You are on page 1of 4

.

KERTAS KERJA :

KERTAS KERJA PROJEK MURAL SEKOLAH


ANJURAN GURU PELATIH SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN (TAMIL ) LADANG CHEROH
,RAUB.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan


(PISMP) Ambilan Januari 2013
PT/ PJ/ SJ

TEMPOH :
EMPAT MINGGU
(24 AUGUST 2015- 18 SEPTEMBER 2015)
1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah


kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat
menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan
aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan
sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah
yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan
persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan
guru.

2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta
salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan
mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah dan
murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Keselesaan dan suasana yang
kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan
mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan sekolah
akan membaca kata-kata hikmah serta mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang
dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah.

OBJEKTIF

i) Untuk menjadikan laluan ke bilik darjah sekolah sebagai satu tempat tumpuan yang menarik
bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.
ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.
iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani praktikum di
sekolah ini.
v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah
dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar
pada masa akan datang.
3.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : 4 minggu ( 24.8.2015- 18.9.2015)


Tempat : Laluan ke bilik darjah SJK(T) Ladang Cheroh, Raub.

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Harga/Kos

1 Berus RM 10.00

2 Cat Mural RM 50.00

3 Cat Dinding RM 30.00

Jumlah RM 90.00

* Alatan dan cat telah disediakan oleh pihak sekolah. Tiada perbelanjaan dikeluarkan.

5.0 SUMBER KEWANGAN

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Cheroh, Raub

6.0 PERANCANGAN PROJEK

Bil. Aktiviti Bahan Tindakan


1 Perbincangan mengenai idea mural Gambar peta - Semua guru pelatih
bertemakan Peta I-Think ‘I-THINK’

2 Pembinaan kertas kerja Kertas kerja - Setiausaha


2 Perbincangan dan pemilihan Kertas Cadangan - AJK
bersama pihak pentadbiran untuk - Pengerusi Projek
khidmat nasihat bagi mendapat - Guru Besar
kelulusan daripada Guru Besar.

3 Pemilihan Peta I-THINK yang Tema I-THINK - Semua guru pelatih


bersesuaian di dinding laluan ke bilik dalam PdP
darjah sekolah.

4 Projek dimulakan Bahan dan alatan - Semua guru pelatih


melukis mural

5 Refleksi dan dokumentasi Kertas Dokumentasi - Semua guru pelatih

7.0 PENUTUP

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan
dikendalikan oleh guru pelatih dari IPGM KampusTengku Ampuan Afzan. Kami berharap projek
melukis mural Peta I-Think dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan
menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru-guru pelatih mengenai
pengurusan keceriaan di luar bilik darjah serta mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih
dengan warga Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Cheroh, Raub. Semoga projek yang
bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Ladang Cheroh, Raub.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

....................................... ………………………….
(THANALETCHUMY A/P THANGARAJA) ( EN.L. KARUNNANITHY)
Setiausaha, Guru Besar,
Projek Mural I-ThinK : Sekolah Jenis Kebangsaan

Guru Praktikum. (Tamil) Ladang, Cheroh, Raub

You might also like