You are on page 1of 4

Kertas kerja

KEJOHANAN BOLA KERANJANG


UMUR 15 TAHUN DAN KE BAWAH
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
NEGERI TERENGGANU 2017

ANJURAN

JAWATANKUASAN KAWASAN RUKUN TETANGGA


KAMPUNG KUALA DUNGUN

DENGAN KERJASAMA

MAJLIS SUKAN SEKOLAH TERENGGANU


pejabat pelajaran dungun

TARIKH : 10HB. OGOS - 12HB. OGOS 2017


TEMPAT : SJK(C) KWANG HWA, DUNGUN.

1
KERTAS CADANGAN

KEJOHANAN BOLA KERANJANG UMUR 15 TAHUN DAN KE BAWAH


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI TERENGGANU 2017
ANJURAN
JAWATANKUASAN KAWASAN RUKUN TETANGGA KAMPUNG KUALA DUNGUN
DENGAN KERJASAMA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH TERENGGANU
PEJABAT PELAJARAN DUNGUN

1. PENGENALAN
Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi aktiviti yang bakal dilaksanakan yang melibatkan
pelajar-pelajar sekolah menengah yang berumur 15 dan ke bawah negeri Terengganu. Program
ini dijalankan adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kesukanan para atlit. Selain
itu, aktiviti ini diharapkan dapat menyemai ciri-ciri sahsiah bersepadu, interaksi sosial yang
positif dan juga dapat menonjolkan bakat yang terpentam dalam diri pelajar. Aktiviti ini juga
digunakan sebagai landasan penting untuk membentuk semangat berpasukan di kalangan
peserta.

2. OBJEKTIF
2.1 Menggalakkan pelajar bergiat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum khususnya dalam
bidang sukan bola keranjang.
2.2 Mengasah bakat pelajar dalam bidang kesukanan.
2.3 Menggalakan kerjasama dan mengeratkan silaturrahim di antara perseta yang terlibat
dalam pertandingan ini.

3. TUJUAN
Di samping menggalakkan pelajar menceburkan diri secara aktif dalam bidang sukan khususnya
bagi pemainan bola keranjang, kejohanan ini juga dijalankan bagi memilih bakat-bakat untuk
dilatih sebagai pelapis pasukan MSST ke Kejohanan MSSM tahun 2018.

4. TEMA
Kejohanan Bola Keranjang Umur 15 dan Ke Bawah Sekolah-sekolah Menengah Negeri
Terengganu Tahun 2017.

5. SASARAN
Pelajar-pelajar sekolah menengah berumur 15 dan ke bawah negeri Terenggnu.

2
6. ANJURAN
Kawasan Rukun Tetangga Kuala Dungun berkerjasama dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Terengganu(MSST) serta Persatuan Bola Keranjang Daerah Dungun(DUBA).

7. TARIKH
7.1 Tarikh kejohanan : 10-12 Ogos 2017
7.2 Tarikh tutup pendaftaran : pada atau sebelum 5hb. Ogos 2017

8. MASA PERTANDINGAN
10hb Ogos 2017 - 2:00ptg hingga 10.00mlm
11hb Ogos 2017 – 7.45pg hingga 10.00mlm
12hb Ogos 2017 – 7.45pg hingga 5.30ptg

9. TEMPAT
Gelanggang Bola Keranjang SJKC Kwang Hwa, Dungun.

10. ANGGARAN PERBELANJAAN


10.1 Banner
1 X RM120.00 = RM120.00
10.2 Pingat
RM7.00 X 112 = RM784.00
10.4 Pengadil = RM1,000.00
Teknikal = RM 300.00 = RM1,300.00
10.3 Sewa Gelanggang = RM150.00
10.4 Borang Skor = RM 30.00
10.5 Sijil = 270 x RM1.20 = RM324.00
10.6 Air Mineral = 14 x RM10 = RM140.00
10.7 Ubatan = RM100.00
10.8 Lain-lain = RM 50.00
ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN: RM2998.00

11. BANTUAN YANG DIPERLUKAN DARIPADA PEJABAT PELAJARAN DUNGUN ATAU JABATAN
PELAJARAN TERENGGANU
11.1 Kemudahan : gelanggang bola keranjang, bilik-bilik darjah, surau dan bilik mesyuarat SJK(C)
Kwang Hwa, Dungun.
11.2 Perkhidmatan Pencatat Skor : seramai 14 pelajar SM Sains Dungun diperlukan berkhidmat
sebagai pencatat skor kejohanan.
11.3 Perkhidmatan Teknikal & Pengadil: guru-guru diperlukan untuk bertugas sebagai pengadil.

3
12. PENUTUP
Kejayaan kejohanan bola keranjang ini bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua
pihak. Semoga pertandingan yang dirancang ini akan berjaya dilaksanakan mengikut
perancangan serta mencapai objektif dan matlamatnya.

Disediakan oleh,

________________
( SHUM THEU CHEE )
Pengerusi Kejohanan
KeJohanan Bola Keranjang
Umur 15 tahun & Ke Bawah
Sekolah-sekolah Menengah Terengganu 2017

You might also like