You are on page 1of 10

Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (1),1-10 (2013)

ISSN: 2231-9425

ANALISIS JENIS KESILAPAN DALAM OPERASI


PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN PECAHAN
(Error Analysis of Addition and Subtraction of Fractions)
1
Zakiah Salleh, 2Norhapidah Mohd Saad, 2Mohamad Nizam Arshad,
2
Hazaka Yunus, 2Effandi Zakaria
1
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji jenis kesilapan dan pola kesilapan sistematik yang sering dilakukan
oleh pelajar dalam operasi penambahan dan penolakan pecahan. Subjek kajian terdiri daripada 120 orang
pelajar tahun 5 yang mempunyai aras kognitif cerdas, sederhana dan lemah dari sebuah sekolah rendah di
Daerah Besut, Terengganu. Instrumen kajian pula merupakan dua set soalan yang terdiri daripada
masing-masing enam puluh soalan operasi penambahan dan operasi penolakan pecahan. Kesilapan-
kesilapan di dalam kedua-dua set soalan dianalisis mengikut jenis kesilapan sama ada kesilapan rawak,
kesilapan sistematik dan kesilapan kecuaian. Dapatan kajian menunjukkan bagi operasi penambahan
pecahan, sebanyak 50.4% terdiri daripada kesilapan sistematik, 13.1% adalah kesilapan rawak dan 7.7%
adalah kesilapan kecuaian. Manakala bagi operasi penolakan pecahan pula, 56.1% terdiri daripada
kesilapan sistematik, 16.3% adalah kesilapan rawak dan 3.9% pula adalah kesilapan kecuaian. Sebanyak
enam kategori pola kesilapan sistematik dianalisis dalam operasi penambahan pecahan dan didapati
32.6% merupakan kekurangan kefahaman terhadap proses operasi terlibat, 27.4% merupakan kesukaran
dalam menurunkan pecahan, 20.0% kesilapan semasa menukar kepada penyebut yang sama, 10.7%
kesilapan dalam pengiraan, 5.6% kesilapan semasa menukar jawapan daripada pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur dan 3.6% kesilapan kerana menggunakan proses yang salah. Bagi operasi penolakan
pecahan pula sebanyak lima corak pola kesilapan sistematik telah dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan
28.9% merupakan kesukaran menukarkan pecahan kepada bentuk paling ringkas, 27.6% merupakan
kekurangan kefahaman terhadap proses yang terlibat, 17.3% kesukaran untuk menukar pecahan kepada
penyebut yang sama, 14.8% merupakan kesilapan dalam pengiraan 11.4% pula kesilapan kerana
menggunakan proses yang salah. Justeru, implikasi daripada kajian ini bermakna guru-guru hendaklah
menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran berdasarkan keupayaan pelajar mereka. Kesilapan ini
memerlukan tindakan pemulihan yang segera agar ia tidak membebankan guru dan murid untuk
memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai sasarannya.

Kata kunci : Kesilapan sistematik, penambahan pecahan, penolakan pecahan

ABSTRACT

This study aims to examine the types of systematic errors and error patterns that are commonly made by
students in the addition and subtraction operation of fractions. The study included 120 year 5 students
from a primary school in Besut, Terengganu who have a high, moderate and low cognitive level. The
research instrument consisted of two sets of questions each containing 60 questions on addition and
subtraction, respectively. The errors in both sets of questions were analyze by type: random error,
systematic error or careless error. The findings show for the operation of addition of fractions, 50.4%
consisted of a systematic error, 13.1% systematic error, and 7.7% careless error. While for the operation
of subtraction of fraction, 56.1% consisted of systematic errors, 16.3% are random errors and 3.9% were
careless error. A total of six categories of systematic error pattern were analyze in the operations of
addition of fractions in which 32.6% is a lack of understanding of the operational processes involved,
27.4% is the difficulty in reducing fractions, 20.0% error when changing to the same denominator, 10.7%
Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (1),1-10 (2013)
ISSN: 2231-9425

