You are on page 1of 3

Faedah Sebagai Ahli KWSP

Penambah Simpanan Akaun 1

Penambahan Simpanan Akaun 1 merupakan kemudahan yang disediakan untuk meningkatkan


simpanan persaraan ahli di samping menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan. Melalui
kemudahan ini, keluarga ahli boleh sama-sama membantu menambah simpanan persaraan bagi
pihak ahli secara sukarela dengan cara Penambah membuat bayaran caruman tambahan kepada
Penerima. Penambahan Simpanan Akaun 1 boleh dibuat oleh:

1. Suami kepada Isteri


2. Isteri kepada Suami
3. Anak-anak kepada Ibu bapa
4. Ibu bapa kepada anak-anak

Syarat-syarat Penerima Simpanan dan Penambah Simpanan adalah seperti berikut:

Penerima Simpanan Penambah Simpanan


 Menjadi Ahli KWSP
 Berstatus warganegara Malaysia
ATAU Pemastautin Tetap Atau
Tidak semestinya berdaftar sebagai ahli
Bukan Warganegara yang menjadi
KWSP
ahli sebelum 1 Ogos 1998
 Belum mencapai umur 55 tahun

Penambahan simpanan boleh dibuat setiap bulan di kaunter KWSP tertakluk kepada had
maksimum RM60,000.00 setahun.

Tuntutan Harta Perkahwinan (Matrimonial Asset) membolehkan KWSP mematuhi Perintah Mahkamah
berhubung tuntutan Harta Perkahwinan ke atas simpanan KWSP bagi ahli bukan islam.

Kelayakan Memohon

1. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia layak memohon.


2. Tuntutan Harta Perkahwinan hanya terpakai untuk pemohon bukan Islam sahaja.
3. Perintah Mahkamah perlu dikemukakan bersama-sama permohonan.
4. Permohonan Tuntutan Harta Perkahwinan boleh dibuat dalam tempoh 6 tahun daripada tarikh
Perintah Mahkamah.

Syarat-Syarat Pengeluaran
Anda boleh membuat pengeluaran simpanan dari Tuntutan Harta Perkahwinan apabila membuat
pengeluaran berikut:
i. 55 tahun; ATAU
ii. Meninggalkan Negara; ATAU
iii. Hilang Upaya; ATAU
iv. Kematian

Dokumen Yang Diperlukan

i. Borang KWSP AT(2) – Borang Permohonan Tuntutan Harta Perkahwinan


ii. Kad Pengenalan
iii. Pasport bagi Penerima bukan warganegara Malaysia
iv. Perintah Mahkamah (Decree Nisi) dan Sijil Menjadikan Decree Nisi Mutlak

Maklumat Tambahan

1. Anda atau waris anda tidak layak menerima Bantuan Hilang Upaya/ Kematian sekiranya
simpanan dalam akaun anda hanya terdiri daripada Tuntutan Harta Perkahwinan sahaja.
2. Anda boleh membuat penamaan bagi simpanan Harta Perkahwinan
3. Permohonan Tuntutan Harta Perkahwinan (Matrimonial Asset) boleh dibuat di kaunter KWSP
atau melalui pos.

Manfaat Persaraan

Simpanan KWSP adalah simpanan untuk persaraan anda. Simpanan ini terdiri daripada caruman
bahagian pekerja dan majikan dan ditambah oleh dividen tahunan setiap tahun.

Apabila anda mencarum 8% daripada gaji anda dengan KWSP, majikan anda akan menambah
12% atau 13% lagi caruman daripada gaji anda (kadar caruman ini tertakluk kepada perubahan
yang ditetapkan oleh kerajaan).

Bagaimanapun, anda atau majikan atau kedua-duanya boleh mencarum melebihi kadar berkanun
yang ditetapkan. Oleh itu, jika anda tidak mencarum, anda akan kehilangan manfaat persaraan
tersebut.

Dividen

Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum
2.5%.

Dividen ke atas setiap akaun ahli dikira berdasarkan agregat baki harian (aggregate daily balance).

Dividen Simpanan Shariah

Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi
sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
Bantuan Hilang Upaya Dan Bantuan Kematian

Bantuan Hilang Upaya dan Bantuan Kematian adalah tanda simpati KWSP yang dibayar kepada
ahli/penjaga atau waris ahli bagi meringankan beban kewangan apabila ahli mengalami hilang
upaya ataupun meninggal dunia. Bayaran ini bukanlah daripada simpanan ahli tetapi hasil daripada
pendapatan pelaburan KWSP.

Bantuan Hilang Upaya (Pengeluaran Hilang Upaya)

Bantuan Hilang Upaya dibayar kepada ahli yang hilang pekerjaan disebabkan oleh hilang upaya
dan telah membuat Pengeluaran Hilang Upaya. Jumlah Bantuan Hilang Upaya adalah sebanyak
RM5,000.00. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

 Warganegara Malaysia;
 Ahli belum mencapai umur 55 tahun;
 Memohon Pengeluaran Hilang Upaya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh tamat
perkhidmatan atau hilang pekerjaan;
 Tempoh perkhidmatan akhir hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan;
 Ditamatkan perkhidmatan disebabkan tidak berupaya untuk bekerja dan bukan atas sebab
sukarela atau tindakan disiplin.

Bantuan Kematian (Pengeluaran Kematian)

Bantuan Kematian dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli apabila Pengeluaran
Kematian dibuat. Bayaran kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli adalah mengikut budi
bicara KWSP. Jumlah Bantuan Kematian adalah sebanyak RM2,500.00. Bantuan ini akan
diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

 Warganegara Malaysia;
 Ahli belum mencapai umur 60 tahun semasa kematian;
 Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh
kematian ahli.

Pelepasan Cukai Pendapatan

Caruman KWSP mendapat pelepasan cukai sehingga jumlah maksimum RM6,000.00 tertakluk
kepada perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa (termasuk pelepasan untuk
bayaran premium insurans nyawa).

Anda tidak perlu membayar cukai pendapatan ke atas simpanan yang anda keluarkan di bawah
pengeluaran simpanan KWSP. Selain itu, pulangan pelaburan KWSP juga terkecuali daripada
dikenakan cukai.

You might also like