You are on page 1of 33

Diploma Pengajian Muamalat

AFM 2123

Tugasan 1

Tajuk:
Zakat Menurut Fuqaha’ dan Mufassirin

Penulis:
Luqman Hakim Jefri
Zharfan Qayyim Zulkifli Yap

Pensyarah:
Ustazah Siti Syarwani Bt Ghazali

ISI KANDUNGAN

1
Tajuk Muka Surat
Pendahuluan 1

Isi dan Huraian

1.0 Definisi Zakat 2


2.0 Zakat Menurut Pandangan Sarjana Islam 3-4
3.0 Zakat Menurut Pandangan Sarjana Barat 5
4.0 Perbezaan Antara Zakat, Infaq, wakaf dan Sedekah 6-8

5.0 Kedudukan Zakat Dalam Islam 9

6.0 Hukum Zakat


10-12
7.0 Golongan yang diwajibkan berzakat 13-15

8.0 Golongan yang layak menerima zakat 16-25

9.0 Hikmah dan Faedah Zakat 26-28

Kesimpulan 29

Bibliografi

2
Pendahuluan

Kepentingan zakat sebagai satu ibadat dan juga salah satu daripada aspek
ekonomi dan kewangan Islam memang tidak dapat kita pisahkan dan nafikan. Ia
merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima dan wajib bagi kita sebagai
umat Islam untuk menunaikannya kerana banyak kebaikan yang terkandung dalam
perintah menunaikan Zakat antaranya sebagai satu cara untuk kita meringakan beban
mereka yang memerlukan dan dalam kesempitan. Ia juga merupakan salah satu cara
untuk kita berdakwah kepada golongan yang ingin mendekatkan diri kepada Allah
seperti asnaf Ar-riqab dan juga membiayai jihad pada jalan Allah (Fisabilillah).

Kepelbagaian fungsi zakat ini meletakkannya pada kedudukan yang unik.


Dengan kedudukan ini, ia biasanya disifatkan sebagai ibadat dalam bentuk pembiayaan
yang bersifat ibadat. Berikutan kedudukan inilah para Fuqaha menyebut tentang zakat
dalam bab ibadat dan pentadbiran sesebuah negara Islam.

Oleh itu, tugasan ini bertujuan menghuraikan dengan lebih lanjut tentang
zakat menurut pandangan fuqaha dan mufassirin yang bersumberkan nas Al-Quran
dan As-Sunnah. Bagi memenuhi objektif tugasan yang telah diberikan , kami telah
membahagi perkara yang berkaitan dengan zakat kepada 9 bahagian iaitu definisi,
zakat menurut pandangan sarjana Islam dan Barat, perbezaan antara zakat, infaq, wakaf
dan sedekah, kedudukan zakat dalam Islam, hukum menunaikan zakat, golongan yang
wajib membayar zakat , golongan yang layak menerima zakat dan akhir sekali adalah,
hikmah dan faedah berzakat.

Sumber rujukan yang kami ambil adalah daripada buku-buku penulisan dan
jurnal- jurnal yang berkaitan dengan zakat. Diharapkan agar hasil daripada penulisan
laporan ini dapat memenuhi objektif tugasan yang telah diberikan kepada kami oleh
Ustazah Syarwani binti Ghazali, pensyarah subjek Ekonomi dan Kewangan dari Al-
Quran dan Al-Hadith ( AFM 2123)

3
Isi dan Huraian

1.0 Definisi Zakat

 Pengertian Dari Segi Bahasa:

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( ‫)زَ َكىىىى‬ bermaksud suci dan subur,
termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar
zakat, dan penerima zakat. Sebab ia dinamakan zakat ialah kerana ia dapat
mengembangkan harta yang dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya dari segala
kerosakan sebagaimana Ibnu Taimiah berkata “Diri dan harta orang yang
mengeluarkan zakat menjadi suci dan bersih serta hartanya berkembang secara
maknawi”.

 Pengertian Dari Segi Syarak:

Zakat adalah mengeluarkan sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh
Allah SWT untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya
sebagaimana yang telah dinyatakan didalam al-Quran atau ia juga boleh
dimaksudkan dengan kadar tertentu mengikut dari harta tertentu yang diagihkan
kepada golongan tertentu dan lafaz zakat juga digunakan terhadap bahagian tertentu
yang dikeluarkan dan harta orang yang wajib mengeluarkan zakat.

4
4.0 Zakat Menurut Pandangan Sarjana Islam

4.1 Zakat Menurut Ulama Fuqaha

Di dalam Al-Qamus Al-Fiqhi karya Sa’di Abu Jaib menyebut: Zakat pada
syarak ialah pemilikan sebahagian daripada harta yang ditentukan oleh syarak
kepada orang Muslim yang fakir yang bukan di kalangan Bani Hasyim di mana
sebahagian harta dari kalangan orang kaya yang diberikan semata-mata kerana
Allah S.W.T. Pengertian zakat mengikut susunan empat mazhab adalah seperti
berikut:

Mazhab Hanafi: Memberikan milik sebahagian harta yang tertentu daripada harta
yang khusus kepada individu yang tertentu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
untuk mendapatkan keredhaan-Nya. (Al-Waqi’at dan Al-Fatawa)

Mazhab Maliki: Mengeluarkan sebahagian khusus daripada harta yang cukup


nisab kepada orang yang berhak menerimanya, sekiranya sempurna milik dan
cukup haul iaitu bagi yang selain daripada harta galian, tanaman dan rikaz.

Mazhab Al-Syafie: Zakat adalah nama bagi sesuatu yang dikeluarkan daripada
harta dan tubuh badan dengan cara yang tertentu.( Sabil al-Muhtadi )

Mazhab Hanbali: Ia adalah hak yang wajib pada harta yang tertentu diberikan
kepada golongan tertentu pada waktu tertentu.

Daripada definisi yang dijelaskan di atas, jelaslah bahawa perkataan zakat itu
digunakan untuk menunjukkan kepada perbuatan mengeluarkan zakat itu sendiri
iaitu menunaikan hak yang wajib terhadap harta. Ia juga digunakan untuk
menunjukkan kepada sebahagian harta yang telah ditetapkan yang difardhukan oleh
Allah SWT. sebagai satu hak kepada orang-orang fakir. Zakat juga dinamakan
sebagai sedekah kerana ia menunjukkan kepada sifat benar seorang hamba dalam
melakukan ubudiyyah dan mentaati Allah SWT.

5
2.2 Pandangan Ulama Mufassirin

Ibn Manzur menyebut dalam kitabnya Lisan Al-Arab bahawa asas zakat
ialah bersih, tumbuh, berkat dan pujian. Semuanya digunakan dalam Al-Quran
dan hadis.

Menurut Al-Raghib Al-Asfahani: “Maksud asal zakat ialah subur yang


terhasil dari keberkatan Allah S.W.T. dan ianya berkaitan dengan perkara
dunia dan akhirat.” Dinamakan zakat dengan makna tersebut kerana
pengeluaran untuk mengharapkan keberkatan atau membersihkan jiwa dan
menyuburkannya dengan segala kebaikan dan keberkatan. Perkataan zakat
‫ (الزكىىى‬diambil daripada ‫ (زكىىى الشىىى‬yang bermaksud “sesuatu itu bertambah
dan subur.”

Begitu juga ‫ (زكىىىى الىىىىزال جزكىىىى ال ىىىى ا‬yang bermaksud “tanam-tanaman


dan perniagaan subur dan bertambah.” Zakat juga bererti bersih. Hal ini
berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu (dengan iman


dan amal kebajikan).”