error in computing, 5.6% were error while changing the answer from improper fractions to mixed
numbers, and 3.6% error for using the wrong process. For the operation of subtraction, five patterns of
systematic errors were analyzed, in which the results show that 28.9% is the difficulty in converting the
fraction to a simple form, 27.6% is a lack of understanding of the processes involved, 17.3% difficulty in
converting the fraction to the same denominator, 14.8 % error in computation, and 11.4% error in using
the wrong process. Thus, the implications of this study are that teachers must use a variety of teaching
approaches based on the ability of their students. These errors need immediate remedial action so as to
not burden the teachers and students, to ensure that the objectives of teaching and learning are achieved.

Key words: Systematic error, random error, addition of fraction, subtraction of fraction.
.

PENGENALAN

Kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) telah diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi
menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal
menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu
subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. Ia merupakan permulaan
kepada suatu program pendidikan umum yang sesuai dengan kebolehan majoriti pelajar,
relevan kepada pengalaman mereka dan dapat diamalkan untuk membantu mereka
berfungsi dengan berkesan dalam kehidupan seharian (KPM, 2010). Salah satu tajuk
yang dianggap penting dalam kurikulum matematik KSSR ialah tajuk pecahan. Tajuk
ini bukan sahaja penting dalam mengembangkan dan membentuk idea matematik tetapi
amat penting juga untuk diaplikasikan dalam kehidupan sosial harian seperti untuk
mengira masa dengan menggunakan unit jam, minit dan saat, mengukur panjang sesuatu
objek ataupun menimbang berat sesuatu objek.

Groff (1997) berpendapat tajuk algebra dapat dikuasai dengan lebih mudah oleh pelajar
sekiranya tajuk pecahan yang diajar oleh guru lebih sistematik dan intensif di sekolah
rendah. Manakala Aida Suraya et al. (1994) pula berpendapat bahawa asas dalam
pembelajaran matematik ialah pelajar seharusnya dapat menguasai operasi asas bagi
nombor bulat, perpuluhan dan pecahan. Larson (1998) mendapati bahawa kanak-kanak
tidak dapat menghubungkan satu pertiga dengan satu titik pada garis nombor yang mana
pembahagian menunjukkan dua perenam. Ini bermakna apabila seseorang pelajar itu
diberi suatu garis nombor yang dibahagikan kepada enam bahagian antara nilai 0 dan 1,
kemudian diminta menandakan titik satu pertiga, didapati mereka tidak dapat
menghubungkan titik itu kepada dua perenam. Dalam matematik, ada kala apabila
murid melakukan kesilapan, ia mungkin boleh dianggap sebagai kesilapan matematik
yang mudah dan asas. Kesilapan ini adalah timbul disebabkan oleh pembelajaran yang
salah atau kefahaman yang cetek dalam matematik. Apabila kesilapan jenis ini kerap
dilakukan oleh murid, maka ia, menarik minat kita untuk mendalaminya dengan lebih
lanjut (Borasi, 1998)

Pengetahuan tentang pecahan adalah penting kerana ia bukan hanya sebagai asas kepada
ilmu aljabar tetapi pengetahuan ini juga memberi struktur mental untuk pembangunan
intelek yang berterusan. pecahan juga merupakan suatu konsep yang sangat mencabar
dan boleh menjadi masalah kepada pelajar (Watanabe, 2002). Oleh yang demikian,
pecahan dianggap salah satu tajuk yang sukar dan sering menjadi rungutan kebanyakan
pelajar. Setelah beberapa tahun berada di sekolah, pemahaman konsep asas pecahan
2
Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (1),1-10 (2013)
ISSN: 2231-9425

pelajar masih rendah dan sangat terhad dan berkekalan sehingga ke peringkat pengajian
tinggi (Newstead & Murray, 1998).

