You are on page 1of 228

NATIONAL COACHING ACADEMY

NATIONAL COACHING CERTIFICATION SCHEME

NOTE SPORTS SCIENCE LEVEL II

BERKUATKUASA MULAI 3HB JUN 2013


0
Page

AMANAT PENAUNG

AKK©2013
Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Akademi


Kejurulatihan Kebangsaan di atas usaha-usaha yang telah diambil untuk memperkukuhkan
bidang kejurulatihan di dalam negara. Pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sentiasa menyokong
segala usaha peningkatan untuk memperkukuhkan dan mengembangkan bidang kejurulatihan
agar ia selaras dengan visi dan misi MSN yang memegang slogan ’Ke Arah Kecemerlangan
Sukan’.

Hasrat tersebut telah direalisasikan dengan kewujudan Skim Persijilan Kejurulatihan


Kebangsaan (SPKK) dibawah kawalan Panel Penasihat Akademi Kejurulatihan Kebangsaan
bagi tujuan untuk meningkatkan bidang pendidikan kejurulatihan kebangsaan dan mengiktiraf
serta mentauliah para jurulatih ke peringkat yang tertinggi di Malaysia.

Pihak Majlis dengan sokongan dan kerjasama daripada Panel Penasihat Akademi
Kejurulatihan Kebangsaan dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) sentiasa melihat setiap
perkembangan dan kemajuan yang dicapai di dalam bidang kejurulatihan harus selari dengan
perkembangan terkini di dalam bidang sains sukan dan bidang pendidikan kejurulatihan
mengikut sukan spesifik masing-masing. Di atas kesedaran itu, maka Bengkel Pemurnian
Silibus Sains Sukan telah diadakan pada tahun ini untuk memantapkan silibus Kursus Sains
Sukan sedia ada sebagai salah satu usaha penambahbaikan bidang pendidikan kejurulatihan
khususnya di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan.

Akhir sekali, pihak Majlis ingin menyampaikan ucapan terima kasih dan syabas kepada
semua pihak yang terlibat khususnya barisan panel penggubal yang dipilih daripada pelbagai
latar belakang mengikut pengalaman serta kepakaran bidang masing-masing yang telah
berusaha gigih meluangkan keringat dan masa untuk menggubal dan memurnikan Silibus
Kursus Sains Sukan bagi Tahap I, II dan III. Semoga usaha murni ini untuk menyediakan satu
silibus yang komprehensif akan menjadi inspirasi kepada semua penggiat sukan khususnya
lapisan jurulatih di Malaysia untuk sentiasa mempertingkatkan pengetahuan demi kepentingan
bidang kejurulatihan agar ia bergerak seiring dengan perkembangan bidang sains sukan.

Sekian.

DATO’SERI ZOLKPLES EMBONG


Ketua Pengarah
Majlis Sukan Negara Malaysia
1
Page

AKK©2013
KATA-KATA ALUAN
PENGARAH CAWANGAN KEJURULATIHAN

Assalamualaikum wr. wb., Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Izinkan saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan


penghargaan yang tidak terhingga di atas usaha dan dedikasi Panel
Penasihat Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) dan semua yang
terlibat di dalam penggubalan, penyiapan, pemurnian dan pemantapan
Nota Sains Sukan Tahap I hingga Tahap III bagi Kursus Sains Sukan di
bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK).

Sesungguhnya dengan usaha, dedikasi dan komitmen yang tinggi oleh


semua pihak terlibat telah membolehkan Nota Sains Sukan Tahap I
hingga Tahap III ini dapat direalisasikan dan pastinya akan dapat
membantu para jurulatih di semua peringkat meningkat dan memantapkan
lagi pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan sains sukan dan
kejurulatihan. Dengan adanya pengetahuan yang meluas dalam bidang
pendidikan ini para jurulatih akan dapat memantapkan lagi mutu
kejurulatihan mereka dan seterusnya dapat membimbing dan melahirkan
para atlet yang mampu berdaya saing, bermutu serta berilmu.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Panel Penasihat dan


semua yang terlibat dari pelbagai bidang kepakaran sehingga terhasilnya
Nota Sains Sukan Tahap I hingga Tahap III ini. Usaha murni ini akan
dapat menyedia, menghasil dan memantapkan lagi bidang pendidikan
kejurulatihan di negara ini agar dapat dipraktikkan oleh semua jurulatih
dari pelbagai peringkat sejajar dengan kemajuan pesat bidang sains
sukan di Malaysia.

Sekian.

(AHMAD ZAWAWI ZAKARIA)


Pengarah
Cawangan Kejurulatihan
Majlis Sukan Negara Malaysia
2
Page

CONTENT PAGE

AKK©2013
1. GENERAL INFORMATION SCIENCES SPORTS LEVEL I

2. UNIT 1 PHILOSOPY SPORT

3. UNIT 2 SPORTS IN MALAYSIA

4. UNIT 3 ANATOMY AND PHYSIOLOGY OF SPORTS

5. UNIT 4 BASIC BIOMECHANICAL

6. UNIT 5 PHYSICAL CONDITIONING

1) 7. UNIT 6 SPORTS NUTRITION

2) 8. UNIT 7 COACHING COMPETENCIES

3) 9. UNIT 8 SPORTS PSYCHOLOGY

4) 10. UNIT 9 MOTOR BEHAVIOUR

5) 11. UNIT 10 SPORTS MEDICINE

6) 12. LIST OF APPRECIATION AND COORDINATOR

7) 10

8) UNIT 2 SUKAN DI MALAYSIA 27

9) UNIT 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI SUKAN 42

10) UNIT 4 ASAS BIOMEKANIK 64

11) UNIT 5 KESUAIAN FIZIKAL 89

12) UNIT 6 PEMAKANAN SUKAN 107

13) UNIT 7 KOMPETENSI KEJURULATIHAN 123

14) UNIT 8 PSIKOLOGI SUKAN 146

15) UNIT 9 TINGKAH LAKU MOTOR 174

16) UNIT 10 PERUBATAN SUKAN 186


3
Page

17) PENGHARGAAN DAN SENARAI PENYELARAS 218

AKK©2013
MAKLUMAT AM
KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II

1. PENGENALAN

Kursus Sains Sukan merupakan salah satu komponen di bawah Skim Persijilan
kejurulatihan Kebangsaan (SPKK). SPKK adalah satu program pembangunan
kejurulatihan yang seragam dan berterusan dan antara lain ialah untuk meningkatkan
pengetahuan jurulatih dalam ilmu kejurulatihan khususnya aspek sains sukan ke arah
memajukan lagi prestasi atlet demi kecemerlangan sukan untuk negara.

2. PERLAKSANAAN KURSUS TAHAP II

Kelas akan berjalan selama enam (6) hari. Kehadiran peserta adalah 100%.Sesi
peperiksaan melibatkan 1 hari.Tenaga pengajar adalah terdiri daripada instruktur yang
dilantik oleh LembagaKejurulatihan Kebangsaan.Sebarang pindaan dan perubahan di
atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan akan dimaklumkan kepada peserta.

3. PENILAIAN
4
Page

AKK©2013
3.1 PEPERIKSAAN OBJEKTIF
i) Peperiksaan ini mengandungi 60 soalan berbentuk objektif.
ii) Masa peperiksaan adalah 1 ½ jam.
iii) Peperiksaan ini akan diadakan pada hari terakhir (hari ke-6 kursus).

3.2 TUGASAN

i) Setiap peserta diwajibkan menyediakan satu Tugasan berdasarkan salah


satu tajuk yang akan diberikan oleh Penyelaras Kursus semasa Taklimat.
Penilaian untuk Tugasan ini adalah berdasarkan aspek-aspek berikut :-

BIL ASPEK PEMBAHAGIAN MARKAH

i. Keupayaan Memahami Soalan 5%

ii. Susunan maklumat 5%


iii. Ketepatan Fakta 5%
iv. Ketepatan Jawapan 5%
v Kreativiti dan makluman baru 10%
Jumlah Markah 30%

ii) Tugasan akan di pungut sebelum peperiksaan dimulakan. Peserta perlu


menyerahkan tugasan kepada penyelaras dan akan menandatangani Borang
Penyerahan Tugasan.
iii) Sekiranya peserta tidak menyerahkan tugasan maka peserta tersebut tidak
dibenarkan untuk menduduki peperiksaan.
4. PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN KURSUS
Yuran pendaftaran kursus bagi peserta yang tidak mempunyai Lesen Kejurulatihan(Bukan Ahli)
adalah seperti berikut

Tahap I - RM 100.00
5
Page

Tahap II - RM 150.00

AKK©2013
Tahap III - RM 250.00

4.1 Kepada semua Peserta yang mempunyai Lesen Jurulatih di bawah Skim Pelesenan
Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) boleh mengikuti kursus Sains Sukan Tahap II dan III yang
dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dengan mendapat diskaun yuran penyertaan .
Yuran bagi ahli SLKK adalah seperti berikut

YURAN
BIL KURSUS
AHLI ( SPKK/LESEN) BUKAN AHLI (TIADA LESEN)

1 Kursus Sains Sukan


- Tahap I - RM100

- Tahap II RM100 RM150


mempunyai SPKK Thp
I/Lesen C

- Tahap III RM200 RM250


mempunyai SPKK Thp
II/Lesen B

4.2 Pembayaran perlu dibuat melalui wang tunai sahaja semasa menghadiri kursus dan
untuk mendapat diskaun peserta dikehendaki menunjukkan Lesen sebagai bukti.

5. KEPUTUSAN DAN SIJIL


a. Keputusan hanya akan diumumkan dalam Laman Web Utama MSN selepas
sebulan dari tamatnya Kursus. Nama peserta yang tiada do dalam senarai sila
hubungi Urusetia di talian 03-89929010
Prosedur: Klik Laman Web Utama MSN
Klik - Akademi
6

Klik - Keputusan
Page

b. Markah lulus komponen penilaian ialah

AKK©2013
PERKARA KOMPONEN PERATUS

Ujian Objektif 60 60%

Tugasan 1 30%

Kehadiran 6 HARI 10%

3 LULUS 60%

c. Markah LULUS keseluruhan ialah 60%


d. Sijil boleh diambil dari pihak penganjur selepas 3 bulan
e. Peserta yang gagal dikehendaki menghadiri dan menduduki semula kursus dan
peperiksaan sains sukan tahap II.
KANDUNGAN KURSUS

Tahap II
1 FALSAFAH KEJURULATIHAN 2 jam

1.1Pengenalan
1.2Peranan Jurulatih
1.3 A) Gaya Kejurulatihan
B) Perbandingan gaya kejurulatihan
C) Faktor-faktor mempengaruhi gaya kejurulatihan
D) Hubungan falsafah dan etika
E) Kepentingan etika
1.4 Peranan Jurulatih untuk Mendidik Atlet di dalam dan
luar latihan
2 SUKAN DI MALAYSIA 2 jam
1. Dasar Sukan Negara : strategi dan implementasi
2. Struktur Pentadbiran Sukan Di Malaysia
3. Peranan dan fungsi:
4. Skim Persijilan Kejurulatihan Sukan Kebangsaan
5. Sejarah Perkembangan Sains Sukan
3 ANATOMI DAN FISIOLOGI SUKAN 4 jam
7

1. Ciri Sistem Tenaga


Page

2. Sistem Saraf
3. Sistem Kardiorespiratori

AKK©2013
4. Pengambilan Oksigen (VO2)
5. Sistem Endokrin
6. Kesan Latihan Anaerobik dan Aerobik
4 BIOMEKANIK 4 jam

1. Koordinasi pergerakan
2. Linear Kinetik
3. Tuas dalam badan
4. Analisis Pergerakan – Analisis Kualitatif
5. Memperkenalkan asas penggunaan perisian analisa
video ‘KINOVEA’

