You are on page 1of 5

Student Union

Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama bagi mencapai matlamat
individu , kumpulan dan organisasi . Satu penyelarasan yang rasional aktiviti-aktiviti manusia
untuk mecipta matlamat dan tujuan bersama melalui pembahagian dan fungsi kerja dengan
melalui peringkat-peringkat kuasa dan tanggungjawab.

Yang DiPertua (Pengerusi)


Sebagai pemimpin, Yang DiPertua (YDP) memainkan peranan penting dalam sesebuah
persatuan atau pertubuhan tersebut. Beliau akan menjadi penggerak, teras dan sumber ilham
serta memberi nafas baru terhadap kemajuan perjalanan dan perkembangan persatuannya.
Antara lain tanggungjawab YDP adalah:
- Mestilah bersedia berbakti, mengambil tindakan serta bertanggungjawab menyelesaikan
masalah yang berbangkit dengan adil dan berkesan. YDP harus kreatif dan mempunyai
kebolehan dalam menyelesaikan masalah.
- Bertanggungjawab menjayakan aktiviti persatuannya dan berperanan melaporkan kepada
Penaung atau Penasihat. Juga memastikan jentera pentadbiran persatuan tidak menyeleweng
dari dasar asal.
- Dapat menyatukan semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam semua aspek.
- Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan mesyuarat ahli jawatankuasa, menguruskan
pembahagian tugas ahli-ahli jawatankuasa serta menyelaraskan semua tugas dan kegiatan
persatuan.
- Membuat penilaian, perancangan, dan menggubal dasar persatuan dari masa ke semasa agar
pengurusan persatuan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Naib Yang DiPertua
Adakalanya Naib Yang DiPertua (NYDP) dilantik seorang atau lebih bergantung kepada
keperluan persatuan. Misalnya NYDP lelaki dan juga wanita. Ia bergantung kepada keperluan
ahli dan mesti mengikut perlembagaan.
- Membantu segala tugas Yang DiPertua.
- Memangku tugas YDP semasa ketiadaan beliau.
Setiausaha
Merupakan teras dan teraju persatuan dan sebagai nadi bagi menggerakkan sesebuah persatuan.
Umumnya beliau merupakan seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berupaya
memikul tugas yang berat dan mencabar. Antara lain peranan Setiausaha adalah:
- Menghidupkan dan memberi nafas baru kepada pertubuhan yang dianggotainya.
- Menjaga urusan jentera pentadbiran dan pengurusan persatuan.
- Berkewajipan menyelaraskan semua kegiatan dan projek yang dirancang.
- Bertanggungjawab dalam menyediakan minit, notis, agenda dan pelbagai laporan.
- Menguruskan surat menyurat, sistem fail, buku, stok alatulis, pekeliling dan sebagainya.
- Menguruskan tempahan dewan untuk mesyuarat, dan menyediakan pelbagai borang yang
berkaitan dengan tugasnya.
- Hadir dalam setiap mesyuarat untuk mencatat minit dan jika tidak dapat hadir, tugas
dilaksanakan oleh Penolong Setiausaha.
- Menandatangani semua cek dan baucer selain YDP dan Bendahari.

Penolong Setiausaha
Adakalanya persatuan perlu melantik seorang Penolong Setiausaha apabila program atau
aktiviti yang akan dilaksanakan adalah besar, berat dan meluas. Lazimnya beliau akan
membantu Setiausaha dan memangku jawatan tersebut apabila ketiadaan Setiausaha.

Bendahari

- Bertanggungjawab terhadap semua hal ehwal kewangan persatuan.


- Menandatangani semua cek dan baucer bersama-sama YDP atau Setiausaha.
- Menjaga dan memastikan wang persatuan hanya digunakan untuk perkara yang berfaedah
sahaja.
- Boleh menyimpan wang tunai tetapi dipastikan tidak melebihi apa yang dibenarkan oleh
perlembagaan persatuan. Wang tunai yang lain atau cek diterima hendaklah dimasukkan dalam
akaun persatuan.
- Memastikan perbelanjaan bagi sesuatu tahun tidak melebihi anggaran yang telah diluluskan
oleh mesyuarat agung sebelumnya.
- Mengutip yuran bulanan atau tahunan dari ahli.
- Menyimpan buku penyata, buku akaun bank, buku cek, resit, buku wang keluar masuk dan
buku wang tunai.