Tahap penguasaan yang rendah dan pemahaman konsep yang kabur menyebabkan
pelajar sering melakukan kesalahan dalam mempelajari pecahan contohnya tidak
menurunkan nombor pecahan kepada sebutan terendah kerana ketidakfahaman konsep
pecahan setara. Farrell (1992), menyatakan bahawa kajian tentang jenis-jenis atau pola-
pola kesilapan pelajar adalah memainkan peranan yang penting terhadap keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Guru seharusnya menyedari perkara ini
dalam kalangan pelajarnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
supaya tindakan alternatif dapat diambil dengan segera. Pelajar harus didedahkan
dengan masalah matematik yang sesuai daripada strategi yang ditunjukkan oleh pelajar,
secara tidak langsung dapat mengenal pasti tahap penguasaan sebenar yang pelajar
miliki dan jenis-jenis kesilapan yang sering dilakukan.

Sharma (1998) pula menegaskan bahawa jika kerja bertulis pelajar dijadikan sebagai
maklumat yang berguna untuk pemulihan maka kerja bertulis itu bukan hanya perlu
diberi markah tetapi ia nya juga perlu dianalisis. Mengkategorikan kesilapan pelajar
bukan sahaja dapat membantu dalam mereka bentuk pengajaran diagnostik tetapi juga
turut membantu guru untuk memahami kesilapan pengiraan yang mungkin menghalang
pelajar daripada menghadapi kesukaran pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Oleh itu satu kajian yang berkaitan dengan analisis kesilapan dalam proses penambahan
dan penolakan pecahan dalam kalangan pelajar tahun lima adalah sesuatu yang perlu
dan relevan dikaji bagi membekalkan maklumat yang berguna untuk proses pemulihan.
Di samping itu, pelajar-pelajar tahun lima juga merupakan golongan yang akan
menduduki satu peperiksaan yang penting di peringkat sekolah rendah iaitu Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Schoenfeld (1999) menyatakan bahawa salah konsep dan kesilapan dalam


menyelesaikan masalah matematik terutamanya dalam operasi penambahan dan
penolakan pecahan mungkin disebabkan oleh proses pengajaran dan pembelajaran yang
tidak menggalakkan kefahaman. Tajuddin (2002) dalam kajiannya mendapati bahawa
semakin sukar sesuatu soalan, semakin rendah keupayaan pelajar menyelesaikan
masalah pecahan. Pelajar didapati banyak melakukan kesilapan ketika menyelesaikan
soalan yang melibatkan penambahan pecahan dengan pecahan jika dibandingkan
dengan kesilapan yang dilakukan ketika menyelesaikan soalan yang melibatkan
penambahan pecahan dengan nombor bulat. Keadaan ini perlu diatasi dalam
mengharungi cabaran di abad ke-21. Oleh itu, kajian mengenai analisis dan punca-
punca kesilapan dalam operasi penambahan dan penolakan pecahan adalah perlu untuk
dijalankan.

PERNYATAAN MASALAH

Pecahan telah dilihat sebagai suatu nombor yang memiliki sifat yang unik berbanding
dengan nombor bulat yang pernah dipelajari oleh pelajar sebelum itu. Keunikan sifatnya
telah menyebabkan ia nya sukar difahami. Hasemann (2001) telah menjalankan kajian
mengenai konsep pecahan dan mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang berumur 12
tahun hingga 15 tahun hanya dapat menghafal peraturan untuk menyelesaikan masalah
3
Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (1),1-10 (2013)
ISSN: 2231-9425

yang dikemukakan tanpa mengambil berat sama ada peraturan itu betul atau tidak. Ini
menjelaskan bahawa kefahaman pelajar hanya secara instrumental dan tidak secara
rasional iaitu mereka hanya tahu menghafal peraturan yang berkenaan tanpa memahami
langsung konsep pecahan yang sebenar.