5 SUAIAN FIZIKAL 7 jam


1. Asas Periodisasi
2. Merancang periodisasi latihan
3. Analisa Keperluan
4. Perancangan sesi Latihan Persediaan Fizikal
5. Latihan rintangan
AMALI (4jam)
6. Teknik Latihan Asas
6 PEMAKANAN SUKAN 3 jam
6.1 Penilaian status pemakanan : komposisi tubuh badan dan
keseimbangan tenaga
6.2 Pemakanan, sebelum, semasa dan selepas latihan/pertandingan
6.3 Muatan karbohidrat
6.4 Makanan tambahan dan bahan ergogenik
6.5 Sesi pembelajaran berasakan masalah
KOMPETENSI KEJURULATIHAN
7 5 jam
7.1 Pengukuran dan penilaian
7.2 Pengurusan pasukan
7.3 Komunikasi
7.4 Latihan berkesan
8 PSIKOLOGI SUKAN 4 jam
8.1 Emosi dalam sukan
8.2 Kebangkitan emosi
8.3 Kebimbangan (Komponen perasaan emosi)
8.4 Kata kendiri
8

8.5 Imageri
Page

8.6 Perhatian dan tumpuan

AKK©2013
9 TINGKA LAKU MOTOR 3 jam
9.1 Sumbangan sensori terhadap kawalan motor
9.2 Struktur dan fungsi sistem kawalan motor dalam pembelajaran
9.3 Maklumbalas
9.4 Kesesuaian waktu memberi maklumbalas
9.5 Ketepatan
10 KECEDERAAN DAN PERUBATAN SUKAN 3 jam
10.1 Pengurusan kecederaan sukan.
10.2 Masalah kesihatan dalam cuaca panas dan sejuk
10.3 Teknik manual bagi rawatan kecederaan
10.4 penggunaan dadah dalam sukan

JUMLAH MASA KURSUS 37 jam

MAKLUMAT LANJUT
Unit Pendidikan Sains Kejurulatihan
Akademi Kejurulatihan Kebangsaan
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
Peti Surat 10440,
50714 Kuala Lumpur.
Tel: 03 - 8992 9010 / Fax: 03 - 8996 6203
Laman web: www.nsc.gov.my

“Ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country”-
John .F. Kennedy

“ Tomorrow’s success is founded on todays preparation”


9
Page

AKK©2013
10
Page

AKK©2013
PENGENALAN

1. Jurulatih
memainkan
berbagai
peranan
berdasarkan
pelbagai situasi.
2. Jurulatih
mengaplikasikan
gaya kejurulatihan berlainan kerana:
a. atlet berbeza
b. situasi berbeza
3. Untuk melaksanakan tugas dengan baik, jurulatih perlu mempunyai falsafah
sebagai panduan.

OBJEKTIF

1. membezakan peranan berbeza yang dimainkan oleh jurulatih;


2. mengenal pasti dan membezakan gaya-gaya kejurulatihan.
3. memahami etikaserta falsafah dan pertalian di antara mereka.
4. Memahami kepentingan jurulatih mendidik atlet di dalam dan luar latihan.

PERANAN JURULATIH
11

1. Sumber Maklumat
Page

a. cari informasi dan ‘impart’ kepada atlet

AKK©2013
b. berpengetahuan tentang kemahiran dan peraturan
c. berpengetahuan tentang sains sukan

2. Instruktur Kecergasaan

a. berpengetahuan tentang prinsip-prinsip latihan


b. berpengetahuan tentang ujian kecergasaan untuk membuat penilaian

3. Pendorong
a. penyerapan nilai-nilai positif dan murni atau
b. Penasihat semangat kesukanan (masalah peribadi)

4. Penegak disiplin
a. tegas dan adil
b. peranan sebagai ibubapa memberi sokongan emosi
c. kawan

5. Perancang dan Pengelola


a. Merancang dan mengelola beberapa pendekatan Sains Sukan.
- Sesi latihan
- Penepatan sasaran
- Jadual pertandingan

6. Saintis
a. analysis, uji dan nilai keberkesanan program, latihan dan sifat pemain

7. Pelajar
12

a. Belajar sepanjang hayat


Page

AKK©2013
b. Contoh: tanya, dengar dan belajar berterusan dari atlet, jurulatih, pegawai
sukan dan lain-lain untuk peningkatan diri

GAYA KEJURULATIHAN

1. Autokratik
a. Guna kuasa dan autoriti
b. Kawalan atlet ketat
c. Keputusan tidak berasaskan konsensus
13

d. “ ikut kata saya”


Page

e. Tidak hiraukan perasaan orang lain

AKK©2013
2. Laissez Faire

a. Bersikap tidak apa


b. Guna sedikit kuasa formal
c. Tidak menonjolkan kepimpinan
d. “buat apa yang sukai”

3. Demokratik
a. Memgambil kira faktor kemanusiaan
b. Lebih bertimbang rasa
c. Berbincang & berkongsi idea untuk mendapatkan keputusan
d. Membuat keputusan untuk kebaikan bersama
e. Guna kuasa formal dan tidak formal
f. “buat apa yang patut”

4. Eklektik
a. Gaya campuran
b. Ikut situasi
c. Gaya fleksibel
d. “buatlah yang perlu”
14
Page

AKK©2013
PERBANDINGAN GAYA KEJURULATIHAN

Autokratik Laissez-fare Demokratik

Buat Jurulatih Sendiri @ kumpulan Perbincangan


keputusan bersama

Komunikasi Sehala Bila perlu Dua hala

Fokus Berpusat kepada Tanpa fokus Berpusat kepada atlet


tugasan

Orientasi Tugasan Tiada Proses

Tekanan Tinggi Tiada Rendah / Terkawal

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI GAYA KEJURULATIHAN


a. Keperluan Atlet
b. Umur Atlet
c. Matlamat Program
d. Aspirasi Jurulatih
e. Falsafah Jurulatih

HUBUNGAN FALSAFAH DAN ETIKA

Falsafah = Gabungan Pengetahuan, Sikap,Kepercayaan dan nilai, Bentuk asas


tindakan
15

dan beri arah.


Page

AKK©2013
Etika = Merupakan satu cabang falsafah yang terlibat dengan nilai murni.
Kod Etika Kejurulatihan(Nilai yang diformalkan)

KOD
ETIKAKEJURULATIH
AN
(Nilai yang
diformalkan)

16
Page

AKK©2013
17
Page

AKK©2013
KEPENTINGAN ETIKA

• Bantu jurulatih nilai isu.


• Pastikan atlet dihormati.
• Pastikan tanggungjawab jurulatih.
• Memperolehi integriti dalam perhubungan.
• Pastikan jurulatih dapat menerima dan mempromosi nilai sukan.

FALSAFAH DAN ETIKA KEJURULATIHAN

FALSAFAH ETIKA

SIAPA ITU JURULATIH ? SOALAN NILAI MORAL &

MENGAPA MENJADI KEPUTUSAN BETUL /

JURULATIH ? SALAH / BOLEH / TIDAK ?

ETIKA KEJURULATIHAN

- berkait dengan isu-isu nilai yang mempengaruhi proses membuat keputusan dalam
tugas jurulatih ……

1. panduan dan rujukan jurulatih.


2. menghormati atlet.
3. mempertahankan kewibawaan jurulatih.
4. keyakinan ibu bapa.
18

5. menjaga imej sukan.


Page

AKK©2013
Etika Dalam Sukan

- Bermaksud panduan tentang tingkah laku dan nilai-nilai positif yang perlu ada
pada individu yang terlibat dalam sukan.

- Disiplin, nilai-nilai murni, keadilan, permainan bersih, sukan yang bebas daripada
dadah, keselamatan semasa bermain dan permainan yang bebas daripada
keganasan adalah antara unsur-unsur yang terangkum dalam etika kesukanan.

- Matlamat sukan sebagai ejen perpaduan akan tercapai sekiranya etika


kesukanan diamalkan.

KOD ETIKA JURULATIH

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yakin bahawa jurulatih memainkan peranan


penting sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan dan kejayaan seseorang
atlet. Jurulatih merupakan seorang pemimpin/guru yang bertanggungjawab
mempastikan program-program sukan dapat membentuk keperibadian dan
perwatakan yang baik di dalam kehidupan seorang atlet.

Setiap jurulatih harus mengamalkan tingkah laku yang positif ketika bersama-sama
atlet dalam memberikan pengalaman dan potensi diri kepada mereka. Selain itu
jurulatih perlulah sentiasa menunjukkan sikap kesukanan dan budi pekerti yang
mulia serta menilai setiap atlet dengan baik dan seadilnya.
19
Page

Jurulatih hendaklah menjadi model dalam melaksanakan tugas dengan jujur dan

AKK©2013
cekap selain mempunyai integriti yang tinggi. Jurulatih juga mestilah
bertanggungjawab dalam membina semangat kekitaan sewaktu mengambil
bahagian dalam sukan, berdisiplin tinggi serta sanggup berkorban apa sahaja
demi mencapai kemajuan atlet bimbingannya.

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan percaya bahawa seseorang jurulatih akan


melakukan sesuatu yang terbaik bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga untuk
atlet di bawah penjagaannya. Kod etika jurulatih ini hendaklah diguna pakai oleh
semua jurulatih sama ada sepenuh masa, sambilan dan luar negara yang
berkhidmat di bawah naungan Institut Sukan Negara Malaysia. Kod etika ini
sememangnya memberikan penekanan tentang amalan baik yang perlu diikuti
oleh seseorang jurulatih.

Saya akan sentiasa terikat dan mematuhi kod etika ini ketika menjalankan tugas
sebagai seorang jurulatih.

Seorang jurulatih sukan bertanggungjawab membantu mengembangkan potensi


diri seorang atlet dengan meningkatkan prestasinya :-

• Mengenalpasti keperluan setiap orang individu.

• Meningkatkan prestasi dengan cara yang selamat, latihan terkawal, membuat


penilaian dan mengambil bahagian sebaik mungkin dalam setiap pertandingan.

• Mewujudkan satu persekitaran di mana seseorang atlet itu sentiasa mendapat


motivasi bagi mengekalkan penyertaan dan meningkatkan prestasinya.
20
Page

AKK©2013
Jurulatih hendaklah mematuhi prinsip-prinsip etika jurulatih yang baik seperti di
bawah :-

Sebagai seorang jurulatih…

1) Saya akan bersikap positif terhadap tugas sebagai jurulatih serta tidak
akan berkelakuan negatif yang mana ia akan memberi kesan terhadap
tanggapan masyarakat atau penerimaan jurulatih sebagai kerjaya.

2) Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan atau dakwaan bertulis


kepada orang ramai berkaitan perkara yang tidak benar dengan profesion
kejurulatihan.

3) Saya akan hormati pelbagai pendekatan kaedah yang digunakan ketika


melatih. Saya akan menghormati daya usaha dan sumbangan orang lain
serta tidak menganggap usaha atau kaedah tersebut milik saya sendiri.

4) Saya wajar bersifat amanah dalam semua perkara yang saya lakukan dan
mendidik atlet betapa pentingnya integriti, kejujuran, keyakinan dan
kesetiaan.

5) Saya akan memberikan keutamaan terhadap perihal kesejahteraan dan


keselamatan atlet lebih daripada peningkatan prestasi. Saya akan
menurut semua garis panduan yang terkandung di dalam persatuan-
persatuan sukan yang saya ceburi.
21

6) Saya akan menghormati hak, maruah dan nilai seseorang atlet serta
Page

melatih mereka secara adil dan sama rata.

AKK©2013
7) Saya akan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang efektif bagi
mempastikan pengalaman yang diperolehi ketika latihan menyeronokkan,
dapat meningkatkan harga diri dan menggalakkan perasaan sayang serta
menghargai nilai sukan.

8) Saya tidak akan melakukan penderaan fizikan dan psikologikal, tidak


menggunakan tutur kata yang tidak sepatutnya serta latihan yang boleh
menyinggung perasaan seseorang atlet dan orang lain.

9) Saya akan menggalakkan atlet mencapai kejayaan secara jujur, berfikir


dan bermain sebagai satu pasukan, melakukan yang terbaik dan sentiasa
memperbaiki prestasi dengan daya usaha tinggi serta berdisiplin.
Melarang atlet daripada bersifat pentingkan diri sendiri serta tidak
bersungguh-sungguh dalam mengharungi sesuatu pertandingan sehingga
tamat perlawanan. Saya akan pastikan penerapan budaya kerja
berkumpulan dilaksanakan demi kelancaran dan kecemerlangan sukan.
10) Saya akan membina perhubungan yang baik dengan atlet berdasarkan
kepada kepercayaan dan saling hormat menghormati. Saya tidak akan
terpengaruh untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan atau ganjaran.

