You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG JAWA

BBA 8203

LAPORAN
BENCANA ALAM KALI KE-2
( BANJIR )

23 Februari 2016
6.50 petang
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG JAWA
SHAH ALAM, SELANGOR

LAPORAN BANJIIR DI SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG JAWA

Pada lewat petang hari Selasa, 23 Februari 2016, hujan yang lebat telah
menyebabkan SK Padang Jawa mengalami masalah banjir kilat sekali lagi pada tahun
ini. Ini terjadi kerana saliran air yang tidak efisyen dari longkang besar dari belakang
sekolah menyebabkan saluran longkang penuh dan air melimpah ke kawasan
sekolah.

Banjir kilat pada kali ini tidak melibatkan murid-murid sesi petang
memandangkan semua murid dan guru telah balik pada waktu itu. Tetapi ada guru
yang masih belum balik telah menjalankan tugas memantau agar tiada murid di
kawasan sekolah dan memastikan semua murid telah selamat pulang bersama ibu
bapa.
Guru yang terlibat itu juga memastikan harta benda sekolah diletakkan di
tempat tinggi dan selamat.

Air mencecah pada paras lutut tetapi tidak sampai memasuki kelas – kelas di
aras bawah. Tiada kerosakan peralatan dan kecederaan yang berlaku.
Sepanjang koridor sekolah di blok A

Air mula naik di bawah tangga laluan ke Pusat Sumber Sekolah


Sepanjang koridor kelas tahun 2
Kawasan sekolah mula dinaiki air
Longkang di blok B telah dipenuhi air

Pusat Sumber dijadikan tempat berkumpul untuk murid-murid tahun 2 di blok A


Laporan Selepas Banjir
Pada keesokan hari, iaitu pada hari Sabtu, 23 Januari 2016, pekerja – pekerja
sekolah telah bergotong royong membersihkan kawasan sekolah terutama di
kawasan sepanjang koridor kelas tahun 1 dan 2 serta kantin sekolah yang telah
dipenuhi lumpur.
Pembersihanan tersebut turut disertai oleh PK HEM dan YDP PIBG Sekolah
Kebangsaan Padang Jawa.

Sebelum dicuci
Semasa mencuci

Koridor sepanjang kantin

Selepas Dicuci

You might also like