Untuk memperkenalkan konsep pecahan, Ranjit (2000) dan Cooper (2004) mendapati
bahawa penggunaan konsep sebahagian dan keseluruhan merupakan pendekatan asas
yang penting bagi memperkenalkan konsep pecahan. Guru matematik biasanya dapat
mengenal pasti beberapa bentuk dan punca kesilapan yang dilakukan pelajar berkaitan
konsep asas pecahan. Mohd Johan (2002) dalam kajiannya menunjukkan bahawa
terdapat ramai pelajar melakukan kesilapan dalam menyelesaikan masalah berkenaan
pecahan iaitu:-
a) menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan menguasai konsep
asas pecahan tak wajar.
b) menambah dan menolak pecahan wajar.
c) mengira nilai pecahan daripada satu nombor bulat.
d) menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak
pecahan wajar.
e) menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pendaraban wajar dengan tak
wajar

Kesilapan konsep juga biasa dialami oleh pelajar apabila ia berpindah dari satu konsep
kepada satu konsep yang lain, contoh yang jelas boleh dilihat dalam melakukan operasi
tambah nombor bulat dan operasi tambah pecahan. Rees & Barr (1984) dan Amar Sadi
(2007) menyatakan pelajar juga kerap melakukan kesilapan dengan menambah
pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut. Keadaan ini disebabkan
oleh kebiasaan dan kefahaman yang telah diterima semasa menambah nombor bulat.
Berhubung dengan kesilapan pelajar dalam perbandingan pecahan, menunjukkan
bahawa mereka telah membuat perbandingan antara dua buah rajah yang tidak sama
saiz. Kesilapan konsep seperti ini berpunca daripada konsep pecahan setara yang tidak
difahami atau tidak dikuasai sepenuhnya oleh pelajar (Abd. Aziz Omar, 2002).
Manakala dalam masalah penyusunan pecahan, mereka mendapati pelajar-pelajar tidak
dapat membezakan antara nombor bulat dengan nombor pecahan. Akibatnya, terdapat
pelajar yang menyusun pecahan secara menaik, sama ada berdasarkan nilai pengangka
ataupun nilai penyebut. Masalah ini biasanya berlaku di peringkat awal pembelajaran
tajuk pecahan. Mohd Johan Zakaria (2002) pula menyebut bahawa, kemungkinan
pelajar berkenaan langsung tidak mengetahui tentang pecahan atau belum
mempelajarinya.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut :

a) Apakah Jenis kesilapan mengikut Model Cox yang kerap dilakukan oleh pelajar
Tahun Lima dalam menyelesaikan operasi penambahan dan penolakan pecahan?

4
Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (1),1-10 (2013)
ISSN: 2231-9425

b) Apakah kategori kesilapan sistematik yang kerap dilakukan oleh pelajar Tahun Lima
semasa menyelesaikan operasi penambahan pecahan mengikut kumpulan pelajar cerdas,
sederhana dan lemah?

c) Apakah kategori kesilapan sistematik yang kerap dilakukan oleh pelajar Tahun Lima
semasa menyelesaikan operasi penolakan pecahan mengikut kumpulan pelajar cerdas,
sederhana dan lemah?

METODOLOGI

Kajian ini merupakan satu kajian kes dengan menggunakan kaedah tinjauan. Sampel
kajian adalah terdiri daripada 120 orang pelajar tahun lima di sebuah sekolah rendah
dari daerah Besut, Terengganu. Pelajar tersebut ditempatkan dalam tiga buah kelas yang
berlainan aras kognitif berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun empat.
Instrumen yang digunakan untuk kajian ini merupakan set soalan ujian bagi operasi
penambahan dan untuk penolakan pecahan. Ia mengandungi dua helai kertas ujian iaitu
Kertas 1 sebanyak 60 soalan untuk menguji kemahiran menjawab operasi penambahan
dalam pecahan dan Kertas 2 sebanyak 60 soalan untuk menguji kemahiran menjawab
operasi penolakan dalam pecahan. Bagi memastikan soalan-soalan yang dibina menguji
semua aras kemahiran yang hendak dinilai, suatu Jadual Penentuan Ujian dibina. Bagi
kajian ini pengkaji telah menetapkan aras kemahiran yang diuji pada tiga peringkat
yang awal sahaja iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi kerana ia bersesuaian
dengan subjek kajian yang dipilih. Untuk memastikan instrumen ini mempunyai
kesahan kandungan, pengkaji merujuk kepada Sukatan Pelajaran Matematik KBSR.
Instrumen juga disemak dua orang guru cemerlang matematik sekolah rendah. Nilai
pekali kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha bagi instrumen adalah 0.89.