11) Saya juga tidak akan menggunakan kedudukan saya untuk melakukan
salah laku seks atau membuat perhubungan yang dilarang dengan atlet
atau seseorang yang rapat dengan mereka.

12) Saya akan menjadi contoh yang baik bagi segala tindak tanduk saya
ketika menjalankan tugas mahupun diluar tugas agar senantiasa menjadi
ikutan kepada atlet.
22
Page

13) Saya akan menjauhkan diri dari berkelakuan tidak senonoh, merokok,

AKK©2013
minum minuman keras dan penyalahgunaan dadah dalam bentuk apa jua
sekali pun. Ini akan memberi impak yang negatif tentang peranan

Saya sebagai “role-model”.

14) Saya akan membimbing atlet menerima tanggungjawab ke atas perlakuan


dan prestasi mereka.

15) Saya akan berusaha meningkatkan ilmu bagi menambahkan pengetahuan


berkaitan prinsip-prinsip kejurulatihan dan mempelajari teknik dan strategi
terkini dalam sukan yang diceburi.

16) Saya akan bekerjasama dengan pakar-pakar lain (contohnya jurulatih,


pegawai, saintis, doktor, pelatih, ahli fisioterapi) demi kebaikan atlet.

17) Saya akan memberikan pengalaman, keadaan yang selamat serta


cabaran yang tidak dapat dilupakan bagi atlet dengan mengekalkan
suasana sukan secara fizikal dan mental yang selamat.

18) Saya akan sentiasa mengamalkan prinsip “fair-play” dan tidak akan
melanggar peraturan-peraturan serta undang-undang permainan. Saya
akan mengingati atlet tentang bahayanya mengambil benda terlarang
termasuk minuman keras dan rokok serta dadah untuk peningkatan
prestasi.

19) Saya tidak akan menggunakan nama dan atlet saya untuk mendapatkan
sebarang imbuhan secara komersil melainkan dengan mendapat izin dari
Majlis Sukan Negara.
23
Page

20) Saya akan sentiasa mematuhi kod etika ini secara berterusan dalam

AKK©2013
semua lapangan sukan

21) Saya akan menghormati semua pegawai sukan pada setiap masa. Saya
juga akan akur dengan sensitiviti agama, adat resam dan budaya
masyarakat majmuk negara ini.

22) Saya akan mempromosi serta menggalakkan semangat kesukanan.

PERANAN JURULATIH UNTUK MENDIDIK ATLET

Personaliti Ahli Sukan

Personaliti adalah corak perlakuan yang ditunjukkan oleh individu dan ia adalah unik
untuk individu itu sendiri. Personaliti merangkumi sikap, cara pemikiran, perasaan, cara
bertindak dan cara berinteraksi dengan orang lain. Personaliti seseorang sering menjadi
perhatian orang lain dan lazimnya sesuatu tanggapan dibuat mengenainya.

Antara ciri-ciri yang wajar dimiliki oleh seseorang atlet termasuklah :

a) Mempunyai disiplin diri yang tinggi.


b) Sentiasa mengamalkan permainan yang bersih
c) Mempunyai rekod yang baik sepanjang penglibatan dalam sukan.
d) Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi
e) Menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan.
f) Bijak mengawal emosi semasa di gelanggang.
24
Page

AKK©2013
Disiplin diri

Disiplin diri yang tinggi adalah perlu bagi seseorang atlet sama ada semasa di dalam
atau luar gelanggang. Disiplin diri yang tinggi dapat membantu seseorang atlet untuk
berada di puncak kecemerlangan.

Atlet yang berdisiplin tahu peranan dan tanggungjawabnya, mematuhi arahan ketua
dan jurulatih, mengikuti jadual latihan yang ditetapkan dengan baik dan menghormati
rakan sepasukan yang lain. Atlet yang berdisiplin juga berupaya mengawal emosi untuk
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku semasa permainan.

Kegagalan mengawal emosi semasa bermain akan membawa padah kepada pemain
itu sendiri dan pasukannya. Pemain mungkin dikenakan tindakan tatatertib dan
pasukannya mungkin disenarai hitamkan.

Semasa di luar gelanggang, seorang atlet yang berdisiplin akan sentiasa menjaga
nama baiknya dan sukan yang diceburinya. Atlet ini tidak akan mendedahkan dirinya
kepada unsur-unsur negatif yang boleh mencemarkan namanya seperti terlibat dengan
aktiviti tidak bermoral.

Disiplin Dalam Sukan

Seseorang atlet mestilah memahami undang-undang, strategi, taktik dan kemahiran


dalam sesuatu permainan. Etika dan peraturan permainan perlu difahami dengan jelas.
Sebagai contoh, bermain dengan semangat kesukanan dan memakai pakaian yang
sesuai mengikut jenis permainan.
25
Page

AKK©2013
Kerjasama penting dalam sesuatu permainan. Semangat kerjasama di kalangan atlet
sepanjang permainan akan meningkatkan prestasi pasukan dan prestasi atlet itu
sendiri.

Kesetiaan kepada pasukan adalah perlu untuk memastikan kerjasama yang erat di
kalangan atlet. Tindakan negatif seperti memberi atau menerima rasuah dalam pasukan
yang pernah berlaku sebelum ini berpunca daripada sikap tidak setia kepada pasukan
dan sikap sesetengah individu yang tidak jujur dan amanah.

Komitmen yang tinggi dapat memberi kenikmatan keseronokan dan kepuasan kepada
seseorang atlet. Atlet tidak mudah berasa kecewa apabila berhadapan dengan
kekalahan.

Semangat kesukanan yang tinggi juga akan menghindarkan perkara-perkara negatif


ketika bersukan seperti pergaduhan dengan pemain lawan dan ketidaksefahaman
antara rakan sepasukan.

Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi adalah salah satu faktor kejayaan
seseorang atlet. Seseorang atlet yang ingin maju mestilah sentiasa ingin meningkatkan
prestasinya dan bersedia menerima kritikan daripada masyrakat dengan hati terbuka.

Everything has its beauty but not everyone sees it – Confucius

“Youth prefer to be stimulated instead of being instructed”

“Success is not so much achievement as achieving.”


26

“Refuse to join the cautious crowd that plays not to lose; play to win.”
Page

AKK©2013
27
Page

AKK©2013
OBJEKTIF

• Memahami strategi dan implementasi Dasar Sukan Negara berasaskan kepada


organisasi, perancangan, personal dan kewangan
• Memahami peranan dan fungsi beberapa organisasi sukan
• Memahami perkembangan sains sukan di Malaysia
• Memahami Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)

ISI KANDUNGAN

1. Dasar Sukan Negara – strategi dan implementasi


2. Peranan dan fungsi organisasi sukan
3. Perkembangan sains sukan
4. Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan

Dasar Sukan Negara

Rasional Dasar Sukan Negara

• Sukan – sebahagian daripada rancangan pembangunan negara.


• Sukan berhak mendapat pengiktirafan, penghormatan dan penggalan seperti
program pembangunan pendidikan, perumahan, ekonomi, kesihatan.

- Rasional dasar ini boleh dikaji dari aspek sumbangan sukan kepada individu,
masyarakat dan Negara.

a) Peringkat Individu
28

• Pembentukan sahsiah, kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan


Page

semangat pertandingan.

AKK©2013
• Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.
• Memanfaatkan masa senggang.
• Mengurangkan tekanan hidup.
• Interaksi sosial yang bermakna.
• Perkembangan kemahiran-kemahiran asas.

b) Peringkat Masyarakat

• Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat sesuai


dengan aspirasi nasional.
• Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan perhubungan
komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara.
• Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti.
• Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa lapang.

c) Peringkat Antarabangsa

• Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.


• Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan
antarabangsa.
• Memupuk persahabatan.

Matlamat Dasar Sukan Negara

• Membentk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui


29

penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua
peringkat masyarakat.
Page

AKK©2013
• Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi
keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.
• Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi
kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di
kalangan orang awam.
• Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di
pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah
dan imej negara dapat dipertingkatkan.

Dasar Sukan Negara menggariskan dua konsep, iaitu :

a) Sukan untuk semua/massa.


b) Sukan untuk kecemerlangan.

Sukan Untuk Semua/Massa

- Menggalakkan penyertaan secara menyeluruh dalam aktiviti sukan.

- Sukan yang melibatkan penyertaan beramai-ramai dalam satu acara sukan


seperti jogathon dan senamrobik.

- Peserta dapat menunjukkan semangat kesukanan dan membawa imej


perpaduan dalam suasana yang meriah.
30
Page

AKK©2013
Sukan Untuk Kecemerlangan

- Memberi tumpuan kepada pembangunan sukan dari pringkat akar umbi


hinggalah ke tahap kecemerlangan.

- Majlis Sukan Negara (MSN) diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program-


program pembangunan sukan ke arah mencapai kecemerlangan sukan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Mengenalpasti bakat (program TID,
ISN)

- Selain mempertingkatkan prestasi atlet Negara, kualiti pengetahuan dan


kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan juga
dititikberatkan.

- Dengan wujudnya Dasar Sukan Negara, prestasi sukan di Malaysia telah dapat
dipertingkatkan tahun demi tahun. Malaysia telah berjaya melahirkan jaguh-jaguh
sukan yang bertaraf dunia dalam beberapa sukan berprestij.

31
Page

AKK©2013
Implementasi

1) Organisasi 2) Perancangan 3) Personal

4) Kewangan 5) Insentif 6) Kemudahan

1. ORGANISASI
- Ada peranan utama masing-masing.
- Bekerjasama untuk mencapai matlamat Dasar Sukan Negara.
- Perhubungan yang rapat dan koordinasi yang licin.
- Dasar ditentukan di peringkat atas.
32
Page

AKK©2013
2. PERANCANGAN
- Program jangka masa panjang untuk pembangunan sukan

33
Page

AKK©2013
3. PERSONAL

- Pengambilan pegawai bertauliah di semua peringkat untuk


membangunkan mutu sukan, merancang, melaksana, memantau, dan
menilai program sukan.

4. KEWANGAN (Sumber)
YAYASAN KEBAJIKAN BEKAS ATLET KEBANGSAAN

KERAJAAN NEGERI

• Bajet Tahunan.
• Penajaan.

KERAJAAN PUSAT

• Bajet tahunan kumpulan wang sukan negara.


• Sumbangan Sports Toto.

INDIVIDU

• Derma.
• Penajaan.
SEKTOR SWASTA
34
Page

• Penajaan.

AKK©2013
• Derma.
• Geran tahunan.

5. INSENTIF
i. Tujuan
 Penghargaan, Pengiktirafan.
 Penggalakan atas.
 Pergorbanan.
 Kejayaan & Pencapaian atlet, jurulatih dan pegawai sukan.

ii. Bentuk

Skim Hadiah Kemenangan SHAKAM, SHAKAR, SGAR, SIKAP Skim


Kebajikan Atlet elaun latihan, insurans, yuran pengajian, Biasiswa, Pencen,
Pekerjaan,Hadiah kebendaan rumah, kereta, melancong, anugerah / pingat.

6. KEMUDAHAN

 Sukan massa/sukan untuk semua

 Sukan prestasi tinggi.

 Kompleks pentadbiran.
- PEJ. SUKAN MSN, ISN, MSNeg

 Infrastruktur sukan.

- Latihan / Penyelidikan / Pendidikan.


35

- Stadium, Dewan Rakan Sukan, Pusat.


Page

- Sukan Komuniti , Gim Rakyat.

AKK©2013
 Pihak yang terlibat

- Kementerian Belia dan Sukan, MSN, ISN.


- Kementerian Pelajaran.
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

PERANAN DAN FUNGSI

Kementerian Belia dan Sukan

Misi
Bina Bangsa Malaysia Yang Patriotik Dan Bersatupadu Melalui Program Pembangunan
Belia Dan Sukan Yang Strategik

Objektif
Bina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak
maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat,
cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara

Majlis Sukan Negara

Ditubuhkan di bawah Akta (29) Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis
Sukan Negara (pindaan 1979)
36

• Mempertingkatkan pembangunan sukan prestasi tinggi secara menyeluruh di


Page

semua peringkat.

