You are on page 1of 2

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

KEJADIAN WABAK MUMPS (BEGUK) DI


SEKOLAH MENENGAH AGAMA IZZUDDIN SHAH, IPOH, PERAK

Pada 29 Ogos 2018, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui


Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah
(PKD) Kinta telah menerima laporan mengenai kejadian wabak
mumps (beguk) di kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama
Izzuddin Shah, Ipoh, Perak. Kejadian tersebut melibatkan 21 pelajar
lelaki berusia antara 13 hingga 17 tahun daripada sejumlah 660 orang
pelajar dan kakitangan sekolah yang terdedah (3.2%). Semua kes
adalah stabil dan telah diberi rawatan pesakit luar.

Penyakit mumps disebabkan oleh jangkitan


virus Paramyxovirus. Pesakit akan mengalami demam, sakit kepala,
sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan sakit serta bengkak
kelenjar air liur. Ia boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan
air liur serta melalui sentuhan objek yang tercemar. Jangkitan mumps
biasanya adalah ringan dan boleh sembuh sepenuhnya tanpa
komplikasi selepas dua hingga tiga minggu. Komplikasi jangkitan pada
kelenjar testis, telinga, otak, kelenjar ovari dan buah dada adalah
sangat jarang berlaku.

Adalah mustahak untuk ibubapa memastikan anak-anak mereka


mendapatkan imunisasi untuk penyakit mumps bagi mengelakkan
komplikasi jangkitan. Di Malaysia, imunisasi mumps diberikan dalam
bentuk vaksin tiga (3) serangkai Measles-Mumps-Rubella (MMR)
sejak tahun 2002. Berdasarkan jadual imunisasi kebangsaan yang
terkini mulai April 2016, vaksin ini diberikan sebanyak dua kali iaitu
Dos 1 pada usia sembilan (9) bulan dan Dos 2 pada usia satu (1)
tahun.

Masyarakat juga perlu sentiasa memastikan kebersihan diri dan


persekitaran serta mengamalkan etika batuk yang betul bagi
mengelakkan penularan penyakit ini. Sekiranya mengalami gejala dan
tanda-tanda, sila dapatkan rawatan awal di mana-mana fasiliti
kesihatan bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Pesakit mumps
juga perlu diasingkan dan tidak berkunjung ke tempat awam
untuk mengelakkan perebakan jangkitan kepada orang lain.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
31 Ogos 2018

You might also like