Analisis data dilakukan dengan mengkategorikan kesilapan-kesilapan yang dilakukan


oleh sampel kajian. Analisis juga dilakukan untuk mencari kekerapan berlakunya jenis-
jenis kesilapan itu. Selepas itu, bentuk-bentuk kesilapan itu dianalisis dan
mengkategorikan kesilapan kepada tiga bahagian iaitu kesilapan sistematik, kesilapan
rawak dan kesilapan kecuaian. Perbandingan terhadap peratus kesilapan juga akan
dibincangkan bagi operasi penambahan dan penolakan pecahan mengikut kategori jenis
kesilapan sistematik, kesilapan rawak dan kesilapan kecuaian.

DAPATAN KAJIAN

Profil subjek kajian mengikut jantina dan kategori kelas adalah diringkaskan seperti
dalam Jadual 1 dan Jadual 2.

Jadual 1 Profil Responden Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan %
Lelaki 66 55
Perempuan 54 45
Jumlah 120 100

5
Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (1),1-10 (2013)
ISSN: 2231-9425

Jadual 2 Profil Responden Mengikut Kelas Dan Jantina

Kelas Lelaki Perempuan Jumlah


5 Anggerik 28 (23.3%) 12 (10.0%) 40 (33.3%)
(Cerdas)
5 Bakawali 16 (13.3%) 24 (20.0%) 40 (33.3%)
(Sederhana)
5 Cempaka 22 (18.3%) 18 (15.0%) 40 (33.3%)
(Lemah)
Jumlah 66 (55%) 54 (45.0%) 120 (100%)

Jenis Kesilapan dalam Operasi Penambahan dan Penolakan Pecahan

Jadual 3 menunjukkan jenis kesilapan mengikut Model Cox yang kerap dilakukan oleh
pelajar Tahun Lima dalam menyelesaikan soalan ujian bagi operasi penambahan dan
penolakan pecahan.

Jadual 3 Analisis Keseluruhan Jawapan Pelajar Dalam Ujian Operasi Penambahan


dan Penolakan Pecahan.

Jawapan Pelajar Penambahan Pecahan Penolakan Pecahan


Kesilapan sistematik 726 (50.4%) 808 (56.1%)
Kesilapan rawak 189 (13.1%) 235 (16.3%)
Kesilapan kecuaian 112 (7.7%) 56 (3.9%)
Jawapan betul (Tiada kesilapan) 226 (15.7%) 149 (10.3%)
Tidak) menjawab (Ditinggalkan 187 (13.0%) 192 (13.4%)
kosong)
Jumlah 1440 (100%) 1440 (100%)

Jadual menunjukkan peratusan yang tertinggi dalam kekerapan kesilapan sistematik


bagi operasi penambahan pecahan ialah sebanyak 726 (50.4%) manakala peratusan
terendah ialah kesilapan kecuaian sebanyak 112 (7.7%). Manakala dalam operasi
penolakan pecahan peratusan kesilapan tertinggi dilakukan dalam kesilapan sistematik
iaitu sebanyak 808 (56.1%) manakala kesilapan kecuaian mempunyai peratusan yang
rendah iaitu sebanyak 56 (3.9%).

Analisis Kesilapan Sistematik dalam Operasi Penambahan Pecahan.

Jadual 4 Perbandingan Kesilapan Sistematik Dalam Operasi Penambahan Pecahan


Mengikut Kumpulan Kecerdasan

Responden Kekerapan %
Cerdas 44 6.0
Sederhana 277 38.2
Lemah 405 55.8
Jumlah 726 100

Jadual 4 menunjukkan perbandingan kesilapan sistematik dalam operasi penambahan


pecahan mengikut kumpulan kecerdasan, sebanyak 44 (6.0%) respons daripada
kumpulan cerdas, 277 (38.2%) respons adalah daripada kumpulan sederhana manakala

6
Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (1),1-10 (2013)
ISSN: 2231-9425

405 (56.8%) respons pula adalah daripada kumpulan lemah. Jumlah keseluruhan
kesilapan sistematik yang dilakukan oleh responden bagi operasi penambahan pecahan
adalah sebanyak 726 (100.0%) kesilapan.

