You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 1/2018

SJKC Ngai Seng, Air Terjun, Trong.

Tarikh : 28 /12/2017 (Khamis)


Tempat : Pejabat Guru
Masa : 9:00 pagi.
Kehadiran : Rujuk Lampiran Kehadiran

1.0 UcapanPengerusi
1.1 Guru Besar mengucap terima kasih atas kehadiran semua guru
1.2 Guru Besar juga mengucap ribuan terima kasih kepada semua guru atas perkhidmatan cemerlang
pada tahun 2017.
1.3 Semua guru mesti tahu
1.3.1Larut Matang Selama Cemerlang
i. bagi merealisasikan hasrat tersebut semua warga pendidik daerah LMS memberi fokus kepada :
a) kualiti sekolah
b) kualiti kemenjadiaan murid

1.3.2 Semua guru disarankan meningkatkan imej organisasi melalui usaha berterusan dalam menerapkan
budaya kerja cemerlang dan kerja secara berpasukan.
1.3.3 Bagi tujuan meningkatkan imej organisasi pihak sekolah diminta mencari satu bidang kebitaraan bagi
sekolah masing-masing bagi tahun 2018
1.3.4 Semua warga sekolah perlu menggunakan SKPMg2 sebagai rujukan standard dalam
memajukan sekolah
Tindakan :Semua guru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


Dicadangkan oleh En.Teoh Teik Kiang dan disokong oleh Pn.Goi Yuan Qi.
Minit mesyuarat yang lalu disahkan dengan sebulat suara.

3.0 Perkara berbangkit


Tiada.

4.0 Perkara Perbincangan


4.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ( Rujuk Minit Mesyuarat PBD )
-Wajib dijalankan oleh semua guru di dalam PdPc bagi tahun 2018.
- Pengisian Data PPPM (Kolektif ) dan DSKP offline.
Tindakan :Semua guru
4.2 Professional Learning Communities(PLC)
PLC perlu dijalankan dari semasa ke semasa dan perlu lakukan intervensi terhadap kekurangan dan
kelemahan yang dikesan melalui kaedah PLC.
Tindakan :Semua guru
4.3 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
4.3.1 Mesyuarat perlu diadakan mengikut Takwim.
4.3.2 Minit mesyurat harus siap dalam 1 minggu selepas mesyuarat.
4.3.3 Perkara yang perlu dibincangkan
-Menetapkan TOV dan target 2018untuk T1/2/3/4/5. ( lulus + 20 markah, tidak lulus + 30 markah )
-Sediakan Bank soalan KBAT
- Merancang program peningkatan 2018
- Bajet / kewangan
4.3.4 Ketua Panitia diminta mengemaskini Fail masing-masing dan simpan di pejabat guru.
4.3.5 Ketua Panitia diminta mengemaskini Kad stok masing-masing untuk pemeriksaan audit Sekolah.
Tindakan :Ketua Panitia

4.4 Perkembangan Staf (LADAP)


- Perkembangan staf (LADAP) perlu dijalankan sebanyak 7 kali setahun
Tindakan :Semua guru

4.5 DSKP setiap mata pelajaran perlu dicetak dan disimpan dalam fail untuk rujukan guru.
Tindakan :Semua guru

4.6 Peperiksaan dan Ujian Bulanan


- Peperiksaan dan Ujian Bulanan dijalankan mengikut takwim sekolah.
- Soalan-soalan KBAT perlu digubal dalam kertas soalan.
Tindakan :Semua guru

4.7 PAK21
- Wajib dijalankan di dalam PdPc bagi tahun 2018
Tindakan :Semua guru

4.8 Rancangan Pelajaran Harian


- Impak dan Refleksi yang ditulis oleh guru dalam RPH perlu ada tindakan susulan dalam proses
PdPc dan kolerasi dengan keputusan semasa murid
- Penyediaan Buku Rekod Mengajar (RPH) –semua guru wajib mematuhi Pekeliling Bil.3/1999.
Tindakan :Semua guru

4.9 1Bestarinet –FrogVle ( Anjakan Ke 7 dalam PPPM )


i. Setiap murid mesti login frogVle sekurang-kurangnya 30 minit seminggu.
ii. Laporan Status Pengaktifan ID
iii. Perlu mencapai KPI yang ditetapkan PPD (30% login murid).
Tindakan :Semua guru

4.10 Jadual Waktu Kelas / Peribadi 2018


- Diedarkan kepada semua guru kelas dan guru mata pelajaran. Sekiranya ada apa-apa kesilapan rujuk
pada guru kanan pentadbiran.
- PdPc berjalan seawal waktu persekolah pada hari pertama persekolahan sesi 2018.
Tindakan :Semua guru

4.11 LINUS
- Mesyuarat 4 kali setahun
- Instrumen Tahun 1- 5 konstruk untuk ujian dignostik untuk murid tahun 1. Keputusan akan
diisi dalam tapak yang disediakan oleh PPD (Mac 2018)
Tindakan :Guru LINUS

4.12 Kelas Bimbingan


- Dijalankan mulai minggu ke 2 penggal 1 untuk Tahun 2, 3, 4 dan 5.
Tindakan :Semua guru
4.13 Program Transisi
- Program Transisi dijalankan seperti tahun-tahun yang lalu.
Tindakan :Semua guru
Tahun 1
4.14 Pencerapan
- Pencerapan PdPc danBuku Latihan (Pencerapan 115)
- Dijalankan 3 kali untuk semua matapelajaran.( SKPMg2)
- Pencerapan KSSR/PBD
BerdasarkanTakwim PBS ( RujukPelaporanPemantauanPelaksanaan PBS )
Tindakan :Semua guru
5.0 Hal-hal lain
5.1 MBMMBI
- Telah dijalankan dengan baik.
- Guru BM / BI digalakkan mengguna Bahan CD/DVD yang telah dibekal oleh KPM.
Semua bahan tersebut disimpan di rak PSS.
- Semua murid mesti menguasai BM/BI ( Anjakan 2 dalam PPPM )
Tindakan :Semua guru
BM & BI
6.0 Penutup
Guru Besar mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua guru. Beliau berharap semua guru
dapat menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna dan cemerlang.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

________________ __________________
PN. TAN GEOK SHEAN PN. FOON YOKE PENG
Guru Kanan Pentadbiran Guru Besar

You might also like