- (Surah Al-Syams: 9)

Imam Al-Qurtubi berkata: “Dengan maksud sesungguhnya telah


berjaya siapa yang Allah menyucikan jiwanya dengan ketaatan.”. Menurut
ayat tersebut, orang yang berjaya ialah orang yang membersihkan dirinya
daripada akhlak yang buruk.

6
5.0 Zakat Menurut Pandangan Sarjana Barat

5.1 Roger Garaudy (1913 -2012)


Menurut Garaudy, seorang ahli falsafah yang berasal dari Perancis,
beliau mengatakan bahawa zakat itu bukanlah suatu kebaikan hatipihak
orang yang memberikannya, tetapi suatu bentuk keadilan dalaman yang
diatur cara–caranya, suatu yang diwajibkan, sehingga dengan rasa solidariti
(perpaduan) yang bersumber dari keimanan itu orang dapat mengatasi
egoisme dan kerakusan diri. Beliau turut mengatakan bahawa bahawa Al-
Quran dan Sunnah mengatur pembahagian kekayaan dengan jalan
melembagakan zakat , iaitu suatu pengutan yang bukan bersifat sukarela,
tetapi pungutan wajib, yang bukan berdasarkan penghasilan, tetapi
berdasarkan kekayaan.
Seterusnya, beliau mengatakan bahawa dengan tarif umum dua
setengah peratus maka kekayaan itu akan habis dalam waktu satu generasi,
iaitu dalam jangka waktu empat puluh tahun. Dengan demikian tidak akan
ada orang yang dapat hidup sebagai parasit dari kekayaan yang diwarisinya
dari orang tuanya. Ia berpendapat bahawa dalam sebuah masyarakat, di
mana jika hukum seperti ini dilaksanakan dengan baik, maka tidak akan
ada orang yang terpaksa mencuri melainkan orang yang berpenyakit
hatinya.

3.2 Marcel A. Boisard (1939)

Memetik pendapat daripada Boisard, seorang ahli akademik dan


diplomatik yang berasal dari Switzerland, beliau mengatakan bahawa zakat
itu menyucikan manusia yang memberikannya dengan kemenangan
terhadap egoisme, atau bahawa ia memperoleh kepuasan moral, kerana ia
telah mengikut mendirikan sebuah masyarakat Islam yang adil. Zakat
baginya bukanlah suatu belas kasihan, akan tetapi suatu kewajipan orang
kaya dan hak orang miskin. Zakat adalah pembahagian sesama sekutu

7
dalam kekayaan umum, dan mewujudkan persaudaraan dan solidariti
(perpaduan). Selain itu, menurut beliau lagi orang lebih banyak melihat
unsur cukai dalam zakat, sedangkan orang Islam memandangnya sebagai
suatu kewajipan dalam agama.

6.0 Perbezaan Antara Zakat, Infaq, wakaf dan Sedekah

Dalam penjelasan tentang makna istilah dari zakat, kita telah mengetahui
bahawa zakat adalah kewajipan harta yang khusus, memiliki syarat tertentu, hak
orang yang tertentu dan waktu tertentu. Sedangkan infaq iaitu mengeluarkan
harta yang mencakupi zakat dan bukan zakat.

Menurut al-Jurjani didalam kitabnya al-Ta`rifat (1/132) Sedekah bererti


pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah SWT . Manakala, Ibn
Manzur memberikan definisi sedekah sebagai apa yang engkau berikan kerana
Allah kepada golongan fakir, yakni yang memerlukan. Sedekah merangkumi
maksud zakat wajib, dan sedekah sunat, seperti yang dimaksudkan dalam al-
Quran:

َ َ ‫االصا ََّد فم ََّدَّاَااا ُِصلفرفاااافف فه‬


‫صا ِااا ص‬ ِ ‫صا ََّدََا‬
َ ‫االم ِرمَِ ص َرََصم َها‬ َ ِ‫م‬ َ ‫صا ََّد َم‬
ِ َِ ‫وااال‬ َ ََّ َ ‫َااا َُلَلْف ص ِد َرافَِا‬
ِ ‫اال‬ َّ ‫إِنَّ َمااالصَّد‬
‫بفص‬
َّ ‫صا‬
َ ‫صبِص‬
َّ َِ‫صماااا‬ ِ ُ‫واااا ِفم ِلصوص َ ِلم َ اااا‬ َّ ‫اااِصَّد‬
ِ ‫ِصاَّ َفا‬
َ ‫صب‬ َّ ‫واااا ِفم ِل‬
َ ‫صا ِاااا ص‬ َ َِ‫ااالل ِمم‬ ِ ‫صا ََّدَِا‬
َ َ ِ ‫َّدللَاااال‬
ِ
.‫َ ِرم ٌ ص َح َِم ٌص‬

Maksudnya: ”Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-


orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan
orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang
hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk
(dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan)
dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu

8
ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui,lagi Maha Bijaksana.”

-Surah al-Taubah, (60)

Maksud Infaq pula menurut al-Jurjani didalam kitabnya al-Ta`rifat


(1/39) bererti membelanjakan harta kepada yang berhajat. Dalam Surah al-
Baqarah (2:3), Allah SWT berfirman:

.‫لصلزَ َلنَل فه َ صمف َن ِاِفاَِص‬ َ ‫َ ََلة‬


َ ‫َصا ِم َّم‬ َّ ‫صامف ِِم فماَِ صَّد‬
َ َِ ‫َّدَّذِمَِ صمفََّ ِمنفاَِ صفِ َلدَِ َم‬

Maksudnya: “(Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang


beriman dengan perkara yang ghaib, menunakan solat dan mereka
memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka.” .

-Surah al-Baqarah (3)

Perkataan ‘ ‫ ’ينفقىىى‬dalam ayat ini, menurut pilihan Imam al-Tabari didalam


kitabnya Jami’ al-Bayan (1/244)., merujuk kepada pensyariatan zakat dan
pemberian nafkah kepada ahli keluarga yang ditanggung. Infaq ada yang wajib
dan ada juga yang sunat. Infaq wajib antaranya kafarah, nadzar, dan sebagainya.
Infaq sunat diantaranya kepada fakir miskin sesama muslim, infaq bencana alam
dan sebagainya. Justeru, sedeqah dan infaq itu ialah sinonim.

Waqaf dari sudut bahasa membawa maksud menahan sesuatu. Dipetik


daripada kitab Mughni al-Muhtaj(2/376) karya Imam Syamsuddin Muhammad
al-Syarbini al-Khatib, wakaf dari sudut istilah, ianya membawa maksud menahan
harta yang boleh diambil darinya manfaat beserta mengekalkan ‘ain harta

9
tersebut. Ianya menghilangkan pemilikan dan pengurusan harta tersebut dari
pewakaf dan harta tersebut akan digunakan pada jalan yang dibenarkan ataupun
keuntungan darinya (harta wakaf tersebut) digunakan untuk jalan kebaikan
Pahala orang yang berwakaf ini akan berkekalan selagi mana harta wakaf itu
masih wujud walaupun selepas kematian pewakaf. Wakaf juga disebut sebagai
sedekah jariah.