Urutan Keutamaan Kategori Kesilapan Sistematik bagi Operasi Penambahan


Pecahan

Seterusnya, analisis bagi urutan keutamaan kategori kesilapan sistematik yang telah
dilakukan oleh responden kajian bagi operasi penambahan pecahan secara
keseluruhannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah.

Jadual 5 Urutan Keutamaan Kategori Kesilapan Sistematik Bagi


Operasi Penambahan Pecahan

Kategori Punca Kesilapan Kekerapan


1 Kekurangan kefahaman terhadap proses yang terlibat 237 (32.6%)
2 Kesukaran dalam menurunkan pecahan 199 (27.4%)
3 Kesukaran dalam menukarkan kepada penyebut yang 145 (20.0%)
sama sebelum melakukan operasi tambah
4 Kesilapan Dalam Pengiraan 78 (10.7%)
5 Kesukaran Dalam Menukar Pecahan Tak Wajar Kepada 41 (5.6%)
Nombor Bercampur
6 Menggunakan Proses Yang Salah 26 (3.6%)

Jadual 5 menunjukkan urutan keutamaan kategori kesilapan sistematik bagi operasi


penambahan pecahan. Didapati kategori pertama iaitu kekurangan kefahaman terhadap
proses yang terlibat merupakan peratusan yang tertinggi respons kesilapan diperoleh
daripada responden iaitu sebanyak 237 (32.6%) respons. Manakala peratusan yang
paling rendah ialah menggunakan proses yang salah iaitu sebanyak 26 (3.6%) respons.

Analisis Kesilapan Sistematik dalam Operasi Penolakan Pecahan.

Jadual 6 Perbandingan Kesilapan Sistematik Dalam Operasi Penolakan


Pecahan Mengikut Kumpulan Kecerdasan

Responden Kekerapan %
Cerdas 58 7.2 %
Sederhana 332 41.1%
Lemah 418 51.7%
Jumlah 808 100

Jadual 6 menunjukkan perbandingan kesilapan sistematik dalam operasi penolakan


pecahan mengikut kumpulan kecerdasan responden di mana di dapati sebanyak 58
(7.2%) kesilapan daripada kumpulan cerdas, 332 (41.1%) kesilapan adalah daripada
kumpulan sederhana manakala 418 (51.7%) kesilapan pula adalah dari kumpulan
lemah. Jumlah keseluruhan kesilapan sistematik yang dilakukan oleh responden bagi
operasi penolakan pecahan adalah sebanyak 808 (100.0%) kesilapan.

7
Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (1),1-10 (2013)
ISSN: 2231-9425

Urutan keutamaan kategori kesilapan sistematik bagi operasi penolakan pecahan.

Jadual 7 menunjukkan urutan keutamaan kategori kesilapan sistematik yang telah


dilakukan oleh responden kajian bagi operasi penolakan pecahan.

Jadual 7 Urutan Keutamaan Kategori Kesilapan Sistematik Bagi


Operasi Penolakan Pecahan

Kategori Punca Kesilapan Kekerapan


1 Kesilapan akibat kesukaran semasa menurunkan pecahan 233 (28.9%)
kepada bentuk yang paling ringkas
2 Kesilapan akibat kesukaran kefahaman terhadap proses 223 (27.6%)
yang terlibat
3 Kesilapan menukar kepada penyebut yang sama 140 (17.3%)
4 Kesilapan dalam pengiraan 120 (14.8%)
5 Kesilapan kerana menggunakan proses yang salah 92 (11.4%)

Didapati kategori pertama iaitu kesilapan akibat kesukaran semasa menurunkan pecahan
kepada bentuk yang paling ringkas merupakan peratusan yang tertinggi kesilapan
dilakukan iaitu sebanyak 233 (28.9%) kesilapan. Manakala peratusan yang paling
rendah diperoleh ialah kesilapan kerana menggunakan proses yang salah iaitu sebanyak
92 (11.4%) kesilapan.

