakkan tepat pada bahagian dalam lengkuk penjuru yang paling hampir
Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang 5 meter dari bola sehingga bola didalam permainan
Bola disepak oleh pemain pasukan menyerang
Bola berada di permainan sebaik saja disepak atau disentuh
Pemain yang membuat sepakan itu tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ia telah
disentuh oleh pemain lain

18.3) Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman

Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika:

Pemain yang membuat sepakan penjuru menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh
pemain lain. Sepakan percuma tidak terus itu adalah dibuat di tempat kesalahan.
Sepakan penjuru tidak dibuat dalam masa 4 saat dari masa pemain yang akan membuat sepakan
menerima bola. Sepakan percuma tidak terus itu adalah dibuat dari lengkuk penjuru.

Untuk kesalahan-kesalahan lain:

Sepakan penjuru dibuat semula

2.0) ISYARAT-ISYARAT PENGADIL SEMASA PERLAWANAN FUTSAL

Mula dan Mula Semula Permainan Advantage

Sepakan Percuma Terus Sepakan Percuma Tidak Terus


Kiraan Empat Saat Kesalahan Terkumpul Kelima

Beri Amaran/Perintah Keluar Masa Rehat

You might also like