Ahli Jawatankuasa
Pemilihan ahli jawatankuasa biasanya dibuat dalam mesyuarat agung tahunan. Tugas mereka
antara lain:
- Menghadiri semua mesyuarat persatuan.
- Menerima dan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
- Menyumbangkan idea, pendapat dan tenaga untuk menjayakan rancangan atau projek yang
telah ditetapkan oleh persatuan.
- Boleh melantik ahli-ahli jawatankuasa kecil jika dirasakan perlu.
- Bersama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah dipersetujui dalam
sesuatu mesyuarat.
Ahli jawatankuasa biasanya akan dijemput menghadiri mesyuarat dengan notis sekurang-
kurangnya dua minggu dari tarikh mesyuarat. Seseorang ahli jawatankuasa yang tidak hadir
mesyuarat tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan boleh dianggap sebagai telah meletak
jawatan sebagai ahli jawatankuasa dan tindakan yang sah boleh diambil (jika perlu). Jika ada
ahli jawatankuasa yang meninggal dunia, maka lantikan baru boleh dibuat.

Pemeriksa Kira-kira
Biasanya dua orang Pemeriksa Kira-kira yang tidak terdiri daripada pegawai dan ahli
jawatankuasa akan dilantik dalam mesyuarat agung tahunan. Antara lain tugas mereka adalah:
- Memeriksa penyata kewangan persatuan bagi tempoh lantikan dan membuat laporan atau
pengesahan untuk mesyuarat agung.
- Memeriksa penyata kewangan persatuan bagi mana-mana masa dalam tempoh jawatan
mereka dan memberi laporan pada jawatankuasa pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh
YDP.

Ahli Biasa
Biasanya ahli sesebuah persatuan terbuka kepada golongan tertentu yang mempunyai
kepentingan bersama. Umumnya permohonan menjadi ahli persatuan dimajukan kepada
Setiausaha dan seterusnya dipanjangkan kepada jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa
boleh mengikut budibicara menolak mana-mana permohonan tanpa memberikan sebarang
alasan. Sebagai ahli sebuah persatuan, antara tanggungjawab yang perlu dipenuhi adalah:
- Membayar yuran keahlian kepada Bendahari samada secara bulanan atau tahunan mengikut
cara yang diamalkan oleh persatuan tersebut. Terdapat juga persatuan yang mengenakan
bayaran seumur hidup iaitu dengan cara bayaran sekaligus sahaja.
- Memberi surat bertulis jika hendak berhenti menjadi ahli dan mebayar semua hutang-hutang
yuran yang tertunggak jika ada.
- Membantu mengemaskan perjalanan mesyuarat jika diminta oleh YDP atau Setiausaha seperti
mengira undi, mencatat nama, menjadi penyambut tetamu, menyediakan jamuan dan
sebagainya.

ANNUAL GRAND MEETING


Mesyuarat merupakan salah satu agenda atau elemen penting di dalam sesebuah organisasi
mahupun jawatankuasa pelaksana sebarang tugasan, projek atau pengurusan. Ia merupaka
tempat dimana berlakunya percambahan idea, penyampaian maklumat, memberikan arahan
serta menerima perintah dari mereka yang mengetuai sesuatu pasukan. Ia secara jelas tercatat
di dalam sirah perjuangan dalam merangka strategi, mengumpulkan pandangan serta mencari
kesepakatan di dalam urusan berorganisasi. Mesyuarat memerlukan komitmen semua ahli dan
harus mempunyai matlamat serta agenda yang jelas. Mesyuarat melibatkan ahli mesyuarat,
perkara yang dibincangkan serta keputusan yang perlu dilaksanakan. Oleh yang demikian,
perbincangan harus berlaku dalam keadaan yang harmoni serta saling bertolak ansur.
Pemilihan parti
Berkaitan dengan pemilihan parti, terutamanya dalam university sendiri, bagi saya, saya lebih
mencadangkan nama parti terpampang di setiap poster calon yang bertanding. Ini bagi pihak
saya, dapat membantu dalam penilaian bonus kepada mahasiswa/i dalam memilih pemimpin.
Kerana apabila sesuatu perbuatan organisasi itu sendiri yang membuat salah, maka kita akan
menyalahkan satu organisasi , bukan nak jatuhkan, tetapi sebagai sesuatu pengajaran, bak kata
pepatah melayu disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Hal in akan memberi pegajaran
apabila kita berada dalam sesuatu oragnisasi, kite bukan bergerak secara solo, kite bawa nama
organisasi kita. Manifesto boleh sahaja digabungkan dalam satu kitab, tapi ianya adalah kitab
rujukan bukan kitab suci, senang buat duit.