Sabda Rasulullah SAW:

‫ أ َ َاص‬، ‫ أ َ َاص ِ َر ص مف َنتَاَ فصع فِ ِصه‬، ‫للمَُص‬


ِ ‫َ َُلَُص َج‬ ‫ط َعص َ َمرف صهف إ ص‬
‫لَّ ِم َص‬
َ : ‫ِ ثََلَثص‬ َ َِ‫لِ َّ َن‬ َ ‫َّإل َن‬
‫و فص‬ ِ ْ‫ل‬ ‫َم َص‬
‫َل ِدحص مَ َُ فا َد صهف‬
َ ‫َا َدُص‬

Maksudnya: “ Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catitan amalannya
melainkan pada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak
soleh yang mendoakan baginya kebaikan.”

Imam Nawawi R.A didalam Syarh Muslim (11/85). menjelaskan bahawa sedekah
jariah itu bermaksud wakaf.

Justeru, boleh disimpulkan bahawa pengertian infaq dan sedekah memiliki


maksud zakat wajib, sedekah sunat, dan wakaf. Manakala wakaf ialah pengertian yang
lebih khusus kepada amalan berwakaf.

10
5.0 Kedudukan Zakat Dalam Islam

Seperti yang telah diketahui, zakat adalah salah satu daripada rukun
Islam yang lima. Rasulullah SAW telah bersabda :

‫ِصا ِإلل َ ِ ص‬
َ ‫والفصهللا‬ ‫َّصل ف‬
َ ُ‫ِص فم َح َّم‬‫صاأ َ َص‬
َ ‫صشَهل َ َُ ِةصأ َ َِصلَص ِإدهَصإِلَّصهللاف‬:‫صَّإل َوَلَ ف ص َرَىص َخ َمسص‬
ِ َ ‫فف ِن‬
َ ‫عصإِدَ َم ِهص‬
‫وفِمَل‬ َ َ ‫صا َحجِصَّدفَ َمِْص ِد َم ِِصَّ َوت‬
َ ‫طل‬ َ َِ‫صل َم َ ل‬ َ ِ ‫َا‬َ ‫صا‬ َّ َِ َ ‫صاإِمَتل‬
َ ِ‫صَّدز ََلة‬ َ ِ‫ََلَة‬
َّ ‫َّد‬
Maksudnya: “Islam dibangun di atas lima perkara: syahadat bahawa tidak ada tuhan
selain daripada Allah dan Muhammad adalah utusan Allâh, mendirikan solat ,
menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bagi siapa
yang mampu”

[Muttafaqun‘alaihi]

Menurut hadis ini jelaslah bahawa kedudukan zakat adalah yang ketiga didalam
rukun Islam .

6.0 Hukum Zakat

Zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima Zakat adalah Fardhu
Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh
itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh
mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat
tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi
tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.

11
6.1 Al-Quran

Antara dalil Al-Quran yang menunjukkan kewajipan berzakat:

‫و ََ ٌِص‬ َ ‫َ ِلص َرَ َم ِه َ ص ِإ َِّص‬


َ ‫ََلت َ َكص‬ َ ‫صاتفزَ َِم ِه َ ص ِف َه‬
َ ‫لصا‬ َ َ ‫ط ِه فل فه‬ َ ‫صم َِصأ َ َم َاَّ ِد ِه َ ص‬
َ ‫َ َُلَُصت ف‬ ِ ‫فخ َذ‬
. ‫و ِمم ٌصع َ ِرم ٌص‬َ ‫بفص‬ َ َ ‫صدَ فه‬
َّ ‫صا‬

Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah,


supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan
mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana
sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah)
Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”

– Surah At-Taubah (ayat 103)

َ ‫َا‬
‫ااَلة َص‬ َّ ‫َااامَِ صدَاااهفصَّداااُِمَِ ص فحنَاَااال ََص َامف ِِم فمااااَّصَّد‬ َ َّ ُ‫ااالاَّصإِ َّلص ِدمَ ََففااا‬
ِ ‫فاَّصبص فم َخ ِر‬ ‫َا َمااالصأ ف ِم ف‬
ُ‫صَّدَِ ِم َم‬ ‫ۚصا َٰ َذ ِد َكصُ ف‬
َ ِ‫ِم‬ َّ
َ ‫اَّصَّدز ََلصة َص‬ ‫َامفََّ ت ف‬

Maksudnya: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah SWT


dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan
lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang
demikian itulah agama yang lurus. “

- Surah Al-Bayyinah (ayat 5 )

12
‫وا َلصدَََرَّ فَ َ صت ف َل َح فماَِص‬
‫اَّصَّدل ف‬
َّ ‫َصاأ َ ِطمَف‬ َّ
َ ‫اَّصَّدز ََلة‬‫َصاآت ف‬ َّ ‫َاأَلِم فماَّصَّد‬
َ ‫ََلة‬

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat


dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”

- Surah An-Nur (ayat 56)

َ ‫صافِ َلد َاَّ ِدااااا َُم َِِصإِ َح‬


‫وااااالنلص‬ َ َ‫اااالَّ ِم َلصلَصت َ ََففاااااُفاَِ صإِلَّصب‬ ِ ‫َاإِ َذصأ َ َخااااا َذن‬
َ ‫َلصممثَااااالَِ صفَنِااااا صإِ َوا‬
َّ ‫ااالسص فح َوااانلص َاأَلِم فمااااََّصَّد‬
‫َاااَلَة َص‬ ِ َّ‫صالفادفااااََّص ِدرن‬
َ ِ‫م‬ َ ‫ىصا ََّد َم‬
ِ َِ ‫وااال‬ َ ‫اااىصا ََّد َمتَااال َم‬ َ ‫َاذ‬
َ ‫ِيصَّدِف َل َف‬
ِ ‫صاأَنت ف‬
. ‫صم ََ ِل ف اَِص‬ ِ ‫صَّدز ََلة َصث ف َّ صت َ َادَّ َمت ف َ ص ِإلَّصلَ ِرمَل‬
َ َ َ‫صمن ف‬ َّ ََّ‫َاآتفا‬

Maksudnya; “Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat


perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu
menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan
kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah
kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah
sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan
(perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan
sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.”

– Surah Al-Baqarah (ayat 83)

Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa
yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama
Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi
orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada

13
juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di
dalam harta yang mereka miliki.

6.2 As-Sunnah

Teks-teks (nas) zakat dalam sunnah nabi tidak terkira jumlahnya. Di antara
yang paling jelas adalah sabda Rasulullah SAW:

“ Islam didirikan di atas lima prinsip : Bersaksi bahawa tiada tuhan selain
Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat,
menunaikan zakat, menunaikan haji di Baitullah dan puasa Ramadhan”

Hadis lain pula mengatakan:

“Islam adalah hendaknya anda bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan
Muhammad adalah Rasulullah, menegakkan solat, menunaikan zakat, puasa
Ramadhan dan anda berhaji ke Baitullah apabila anda mampu
menunaikannya”

Hadith-hadith ini menunjukkan sepenuhnya bahawa keislaman seseorang tidak


akan sempurna kecuali dengan menunaikan zakat disertai dengan mendirikan
solat. Sebuah riwayat dari Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “ kami
diperintahkan untuk menegakkan solat dan menunaikan zakat. Barangsiapa
tidak berzakat bererti tidak ada nilai solatnya”

14
Riwayat lain dari Alqamah , bahawa suatu hari para sahabat
mendatangi Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada
kami: “Sesungguhnya kesempurnaan Islam kamu semua, hendaklah kamu
menunaikan zakat dari harta kamu sekalian.”

Begitu banyak sekali tuntutan dan kewajipan berzakat kepada umat


Islam sehingga ada pada hadis sahih dijilaskan adanyta sikap memerangi orang-
orang yang melawan terhadap penunaian zakat. Bukhari dan Muslim
meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a yang berkata, bahawa Rasulullah
SAW bersabda: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia, sehinggalah
mereka bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah
utusan Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Apabila mereka sudah
berbuat demikian, mereka dilindungi darahnya kecuali kerana alasan hak
Islam, sedangkan perhitungan mereka diserahkan kepada Allah.”