AKK©2013
• Menaikkan imej Negara melalui pencapaian cemerlang atlet di pertandingan
sukan peringkat dunia.

Majlis Olimpik Malaysia

Diiktiraf oleh Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Persekutuan Sukan Antarabangsa
(IFS).
MOM - mempunyai hak mutlak Untuk mengesahkan penyertaan Atlet di pertandingan
Sukan Olimpik,Sukan Asia, Sukan Komanwel & Sukan SEA dan lain-lain Temasya
Sukan pelbagai acara

Kementerian Pelajaran Malaysia


• Bahagian Sukan
• Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
• Unit Sukan JPN (Negeri); PPD
• Pembangunan sukan di sekolah-sekilah melalui PJ
• Melatih Guru-guru PJK di Institut Perguruan & Institusi Pengajian Tinggi

Institut Sukan Negara

• Menyediakan perkhidmatan kepakaran sains sukan.


• Menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan sukan bagi proses pemulihan
atlet.
• Menyediakan dan melaksanakan program pengenalpastian bakat atlet.

Majlis Paralimpik Malaysia


37
Page

• Mewakili IPC di Malaysia.

AKK©2013
• Menapis penyertaan atlet paralimpik Malaysia dalam pertandingan
antarabangsa.
• Mempromosikan penyertaan dalam semua kategori sukan orang kurang upaya
(OKU).

Persatuan Sukan Kebangsaan

• Bertanggungjawab membentuk dan membangunkan sukan di Malaysia.


(struktur, organisasi, latihan, penyertaan, kepegawaian, penganjuran
pertandingan, kemudahan, kewangan dan lain-lain).

Perkembangan Sains Sukan di Malaysia

Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk
menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di
Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain
psikomotor, kognitif dan afektif.

Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan pendidikan


jasmani dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia,
Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Jasmani.
Universiti Malaya telah memulakan Ijazah Sains Sukan pada tahun 1995 dan diikuti
Institut Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA yang
38

menawarkan Diploma Sains Sukan.


Page

AKK©2013
Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda,
Kampong Baru di kenali sebagai Klinik Sukan Negara sebelum berpindah ke bangunan
baru di Kompleks Sukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains sukan
dikendalikan bagi tujuan persediaan atlet negara.

Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah badan sukarela yang
mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar
mata pelajaran pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam
pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah menganjurkan seminar-seminar
sains sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997,
namanya ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan
Kecergasan (PPJSKM) untuk mencerminkan satu badan yang lebih luas bidangnya.
Selain badan ini, terdapat bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif
mempromosikan pelbagai aspek sains sukan.
Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran
sains sukan sebagai satu mata pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4
di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar,
Johor. Mata pelajaran ini akan dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada
tahun 2001.

Skim Persijilan Kejurulatihan Sukan Kebangsaan

Pada 14 Januari 1985, Majlis Sukan Negara (MSN) telah menganjurkan Simposium
Kejurulatihan Kebangsaan dan hasil daripada simposium itu, para peserta telah
mengesyorkan agar sistem kejurulatihan diperkembangkan. Sebuah Lembaga
Kejurulatihan Kebangsaan telah ditubuhkan untuk bekerjasama dengan Badan-Badan
Sukan Kebangsaan.
39

Ekoran daripada simposium itu, sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah


Page

diwujudkan oleh MSN. Bidang tugas lembaga ini ialah :

AKK©2013
a) Mewujudkan skim persijilan kejurulatihan kebangsaan.
b) Menyusun dan menggubal kurikulum kejurulatihan.
c) Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan kejurulatihan di antara
Persatuan Sukan Kebangsaan yang mengawal sukan.
d) Melaksanakan apa-apa tugas dari masa ke semasa berhubung dengan
kejurulatihan yang diarah oleh Menteri Belia dan Sukan.

Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum telah diwujudkan bagi menggubal kurikulum


sains sukan dan bidang pengkhususan sukan serta praktikal di bawah Skim Persijilan
Kejurulatihan Kebangsaan.

Skim Persijilan Kejurulatihan adalah satu program pembangunan dan pendidikan


jurulatih yang seragam dan berterusan terbahagi kepada tiga komponen iaitu :
1) Sains Sukan - Prinsip-prinsip am kejurulatihan dan sumber manusia.
2) Pengkhususan sukan - Kemahiran, teknik dan strategi khusus kepada
sukan- sukan tertentu.
3) Praktikal - Amalan kejurulatihan.

Objektif skim adalah untuk :

a) Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang sains


sukan, pengkhususan sukan dan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagi
prestasi serta pencapaian atlet kebangsaan.
b) Mewujudkan satu program yang sistematik untuk menambah bilangan jurulatih
dan menyediakan peluang kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalam
40

bidang kejurulatihan.
Page

AKK©2013
c) Mewujudkan satu sistem dan pendekatan yang professional serta saintifik dalam
bidang kejurulatihan ke arah memajukan sukan Negara.
d) Menyelaras dan melaksanakan semua program dan aktiviti persijilan
kejurulatihan di semua peringkat.

Pihak yang menyediakan kandungan komponen berikut ialah :

a) Sains Sukan oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK).


b) Pengkhususan sukan dan praktikal oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang
berkenaan mengikut garis panduan yang diberikan oleh AKK.
Pengajian Sains Sukan di Institut Pengajian Tinggi Malaysia

Institut pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia,
dan Universiti Teknologi MARA menawarkan program sains sukan di peringkat diploma,
sarjana muda, sarjana dan kedoktoran.

Para graduan dari program ini boleh berkhidmat di agensi-agensi kerajaan atau swasta
sebagai jurulatih, fisioterapis, pendidik, pengurus kedai sukan, pentadbir kelab sukan
dan kecergasan, pengulas sukan, sainstis sukan dan sebagainya.

Genius is the ability to reduce the complicated to the simple- Dennis Conner

“ The development of the game is so fast theses days that the coach who says it can’t
be done is generally interrupted by someone doing it”
41

“The greatest mistake a man can make is to be afraid of making one.”


Page

AKK©2013
42
Page

AKK©2013
Objektif Kursus

Pada akhir unit ini, jurulatih akan dapat menerang dan mengaplikasi
• Sistem tenaga dalam aktiviti sukan
• Sistem saraf
• Sistem kardiorespiratori
• Sistem endokrin
• Kesan latihan aerobik dan latihan anaerobik

Kata kunci penting untuk unit ini:


1) Anaerobik alaktik 11) Kelesuan
2) Anaerobik laktik 12) Kitar sistemik
3) Aerobik 13) Kitar pulmonari
4) Asid Laktik 14) VO2max
5) Ambang Laktat 15) Hipertrofi jantung
6) Input Sensori 16) Hormon
7) Integrasi 17) Hipertrofi fiber
8) Output motor 18) Hiperplasia fiber
9) Somatik
10)Autonomik

1) Laluan Metabolik Tenaga


43

Laluan Metabolik Tenaga yang kerap dirujuk sebagai sistem tenaga terdiri dari tiga:
Page

1) Anaerobik alaktik

AKK©2013
2) Anaerobik laktik
3) Aerobik.

Anaerobik alaktik juga dikenali sebagai sistem ATP-PC atau sistem fosfagen. Laluan
metabolik ini menghasilkan ATP tanpa penggunaan oksigen dan juga penghasilan asid
laktik.

Anaerobik laktik juga dikenali sebagai sistem glikolitik, sistem laktik atau sistem
anaerobik glikolisis kerana ia melibatkan penguraian glikogen untuk menghasilkan ATP.
Laluan metabolik ini tidak memerlukan oksigen untuk tindakbalas glikolisis tetapi
menghasilkan asid laktik sebagai bahan sampingan metabolik.
Sistem aerobik yang juga dikenali sebagai sistem oksigen merupakan laluan metabolik
yang menghasilkan ATP yang terbanyak dari simpanan karbohidrat dan lemak dalam
tubuh badan.

Rajah 1 menunjukkan ciri setiap laluan metabolik tenaga. Rajah 2 menunjukkan


peralihan penggunaan tenaga dari laluan metabolik tenaga anaerobik ke aerobik bagi
beberapa jenis sukan.

44
Page

AKK©2013
Rajah 1. Ciri Laluan Metabolik Tenaga

Rajah 2. Continuum Sumbangan Laluan Metabolik Tenaga pelbagai sukan


45
Page

AKK©2013
2) Asid Laktik: Adakah ia lawan atau kawan?
Asid laktik merupakan hasil sampingan dari laluan metabolik tenaga anaerobik laktik.

Ukuran asid laktik dalam darah (mmol/L) sering digunakan sebagai petunjuk kelesuan.
Asid laktik boleh diambil semasa dan selepas latihan melalui sampel darah yang
diambil di hujung jari atau di telinga.
Tetapi penghasilan asid laktik dan pengumpulannya dalam otot bukanlah punca
kelesuan secara langsung.

3) Sistem Saraf
Sistem saraf berfungsi untuk:
i) Memantau rangsangan dari dalam dan luar badan. Proses ini
dipanggil input sensori (contoh penjaga gol melihat bola menuju ke
arah gawang).

ii) Memproses, menginterpretasi maklumat dan membuat keputusan


lakuan seterusnya. Proses ini dipanggil integrasi (contoh keputusan
untuk berlari ke arah bola).

iii)Menghasilkan kesan, akibat atau tindakan dengan mengaktifkan


otot atau kelenjar (efektor) melalui output motor (contoh kaki
bergerak untuk lari ke arah bola dan tangan bergerak untuk
mencapai bola). Rujuk Rajah 3.
46
Page

AKK©2013
Integrasi
Input Sensori Sistem Saraf Pusat mentafsir kedudukan
Mata memandang ke arah bola, arah sasaran sepakan, dan kekuatan
bola. sepakan yang diperlukan.

Output Motor
Arahan dari Sistem Saraf Pusat
ke efektor (otot)untuk bergerak
ke dalam kedudukan biomekanik
menyepak yang berpatutan
dengan tenaga dan arah sepakan.

47
Page

Rajah 3. Fungsi sistem saraf dalam aksi tendangan bola sepak

AKK©2013
4) Organisasi Sistem Saraf

Sistem Saraf Pusat


Saraf tunjang dan otak

Sistem Saraf Periferi


(saraf cranial dan saraf tunjang

Sensori
Motor
( aferen)
( eferen)

Organ deria Soma k


Contoh : mata Autonomik
(voluntari)
(involuntari)
Contoh : Otot
Contoh : otot
skeletal
kardiak dan
otot licin dan
kelanjar

Parasimpate k Simpate k

Rajah 4. Organisasi sistem saraf

Sistem saraf pusat akan menerima maklumbalas dari organ deria (contoh mata) dan
mengarah divisi motor (otot kaki) untuk bertindakbalas.
Divisi motor terbahagi kepada
i) Somatik (boleh dikawal contohnya otot skeletal seperti pergerakan tangan).
ii) Autonomik (luar kawalan contohnya pengeluaran peluh dari
kelenjar peluh ketika cuaca panas).

5) Bagaimana saraf merangsang penguncupan otot?

Neuron adalah unit asas sistem saraf. Impuls saraf adalah satu signal elektrik yang
dihantar dari satu neuron ke neuron yang lain.
Impuls saraf akan melalui dendrit ke simpang neuromuskular pada otot skeletal untuk
48

merangsangkan penguncupan otot tersebut. Rajah 5.


Page

AKK©2013
Dendrit
Nukleus

Badan Sel

Nodus Ranvier

Myelin Sheath

Simpang Neuromuskular

Otot

6) Kelesuan

Kelesuan merujuk kepada sensasi kepenatan yang berlanjutan dan boleh


mengakibatkan prestasi menurun.

Antara postulasi sebab-sebab kelesuan adalah:


 Kehabisan simpanan ATP
 Pengumpulan bahan sampingan metabolik
49

 Kegagalan fungsi sistem saraf


 Kegagalan mekanisme penguncupan otot
Page

AKK©2013
7) Sistem kardiorespiratori

Sistem tertutup yang melibatkan jantung, pembuluh darah dan paru-paru.

