You are on page 1of 2

UNIT KOKURIKULUM TEL : 09-2377124

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) MEMPAGA 2 FAK : 09-2375122


28600 KARAK email : 1govuc/cba0017.edu
PAHANG DARUL MAKMUR

Rujukan Kami :
Tarikh : 28hb Mei 2018

Pegawai Memerintah
KD Malaya,
Pangkalan TLDM,
32100 Lumut,
Perak Darul Ridzuan.
U/P : Pegawai Tadbir

Melalui dan salinan ;

Guru Besar,
SK FELDA Mempaga 2,
28600 Karak, Pahang.

Tuan

MEMOHON MENGADAKAN LAWATAN KE PANGKALAN TLDM, LUMUT

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Sains SK (FELDA) Mempaga 2 akan mengadakan program
Lawatan Sambil Belajar ke Perak pada 29 Jun hingga 1 Julai 2018.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon kebenaran dari pihak Tuan untuk mengadakan lawatan ke
Pangkalan TLDM, Lumut. Antara tempat yang ingin kami lawati ialah :
1. Kapal TLDM
2. Markas Udara, TLDM
3. Galeri TLDM

4. Bersama ini dilampirkan butiran lawatan serta bilangan peserta kami :


Tarikh lawatan : 01 JULAI 2018

Masa : 09.00 pagi

Bilangan peserta : 80 orang + 8 orang guru

5. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak Tuan agar dapat memberikan kebenaran kepada pihak kami
agar anak-anak murid kami dapat mengetahui peranan pihak TLDM secara lebih jelas disamping memahami konsep
Sains yang berkaitan.

6. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkaitan lawatan boleh diajukan kepada Pn Noor Azreena binti Abdullah
UNIT KOKURIKULUM TEL : 09-2377124
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) MEMPAGA 2 FAK : 09-2375122
28600 KARAK email : 1govuc/cba0017.edu
PAHANG DARUL MAKMUR

( 0123756662). Jasa baik pihak Tuan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

___________________________
(NORZALIKHA BINTI ABU KASSIM)
Setiausaha Panitia Sains
SK (FELDA) Mempaga 2

You might also like