7.0 Golongan yang diwajibkan berzakat

7.1 Islam
Zakat difardhukan ke atas pemilik harta yang beragama Islam sahaja. Orang
kafir tidak difardhukan menunaikan zakat, bahkan zakat mereka tidak sah jika
ditunaikan kerana zakat mempunyai ciri-ciri ibadat.

7.2 Merdeka
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.Hamba sahaya
tidak diwajibkan berzakat.

15
7.3 Pemilikan Sempurna

Milik sempurna bermaksud “Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang
haul dan mempunyai kuasa secara bebas ( ‫للص‬ َ ) untuk mengurus ( ‫فص‬
‫إختِمَ ف‬ َ َ ‫ ) َح ُّق صَّدت‬dan
ِ ‫َ ُّل‬
memperolehi manfaat dari harta tersebut tanpa sekatan / kawalan undang-undang dan
peraturan.”

7.4 Cukup Nisab

Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas
harta itu.
Dalil syarat nisab emas, buah-buahan dan unta seperti yang dijelaskan Hadith berikut:

Daripada Abu Sa’id R.A:

‫ص‬،ٌَُ‫َ َُل‬
َ ‫صمَِ صَّدت َّ َم ِلص‬ ‫َسص ِم َملصُفاَِ صخ ََمو ُِصأ َ َا ف‬
ِ ‫وق‬ َ ‫صدَم‬:‫لللصلوالصهللاصَرىصهللاص رمهصاور ص‬
َ ‫َادَم‬
‫َسص ِم َملصُفاَِص‬

َُ‫َ َُل‬
َ ‫صَّإل ِف ِلص‬
ِ َِ‫صم‬ َ ٌَُ‫َ َُل‬
َ ‫صادَم‬،‫ص‬
ِ ُ‫َسص ِم َملصُفاَِصصصخ ََم ِسص َذ َا‬ َ ‫ِص‬ َ َِ‫صم‬
ِ ‫صَّد َا ِل‬ ِ َِّ‫خ ََم ِسصأ َ َا‬

Rasulullah SAW bersabda: “Tamar yang kurang dari 5 awsuq tidak diwajibkan zakat,
perak yang kurang dari 5 auqiyah tidak diwajibkan zakat, dan unta yang kurang dari 5
ekor tidak diwajibkan zakat.”

(HR Bukhari & Muslim)

Nisab menjadi prasyarat kewajipan zakat supaya dapat dipastikan bahawa kefardhuan
zakat hanya diwajibkan ke atas orang Islam yang memiliki kekayaan.

Sabda Nabi SAW :

َ ‫َ َُلََُص ِإلَّص َ َِص‬


‫ظ َه ِلص ِغنَى‬ َ ‫لَص‬
16
Maksudnya: “Sesungguhnya zakat (diwajibkan) hanya kepada orang yang kaya”.
(HR Bukhari)

Nisab sesuatu harta adalah berbeza-beza berdasarkan jenis-jenis harta zakat. Nilai
jumlah minimum nisab zakat telah ditetapkan dengan hadis.

Penerangan :

Segala jenis harta yang mempunyai ‘illah yang sama dengan emas akan dicampurkan
kesemuanya bagi tujuan kiraan zakat, seperti jumlah simpanan Tabung Haji, wang
simpanan di bank-bank, jongkong/dinar emas dan lain-lain lagi digabungkan untuk
mencukupkan nisab 20 mithqal.

7.5 Cukup Haul

Haul ialah tempoh setahun (12 bulan) qomariah pemilikan kekal harta zakat oleh
seseorang selain dari harta zakat biji-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun.
Syarat haul ditetapkan dengan hadith.

Sabda Nabi SAW:

‫لَزَ ََلة َص ِ ص َمللص َحتَّىص َم فح َا َلص َصرَ َم ِهصَّد َح َا فلص‬

Maksudnya; “Tidak diwajibkan zakat atas sesuatu kekayaan sehingga berlalu masa
setahun.”
(HR Darul Qutni)

17
7.6 Harta Yang Berkembang

Harta yang berkembang adalah harta pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki
( ‫ ) َح ِق ْي ِق‬atau boleh diusahakan ( ‫) تَ ْق ِدي ِْري‬. Bentuk harta zakat yang berkembang secara
hakiki ( ‫ ) َح ِق ْي ِق‬adalah:

i. Binatang ternakan berkaki empat seperti unta, lembu, kerbau, kambing


ii. Hasil tanaman yang menjadi makanan asasi seperti padi, jagung dan
seumpamanya.
iii. Barang perniagaan yang berkembang dengan sebab berlaku transaksi
urusniaga dipasaran.

Harta zakat yang berkembang dengan sebab boleh diusahakan ( ‫ ) ت َ ْق ِدي ِْري‬adalah :

i. Emas, perak, mata wang dan hasil galian seperti minyak, bijih timah, gas
asli dan harta karun yang bernilai dan seumpamanya.
ii. Tanaman, ternakan dan lain-lain harta yang diusahakan secara komersial.

8.0 Golongan yang layak menerima zakat

Firman Allah swt :

ِ ‫صَّدللَل‬
‫َص‬ ِ َ َ ‫لصا ََّد فم ََّدَّاَ ُِصلفرفافف فه‬
ِ ‫صا‬ ِ ََ ‫صا ََّد‬
َ ‫لم ِرمَِ ص َرَ َم َه‬ َ ِ‫م‬ ِ َِ ‫ول‬ َ ‫صا ََّد َم‬ ِ ‫َ َُلَلْف ص ِد َرافَِ َل‬
َ ََّ َّ ‫ِإنَّ َملصَّد‬
.‫بفص َ ِرم ٌصص َح َِم ٌص‬َّ ‫صا‬َ ‫صبِص‬ َّ َِ‫صم‬ ِ ُ َ ‫و ِفم ِلصوص َ ِلم‬ َّ ‫ِصاَّف َِِصَّد‬
َ ‫صب‬ َّ ‫و ِفم ِل‬
َ ‫صا ِ ص‬ ِ ِ‫َا ََّد‬
َ َِ‫َلل ِمم‬

Maksudnya; “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir


dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan
hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk

18
dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam
perjalanan”.
-Surah at Taubah (60)

Dipetik daripada kitab Al-Wajiiz fii Fiqh Sunnah wal Kitaabil Aziiz, yang
dikarang oleh Syeikh Abdul Azhim bin Badawai al-Khalafi, didalamnya Ibnu
Katsir seorang ahli tafsir berkata ketika menafsirkan ayat ini (II/364),
“Manakala Allah SWT menyebutkan penolakan orang-orang munafik dan
pencelaannya kepada Rasulullah SAW dalam masalah pembagian sedekah
(zakat). Dia melanjutkannya dengan menjelaskan bahawa yang menetapkan
pembagian tersebut, menerangkan hukumnya serta yang menangani
masalah ini adalah Allah sendiri. Dia tidak mewakilkan pembagiannya
kepada seorang pun, kemudian Dia-lah yang membahagi sedekah tersebut
kepada golongan-golongan yang tersebut di dalam ayat di atas.”