Ia berfungsi untuk mengepam (jantung), mengangkut darah (pembuluh darah) ke


seluruh badan dan pertukaran gas (paru-paru). Rajah 6 menunjukkan kitaran sistemik
dan kitar sistem pulmonari.

Kapilari dalam
paru-paru di mana
berlaku pertukaran gas

Arteri Vena
Pulmonari Kitar Pulmonari Pulmonari

Atrium Atrium Vena


kanan Kiri kava
Ventrikel Ventrikel
Kanan Kiri

Jantung
Kitar Sistemik

Kapilari dalam tisu badan


di mana berlaku
KUNCI: pertukaran gas
Darah kaya oksigen
kurang CO2
Darah kurang oksigen
kaya CO2
50

Rajah 5. Kitar pulmonari dan kitar sistemik


Page

AKK©2013
Kitar pulmonari merujuk kepada sistem pembuluh darah yang membawa darah
kepada dan dari paru-paru untuk pertukaran gas.
Kitar sistemik merujuk sistem pembuluh darah yang membawa darah kaya oksigen
dan nutrien ke seluruh badan.

8) Darah

Darah merupakan pengangkutan utama semua nutrien, hormon, bahan kumuh dan
haba badan.

Darah terdiri dari dua komponen:


o Plasma
o Sel dan platlet

51

Rajah 7. Komponen darah


Page

AKK©2013
9) Hematocrit

Hematocrit merujuk kepada kadar isipadu sel darah merah kepada isipadu darah.

Latihan ketahanan meningkatkan jumlah isipadu darah dan juga jumlah isipadu plasma.
Hasilnya, hematocrit akan berkurang.

Jumlah isipadu darah = 5l Jumlah isipadu darah = 5.7l


Hematokrit = 44% Hematokrit = 42%

Isipad
u (l) 3.3
2.8 Isipadu
Isipadu plasma
plasma

2.2 2.4
Sel darah Sel
merah darah
merah

Sebelum dilatih Selepas dilatih

Rajah 8. Perbezaan % hematorcrit sebelum dan selepas latihan


52
Page

AKK©2013
9) Hipertrofi Jantung

Hipertrofi jantung (pembesaran jantung) adalah satu kesan hasil daripada latihan yang
berintensiti.

Latihan kekuatan dan latihan daya ketahanan yang berintensiti boleh menjurus kepada
adaptasi jantung agar boleh menampung beban kerja.
Bagi sesetengah atlet perubahan ini akan menyebabkan hipertrofi ventrikel kiri.

Rajah 9. Perbezaan antara jantung normal dan hipertrofi.

10) Pengambilan oksigen maksimum (VO2max)

VO2max (ml/kg/min) merujuk kepada kadar pengambilan oksigen tertinggi ketika


melakukan senaman yang maksimal atau memenatkan.

Ukuran VO2max juga digunakan sebagai petunjuk kecergasan. Ia sering dirujuk sebagai
kuasa aerobik.
53

VO2max boleh diukur secara langsung dan tidak langsung.


Page

AKK©2013
11) Pengukuran VO2max

Rajah 10. Ujian larian mengukur VO2max dalam makmal

Ukuran secara langsung boleh dilakukan dalam makmal dengan menggunakan mesin
metabolik seperti pada Rajah 10.

Ukuran tidak langsung boleh dilakukan di luar makmal dengan menggunakan ujian
seperti ‘Step Test’ dan ‘Shuttle Run Endurance Test’.

13) Sistem Endokrin

Sistem endokrin merangkumi semua tisu atau kelenjar yang merembeskan hormon.
Kelenjar utama hormon adalah kelenjar pituitari,
Kelenjar pineal, kelanjar tiroid, kelenjar paratiroid, pankreas, ovari dan testis.
54
Page

AKK©2013
Hormon bertindak sebagai signal kimia yang mengembara seluruh tubuh badan untuk
mencetuskan tindakbalas yang spesifik contoh insulin.

14) Hormon Utama Terlibat Dalam Aktiviti Sukan

• Glukagon
• Hormon tumbesaran (GH)
• Hormon Antidiuretik (ADH)
• Cortisol
• Epinefrin
• Norepinefrin
• Renin-angiotension-aldosterone
55
Page

15) Hormon & Sukan

AKK©2013
Dalam sukan, hormon memainkan peranan penting untuk memastikan badan kita dapat
berfungsi dengan optimum bagi mencapai prestasi yang terbaik.

Hormon penting untuk:


o metabolisma karbohidrat dan lemak.
o penyelenggaraan kandungan air dan garam dalam tubuh badan.

16) Hormon & Metabolisma Karbohidrat


Hormon yang terlibat dalam metabolisma karbohidrat:

o Glukagon
o Epinefrin
o Norepinefrin
o Cortisol

17) Hormon & Metabolisma Lemak

Hormon yang terlibat dalam metabolisma lemak:

o Hormon tumbesaran
o Epinefrin
o Norepinefrin
o Cortisol
o
18) Penyelenggaraan Air dalam Sukan

Hormon Antidiuretik (ADH) memainkan peranan utama dalam menyerap semula air
dengan meningkatkan ketelapan buah pinggang.
56
Page

AKK©2013
Berpeluh menyebabkan kekurangan Peningkatan osmolariti
plasma darah. Ini mengakibatkan merangsang osmoreseptor
kepekatan darah menjadilebih tinggi dan di dalam hypotalamus.
osmolariti darah meningkat

Hypotalamus merangsang
kelenjar pituitari posterior.
Aktiviti muskular yang
menggalakkan berpeluh Kelenjar pituitari posterior
merembeskan ADH ke dalam darah.

ADH bertindak ke atas buah


pinggang, meningkatkan
ketelapan pembuluh renal dan
duktus pengumpulan. Ini
membawa kepada
penyerapan semula air.

Isipadu plasma meningkat .


Oleh itu, osmolariti darah
menurun selepas latihan dan
meminum air.

Rajah 11. Penyelenggaraan air oleh hormon antidiuretik

19) Penyelenggaraan Elektrolit dan Air

Hormon Aldosterone memainkan peranan utama dalam menyerap semula natrium (Na).

Penyerapan semula natrium akan mengalakkan penyerapan semula air dalam buah
pinggang.
57
Page

AKK©2013
Berpeluh mengurangkan isipadu
plasma dan pengaliran darah ke buah Pengurangan pengaliran darah ke bahagian renal
pinggang. buah pinggang menstimulasikan buah pinggang
untuk mengeluarkan hormon renin.. Renin
membawa kepada pembentukan angiotensin I,
yang diubah menjadi angiotensin II.

Aktiviti muskular
yang
menggalakkan Angiotensin II
berpeluh dan menstimulasikan
meningkatkan pengeluaran aldosterone
tekanan darah. dari kortex kelenjar adrenal.

Aldosterone meningkatkan
penyerapan semula Na+
dan H2O di dalam
pembuluh renal.

Isipadu plasma meningkat;


pembentukan air kencing
berkurangan selepas
beberapa hari bersenam dan
pengambilan air dan sodium

Rajah 12. Penyelenggaran elektrolit dan air oleh hormon aldosetrone


58
Page

AKK©2013
20) Kesan Latihan Anaerobik
i) Peningkatan aktiviti enzim untuk penjanaan ATP-PC.
• Pengeluaran enzim yang terlibat dalam penjanaan ATP-PC akan meningkat,
mempercepatkan lagi proses sintesis dan resintesis.

ii) Peningkatan fiber otot


• Latihan anaerobik mengoptima perekrutan fiber otot. Ini akan membolehkan
pergerakan tubuh badan yang lebih efisien.

iii) Peningkatan kekuatan penguncupan otot


• Latihan kekuatan akan meransangkan perekrutan lebih banyak fiber otot dan ini
akan meningkatkan kekuatan penguncupan otot.

iv) Peningkatan keupayaan memampan tahap laktat


• Latihan anaerobik akan meningkatkan kapasiti otot untuk menahan kesan asid
terkumpul semasa anaerobik glikolisis.

21) Kesan Latihan Aerobik

i) Pembesaran struktur jantung (hipertrofi).


• Latihan aerobik meningkatkan saiz ruang ventrikel kiri.

ii) Peningkatan isipadu plasma


• Menpercekapkan penyelenggaraan suhu badan serta penghantaran oksigen
semasa bersenam.

iii) Peningkatan jumlah saiz mitokondria.


• Latihan aerobik akan meningkatkan jumlah dan saiz mitokondria dan juga
59

enzim, dalam fiber otot. Ini meningkatkan kapasiti aerobik.


Page

AKK©2013
iv) Peningkatan aliran kitaran darah ke seluruh badan.
• Latihan aerobik akan meningkatkan jumlah aliran darah. Ini seterusnya akan
meningkatkan keluaran kardiak.

v) Peningkatan jumlah kapilari di dalam otot.


• Latihan aerobik akan meningkatkan jumlah kapilari di dalam otot, seterusnya
membolehkan penggunaan laluan tenaga aerobik yang lebih efisien.

vi) Peningkatan respon ventilatori yang berkesan.


• Latihan aerobik meningkatakan respon ventilatori, dan ini membolehkan
mekanisme pernafasan yang lebih efisien.

vii) Peningkatan VO2max


• Latihan aerobik meningkatkan pengambilan oksigen oleh sel-sel badan. Ini akan
meningkatkan nilai VO2max individu.

22) Kesan Latihan terhadap Otot


Latihan anaerobik dan aerobik akan meningkatkan saiz otot.
Latihan jangka masa panjang akan membawa kepada peningkatan jumlah otot sentak
perlahan (ST).

23) Hipertrofi Otot

Peningkatan saiz otot hasil daripada latihan rintangan berjangka masa panjang

Ia terjadi kerana hipertrofi fiber dan atau hiperplasia fiber otot


60
Page

AKK©2013
Rajah 13. Hipertrofi Otot
61
Page

AKK©2013
24) Fiber Hipertrofi

Fiber hipertrofi merujuk kepada peningkatan dalam saiz fiber otot yang sedia ada.

a. Sebelum Latihan b. Selepas


Rajah 14. Hipertrofi Fiber Otot

25) Fiber Hiperplasia


Fiber hiperplasia merujuk kepada peningkatan jumlah bilangan fiber otot.

Hipertrofi Sel

Hiperplasia Sel
62

Rajah 15. Hiperplasia fiber


Page

AKK©2013
Sumber Rujukan
Marieb, E.N. (2012). Essentials of Human Anatomy and Physiology (10th
Edition).Pearson, San Francisco, CA.
Wilmore, J.H. and Costill, D.L. (2007) Physiology of Sport and Exercise (4th Edition).
Human Kinetics, Champaign, IL.

“The only man who makes no mistakes is the man who never does anything”

“Victory- a matter of staying power.”

“Every time you win you’re reborn ; when you lose you die a little.”

63
Page

AKK©2013
64
Page

AKK©2013
• Fokus kepada prinsip biomekanik yang kritikal berkaitan aktiviti sukan
• Aplikasi prinsip biomekanik bagi membolehkan perolehan kemahiran motor
melalui kaedah yang betul

OBJEKTIF

• Membanding - bezakan konsep tork dan tuas


• Membincangkan aplikasi prinsip jumlah paduan daya dalam aksi sukan
• Mengenalpasti prinsip impuls momentum yang berkaitan dengan sukan
• Mengenali teknologi analisis pergerakan-Pengisian KINOVEA

Kinesiology

• Kines: Latin ==> “motion”


• logos: “study of”
• Study of Motion.

Kinesiology ==> Anatomy & Physiology, Psychology, Motor Development, Pedagogy,


Biomechanics

Kenapa belajar Biomekanik?

• Memahami bagaimana manusia bergerak.


– Meningkatkan pencapaian kemahiranhttp://geoffhos.server101.com/
– Mengurangkan risiko kecederaan
• Teknik dan penggunaan peralatan bebanan
• Permukaan dan kasut
• Dan sebagainya
65
Page

AKK©2013
Konsep - konsep Kinetik Dalam Pergerakan
• tork dan tuas
• aplikasi prinsip jumlah paduan daya dalam aksi sukan
• prinsip impuls momentum yang berkaitan dengan sukan

4.1. Koordinasi pergerakan

Terdapat dua pendekatan bagaimana seseorang atlet dapat mengkoordinasikan


bahagian atau segment badan ketika dalam lakuan pergerakan (Contoh, ketika
melontar, memukul atau menedang), untuk mencapai pergerakan yang diinginkan
(Contoh, halaju maksimum pada kaki atau tangan dan sebagainya). Pendekatan itu
ialah pendekatan ketepatan dan pendekatan halaju maksimum.

