You are on page 1of 1

PERSATUAN PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK,

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA,

76100, DURIAN TUNGGAL, MELAKA.

PROF.MADYA IR DR NAZRI BIN OTHMAN,

DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK,

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA,

76100, DURIAN TUNGGAL. 15 NOV 2018

Tuan,

Perletakkan Jawatan Exco Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (SAFEE).

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

2. Saya Mohd Izzat bin Abd Ghani dari kursus 3BEKG/S2 yang bertugas sebagai Exco
Keusahawanan bagi sesi 2018/2019 ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakkan
jawatan saya sebagai Exco Keusahawanan.

3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan peletakkan jawatan saya adalah disebabkan saya sudah
tidak yakin mampu meneruskan memikul tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dengan
sempurna dan ingin fokus kepada pelajaran.

4. Oleh itu, saya dengan rela ingin melepaskan jawatan ini untuk memberikan laluan kepada
pelajar yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan dedikasi.

5. Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakkan saya ini memberikan kesan kepada
jawatankuasa. Saya amat berterima kasih di atas kesudian pihak tuan kerana memberikan
kepercayaan kepada saya selama tempoh memegang jawatan tersebut.

Yang benar,

_________________________

(MOHD IZZAT BIN ABD GHANI)

Exco Keusahawanan,

3BEKG S2.

You might also like