Melalui persoalan apakah wajib membahagi rata harta zakat Kepada semua
golongan tersebut? Ibnu Katsir berkata “ Para ulama berselisih pendapat
berkenaan dengan lapan golongan yang berhak(layak) menerima zakat, apakah
wajib menyerahkan harta zakat kepada setiap golongan atau boleh diserahkan
kepada sebahagian golongan saja yang memungkinkan untuk diberikan
kepadannya? Dalam masalah ini ada dua pendapat:

 Pertama: Wajib menyerahkannya kepada semua golongan dan ini adalah pendapat
Imam asy-Syafi’i dan jama’ah para ulama.

 Kedua: Tidak wajib menyerahkannya kepada semua golongan, bahkan


boleh membahagikannya kepada satu golongan saja dan menyerahkan
semua harta zakat kepada mereka walaupun ada golongan yang lain. Dan
ini adalah pendapat Imam Malik dan beberapa orang dari kaum Salaf dan
khalaf, di antara mereka ‘Umar, Hudzaifah, Ibnu ‘Abbas, Abul ‘Aliyah,

19
Sa’id bin Zubair dan Maimun bin Mihran. Berkata Ibnu Jarir, ‘Ini adalah
pendapat kebanyakan ahli ilmu.’ Berdasarkan pendapat ini, maka tujuan
penyebutan golongan-golongan tersebut dalam ayat ini adalah untuk
menerangkan tentang golongan yang berhak menerima zakat bukan untuk
menjelaskan kewajiban membahagikannya kepada semua golongan
tersebut ”.

8 golongan yang layak menerima zakat menurut Ibnu Kathir:

1. Orang-Orang Fakir

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Amr RA , ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:

‫َ َُلَصُفص‬
َّ ‫لَصت َ ِح ُّلصَّد‬,‫و ِايص‬ ِ ‫صالَص ِدذ‬
َ ‫ِىصم َّلةص‬ َ ‫ ِدَِ ِن‬.
Maksudnya : “Zakat tidak halal diberikan kepada orang kaya dan mereka yang
memiliki kekuatan untuk bekerja.” Sunan at-Tirmidzi (II/81, no. 647)

Dari ‘Ubaidillah bin ‘Adi bin al-Khiyar bekata bahawa ada dua orang yang telah
bercerita kepadanya bahwa mereka telah menghadap Rasulullah SAW untuk meminta
zakat kepada beliau. Kemudian beliau memperhatikan mereka dan beliau melihat
mereka masih kuat, lalu beliau bersabda:

‫صاصلَص ِدَِ ِايص فم ََت َ ِوَص‬ َّ ‫لصالَص َح‬


َ ِ‫ظص ِ َم َهلص ِدَِن‬ َ َ َ ‫ ِإ َِص ِش َت ف َملصأ‬.
‫ط َمت ف فَ َم َص‬
Maksudnya ; “Jika kalian mahu, aku akan berikan kalian zakat, namun tidak ada
zakat bagi orang kaya dan mereka yang masih kuat untuk bekerja.”

- Sunan Abi Daud (V/41, no. 1617)

20
2. Orang-Orang Miskin

Dari Abu Hurairah RA, bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda:

ِ َ ‫صاَّدرُّ َِ َمت‬
‫ص‬,ِ‫ل‬ َ ‫ص َت َ فل ُُّهفصَّدرُّ َِ َمُف‬,‫لس‬ِ َّ‫فص َرَىصَّدن‬‫ط َا ف‬ ‫َّفصَّدَّذِيص َم ف‬
ِ ‫َّصَّدط َا‬ َ ‫َس‬
َّ ‫صَّد ِم َو َِم فَِص ِف َه َذ‬ َ ‫دَم‬
‫و َا َلصهللاِ؟‬ َ ‫صلَلدف َاَّص َ َم‬,ِ‫ل‬
َ َ‫لصَّد ِم َو َِم فَِصم‬
‫لصل ف‬ ِ َ ‫صاَّدت َّ َم َلت‬
َ ‫َاَّدت َّ َم َلة ف‬

‫صالَصمَ َوأَلفصَّدنَّ َص‬,


.‫لس‬ َ ‫َُ فَِّص َرَ َم ِه‬
َ َ ‫ط فِصدَهفص َمفت‬ َ ‫صََّدَّذِيصلَمَ ِجُفص ِغنىصمف َِنِ َم ِه‬:‫صلَل َل‬
َ ‫صالَصمف َا‬,

Maksudnya ; “Bukanlah termasuk orang miskin mereka yang keliling


meminta-minta kepada manusia, kemudian hanya dengan sesuap atau dua
suap makanan dan satu atau dua buah kurma ia kembali pulang.” Para
Sahabat bertanya, “Kalau begitu siapakah yang dikatakan sebagai orang
miskin, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang miskin adalah orang
yang tidak mempunyai sesuatu yang boleh mencukupi keperluannya. Namun
tidak ada yang mengetahui keadaannya sehingga ada yang mahu
memberinya sedekah dan ia juga tidak meminta-minta kepada manusia.”

- Muttafaqun ‘alaihi: Sahih Muslim( II/719, no. 1039)

3. Amil Zakat

Amil zakat adalah mereka yang ditugaskan mengumpul dan menarik


zakat, mereka berhak menerima sejumlah harta zakat sebagai ganjaran atas
kerja mereka dan tidak boleh mereka termasuk dari keluarga Rasulullah
SAW yang diharamkan atas mereka memakan sedekah, sebagaimana yang
diriwayatkan dalam Sahih Muslim dari ‘Abdul Mutalib bin Rabi’ah bin al-
Harits, bahwasanya ia dan al-Fadhl bin al-‘Abbas pergi menemui Rasulullah

21
SAW untuk meminta agar mereka berdua dijadikan sebagai amil zakat,
maka Rasulullah SAW bersabda:

.‫لس‬ َ ‫َ صأ َ َا‬
‫ول فخصَّدنَّ ِ ص‬ َ ُ‫َ َُلََُصلَت َ ِح ُّلص ِد فم َح َّم‬
‫ص ِإنَّ َملص ِه‬,ُ‫صالَصِآل ِلص فم َح َّم‬ َّ ‫ِإ َِّصَّد‬

Maksudnya : “Sesungguhnya zakat itu tidak halal bagi Muhammad dan keluarga
Muhammad, kerana ia sebenarnya adalah kotoran manusia.”

-Sahih Muslim (II/752, no. 1072)

4. Muallaf (Orang-Orang Yang Dilunakkan Hatinya)

Ada beberapa pandangan tentang pengagihan harta zakat terhadap


mualaf, antaranya ada yang diberikan harta zakat agar mereka memeluk
Islam, sebagaimana Rasulullah SAW telah memberikan Shafwan bin
Umayyah harta dari hasil rampasan perang Hunain, dan dia ikut berperang
dalam keadaan masih musyrik, ia bercerita, “Rasulullah SAW tidak henti-
hentinya memberiku harta rampasan hingga akhirnya beliau menjadi
manusia yang paling aku cintai, padahal sebelum itu beliau adalah manusia
yang paling aku benci.” -Sunan Abi Daud (VIII/205-208, no. 2969)

Selain itu, di antara mereka ada yang sengaja diberikan harta zakat
agar mereka semakin bagus keislamannya dan semakin kuat hatinya dalam
Islam, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika
perang Hunain, beliau memberikan seratus ekor unta kepada sekumpulan
pemuka kaum ath-Thulaqa’ (orang-orang kafir Quraisy yang tidak diperangi
di saat penaklukan Mekah), kemudian beliau bersabda:

.‫ َخ ْشيَةَ أَ ْ يَ ُكبَّهُ هللاُ َعلَ َججْ ِه ِه فِ نَ ِا َج َهنَّ َم‬,ُ‫ َج َغي َْرهُ أ َ َحبُّ إِلَ َّ ِم ْنه‬،َ‫الر ُجل‬ ِ ‫إِنِِّ َألُع‬
َّ َ ‫ْط‬

22
Maksudnya; “Sesungguhnya aku memberi (harta) pada seseorang, padaha l yang
lainnya lebih aku cintai daripadanya, hanya saja aku takut Allah akan
memasukkannya ke dalam Neraka.”