4.1.1. Pendekatan ketepatan


Dalam aktiviti sukan, di mana pencapaian kebanyakan berkehendakkan ketepatan dan
jarak, seperti dalam menjaring bola jaring, urutan daya hasilan pergerakan segmen
badan mengikut corak urutan berbeza. Di sini setiap satu hasilan pergerakan segmen
badan digabungkan serentak. Misalnya, ketika jaringan bola jaring, ekstensi lengan di
bahagian siku dan fleksi tangan di pergelanggan tangan adalah digabungkan serentak
(rujuk rajah 1).

66

Rajah 1: Paduan Daya


Page

AKK©2013
4.1.2. Pendekatan halaju maksimum

Dalam aktiviti sukan yang berkehendakkan halaju yang tinggi ketika lontaran/lompatan
(contoh, lontaran jauh atau balingan bola kriket dari luar ) atau di impak (contoh,
tendangan untuk jarak jauh) koordinasi segmen badan dari proksimal (bahagian
pinggul) ke distal (bahagian kecil seperti pergelanggang kaki atau hujung kaki), dengan
halaju pada setiap segmen digabungkan dengan yang terdahulu, apabila segmen
tersebut sudah mencapai halaju maksimum (Rajah 1)

4.2.Linear Kinetik

4.2.1. Momentum linear (M*V)


Merupakan hasil jisim kali dengan halaju. Kata seekur gajah jadi momentum gajah ini
ialah jisim gajah kali halajunya. Contohnya, katakan gajah ini mempunyai jisim 5,000
Kg. dan gajah ini mempunyai kebolehan untuk berlari pada halaju 10m/s. Justeru,
momentum linearnya adalah besar iaitu 50,000 kg.m/s.

4.2.2 Pemeliharaan momentum

Aplikasi Impuls Dalam Sukan (meningkatkan momentum)

• Tujuan utama dalam banyak kemahiran sukan adalah mengakibatkan perubahan


yang besar dalam kelajuan sesuatu.
• Dalam acara balingan / lontaran, alatan / implemen tidak ada kelajuan pada
permulaan lemparan dan tujuannya adalah untuk mengakhirkan kelajuan yang
maksima pada penghujung lemparan.
• Kenapa ?
67

• Menambahkan momentum objek.


Page

AKK©2013
• Implus akan mengakibat perubahan momentum, dan perubahan kelajuan
dalam arah daya yang diaplikasikan.
• Jika kita mengubah kelajuan objek dalam arah spesifik, daya yang diaplikasikan
atau sebarang komponen daya tersebut perlu diberi pada arah spesifik tersebut.
• Dalam banyak situasi sukan, objektif utama adalah untuk menghasilkan kelajuan
yang tinggi dalam objek.
• Kelajuan mula kosong dan kelajuan akhir adalah tinggi. Hasil momentum tinggi.
• Memberi daya yang tinggi terhadap alatan / objek untuk sesuatu masa yng agak
lama.
• Tujuan Teknik dalam sukan?

Contoh - Contoh Aplikasi Impulse Dalam Sukan


• Bola Sepak:
• Langkah dalam menyepak bahagian kaki yang sepak akan direnggang jauh ke
belakang. Kaki di bawah ke depan dan lurus semasa tendangan. Otot kaki yang
membawa kaki ke depan dan lurus adalah pada pengecutan maksimum.

4.2.3. Prinsip Impuls - Momentum

Banyak aksi dalam sukan melibatkan situasi kontek antara dua objek (sebagai
contoh, reket - bulu tangkis dalam badminton) atau antara jasad dengan objek
68

(sebagai contoh, tangan - bola dalam bola tampar). Prinsip impuls - momentum
Page

menjelaskan konsep - konsep kinetik yang menjadi teras kepada situasi

AKK©2013
kesukanan yang dinyatakan. Konsep utama yang perlu dikuasai melibatkan
kefahaman tentang pertalian jisim - inertia dan jisim - daya.

Hukum Pertama Newton


• Sesuatu objek yang tidak bergerak, akan berada di dalam keadaan statik kecuali
diganggu oleh daya luar, atau jika bergerak akan bergerak terus dalam arah
yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika diganggu oleh daya luar.

Hukum Newton Kedua


• Perubahan dalam kelajuan objek adalah berkadar terus kepada daya yang
menghasilkannya tetapi ia berkadar songsang dengan jirim.
• F / m = a, F = ma

Hukum Ketiga Newton


• Bagi setiap aksi ada reaksi yang sama dan bertentangan.
• Apabila sesuatu objek memberi tekanan kepada objek kedua, objek kedua itu
memberi tekanan yang sama kepada objek pertama itu.

Jisim dan inersia

Konsep Inertia dijelaskan menerusi Hukum Newton Pertama. Mengenai pertalian


antara jisim dengan inertia, jisim jasad berkadar terus dengan inertia. Jadi, jasad
berjisim tinggi mempunyai inertia yang tinggi. Implikasi dalam sukan adalah bahawa
posisi asal jasad berinertia yang tinggi adalah lebih sukar untuk diubah berbanding
jasad berinertia rendah. Maksudnya, daya yang lebih akan diperlukan untuk mengubah
keadaan jasad yang mempunyai inertia tinggi berbanding jasad berinertia rendah.

Keseimpulannya, jasad berinertia tinggi berpotensi untuk mempunyai lebih stabiliti.


69
Page

Pertalian F = ma

AKK©2013
Rumusan F = ma menunjukkan bahawa Daya (F) adalah bersamaan dengan
hasil darab Jisim (m) dengan pecutan, di mana dalam kes - kes
jasad jatuh bebas, pecutan ini merujuk kepada pecutan graviti
dengan nilai mutlak 9.81 m / s2.

Dalam prinsip impuls-momentum, rumusan F = ma turut menunjukkan bahawa


perubahan momentum dalam jasad adalah sama dengan impuls yang dijana. Pertalian
ini boleh dibuktikan seperti berikut:

Dalam sukan, maklumat penting daripada hubungan ini ialah perkaitan sahih yang
wujud di antara jisim seseorang atlet dengan kuantiti daya yang mampu dijana olehnya.

Hasil perbincangan mengenai jisim, inersia dan hubungkaitan jisim - daya, beberapa
prinsip impuls - momentum yang releven dengan situasi kesukanan adalah seperti
berikut:

PRINSIP 1

Aplikasi daya impuls yang tinggi ke atas jasad pegun menghasilkan perubahan
momentum yang besar dan kelajuan akhir yang lebih tinggi.

Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:

Dalam aksi servis tenis, kelajuan maksimum boleh diperolehi jika kontek reket - bola
berlaku ketika bola sedang pegun. [Ketika fasa lambungan, bola akan pegun seketika
apabila mencapai ketinggian maksimum.]
70
Page

AKK©2013
PRINSIP 2

Jika aplikasi daya adalah sama bagi sesuatu jenis aksi, peningkatan masa ketika
aplikasi daya akan memindahkan kelajuan yang lebih tinggi ke atas jasad.

Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:

Semasa beraksi, peningkatan masa ketika aplikasi daya boleh dicapai dengan
memastikan pelaksanaan fasa ikut lajak. Rajah di bawah (fasa - fasa [a] ke [e])
menunjukkan aplikasi prinsip di atas ketika membuat aksi tendangan hantaran jauh.

PRINSIP 3

Secara keseluruhan, impuls yang tinggi boleh dijana secara memaksimumkan (a)
aplikasi daya, (b) masa aplikasi atau kombinasi daya dan masa optimum. Contoh
aplikasi prinsip ini dalam sukan:

Semasa bertinju, tumbukan ceduk ke sasaran akan menjana impuls yang lebih tinggi
berbanding tumbukan ‘jab’. Ini kerana tempoh masa kontak tumbukan - sasaran adalah
71

lebih lama ketika tumbukan ceduk, berbanding ‘jab’.


Page

AKK©2013
PRINSIP 4

Momentum diabadikan semasa pelanggaran atau kontek dua atau lebih jasad. Jasad
berjisim lebih tinggi akan mempunyai kelajuan pasca - kontek yang lebih rendah.

Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:

Manipulasi prinsip ini meluas dalam sukan gusti Greco - Roman. Ahli gusti dalam
kategori masing - masing berusaha mencapai berat badan maksimum mengikut
kategori tertentu kerana kelajuan pasca-kontek yang rendah semasa kontak 2 - jasad
bermakna sukar untuk dijatuhkan / ubah posisi.

PRINSIP 5

Jasad bergerak mempunyai momentum, jadi impuls atau daya akan diperlukan untuk
menghentikan atau mengurangkan kelajuan pergerakan jasad tersebut.

Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:

Dalam permainan ragbi, pemain yang bertahan boleh melakukan ‘tackle’ yang lebih
efektif jika ia berlari kepada penyerang yang membawa bola untuk membuat ‘tackle’
tersebut, berbanding situasi pemain yang bertahan menunggu hingga ke saat akhir
untuk membuat ‘tackle’.

4.2.4. Perhubungan impuls dan momentum

MOMENTUM
• apa saja sistem yang bergerak, ia mempunyai momentum
72

• momentum ialah satu vektor kuantiti


Page

AKK©2013
• momentum melibatkan rintangan sesuatu sistem untuk berubah dalam
pergerakannya dan kelajuannya
• lebih besar rintangan atau lebih besar kelajuan sesuatu sistem maka lebih besar
momentumnya
• kita lihat konsep momentum sesuatu sistem dalam:
• pergerakan linear
• pergerakan putaran
• dalam pergerakan linear
• M = mv ( M = momentum, m = jisim, v = kelajuan)
• apabila ada daya luar yang bertindak meningkatan atau mengurangkan kelajuan
maka momentum akan bertambah atau berkurang

Impulse

• IMPULSE : Kombinasi masa dan daya


• Dalam tubuh badan implus berkait dengan kekuatan dan fleksibiliti.
• Secara matematik Hukum Newton’s Kedua adalah F = ma.
• Ini hanya menunjukkan apa yang berlaku pada ketika itu.

• Dalam sukan dan pergerakan manusia, hasil terakhir dari daya luaran yang
bertindak ke atas atlet atau objek dalam durasi masa dengan kepecutan semasa
atlet dan objek pada ketika daya dikenakan / aplikasikan diberi keutamaan.
• Contohnya, kelajuan bola bergerak setelah pemain itu memberi daya ke atas
bola itu semasa aksi membuat servis tenis.
73
Page

AKK©2013
• • F=ma,

• • purata kepecutan= perubahan kelajuan bagi masa



a= v/t, F=m(v/t)

F (t) = m (vt - vi )

• Formula atas mengiatkan momentum-impulse.

• Dalam sukan dan pergerakkan manusia, objek selalunya


jisimkonstant.

• Merupakan hasil darab jisim dengan pecutan


F = ma ( F = daya; m = jisim dan a = pecutan)

74
Page

AKK©2013
(Hukum Newton Kedua: Hukum pecutan)

Hukum ini menyatakan bahawa daya ialah kadar perubahan momentum)

Lontar Peluru ?
• Dalam lontaran, siku berada dalam keadaan bengkok pada awal peringkat
kedudukan dan akan diluruskan sepenuhnya pada masa pelepasan. Otot - otot
yang meluruskan siku mengecut pada tahap maksimum.

PRINSIP JUMLAH PADUAN DAYA

Prinsip mekanik penting yang terbit daripada hubungan impuls - momentum ialah
prinsip jumlah paduan daya (summation of forces). Prinsip ini menyatakan bahawa
75

ketika pergerakan, daya yang terhasil daripada satu segmen sendi akan bergabung
dengan daya yang akan dihasilkan oleh segmen sendi yang seterusnya.
Page

AKK©2013
Interaksi segmen - segmen sendi

Pemindahan daya dalam pergerakan sangat bergantung kepada penggunaan sendi


secara efisyen. Perubahan momentum maksimum (impuls maksimum) boleh dicapai
dalam keadaan - keadaan berikut:

 Interaksi segmen yang terlibat dalam penghasilan pergerakan berlaku


mengikut sikuen daripada segmen besar ke segmen kecil.

