You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUMPTION

BAGAN DALAM 12100 BUTTERWORTH

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BIL 1/2018

Tarikh : 29 Disember 2017

Masa : 9.30 pagi

Hari : Khamis

Tempat : Bilik 21st Century SKA

Kehadiran :

1. Pn Siti Fadzilah binti Md Salleh (GPK HEM)


2. En. Anuar bin Edon (Pengerusi)
3. En. Annukman bin Mohamed Illias
4. Pn. Jaya Pritha

Agenda
1.Ucapan Pengerusi
2.Ucapan Penasihat
3.Pengesahan Minit Mesyuarat
4.Perkara Berbangkit
5.Agenda Profesional
6. Hal-hal Lain
7. Ucapan Penangguhkan
1. UCAPAN PENGERUSI : EN. ANUAR BIN EDON
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru di atas kerjasama
yang telah diberikan oleh semua ahli panitia dalam menjayakan program panitia pada
tahun lepas dan kehadiran pada mesyuarat pada kali ini.
1.2 Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan dengan
lancar dan jayanya.

Tindakan : Makluman

2. UCAPAN PENASIHAT : PN. SITI FADZILAH BINTI MD SALLEH (GPK HEM)


2.1 Pn. Siti Fadzilah mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Matematik Bil. 1/2018.
2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah bertungkus lumus dalam
menyediakan murid UPSR tahun lepas walaupun keputusan agak kurang memuaskan
tetapi usaha guru guru sangat baik menyediakan murid dengan format yang baru.
Walaupun ianya menurun berbanding peratus lulus tahun lalu namun beliau berharap
pada tahun ini, peratus lulus bagi mata pelajaran Matematik dapat dilonjakkan semula.

2.3 Beliau juga berharap agar semua ahli panitia dapat merancang dan melaksanakan
program yang berkesan untuk membantu dalam pembelajaran murid pada tahun ini dan
mengekalkan peratus lulus dalam UPSR pada tahun 2018.

Tindakan : Makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


3.1 Pn. Jaya mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas disahkan dan disokong oleh En
Annukman bin Mohamed Illias.

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1 Masih terdapat guru yang tidak menghantar buku latihan murid mengikut jadual yang
ditetapkan kepada pihak pentadbir untuk semakan

5. AGENDA PROFESIONAL

5.1 TOV Tahun 2018


5.1.1 TOV mata pelajaran matematik bagi setiap kelas hendaklah dibuat berdasarkan
markah Peperiksaan Akhir Tahun 2017. Bagi memudahkan guru, guru boleh
membuka Sistem SAPS untuk mengisikan TOV murid-murid.
5.1.2 TOV hendaklah disediakan dalam tiga salinan. Salinan pertama ditampal di dalam
buku rekod guru, salinan kedua di tampal di dalam kelas yang di ajar dan salinan
ketiga disimpan di dalam dokumen panitia Matematik.
5.1.3 TOV tahap 1 dan tahap 2 dibuat bedasarkan keputusan pentaksiran akhir tahun
2017
5.1.4 Pengerusi menetapkan target tambah sepuluh bagi setiap murid

Tindakan : Semua Guru Matematik

5.2 Huraian Sukatan / Rancangan Tahunan dan cara penulisan RPH


5.2.1 Pengerusi memaklumkan kepada ahli panitia bahawa sekolah akan menggunakan
buku RPH semula seperti yang telah dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum.
DSKP dan Rancangan Tahunan telah dikumpulkan dalam google drive. Guru
dapat mengakses file tersebut menggunakan id yes dan mencetak untuk kegunaan.
5.2.2 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian pada tahun ini sebulat suara dipersetujui
di tulis di dalam Bahasa Melayu sepenuhnya yang melibatkan Tahun 1 sehingga
Tahun 6. (Rujuk Lampiran)
5.2.3 Penulisan refleksi pengajaran perlu ditulis selepas sesuatu pengajaran
dilaksanakan pada ruangan refleksi.
Cadangan penulisan – 10/14 orang murid menguasai

5.2.4 RPT difailkan untuk memudahkan pengurusan dan semakan oleh pihak pengurusan

Tindakan : Semua guru Matematik

5.3 Perancangan Tahunan Panitia Matematik


5.3.1 Mesyuarat Panitia dilaksanakan sekurang-kurangya empat kali setahun.
5.3.2 Mengadakan minggu Matematik dalam setahun.
5.3.3 Mengadakan program Bijak Sifir sepanjang tahun.
5.3.4 Menganjurkan Bengkel Matematik dua kali setahun bagi Murid Tahun 6 sebelum
Peperiksaan UPSR.
5.3.5 Rancangan Tahunan Panitia Tahun 2018 (Sila rujuk pelan strategik)/ OPPM2018
5.3.6 Pengerusi berharap agar perancangan tahunan dapat dijalankan dengan lancar.
5.3.7 Pencerapan Pentadbir dan Ketua panitia serta pemeriksaan buku latihan akan
dijalankan dan jadual pencerapan akan diedarkan kepada ahli panitia secepat
mungkin.