PERBINCANGAN

Menggunakan kriteria pengelasan yang dikemukakan oleh Cox (1975), didapati


sejumlah 1027 kesilapan telah dikesan dalam operasi penambahan pecahan. Daripada
jumlah tersebut 726 merupakan kesilapan sistematik, 189 kesilapan rawak dan 112 pula
akibat daripada kecuaian. Keputusan kajian ini menyokong dapatan kajian yang dibuat
oleh pengkaji-pengkaji terdahulu, iaitu Lim (2001) dan Mariyani (2004) yang
mendapati kesilapan kecuaian merupakan kesilapan minor yang dilakukan oleh pelajar-
pelajar semasa menghadapi sesuatu peperiksaan.

Bagi operasi penambahan pecahan, pengkaji telah mengklasifikasikan kesilapan


sistematik mengikut kategori yang sering dilakukan oleh pelajar. Sejumlah 726
kesilapan sistematik telah dikesan dalam kajian ini yang dimasukkan ke dalam enam
kategori bagi operasi penambahan pecahan. Keputusan kajian ini menyokong dapatan
Yazid (2003) yang mendapati kesukaran paling utama dihadapi oleh pelajar semasa
menyelesaikan operasi penambahan pecahan adalah kerana mereka tidak memahami
ataupun kekurangan kefahaman terhadap proses yang terlibat dengan operasi pecahan.
Mereka sering melakukan penambahan mengikut operasi penambahan nombor bulat
tanpa memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah penyebut dan pengangka di
dalam operasi penambahan pecahan.

Manakala pengkaji telah mengklasifikasikan kesilapan sistematik bagi operasi


penolakan pecahan kepada lima kategori kesilapan. Keputusan kajian ini juga
menyokong dapatan yang dibuat oleh Yazid (2003) yang mendapati kesukaran paling
utama dihadapi oleh pelajar semasa menyelesaikan operasi penolakan pecahan adalah
kerana mereka tidak memahami ataupun kekurangan kefahaman terhadap proses yang
8
Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (1),1-10 (2013)
ISSN: 2231-9425

terlibat dengan operasi penolakan pecahan. Mereka juga sering melakukan penolakan
mengikut operasi penolakan nombor bulat tanpa memahami apa yang dimaksudkan
dengan istilah penyebut dan pengangka di dalam operasi penolakan pecahan.

KESIMPULAN

Kajian ini mendapati pelajar lebih cenderung untuk melakukan kesilapan sistematik jika
dibandingkan dengan kesilapan rawak dan kesilapan kecuaian. Ini menunjukkan
bahawa mereka mempunyai satu corak tertentu untuk menyelesaikan soalan yang
diberikan tetapi kesilapan yang dilakukan adalah akibat daripada ketidakfahaman
terhadap proses yang terlibat sama ada daripada asas atau dasarnya ataupun sebahagian
daripada proses tersebut. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mengenal
pasti secara terperinci mengenai kesukaran yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar
khususnya semasa menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan operasi penambahan
dan penolakan pecahan.

Sebagai guru, kepelbagaian daripada aspek teknik dan strategi pengajaran dan
pembelajaran, kepelbagaian sumber dan alat bantu mengajar, kepelbagaian bahasa yang
digunakan di dalam kelas dan kepelbagaian motivasi hendaklah dititik beratkan
mengikut kepelbagaian aras kognitif yang dipunyai oleh pelajar-pelajar mereka yang
datang daripada persekitaran dan taraf ekonomi yang berbeza. Guru hendaklah sentiasa
memikirkan aktiviti pemulihan terbaik dengan kadar yang segera untuk mengatasi
kesukaran pemahaman di kalangan pelajar mereka agar ia nya tidak membebankan guru
dan pelajar di kemudian hari.

