You are on page 1of 1

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970
melalui ​Rancangan Malaysia​ Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk
menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa
pengagihan ​ekonomi​yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta
mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain
maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan.
Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain.
Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain
walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka
panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang
dua mata:-
● penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
● pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk
menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970,
didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis
kemiskinan (​pendapatan garis kemiskinan​ tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu
berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan
dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu,
keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan
subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah
murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan
Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah
17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan
ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti
perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi
menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
● Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan
pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut
komposisi kaum menjelang tahun 1990;
● Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang
Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki
sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
● Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian
khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan
kaum-kaum lain;
● Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang
merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

You might also like