-Muttafaqun ‘alaihi: Sahih Bukhari (I/79, no. 27)

Dalam Ash-Shahihain diriwayatkan dari Abu Sa’id, bahawasanya Ali


RA menyerahkan kepada Rasulullah SAW emas mentah batangan dari
Yaman, kemudian beliau membahagikannya kepada empat orang, al-Aqra’
bin Habis, ‘Uyainah bin Badar, ‘Alqamah bin ‘Ulatsah dan Zaid al-Khair,
lalu beliau bersabda:

“Aku ingin melunakkan hati mereka.”

-Muttafaqun ‘alaihi: Sahih Bukhari (VIII/67 no.4351)

Diantara mereka ada yang diberikan zakat dengan maksud agar orang-
orang yang seperti mereka ikut memeluk Islam. Ada juga yang diberikan
harta zakat supaya nantinya boleh mengumpulkan harta zakat dari orang-
orang yang setelahnya atau untuk mencegah bahaya dari beberapa negeri
terhadap kaum muslimin.

5. Budak

Diriwayatkan dari Hasan al-Basri ; Muqatil bin Hayyan, ‘Umar bin ‘Abdil
‘Aziz, Sa’id bin Jubair, an-Nakha’i, az-Zuhri dan Ibnu Zaid mereka
berpendapat bahawa yang dimaksud dengan budak adalah al-Mukatab

23
(budak yang telah mengadakan perjanjian dengan tuannya untuk membayar
sejumlah wang sebagai tebusan atas dirinya). Hal ini juga diriwayatkan dari
Abu Musa al-‘Asyari. Dan ini adalah pendapat Imam asy-Syafi’i dan juga
al-Laitsi. Berkata Ibnu ‘Abbas dan al-Hasan, “Tidak mengapa harta zakat
tersebut dijadikan sebagai tebusan untuk memerdekakan budak.” Dan ini
adalah Mazhab Ahmad, Malik dan Ishaq. Maksudnya bahawa memberikan
zakat kepada budak sifatnya lebih umum dari sekadar memerdekakan al-
Mukatab atau membeli budak, kemudian memerdekakannya. Banyak sekali
hadis-hadis yang menerangkan tentang pahala orang-orang yang
memerdekakan budak. Dan sesungguhnya Allah akan membebaskan dari api
Neraka anggota badan orang yang memerdekakan budak sebagai ganjaran
dari anggota badan budak yang ia merdekakan, hingga kemaluan dengan
kemaluan seperti mana yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari hadits Abu
Hurairah Radhiyallahu anhu ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah
SAW bersabda:

‫َّصمااااَِ ص‬ ِ ‫صللَ َفااااُص فمََّ ِمنَاااُصأ َ َ تَااااقَ صهللاف‬


ِ ‫صم َناااهفص ِف فَاااا ِلص ف َاااا‬
ِ ‫صم َنااااهفص ف َاااا‬ َ َ‫اااِصَّ َ تَاااق‬
ِ ‫َم‬
.‫للص َحتَّىص َم ََتِقَ ص َ َل َجهفص ِفاَ َل ِج ِصه‬
ِ َّ‫َّدن‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang memerdekakan seorang budak yang beriman


nescaya Allah akan memerdekakan dengannya (anggota badan budak) setiap
anggota badan orang yang memerdekakannya dari api Neraka sampai kemaluannya
dengan kemaluannya.” - Sahih al-Jaami’ Saghiir (no. 6051)

‫ا َملصت ف َجزَ َاَِ ص ِإلَّص َملص فَ َنت ف َ صت َ ََ َمرف َاَِص‬.


َ

Maksudnya; “Dan tidaklah kalian diberi ganjaran kecuali sesuai dengan


amalan yang kalian kerjakan.”

24
6. Orang Yang Berhutang

Mereka ada beberapa jenis, ada yang menanggung hutang orang lain dan
manakala telah sampai waktu pembayaran ia menggunakan hartanya untuk
melunaskannya sehingga hartanya habis, ada yang tidak mampu membayar
hutangnya, ada yang rugi kerana kemaksiatan yang dilakukannya kemudian dia
bertaubat, mereka inilah yang berhak menerima zakat.

Dalil dalam masalah ini adalah hadis Qabishah bin Mukhariq al-Hilali,
ia berkata, “Aku sedang menanggung hutang orang lain, kemudian aku
mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta bantuan beliau, beliau berkata,
“Tunggulah, jika ada zakat yang kami dapatkan kami akan menyerahkannya
kepadamu.” .Seterusnya beliau bersabda:

َ َّ‫صل فج ٌلصت َ َح َّم َلص َح َملدَُصَص َحر‬:


‫ْصدَهفص‬ َ َِّ ‫ص ِإ‬,‫َُفص‬
َ َُ‫صَّد َم َوأَدََُصلَت َ ِح ُّلص ِإلَّصِأل َ َحُِصثََلَث‬ َ ‫مَلصلَ ِف َم‬
َ َّ‫ْص َمل َدهفص َ َحر‬
‫ْص‬ َ ‫َلفَتَهفص َجل ِ َحٌُصَّ َِجتَل َح‬
َ َ ‫صا َل فج ٌلصأ‬, ِ ‫ََّد َم َوأَدَ صُفص َحتَّىصمف‬
‫َ َمفَ َهلصث ف َّ صمف َم ِص‬
َ ‫و َك‬
َ ‫َّصم َِص َمَش‬
‫صا َل فج ٌلص‬, ِ ََُُّ ‫صم َِص َمَشصأ َ َاصلَل َلص ِو‬
ِ ‫ََص ِل َاَّمل‬
َ ‫َم‬ َ ‫دَه‬
ِ ‫ص َحتَّىصمف‬,‫فصَّد َم َوأَدَُف‬
‫ْص فَلَنلص‬ َ َ ‫صدََِ َُصأ‬:‫لصم َِصلَ َا ِم ِه‬
َ َ‫َلف‬ َ ‫صم َِص َذ ِا‬
ِ ‫ىصَّد ِح َج‬ ِ ٌَُ‫َل َفتَهفص َللٌَُص َحتَّىص َمِف َصا َ صثََلَث‬
َ َ‫أ‬
ِ ََُُّ ‫صم َِص َمَشصأ َ َاصلَل َلص ِو‬
‫َّصم َِص‬ ِ ‫ََصلِ َاَّمل‬
َ ‫َم‬ َ ‫ْصدَه‬
ِ ‫ص َحتَّىصمف‬,‫فصَّد َم َوأَدَُف‬ َ َّ‫ص َ َحر‬,ٌَُ‫َلل‬
.‫و َحتل‬
‫لحفف َهلص ف‬
ِ َ‫و َحتلصمَأ َ فَرف َهلص َص‬
‫َُفص!ص ف‬ َ َِ‫صم‬
َ ‫صَّد َم َوأَدَ ُِصمَلصلَف َم‬ ِ َِّ ‫ص َ َملص ِو َاَّ فه‬,‫َمَش‬