RUJUKAN

Abd. Aziz Omar (2002). Transformasi masalah Matematik berayat dan ayat
Matematik pecahan dalam kalangan murid Tahun 5 (Projek Sarjana
Pendidikan), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aida Suraya. (1994). Analisis kesilapan masalah-masalah berkaitan nombor
perpuluhan dan pecahan bagi pelajaran Tahun Lima sekolah rendah. Jurnal
Pendidik dan Pendidikan,12.
Amar Sadi.(2007). Misconceptions in Numbers. UGRU, 5.
Borasi, R. (1998). Using errors as springboards for the learning of mathematics as
inquiry: A Teaching Experiment. Journal for Research in Mathematics
Education, 19(5), 168-202.
Cooper, T. (2004). How to learn better in fractions? Queensland: School of
Mathematics, Science and Technology Education.
Cox, L.S. (1975). Diagnosing and remediation systematic error in addition and
subtractions computations. Arithmetic Teachers, 22(3), 15-21.
Farrell, M.A. (1992). Learn from your students. The Mathematics Teacher, 85,656-
659.
Groff, P. (1997). A future for fraction? The Mathematics Teacher, 85(8), 656-659.
Hasemann, K. (2001). Mathematical learning difficulties in secondary school (Edisi ke
4). Philadelphia: Open University Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah:
Matematik. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

9
Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (1),1-10 (2013)
ISSN: 2231-9425

Larson, C.N. (1998). Elementary teachers implement a diagnostic approach to


teaching mathematics: focus on learning problems in mathematics.
Retrieved from http://www.newcastle.edu.sc/deparment/ed/
math/pages/newman.html.
Lim, T. S. (2001). An analysis of computational errors of standard four pupils in three
selected primary schools (Tesis Sarjana Pendidikan), Universiti Malaya.
Mariyani Shahrani (2004). Analisis kesilapan dalam menyelesaikan masalah
penggunaan pembezaan di kalangan pelajar kejuruteraan (Projek Sarjana),
Universiti Malaya.
Mohamad Johan Zakaria. (2002). Perkaitan antara pendekatan belajar dan
menyelesaikan masalah bagi tajuk pecahan (Tesis Doktor Falsafah),
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Newstead, K., & Murray, H. (1998). Young students’ constructions of fractions.
Newstead (Eds.), Proceedings of the 22nd Conference of the International
Group for the Psychology of Mathematics Education, 3, 295-303. Stellenbosch,
South Africa.
Ranjit, S. (2000). Understanding the concepts of fractions and decimals among grade
nine students in Malaysia. International Journal of Mathematics Education in
Science and Technology, 32, 528-549.
Rees, R., & Barr, G. (1984). Diagnosis and Prescription: Some Common Maths
Problems. London: Harper and Row.
Schoenfeld, A.H. (1999). Looking toward the 21 century : Challenges of
educational theory and practice. Retrieved from http://www.aera.net/
pubs/er/arts/28-07/schoen01.htm.
Sharma, M.C. (1998). Diagnosis : What is The Current Agenda? Focus On Remedial
Problems In Mathematics. Journal of Mathematics Education, 20(1), 26-34.
Tajuddin Salleh.(2002). Perbandingan analisis kesilapan semasa menambah
nombor bulat dengan pecahan dan pecahan dengan pecahan. Prosiding
Penyelidikan Kebangsaan IPTA, hlm. 44-56.
Watanabe, T. (2002).Representations in Teaching and Learning Fraction. Teaching
Children Mathematics, 8(8)
Yazid Zawawi. (2003). Kesukaran pelajar sekolah rendah dalam memahami konsep
pecahan. Prosiding Seminar Penyelidikan MPSMB 2003, hlm. 71-82.

Maklumat lanjut, boleh hubungi:


Zakiah Salleh
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu, Malaysia,
E-mail: zakiah@ipgmksm.edu.my

10

You might also like