Impliaksi Kewangan
PengurusanKewangan sebenarnya adalah suatu seni dan sains mengurus wang. Mengurus
kewanganpula melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat
perakaunan bagimencapai matlamat firma atau individu.Pengenalan Konsep Pengurusan
Kewangan Pada zaman dahulu kala, kita dapat menukarkanbatu-batu yang cantik dan berseni
seperti nilam dan zamrud dengan barang-barang yang diperlukan.Selepas itu, muncul pula
zaman di mana manusia menggunakan cengkerang-cengkerang siputsebagai medium
pertukaran. Akhirnya, zaman yang lebih maju melahirkan mata wang yang diterimaumum
dalam bentuk logam seperti wang syiling dan juga wang kertas sebagaimana yang ada padahari
ini. Melangkah setapak lagi ke hadapan, manusia mula menggunakan kad-kad pintar
sebagaipengganti kepada wang yang bersifat fizikal. Evolusi ini juga melahirkan beberapa
cabang ilmu sainssosial yang sangat berguna dalam kehidupan manusia sehingga ke hari ini
seperti ilmu perakaunan,ekonomi, kewangan dan matematik.Apa Itu Kewangan Pada zaman
sekarang, setiap organisasi sama ada pihak kerajaan mahupunfirma swasta memerlukan wang
untuk beroperasi. Ini termasuklah organisasi yang tidakbermatlamatkan keuntungan (non-
profit organization) yang menjalankan aktiviti kebajikan. Dalamerti kata lain, wang digunakan
dalam setiap aktiviti harian yang kita lakukan. Semua manusia yangnormal memerlukan wang
bagi meneruskan kehidupan mereka dengan lebih selesa.
Semua pelajar tahu yang kerajaan telah mengeluarkan dana yang sebanyak mungkin dalam
membantu program ataupun aktiviti aktiviti pelajar di setiap university. Akan tetapi masih lagi
ada masalah yang timbul dan tidak dapat diselesikan. Pelik apabila dana diberi, seprti contoh
bas, dana diberiakan untuk membeli bas baru, tetapi tidak muncul muncul pun perakra bas
tersebut. Adakah ianya salah pihak kerajaan ataupun pihak atsaan ynag kurang bijak dalam
menguruskan kewangan. Ade juga yang cuba untuk mengelapkan dana yang diberi, kalau ade
yang berpendirian begitu, bagaimana kita mahu memajukan diri, masyarkat, pendidikan dan
negara. Itu merupaka ntnggungjawab atasan bagi menangani masalah yang hamper mencecah
lima tahun. Berikutan dengan tajaan dan dana daripada hep, saya kurang bersetuju, kerana ini
akan menimbulkan tunas perangai yang manje. Saya amatlah terkesan dengan tindakan kaum
cina di sini apabila mahu manjalankan aktiviti yang berkaitan dengan mereka, penajaan
daripada pihak NGO amatlah memberangsangkan. Hal ini menunjukkan mahasisw/i boleh
beridikari dala mmelakuakn sesuatu program tanpa bsntusn HEP. Apabial pihak HEP
mempunyai dana yang lebih, maka bealnjakan kea rah jangka masa yang paanjang, walaupoi
kite tidak dapat mengagak ape yang terjadi pada msa hadapan, kite tetep dapat menjangkakan
kuntugan tidak kira apa, jika kita bersabar. Gunakan duit itu untuk memajuka nsesuatu instutusi
agar masa hadapan mahasiswa/i dapat merasa kesenangan dan mungkin akan diteruskan
sehigga habisnya umur dunia.

You might also like