Maksudnya: “Wahai Qabishah, sesungguhnya meminta-minta tidak


dihalalkan kecuali bagi salah satu dari tiga orang, Iaitu orang yang
menanggung hutang orang lain, maka ia boleh meminta-minta sampai ia
melunasinya, kemudian ia berhenti meminta-minta, orang yang ditimpa
musibah yang menghabiskan hartanya, ia boleh meminta-minta sampai
mendapatkan sandaran hidup atau beliau berkata, sesuatu yang boleh
memenuhi keperluan hidupnya, dan orang yang ditimpa kesengsaraan hidup

25
sampai tiga orang dari kaumnya yang berpengetahuan (alim) berkata, ‘Si
fulan telah ditimpa kesengsaraan hidup.’ Ia boleh meminta-minta sampai
mendapatkan sandaran hidup atau beliau berkata: Sesuatu yang bisa
memenuhi keperluan hidupnya. Adapun selain tiga golongan tersebut,
wahai Qabishah, maka haram hukumnya dan mereka yang memakannya
adalah memakan makanan yang haram”

-Sahih Muslim (II/722, no. 1044),

7. Orang Yang Berjuang Di Jalan Allah (Fi Sabilillah)

Mereka adalah para pasukan perang yang tidak punya hak dari
Baitulmal. Adapun Imam Ahmad, al-Hasan dan Ishaq mengatakan bahawa
orang yang berhaji termasuk dalam fi sabilillah, berdasarkan sebuah hadis.

Daripada Ibnu ‘Abbas, ia berkata, ‘Rasulullah SAW ingin menunaikan


haji dan ada seorang isteri yang berkata kepada suaminya, “Sertakanlah
aku berhaji bersama Rasulullah.” Suami tersebut menjawab, “Aku
tidak memiliki harta yang boleh aku gunakan untuk membiayaimu
pergi haji.” Lalu isterinya berkata, “Hajikanlah aku dengan untamu
itu.” Dia berkata, “Itu adalah unta yang aku gunakan untuk berjuang di
jalan Allah.” Kemudian lelaki tersebut datang kepada Rasulullah SAW
dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku mengucapkan
salam atasmu dan ia telah memintaku untuk menghajikannya
bersamamu, ia berkata, “Hajikanlah aku bersama Rasulullah SAW”
Lalu aku menjawab, “Sesungguhnya aku tidak memiliki harta yang
akan aku gunakan untuk membiayaimu pergi haji.” Ia berkata lagi,

26
“Kalau begitu hajikanlah aku dengan untamu itu.” Aku berkata
kepadanya, “Itu adalah unta yang aku gunakan untuk berjuang di jalan
Allah.’’. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya jika
engkau menghajikan ia dengan unta tersebut juga termasuk dalam
fi sabilillah.”.

--Sahih Hasan: [Sahih Sunan Abi Daud (no. 1753)],

8. Orang yang bermusafir ( Ibnu Sabil )

Ibnu sabil adalah musafir yang berada di suatu negeri dan tidak memiliki
sesuatu apa pun yang bisa membantunya dalam perjalanan, maka ia
diberikan dari harta zakat secukupnya yang boleh digunakan untuk
pulang ke tempat asalnya, walaupun mungkin dia memiliki sedikit harta.
Dan hukum ini berlaku bagi mereka yang melakukan perjalanan jauh dari
negerinya dan tidak ada sesuatu apa pun bersamanya, maka ia diberikan
sejumlah harta dari zakat yang mencukupi bekalan untuk pulang ke
negerinya. Dan dalilnya adalah ayat tentang golongan yang berhak
menerima zakat, juga apa yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Ibnu
Majah dari hadis Ma’mar dari Yazid bin Aslam, dari ‘Atha’ bin Yasar,
dari Abu Sa’id RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫صل فجااا ٌلصَِّ َشااات َ َلَّهَلص‬َ ‫لمااالفص َرَ َم َهااالصأ َ َا‬ ِ ََ ‫صَّ َ َد‬:ُ‫وااا‬
َ ‫َااا َُلَُفص ِد َِ ِنااا صص ِإلَّصخ ََم‬
َّ ‫لَصت َ ِحااا ُّلصَّد‬
‫َااااا َُِِ ص َرَص َمااااا ِهص‬
‫صم َوااااا َِم ٌَِصت ف ف‬ِ ‫وااااا ِف َم ِلصهللاِصأ َ َا‬ ِ ‫ِف َمل ِدااااا ِهصأ َ َاص َغا‬
َ ‫اااالل ٌ صَّ َ َاص َغااااالزص ِااااا ص‬
. ِ َُ ‫َأ َ َه‬
ِ‫ىصم َن َهلص ِدَِن‬

Maksudnya; “Zakat itu tidak halal diberikan kepada orang kaya kecuali lima
macam, Iaitu amil zakat atau orang yang membelinya dengan hartanya atau
orang yang berhutang atau orang yang berperang di jalan Allah atau orang

27
miskin yang menerima zakat, kemudian dia menghadiahkannya kepada
orang kaya.” - Sunan Abi Daud (V/44, no. 1619)

9.0 Hikmah dan Faedah Zakat

Zakat mempunyai hikmah dan faedah yang banyak. Ia adalah untuk


kebaikan pengeluar zakat dan juga penerimanya. Faedah zakat juga dapat
dinikmati oleh individu dan masyarakat. Antara hikmah dan faedah tersebut adalah
seperti berikut:

9.1 Amalan berzakat boleh membiasakan diri pengeluarnya supaya bersifat pemurah
dan suka mengerjakan ibadah qurban. Amalan itu juga boleh membuang sifat kedekut
dan unsur-unsur bakhil. Hakikat ini dapat dirasai oleh pengeluar zakat dan dia juga
menyedari bahawa zakat itu lebih ketara kepada penambahan harta daripada
menguranginya. Hal ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W. dengan
sabdanya yang bermaksud:

“Zakat itu tidak mengurangi harta.”


- Riwayat Muslim (2588)

Allah akan memberkati harta yang tinggal dengan sebab berzakat. Maksudnya
adalah, Allah S.W.T. akan menjauhkan harta tersebut daripada sesuatu yang
memudharatkannya dan memeliharanya daripada gangguan manusia. Selain
daripada perkara tersebut, Allah S.W.T. juga menunjukkan cara-cara untuk
memanfaatkan dan mengembangkan harta tersebut kepada pemiliknya. Di

28
samping itu, Allah S.W.T. memberikan ganjaran pahala yang besar kerana
mengeluarkan harta semata-mata untuk keredhaan-Nya.

9.2 Zakat boleh menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang


antara pengeluar zakat dengan orang lain. Apabila kesedaran ini wujud
dalam masyarakat, setiap orang Islam mampu menunaikan kewajipan
mengeluarkan zakat kepada pihak yang berhak menerimanya. Ianya dapat
dilihat betapa eratnya jalinan kasih sayang sesama individu di kalangan
orang Islam dan masyarakat keseluruhannya.

9.3 Zakat berperanan untuk memastikan sesebuah anggota masyarakat itu


menjadi lebih sempurna. Meskipun begitu, terdapat pelbagai keadaan dan
unsur-unsur yang memperluaskan jurang perbezaan taraf sosial iaitu
bertambahnya golongan yang memerlukan bantuan serta golongan fakir.
Zakat berfungsi memelihara masyarakat daripada jurang perbezaan taraf
sosial yang ketara.

