You are on page 1of 4

CEE 568.

Assignment 13.

Penglibatan pelajar yang menyeluruh dalam aktiviti sukan dan fizikal adalah satu
perkara yang rumit dan sukar untuk dicapai. Situasi yang dihadapi di kebanyakan sekolah
ialah apabila segelintir sahaja pelajar yang bergiat dalam aktiviti sukan dan fizikal, manakala
sebahagian besar lagi seolah-olah menjauhkan diri dari aktiviti berkenaan akibat pelbagai
faktor dan kekangan.

Antara kaedah yang berkesan yang pernah saya laksanakan untuk memotivasikan
pelajar menyertai aktiviti sukan dan fizikal ialah menjemput ikon sukan yang dikenali ramai
sama ada di peringkat negeri, apatah lagi kebangsaan. Sekolah saya, Sekolah Menengah
Kebangsaan Pengkalan Chepa pernah menjemput penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan,
iaitu Khairul Fahmi Bin Che Mat untuk memberikan ceramah ringkas berkaitan karier beliau
sebagai pemain bola sepak negara. Sambutan amat memberangsangkan apabila para murid
sejak awal pagi telah beratur di pintu pagar hadapan sekolah untuk menunggu ketibaan
beliau. Hasilnya, jumlah pelajar yang menyertai sukan bola sepak peringkat sekolah
meningkat secara mendadak.

Kaedah kedua yang terbukti berkesan di sekolah saya ialah apabila diadakan lawatan
sambil belajar ke pusat latihan sukan yang bertaraf profesional, contohnya lawatan
pasukan badminton sekolah ke pusat latihan Nusa Mahsuri di Kompleks Sukan Kelana Jaya,
Kuala Lumpur. Taklimat latihan telah dibuat oleh En. Zulfari Abdullah, penolong jurulatih
professional Nusa Mahsuri. Hasilnya, penglibatan pelajar dalam sukan badminton juga
mengalami peningkatan mendadak apabila ditayangkan rakaman lawatan berkenaan kepada
semua pelajar di peringkat sekolah.

Kaedah ketiga yang pernah dilaksanakan di sekolah saya untuk menggalakkan


penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan dan fizikal ialah pengiktirafan sebagai ahli dalam
Kelab Elit Sekolah. Pengiktirafan ini khusus kepada pelajar yang cemerlang dalam
akademik dan juga kokurikulum, khususnya sukan dan pasukan beruniform. Bagi keahlian
menerusi pencapaian kegiatan kokurikulum, pelajar tersebut mestilah sekurang-kurangnya
pernah mewakili dalam bidang sukan atau kokurikulum tertentu di peringkat negeri.
Keistimewaan ahli Kelab Elit Sekolah ialah mereka memakai uniform khusus yang berbeza
daripada pelajar lain, diberikan keutamaan dalam aktiviti yang mendapat minat ramai pelajar,
dan 20 peratus diskaun harga untuk barangan tertentu di Koperasi sekolah. Hasilnya, pelajar
didapati berlumba-lumba untuk mencapai pencapaian cemerlang dalam aktiviti sukan dan
fizikal untuk membolehkan mereka menjadi ahli dalam Kelab Elit Sekolah.

Manakala kaedah yang berada dalam perancangan saya untuk meningkatkan motivasi
pelajar menyertai aktiviti sukan dan fizikal, tetapi masih belum mampu dilaksanakan ialah
menghantar atlit yang cemerlang untuk berlatih secara langsung dengan atlit profesional
secara berkala dalam tempoh tertentu. Contohnya pasukan bola sepak dan pasukan badminton
sekolah berlatih bersama pasukan negeri atau kebangsaan atau kelab profesional tertentu
untuk memberikan pendedahan secara langsung bagaimana latihan dikendalikan di peringkat
tertinggi. Kejayaan untuk melaksanakan latihan secara bersama dengan atlit profesional
semestinya memberikan motivasi yang amat tinggi kepada pelajar sekolah untuk bergiat
dengan lebih aktif dalam aktiviti sukan dan fizikal, apatah lagi atlit tersebut merupakan ikon
sukan yang dikenali ramai.
Assignment 14.

Laporan Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani, Tahun 4


Gemilang, SK Badak.

Wan Ailane Bin Wan Ahmad,

SK Badak,

16310 Bachok,

Kelantan.

Laporan Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani, Tahun 4


Gemilang.

Sepanjang lima bulan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) bagi Tahun 4
Gemilang, saya dapati terdapat beberapa kekangan utama yang menghalang pencapaian
objektif pengajaran. Antaranya ialah pelajar tidak memakai pakaian sukan yang bersesuaian,
tidak menepati masa, agihan pelajar mengikut jantina tidak seimbang dan tidak menguasai
kemahiran asas dengan baik.

Semasa pengajaran kemahiran permainan bola tampar, terdapat sebahagian pelajar


cuma memakai t-shirt sukan sahaja, tetapi masih lagi memakai seluar dan kasut sekolah.
Akibatnya pelbagai aktiviti yang dirancang gagal dilaksanakan dengan berkesan kerana
pelajar tidak memakai pakaian yang sepatutnya.

Kelewatan pelajar hadir ke padang menyebabkan kesuntukan masa untuk


menghabiskan rancangan harian yang telah dirancang. Pelbagai alasan diberikan oleh pelajar
seperti kedudukan kelas yang jauh dari padang atau guru lewat keluar dari kelas.

Kegagalan pelajar menguasai kemahiran asas sukan dari awal juga menyukarkan
pengajaran dan pembelajaran kerana kemahiran sukan di sekolah adalah lebih kompleks dan
pemahaman terhadap perlakuan amat diperlukan.
Pembahagian pelajar yang tidak sama rata mengikut jantina juga menimbulkan
masalah terutama bagi kemahiran sukan dan permainan yang melibatkan pasukan, contohnya
permainan bola tampar. Ketidakseimbangan jantina ini perlu diberi perhatian serius kerana
menyebabkan kesukaran pengajaran terutama jika jumlahnya terlalu kecil ataupun terlalu
besar.

Tindakan pertama yang diambil untuk mengatasi kekangan berkenaan ialah dengan
memberikan amaran lisan supaya pelbagai masalah berkenaan diambil tindakan sewajarnya
oleh pelajar yang terlibat.

Tindakan seterusnya ialah t-shirt rumah sukan atau pakaian sukan lain diagihkan
kepada pelajar yang tidak mampu melalui Koperasi sekolah. Pelajar berkenaan boleh
membayarnya secara ansuran, ataupun mereka memohon bantuan daripada Tabung
Kebajikan Pelajar sekiranya betul-betul tidak mampu membayarnya.

Perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah telah diadakan berkaitan ketidak-


seimbangan jantina dalam kelas untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Alternatif yang diberikan ialah akan diadakan penggabungan kelas supaya pengajaran PJ
diadakan berasingan di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Malah arahan
diberikan kepada guru-guru lain supaya tidak mengambil masa PJ untuk diajarkan dengan
mata pelajaran lain.

Pihak pentadbir sekolah juga diminta untuk mengenal pasti guru-guru yang
berkemahiran untuk mengajar mata pelajaran PJ, atau pun menghantar guru-guru tertentu
untuk menghadiri kursus profesionalisme yang berkaitan supaya menguasai kemahiran asas
sukan dan permainan.

You might also like