You are on page 1of 2

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris
menggantikan bahasa kebangsaan atau ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains
dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan
yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada
tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun
2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
setelah kajian mendalam dilakukan.

Tujuan utama kepada peralihan bahasa pengantar ini adalah atas dasar keprihatinan
kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju
dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Umum
mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan
penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan
baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan
dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Inggeris adalah
bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan
ilmu dalam bidang ini.

Terdapat beberapa kebaikan apabila PPSMI ini dilaksanakan antaranya ialah pelajar
akan menjadi lebih bersedia untuk masa akan hadapan. Ini kerana mereka tidak akan merasa
gementar untuk menempuhi alam pengajian yang lebih tinggi dan juga alam pekerjaan.
Tambahan lagi, pengetahuan bahasa inggeris diberi keutamaan kepada pemilihan pekerja
pada masa kini. Selain itu juga, PPSMI dapat mengajar rakyat Malaysia tentang kepentingan
bahasa inggeris pada era globalisasi kini. Ini sekali gus akan menyenangkan pemahaman dan
mengelakkan salah faham dlam kebanyakkan istilah sains dan matematik yang diguna pakai
untuk pembelajaran kini. Dengan adanya PPSMI, pelajar dapat mempelajari matematik, sains
dan bahasa inggeris pada tahap yang lebih tinggi. Melalui PPSMI juga, negara telah
melahirkan ramai cerdik pandai dan ini sekali gus melahirkan pelajar yang berdaya saing
yang tinggi. PPSMI juga memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam
sains dan matematik melalui adanya bahasa inggeris. Bagi mereka yang mempunyai
penguasaan bahasa inggeris, prestasi pelajaran mereka akan meningkat bagi dalam subjek
yang diajar bahasa inggeris.

Keburukan
Rentetan pelaksanaan PPSMI dan pemansuhannya adalah seperti jadual dibawah.

Julai • Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru PPSMI


2002
• PPSMI diperkenalkan berperingkat-peringkat .
Januari • Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah Tingkatan 1 dan Tingkatan 6
Rendah untuk sekolah menengah
2003

Januari • Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah


2007

Januari • Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah


2008
• Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI.
Mac • PPSMI hanya berjaya meningkatkan 3% penguasaan BI.
2009 • Mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

• Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI


Julai dimansuhkan sepenuhnya pada 2012 dan diganti dengan MBMMBI.
2009

Isu PPSMI adalah berkaitan isu bahasa. Sepatutnya bahasa dapat menyatupadukan rakyat
tetapi sebaliknya yang berlaku. Selepas PPSMI dimansuhkan, KPM memperkenalkan
MBMMBI. MBMBMBI ialah singkatan bagi Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris. Rasionalnya pelaksanaan MBMMBI menggantikan (PPSMI)
adalah rentetan daripada status pelaksanaan PPSMI itu sendiri. Di sinilah kita dapat lihat
bahawa isu bahasa sebagai faktor penting dalam pembangunan negara bangsa. Sekiranya
semua rakyat boleh berkomunikasi dengan baik melalui bahasa kebangsaan dan dapat
memahami pertuturan di antara satu dengan lain maka perpaduan rakyat akan menjadi lebih
kukuh dan negara akan lebih maju tanpa meninggalkan identitinya.

You might also like