You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUMPTION

BAGAN DALAM, 12100, BUTTERWORTH

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


BIL 2 / 2018

TARIKH : 24.4.2018
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK 21ST CENTURY SKA

KEHADIRAN:

1. Encik Annukman bin Mohamed Illias (Pengerusi)


2. Puan Yusheila Hana Binti Yushaak (Setiausaha)
3. Encik Sharom Nizam bin Azali
4. Encik Shaberi bin Ramli

TURUT HADIR

1. Puan Vickneswari a/p Thannimalai (Pen. Kanan Pentadbiran)

TIDAK HADIR

1. Puan Izayani binti Ngapdan (Cuti Bersalin)

AGENDA

1. Ucapan Aluan Pengerusi


2. Ucapan Pentadbir
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
4. Perkara Berbangkit
5. Agenda Profesional
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan
1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh En Annukman bin Mohamed Illias.


1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru dan mengucapkan terima kasih
kerana dapat hadir ke mesyuarat tersebut.

Tindakan : Makluman

2. UCAPAN PENASIHAT : PN VICKNESWARI A/P THANNIMALAI

2.1 Pn. Vickneswari mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana
dapat menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil. 2/2018.
2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah
melaksanakan ujian bulanan yang dirancang dengan jayanya.
.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 En. Sharom mencadangkan agar Minit Mesyuarat Panitia Bahasa


Inggeris yang lalu diterima dan disahkan. Disokong oleh En Shaberi.

Tindakan : Setiausaha

4. PERKARA BERBANGKIT

4.1 PKP menegur aktiviti santai santap yang dijalankan pada waktu rehat tidak
diurus dengan baik. Guru-guru Bahasa Inggeris perlu memantau dan
memperkemaskan aktiviti tersebut.Pengerusi menegaskan jadual tugasan
guru bertugas ketika program telah diedarkan.

Tindakan : Semua guru BI


5. AGENDA PROFESIONAL

5.0 POST MORTEM DAN ANALISA SOALAN UJIAN

5.0.1 Pengerusi memaklumkan Peperiksaan Pertengahan Tahun akan


dijalankan pada 21 hingga 25 Mei 2018 (Isnin hingga Jumaat).
5.0.2 Pengerusi berharap guru-guru dapat menyediakan kertas soalan
mengikut
JSU dan dapat menyerahkan soalan selewat-lewatnya sebelum 17 Mei
2018 (Khamis).
5.0.3 Seterusnya Pengerusi berharap setelah selesai menanda kertas, guru-
guru dapat memasukkan markah ke dalam sistem SAPS selewat-lewatnya
10 Jun 2018.
5.0.4 Pengerusi juga memaklumkan format muka depan kertas peperiksaan
akan
diletakkan di dalam komputer di pejabat untuk rujukan guru-guru.

Tindakan : Semua Guru

5.1 PENGURUSAN PANITIA

5.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua fail fail panitia telah dikemaskini.
5.1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa semakan buku telah dilaksanakan dan
pembetulan perlulah dilakukan oleh murid.
5.1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa semakan dpm/rph/rpt juga telah
dilakukan dengan jayanya dan pengerusi mengucapkan tahniah kepada
guru-guru yang berjaya melengkapkan semua dokumen tersebut.
5.1.4 Pencerapan kendiri SKPMG2 untuk panitia Bahasa Inggeris telah
dilakukan dengan jayanya.
5.1.5 Pencerapan PBPPP juga telah dijalankan oleh pihak pentadbir.

Tindakan : Semua Guru

5.2 PENCAPAIAN AKADEMIK

5.2.1 Pengerusi memaklumkan ETR/TOV yang ditetapkan. (rujuk lampiran)

Makluman : Semua Guru

5.3 PROGRAM INTERVENSI YANG DIJALANKAN

5.3.2 Learn A Word A Week telah bermula pada bulan Mac dan masih
dijalankan sehingga bulan Oktober 2018.
5.3.3 Program Smart Reading (Peter and Jane) telah bermula pada bulan
Februari dan masih dijalankan sehingga bulan Ogos.
5.3.4 Program H.I.P. yang telah dilancarkan pada tahun lepas masih
berjalan sepanjang tahun 2018. Antara aktiviti yang dijalankan ialah
Learn a Word A Week yang telah bermula pada bulan Mac
Smart Reading (Peter and Jane) yang telah bermula pada bulan Februari
dan Program Big Book.
5.3.5 Program-program lain yang dijalankan iaitu Sinar Pagi, GV Alive, bengkel
teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris juga telah dijalankan dengan
baik dengan harapan dapat meningkatkan minat murid terhadap subjek
Bahasa Inggeris. (rujuk lampiran)
Makluman : Semua Guru
5.4 LINUS 2.0