 Pergerakan kesemua interaksi segmen sendi berlaku pada satu arah.

 Interaksi segmen - segmen sendi berkeadaan ekstensi penuh ketika


aplikasi daya maksimum atau pada fasa kontek dua jasad.

 interaksi segmen berlaku dengan aplikasi daya semasa pergerakan tadi


melibatkan kombinasi daya dan masa di tahap optimum.
76

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah bahawa keupayaan seseorang atlet untuk
Page

menjana impuls maksimum ketika beraksi turut bergantung kepada beberapa

AKK©2013
pertimbangan variabel anatomi seperti kekuatan dan struktur otot, posisi jasad serta
keupayaan koordinasi dalam konteks integrasi neural atau kawalan motor.

Arah aplikasi daya

Penjanaan daya dalam sesuatu pergerakan adalah dipengaruhi oleh titik aplikasi daya,
magnitud daya, dan arah aplikasi daya tersebut. Titik aplikasi daya adalah
berhubungkait dengan konsep pusat graviti jasad, di mana titik aplikasi daya yang
sejajar dengan lokasi pusat graviti akan menghasilkan pergerakan linear, manakala titik
aplikasi daya di luar lokasi pusat graviti bakal menghasilkan pergerakan angular.

Magnitud merujuk kepada kuantiti daya yang diaplikasi. Kuantiti daya yang besar untuk
penghasilan aksi bagi boleh dijana menerusi aplikasi jumlah paduan daya. Arah
aplikasi daya adalah faktor mutakhir yang memastikan penjanaan daya yang berkesan
bagi penghasilan sesuatu aksi.

• Selain dari prinsip di atas ada faktor yang lain iaitu


77

– The length of the implement


Page

– The grip

AKK©2013
Apakah yang mempengaruhi
jarak projektil ?

Jarak

Kelajuan Pelepasan Aerodinamik


(Lembing &
Cakera)
Daya Masa Tinggi Sudut

PERGESERAN

• daya yang menghalang pengelongsoran / gulingan sesuatu permukaan ke atas


permukaan yang lain.
• kekuatan daya geseran ini bergantung kepada:
– jenis bahan atau tekstur permukaan
– kekuatan daya yang menekan kedua - dua permukaan ini.

AERODINAMIK
• perihal gerakan udara atau angin
• gerakan sesuatu objek di udara sentiasa mengalami daya - daya aerodinamik
78

• umpamanya daya yang diwujudkan oleh aliran angin ke atas sesuatu benda
Page

yang bergerak menentukan bagaimana laluan objek itu di udara.

AKK©2013
• dua jenis kesan dialami objek yang bergerak di udara :
– daya seretan atau daya angkatan
• daya angkatan : bila objek bergerak secara penjujur ke arah tiupan angin objek
terangkat ke atas
• daya seretan: bila objek bergerak terus ke arah tiupan angin .....menghalang
gerakan

Memeriksa Panjang Implemen

• Lebih panjang objek, lebih laju pada hujung objek tersebut. Contohnya golf driver
mempunyai shaft yang lebih panjang dari iron sembilan.
• Lebih panjang implemen lebih sukar untuk mengawal :
– strike the right balance
– atlet yang lemah akan menggunakan implemen yang lebih pendek
berbanding dengan atlit yang kuat
– check your technical manuals for tips

Adjust The Grip

• Grip mempengaruhi kelajuan kemahiran memukul.


• Genggaman yang kuat menghasilkan permindahan tenaga antara tangan dan
implemen. Memberi kawalan implemen (Fleksibiliti ?)
• Genggaman yang ringan dalam kemahiran komplek dalam badminton.
Genggaman yang kuat pada penghujung pukulan adalah penting.
79
Page

AKK©2013
.

4.3. Tuas dalam badan

• Tuas merupakan sebuah mesin ringkas yang terdiri daripada sebatang palang
rigid yang membenarkan rotasi di aksis atau di fulkrumnya

• Terdapat tuas kelas pertama, kedua dan ketiga

• Tuas merupakan palang/lengan keras yang bergerak ke atas satu paksi atau
fulkrum.

• Daya yang dikenakan ke atas tuas boleh membantu menggerakkan rintangan.

• Dalam tubuh manusia, tulang bertindak sebagai tuas, sendi sebagai fulkrum dan
otot sebagai pemberi daya

80

4.3.2. Jenis Tuas


Page

AKK©2013
SISTEM TUAS KELAS
PERTAMA

• Daya Beban/Rint.
• (Tendon otot)
• Paksi
• (sendi)

SISTEM TUAS KELAS KEDUA

• Beban Daya
• tendon
Paksi
(sendi)

81
Page

AKK©2013
SISTEM TUAS KELAS KETIGA

• Paksi Daya Beban

4.3.4. Modifikasi panjang lengan tuas


(Lengan daya dan lengan beban) dalam sukan
Tuas merupakan daya yang berkaitan dengan pergerakan angular / bersudut

Bagaimanakah menentukan kepentingannya dari segi mekanikal?


• nisbah antara lengan daya (force arm) dengan lengan beban (resistance arm)
untuk sesuatu tuas itu

Kedudukan berkenaan F R
daya tindakan, bebanan,
82

dan fulkram atau aksis Kelas Pertama


Page

rotasi akan menentukan R F


klasifikasi tuas
Kelas Kedua

F R
AKK©2013
Kelas Ketiga
• Dalam badan manusia, kebanyakan sistem tuas otot - tulangnya adalah kelas

Oleh demikian:
– Kebaikan mekanikal < 1
– Menggalakkan julat pergerakan dan kelajuan angular bahagian badan.

4.3.5. Tork dan tuas


 Tuas sebagai ‘alat’ untuk mengatasi daya rintangan yang lebih tinggi daripada
daya yang diaplikasi. Dalam situasi begini, tuas membolehkan jasad
mengaplikasi magnitud daya yang kecil bagi mengatasi rintangan yang
tinggi. Oleh kerana magnitud daya kecil, julat pergerakan yang perlu
dihasilkan juga kecil. Dalam kata mudah, banyak kerja dapat
83

dilakukan menerusi usaha yang minimum.


Page

AKK©2013
 Tuas sebagai ‘alat’ untuk meningkatkan jarak bagi menggerakkan rintangan,
menerusi aplikasi daya yang mengatasi magnitud rintangan tersebut.
Dalam situasi begini, tuas tidak menjimatkan penjanaan daya oleh
jasad tetapi ia meningkatkan julat dan kelajuan pergerakan.
 Hasil daripada tegangan otot dan lengan daya menyebabkan sesuatu tork
terjadi di sendi akibat daripada tindakan otot tadi.
 Tork di otot:
o Tork yang terjadi di otot
o Menyebabkan pergerakan di sendi :
(a) jarak bersudut tepat antara pusat sendi dengan garis tindakan
aksi otot
(b) berubah - ubah jikalau sudut sendi turut berubah
(c) mencapai maksimum apabila sudutnya menjadi 90°
o Hasilan tork sendi:
 Jumlah tork yang terhasil daripada otot di sekitar sesuatu
sendi itu.

84
Page

AKK©2013
• Kebanyakan bentuk latihan yang memerlukan ‘free weights’, tork yang dihasilkan
oleh beban tersebut berubah - ubah kerana lengan moment (moment arm)
daripada bebanan tersebut juga berubah - ubah ketika pergerakan.
• Keberkesanan mekanikal kumpulan otot yang berbeza dengan perubahan sudut
sendi, merupakan asas utama perkakas latihan bebanan moden

4.5. Analisis Pergerakan – Analisis Kualitatif

4.5.1. Definisi analisis kuanlitatif

• Menghuraikan dan menerangkan pencapaian kemahiran menggunakan sistem


perkiraan biomekanik. = Analisis Kuantitatif Video

4.5.2. Menyenaraikan “senarai semak” faktor teknikal (mekanikal) untuk


mengenalpasti kesilapan pergerakan yang berlaku di fasa lakuan (persediaan,
lakuan dan ikut lajak)

85
Page

AKK©2013
4.5.3. Menerangkan langkah dan peringkat proses analisis pergerakan
(Persediaan, Pemerhatian, Penilian dan intervensi) digunakan bagi meningkatkan
pencapaian atau mengurangkan risiko kecederaan

Terdapat 4 langkah perlu dipatuhi ketika menganalisi pergerakan. Antaranya adalah


seperti berikut:
1. Menentukan cara dan apa yang hendak dilihat;
2. Perhatikan pencapaian/video kemahiran;
3. Menilai kesilapan dan mengenalpasti kesilapan
4. Mengarahkan atlet/memaklumkan jurulatih

4.5.4. Memperkenalkan asas penggunaan perisian analisis video “KINOVEA”


86

Matlamat penggunaan:
Page

AKK©2013
“Untuk Mingkatkan Pencapaian dan pada masa sama mengurangkan risiko”

Memperkenalkan penggunaan perisian ”KINOVEA”

1. Muat turun perisian “KINOVEA”.


2. Beberapa “video footage” permainan akan dibekalkan.
3. Sesi tunjuk ajar dan amali akan disusuli ketika kuliah.
4. Calon dikehendaki melakukan analisis berdasarkan garis panduan berikut:
a. “Turn on” KINOVEA;
b. buka fail video yang telah dimuat turunkan;
c. Gunakan “Trim tool” untuk menyunting video yang dikehendaki;
d. Set “Start point” pada frame video permulaan dan “end point” pada frame video
akhir;
e. Klik “edit” di Movie Maker dan pilih kelajuan pergerakan yang sesuai;
f. Kemudian, calon dikehendaki menganalisis video footage yang sudah diedit itu,
g. Tentukan apa yang hendak dikira? ( What to measure?)
h. Gunakan ikon kinematik dan cuba dapatkan seberapa banyak kiraan
kinematiknya (Contoh, halaju, jarak, luas tapak sokongan, ketinggian C.O. G,
kelajuan heretan kayu atau kaki dan sebagainya)
.

87
Page

AKK©2013
“Winning isn’t everything. It’s the only thing.”
88

“To finish first you must first finish.”


Page

“Thinking good thoughts, precede good actions.”

AKK©2013
89
Page

AKK©2013
Asas Periodisasi

Periodisasi mengikut Bompa (1999) adalah merupakan proses penstrukturan latihan


kpd fasa-fasa mengikut masa. Juga boleh didefinisikan sebagai pembahagian proses
latihan kepada jangkamasa tertentu yangberbeza dr segi penekanan, matlamat dan
tempoh masa. Konsep perancangan latihan secara periodisasi diasaskan berdasarkan
prinsip biologi dan keupayaan adaptasi manusia atau lebih dikenali sebagai General
Adaptation Syndrome (GAS). Pelan latihan berdasarkan konsep ini akan merangkumi
dua aspek iaitu periodisasi pelantahunan dan periodisasi kebolehan motor. Gambarajah
di bawah menunjukkan bagaimana periodisasi berfungsi, iaitu bilakah seseorang atlit itu
ingin mencapai tahap prestasi maksima.

Gambarajah: Contoh bagaimana periodisasi memastikan atlit mencapai tahap prestasi


terbaik pada waktu diingini (pada waktu pertandingan sebenar).
90
Page

AKK©2013
Kepentingan Periodisasi

Dua kepentingan dan faedah utama menggunakan periodisasi dalam merancang


latihan adalah bagi membolehkan atlit mencapai masa kemuncak (peak) yang ideal dan
memperolehi masa pemulihan (recovery) yang mencukupi.

1. Masa Kemuncak (Peak) Yang Ideal

• Dapat menganggarkan/menetapkan masa untuk ‘peak’atau pencapaian optima.


• Atlit memperolehi kesan latihan optima dari setiap fasa latihan.
• Menghasilkan prestasi konsisten.
• Atlit tidak mungkin memberikan prestasi terbaik setiap masa.