Tindakan : Semua guru Matematik


5.4 Pencapaian UPSR 2017
5.4.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru matematik di atas
usaha yang untuk menyediakan murid menghadapi format baru pada tahun 2017
walapun keputusan tidak begitu baik iaitu peratus menguasai 57.14% dan GPMP
4.34 tetapi program program sekolah berjalan dengan lancar dan baik.
5.4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Peratus lulus realistik untuk tahun 2018 ialah
70% disebabkan format baru.

Tindakan : Semua guru Matematik

5.5 LINUS
5.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua murid tahun 1 melepasi saringan linus
2017. Manakala 2 orang murid tahun 2 Kreatif dan 2 orang murid tahun 3
Inisiatif masih belum menguasai kemahiran Numerasi pada tahun 2017. Pengerusi
berharap murid ini dapat dibantu oleh guru yang mengajar murid tersebut. Pada
Tahun 2018 ujian saringan LINUS 1 dijangkakan bermula pada bulan Mac.
5.5.2 Pengerusi berharap murid LINUS yang berada pada tahun 3 pada tahun ini dapat
di pulihkan sepenuhnya bagi mencapai 100% murid menguasai kemahiran
Numerasi pada penghujung tahun 2018.
5.5.3 Pengerusi juga meminta guru yang mengajar murid LINUS dapat menulis dalam
RPH masing-masing aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas.
5.5.4 Meminta guru meneruskan penggunaaan BBB semasa PdP dan menggunakan
modul yang dibekalkan semasa pengajaran LINUS.

Tindakan : Guru
LINUS

5.6 Anggaran Perbelanjaan


5.6.1 Pengerusi memaklumkan anggaran peruntukan PCG tahun 2018 adalah sebanyak
RM 280.26.
5.6.2 Guru-guru diminta mengemukakan peralatan BBM yang diperlukan atau Program
yang akan dilaksanakan dan pengerusi akan mengisi nota minta untuk tujuan
tersebut.

Tindakan : Ketua Panitia

5.7 Penyelarasan Jumlah Latihan dan Sistem Fail

5.7.1 Ketua Panitia memaklumkan latihan yang diberi kepada murid setiap hari tidak
melebihi 10 soalan.
5.7.2 Penggunaan buku latihan terpulang kepada keperluan guru kelas serta harus
melekatkan pelekat sticker bewarna biru di penjuru sebelah kanan buku.
5.7.3 Pengerusi mengingatkan bahawa setiap latihan yang diberi haruslah disemak
5.7.4 Pengerusi meminta SU mngemaskini fail Matematik tahun 2018

5.8 Pengurusan Peperiksaan


5.8.1 Pengerusi mengagihkan Jadual penyediaan soalan Matematik tahun 2018

Tahun 1 Pn Jaya
Tahun 2 Pn Siti Fadzilah
Tahun 3 En Annukman
Tahun 4 En Annukman
Tahun 5 En Anuar
Tahun 6 En Anuar

5.9 PBS dan Pengkaedahan PDPC


5.9.1 Pengerusi berharap guru-guru dapat menyediakan perekodan offline
mengikut kelas yang diajar.
5.9.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Program Sinar Pagi akan bermula
pada bulan Februari dan guru-guru akan bergilir-gilir bagi menjalankan
aktiviti mengikut hari yang telah ditetapkan.
5.9.3 Buku rekod dihantar pada setiap Khamis.
5.9.4 Pengerusi menegaskan menggunakan kaedah Abad ke-21 dan Ithink
ketika dalam PDPC

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu
untuk membantu murid-murid dalam mata pelajaran dan seterusnya meningkatkan
pencapaian mata pelajaran Matematik dikalangan murid-murid Sk Assumption
pada tahun ini.

6.2 GPK HEM berharap agar prestasi Matematik terutamanya UPSR pada tahun 2018
dapat ditingkatkan melalui program program yang telah dirancang.

6.3 Guru matematik diminta menghantar buku latihan seperti yang telah ditetapkan
dalam takwim sekolah kepada pihak pentadbiran untuk disemak.

Tindakan : Semua guru Matematik


7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tgh hari.

Disediakan oleh:
Setiausaha Panitia Matematik Sekolah
Sekolah Kebangsaan Assumption
Tarikh: 1 Januari 2018

You might also like