5.4.1 Puan Yusheila memaklumkan bahawa Saringan 1 Membaca dan


Menulis telah dijalankan dan berakhir pada 21 April 2018. Guru-guru
boleh mengisi data di dalam portal NKRA bermula pada 24 April 2018.
Bagi Tahun 4, dua orang murid masih belum melepasi saringan, Tahun 3,
terdapat 4 orang murid, tahun 2, 2 orang dan Tahun 1, 2 orang.
5.4.2 Pengerusi meminta guru-guru mengisi data di dalam portal dan
dapat menggunakan modul yang diberikan sebaiknya bagi membimbing
murid-murid yang masih belum melepasi saringan.

Tindakan : Guru-guru BI Tahun 2 dan 3

5.5 PENGURUSAN KEWANGAN

5.5.1 Pengerusi memaklumkan anggaran peruntukan PCG tahun 2018 untuk


Bahasa Inggeris ialah RM 280.26 yang masih belum digunakan kerana
program-program yang dijalankan menggunakan dana HIP sebanyak
RM 500 dan juga peruntukan pusat sumber.
5.5.2 Guru-guru Bahasa Inggeris diminta mengemukakan senarai keperluan
atau kertas kerja program panitia BI tahun 2018 untuk menggunakan
peruntukan yang ditetapkan.

Tindakan : Semua Guru BI

5.6 PBS DAN PENGKAEDAHAN PDPC

5.6.1 Pengerusi memaklumkan guru-guru tentang penilaian PBS iaitu guru akan
melaksanakan Pentaksiaran Sekolah secara berterusan, sama ada secara
sumatif atau formatif. Pentaksiran Sekolah akan dilakukan oleh guru
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik
darjah. Data perlulah diisi dalam modul perekhodan offline setiap 6 bulan
dan dihantar pada penyelaras PBS pada akhir tahun.
5.6.2 Pengerusi berharap guru-guru dapat menyediakan perekodan offline
mengikut kelas yang diajar.
5.6.3 Pengerusi menegaskan menggunakan kaedah Abad ke-21 dan Ithink
dalam PdPc dan turut menyarankan semua guru mengaplikasikan kaedah
4P dalam PBS.

Tindakan : Semua Guru


6. Hal-hal lain

6.1 Pengerusi mencadangkan murid-murid diberi tanggungjawab


untuk memilih dan menulis maksud perkataan learn a word a day
dan jadual untuk itu akan dikeluarkan.
Tindakan : Semua Guru

6.2 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap program yang dijalankan


didokumentasikan oleh penyelaras program tersebut dan menghantar
laporan kepada pihak pengurusan dalam jangkamasa 7 hari.

Tindakan : Semua Guru

7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir
dan berharap semua guru dapat terus bekerja dalam satu pasukan demi
kecemerlangan SK Assumption. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
3.30 petang.
Tindakan : Semua Guru BI

Disediakan oleh :
Setiausaha
Panitia Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Assumption

Tarikh : 27 April 2018


PROGRAM INTERVENSI

NAMA PROGRAM ISU PENAMBAHBAIKAN


1 Learn a Word A Week Murid lemah Vocabulary Menyediakan jadual untuk
pelajar menulis perkataan
pada papan putih
2 Smart Reading Lemah membaca dalam Menambah set buku Peter
Bahasa Inggeris and Jane
3 Sinar Pagi Asas Bahasa Inggeris murid Menambah bahan menarik
kurang baik untuk murid
4 GV alive Murid Lemah dalam soalan Bekerjasama dengan
yang berfokuskan kepada pengawas sekolah untuk
peperiksaan memastikan murid
melakukan aktiviti yang
dirancang
5 Big Book Reading Kurang minat murid Menambah set buku yang
terhadap bahan bacaan sedia ada.
dalam Bahasa Inggeris

You might also like