9.4 Zakat memainkan peranan penting dalam menangani masalah


pengangguran. Antara sebab utama yang menyumbang kepada pengangguran
ialah kemiskinan. Orang yang miskin tidak mempunyai modal yang
minimum untuk menjalankan sesuatu perusahaan atau pekerjaan. Oleh itu,
jika sistem zakat berjalan mengikut haknya, sudah tentu orang yang miskin
berhak menerima bahagiannya dan membolehkan mereka menjalankan
perusahaan yang dirancang sesuai dengan kemahiran dan kelayakan yang ada
pada mereka.

29
9.5 Zakat merupakan cara yang dapat membersihkan hati daripada sifat-
sifat keji yang memberi kesan kepada masyarakat, iaitu sifat berdendam, iri
hati dan hasad dengki. Bagaimanapun sifat tersebut akan menjadi barah
dalam masyarakat jika tiada lagi sifat berkasih sayang, tolong-menolong dan
saling bersimpati. Fenomena ini bukan hanya propaganda yang dilaung-
laungkan sahaja, malah ia telah menjadi satu realiti yang nyata dan bukan
fantasi yang direka. Apabila zakat dilaksanakan, hasilnya akan jelas
kelihatan dan kesannya yang menakjubkan.
Oleh itu, ia dapat membersihkan jiwa daripada sifat hasad dengki
dan iri hati serta mengeratkan hubungan persaudaraan sekalipun mereka
berbeza dari segi kemewahan dan kekayaan. Ini berdasarkan firman Allah
S.W.T. yang bermaksud:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),


supaya
dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan
menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk.”
-Surah Al-Taubah:
( 103 )
Ibn Abbas menjelaskan bahawasanya setiap kalimah di dalam Al-Quran
adalah lebih aula difahami dengan makna zakat yang wajib.

9.6 Syeikh Ali Al-Jarjawi dalam bukunya, Hikmah Al-Tasyri’ wa


Falsafatuhu berkata: “Antara hikmah menunaikan zakat ialah membawa
kepada keamanan dalam negara. Beliau memberi banyak alasan dan hujah
bagi membenarkan kenyataan tersebut yang jelas menunjukkan bala
menimpa masyarakat, negeri, negara dan tempat di mana pengabaian untuk
mengeluarkan zakat berlaku. Natijah yang lebih parah lagi membawa kepada
pembunuhan, jenayah, pencurian dan juga ramai yang ditangkap dan
dimasukkan ke penjara kerana sebab harta benda dan kewangan

30
Kesimpulan

Zakat merupakan ibadah asas yang termasuk salah satu rukun Islam. Zakat
sememangnya memiliki hikmah untuk membersihakn jiwa dan harta orang yang
mengeluarkan zakat. Zakat juga dapat menumbuhkan dan mengembangkan
pembangunan ekonomi masyarakat kerana melalui zakat disamping dapat membantu
golongan fakir miskin juga dapat menyemai rasa kasih sayang sesama umat Islam.

Ibnu Hazm menulis di dalam kitabnya al-Muhalla “ Kata satu golongan: Setiap
yang boleh dibuat roti atau bubur dikenakan zakat, sementara yang dimakan hanya
secara suka-suka tidak dikenakan zakat. Itulah pendapat imam al-Syafi’i. Imam Malik
pula mewajibkan zakat pada minyak lobak tetapi tidak diwajibkan pada kapas dan
minyak kapas. Imam Abu Hanifah pula mewajibkan atas segala apa yang tumbuh di
bumi sama ada bijirin, buah buahan, bunga bungaan semuanya sekali termasuk bunga
mawar, kayu api, buluh dan rumput. Abu Yusuf dan Muhammad Ibn Hassan pula
mewajibkan atas buah pala, buah badam, buah badam, buah tin, zaitun, tetapi tidak
mewajibkan pada semua jenis sayuran. Kemudian mereka berdua berbeza pendapat
tentang buah pic, plam bawang putih, bawang merah dan inai.”.

Perbezaan pendapat ini jelas menunjukkan bahawa setiap para fuqaha’


mempunyai pandangan yang berlainan tentang zakat. Perbezaan pendapat ini tidaklah
mengambarkan kekacauan pemikiran hukum Islam atau ijtihad dalam bidang
berkenaan. Sebaliknya, ia mengambarkan kelenturan Syariah Islamiah dan
kemampuannya untuk melahirkan hukum yang benar-benar sesuai dengan keadaan
zaman.

Namun begitu, ia tidak mungkin dapat mencapai tujuan dan matlamat yang
dikehendaki sekiranya tiada pelaksanaan yang berkesan dan sistematik oleh pihak yang
31
berwajib dan kesedaran umat Islam sendiri dalam menunaikan kewajipan ibadah zakat.
Perlu diketahui bahawa kewajipan ibadah zakat adalah menyeluruh iatu tidak kira sama
ada kecil, besar, lelaki, perempuan, tua, muda, tinggi mahupun rendah. Juga meliputi
segala jenis harta kekayaan yang diperolehi dan dimiliki seseorang berupa keuntungan
atau pendapatan yang boleh dikembangkan seperti tanam-tanaman, binatang ternakan,
harta, wang ringgit dan sebagainya.

Oleh itu, pihak berkuasa bertanggungjawab memastikan rakyatnya


menunaikan kewajipan yang telah disyariatkan terutamanya di kementerian-
kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, pusat-pusat perniagaan dan lain-lain. Rasulullah
SAW sendiri tidak pernah menyerahkan urusan zakat kepada orang perseorangan
sebaliknya diserahkan menjadi tanggungjawab pemerintah dalam urusan pemungutan
dan pengagihan zakat. Hal ini adalah kerana tujuan dan matlamat disyariatkan zakat
tidak mampu dicapai sekiranya ibadah tersebut tidak dilaksanakan secara menyeluruh
atau mengikut tatacara yang tidak berlandaskan syariat. Malah pelaksanaan yang
sebegini akan mencacatkan lagi apa yang ingin dicapai daripada ibadah zakat tersebut
dan tidak meninggalkan sebarang kesan yang diharapkan sekaligus merosakkan
kesempurnaan Islam itu sendiri. Akibatnya, masyarakat Islam akan jauh ketinggalan
dalam pembangunan dari segenap segi kerana kegagalan mereka memenuhi tuntutan
agama Islam yang sebenar.

32
Bibliografi

1. Al-Quran.

2. Prof. Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Cetakan Pertama(2003), Pengurusan


Zakat,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Abdul Malik Rahman, Cetakan Pertama (2003), Ibadah Zakat dan Segala Masalahnya,
Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise.

4. Dr. Rif’at Abd. Al-Latif Masyur, penterjemah Hj. Abu Mazaya Al-Hafiz,Cetakan
pertama (2003) , Zakat sebagai Penjana Pembangunan Ekonomi Islam, Kuala Lumpur,
Al-Hidayah Publishers.

5. Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri,( 3 Ogos 2011 ),Siri Kajian Hukum Muamalat (Siri
Pertama) Fatwa Zakat Kotemporari, t.tp , Bank Muamalat.
https://www.muamalat.com.my/downloads/media-room/publications/Buku-fatwa-
zakat.pdf

6. http://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/pengertian-zakat/

7. http://www.zakat.com.my/

8. Muaz Bin Omar, Norita Binti Kamaruddin, Dr.Fakhri Sungip . Muzakarah Fiqh &
International Fiqh Conference 2016 22 & 23 November 2016. Konsep Zakat Dan
Peranannya Terhadap Masyarakat Sejagat.
http://conference.kuis.edu.my/mfifc/eprosiding/2016/68-86-mfifc-2016.pdf

33

You might also like