2. Masa Pemulihan (Recovery) Yang Mencukupi


• Beri peluang kpd pemulihan utk membolehkan berlakunya proses adaptasi (GAS).
• Kurang risiko kecederaan.
• Kurang masalah keciciran, `burn-out’.
• Halang drpd terlalu memberi penekanan kepada pertandingan.

JENIS KITARAN
Perancangan latihan dengan kaedah periodisasi bergantung penuh kepada
kemampuan merancang dengan membahagikan proses latihan kepada bahagian atau
fasa atau kitaran tertentu. Bahagian-bahagian terbabit dikenali dengan panggilan
‘kitaran’. Kitaran-kitaran latihan boleh dirancang samada secara kitaran tunggal, kitaran
berganda atau kitaran tri-cycle (kemuncak pelbagai/multi peak).

1. KITARAN TUNGGAL (MONO-CYCLE)


- dicadangkan utk atlet muda.
91

- mempunyai fasa persediaan yg panjang (kurang tekanan pertandingan).


Page

- tumpuan kepada peningkatan asas latihan fizikal .

AKK©2013
2. KITARAN BERGANDA (BI-CYCLE)

- dicadangkan utk atlet yg layak ke kej.kebangsaan.


- perlu fasa pra-persediaan yg panjang.

3. TRI-CYCLE ATAU MULTI-PEAK

- dicadangkan utk atlet berprestasi tinggi.


- atlet telah mempunyai asas dan latar belakang (latihan dan pertandingan) yang
kukuh. Contoh-contoh perancangan latihan berkaitan di tunjukkan secara mudah
melalui jadual dan gambarajah yang disediakan selepas ini.

Pelan Tahunan Pra-Persediaan Pertandingan Transisi

(Minggu) (Minggu) (Minggu) (Minggu)

Mono-cycle(52) 32 @ lebih 10-15 5

Bi-cycle(26) 13 @ lebih 5 –10 3 –4

Tri-cycle(17-18) 8 @ lebih 3-5 2–3

Jadual: Contoh pelan tahunan jenis-jenis kitaran

92
Page

AKK©2013
Period Persediaan Pertandingan Transisi
Fasa Persediaan Persediaan Pra- Pertandingan Transisi
Umum Spesifik Pertandingan

Kitaran
Meso

Kitaran
Mikro

Gambarajah: Contoh rancangan tahunan / kitaran mikro

Fungsi Tahap-Tahap Perancangan

Setiap tahap perancangan mempunyai fungsi-fungsinya yang tertentu seperti yang


disenaraikan dibawah:

Unit : Satu praktis untuk mencapai satu objektif. Latihan satu kebolehan biomotor
sahaja (contohnya kelajuan)

Sesi: Satu atau beberapa unit latihan yang digabungkan.

Kitaran Mikro: Beberapa sesi yang diorganisasikan untuk mendapatkan kesan optima
daripada setiap sesi.

Kitaran Meso: Beberapa kitaran mikro untuk mengembangkan objektif latihan spesifik
93

yang digunakan untuk membawa sesuatu status latihan kepada tahap diperlukan untuk
Page

mencapai objektif.

AKK©2013
FASA KITARAN SECARA KESELURUHAN (TAHUNAN / MAKRO)

Fasa kitaran mikro terdiri daripada:


a) Fasa Persediaan: Fasa persediaan umum diikuti oleh fasa persediaan spesifik.
b) Fasa Pertandingan: Fasa pra-pertandingan diikuti oleh fasa pertandingan.
c) Fasa Transisi: Satu fasa persediaan atau pemulihan sebelum musim seterusnya
(luar musim).

OBJEKTIF FASA-FASA KITARAN MAKRO

1. Fasa Persediaan

a.Persediaan Umum
- diagnosis masalah-masalah pertandingan.
- Kembang asas (ketahanan, kekuatan &mobiliti.
- Perbaiki aspek teknikal.
- Persediaan untuk Fasa Persediaan Spesifik.
- Perkenalkan kemahiran baru.

Komponen Isipadu
Latihan Umum Tinggi
Daya Tahan Aerobik Tinggi
Kekuatan Tinggi
Daya Tahan Kekuatan Tinggi
Kelajuan Rendah-
ditingkatkan
Teknik-koordinasi: teknik Tinggi
94

larian
Page

AKK©2013
Jadual: Kaitan antara komponen latihan dan isipadu latihan dalam fasa persediaan
umum

b. Persediaan Spesifik
- Kembangkan kecergasan acara spesifik.
- Kembangkan aspek teknikal lanjutan (advance).
- Persediaan untuk Fasa Pertandingan.

Komponen Isipadu
Daya Tahan Aerobik Tinggi
Daya Tahan Acara Sederhana:
Khusus Ditingkatkan
Kekuatan Tinggi
Kuasa Sederhana:
Ditingkatkan
Daya Tahan Kekuatan Sederhana:
Dikurangkan
Kelajuan Sederhana:
Ditingkatkan
Teknik/Koordinasi Sederhana:
Ditingkatkan

Jadual: Kaitan antara komponen latihan dengan isipadu latihan bagi fasa persediaan
khusus / spesifik
95
Page

AKK©2013
2. Fasa Pertandingan
a. Pra-Pertandingan
- Beri pengalaman progresif intensiti untuk pertandingan
- Perbaiki prestasi pertandingan.
- Buat penilaian teknikal dalam bentuk pertandingan.
- Tingkat pengalaman pertandingan.
- Layak diri untuk kejohanan seterusnya.
Komponen Isipadu
Daya Tahan Aerobik Sederhana
Kelajuan Tinggi
Daya Tahan Acara Khusus Tinggi-melalui pertandingan
Kekuatan Rendah
Pertandingan Ditingkatkan
Jangkamasa pemulihan Bertambah

Jadual: Kaitan antara komponen latihan dan isipadu latihan bagi fasa pra-pertandingan
b. Pertandingan
- Memperkemaskan model teknikal lanjutan (advance)
- Persediaan utk prestasi optima (peak).
- Capai prestasi optima
Komponen Isipadu
Pertandingan Tinggi
Daya tahan aerobik sederhana
Kelajuan Tinggi
Daya Tahan Acara Khusus Melalui pertandingan
Kekuatan Rendah
Teknik/koordinasi Rendah
Jangkamasa pemulihan Bertambah
96

Jadual: Kaitan antara komponen latihan dan isipadu latihan bagi fasa pertandingan.
Page

3. Fasa Transisi

AKK©2013
- Pemulihan (recovery) mental & fizikal dan pemulihan kecederaan
- Persediaan untuk kitaran Fasa Persediaan.
- Terlibat dengan sukan-sukan lain -bukan sukan spesifik sebenar atlit bagi pengekalan
tahap kecergasan

PERIOD FASA JENIS FASA TEMPOH


(MINGGU)
Persediaan 1 - Persediaan Umum 3 –6
2 - Persediaan Spesifik 3–6
Petandingan 3 - Pra-Pertandingan 3 –6
4 - Pertandingan Umum 3 –6
5 - Pertandingan Utama 2
Transisi 6 - Transisi 1-4

Jadual: Fasa dan tempoh kitaran makro (freeman, 1989)

97
Page

PERIODISASI TUNGGAL

AKK©2013
Gambarajah: Contoh periodisasi tahunan (tunggal)
Kelebihan Periodisasi Tunggal:
- Lebih banyak masa untuk mengembangkan asas prestasi yang diperlukan
- Banyak masa untuk latihan dan pemulihan

Kekurangan Periodisasi Tunggal:


- Kekurangan pertandingan
- Beberapa ‘stereotype’ loading yang tidak dapat dielakkan.

PERIODISASI BERGANDA (DOUBLE PERIODIZATION)

Kelebihan Periodisasi Berganda:


- Banyak pilihan pertandingan.
- Beban latihan spesifik yang tinggi.
- Tingkat motivasi dan pengalaman kerana banyak pertandingan.
- Banyak latihan teknik secara intensif.
98

- Proses identifikasi dan intensifikasi


- Kekurangan Periodisasi Berganda:
Page

AKK©2013
- Kekurangan masa menguasai kebolehan asas
- Fasa persediaan kedua bergantung kepada masa
- Kurang masa untuk pemulihan

Gambarajah: Contoh latihan tahunan


99
Page

AKK©2013
100

Gambarajah: Contoh latihan tahunan


Page

AKK©2013
KITARAN MESO
Kitaran meso adalah merupakan gabungan beberapa kitaran mikro.

Kitaran Mikro 1 meso 6 minggu Fasa Persediaan


2 meso 6 minggu
3 meso 6 minggu
4 meso 6 minggu Fasa Pertandingan

Jadual: Contoh kitaran mikro dengan 4 kitaran meso yang setiap satunya mengambil
masa 6 minggu dan dipecahkan pada dua fasa utama iaitu fasa persediaan dan fasa
pertandingan

Gambarajah: Contoh umum isipadu latihan bertambanh secara beransur-ansur


101
Page

AKK©2013
Gambarajah:Conoth tahap dalam proses pembinaan kitaran mikro

Gambarajah: Contoh perancangan latihan mikro


102
Page

AKK©2013
Setelah para jurulatih memahami sepenuhnya konsep asas proses pembinaan latihan
dengan kaedah periodisasi, beberapa persoalan boleh digunakan bagi melihat dan
mmeriksa samada semua perkara berkaitan telah diambil kira dalam proses pembinaan
program latihan berteraskan konsep periodisasi. Berikut persoalan atau senarai semak
yang boleh digunakan:
Senarai semak Kitaran Mikro
- Adakah kandungan latihan sesuai dengan jangkasama latihan?
- Adakah kaedah latihan yang dipilih bersesuaian dengan matlamat?
- Adakah tahap umur-berkaitan?
- Adakah seimbang antara bebanan latihan dan pemulihan?
- Prinsip kepelbagaian
- Adakah unit latihan dan komponen latihan disusun sesuai dengan keperluan
yang berbeza (memanaskanadan:daya tahan) mengikut keupayaan
biomotor?

103
Page

AKK©2013
Turut disediakan disini adalah contoh pelan latihan mengajar seperti gambarajah
berikutnya:

Gambarajah: Contoh pelan latihan mengajar atau kertas pelan perancangan program
latihan harian.

Merancang Periodisasi Latihan

a) Mengenalpasti jenis pertandingan yang ingin diikuti.


b) Mengkelaskan jenis pertandingan mengikut tahap pertandingan dan keutamaan
c) Mengenalpasti blok latihan mengikut komponen terlibat dan tempoh masa yang
dimiliki serta jumlah pertandingan dan keutamaannya.
104
Page

AKK©2013
5. Analisa Keperluan

a) Komponen latihan dan persediaan fizikal yang mana penting untuk sukan anda?

5.1 Perancangan Sesi Latihan Persediaan Fizikal

Dalam merancang sesi latihan persediaan fizikal, secara lebih mendalam terdapat
beberapa pemboleh ubah yang boleh dimanupulasi bagi memenuhi keperluan
setiap fasa periodisasi terlibat. Pemboleh ubah ini boleh dibahagiakan kepada
pemboleh ubah akut, iaitu pelboleh ubah yang boleh dimanipulasi atau diubah
dalam setiap sesi latihan mengikut keadaan dan kesesuaian; dan pemboleh ubah
kronik yang biasanya hanya diubah setelah selesai setiap fasa atau tempoh
tertentu (sila rujuk balik adaptasi latihan akut dan kronik dalam nota Tahap 1
SPKK).

a) Pembolehubah Akut

- Pemilihan jenis latihan


- Turutan latihan
- Set dan ulangan
- Bebanan
- Tempo

b) Pembolehubah Kronik

- Intensiti
- Jumlah
105

- Jangka masa
- Densiti
Page

AKK©2013
5.2 Latihan Rintangan

Sesi praktikal akan mengenalpasti beberapa perkara berikut:


a) Mengenalpasti teknik dan isu keselamatan.
b) Jenis-jenis latihan rintangan.
c) Pernafasan, postur badan dan aspek biomekanik.dalam latihan.

Teknik Latihan Asas

a) Squat dan variasi.


b) Lunges dan variasi.
c) Bench Press dan variasi.
d) Chin Up dan variasi.
e) Deadlift dan variasi.
f) Bent-Over Row dan variasi.
g) Regangan PNF.

‘ Blessed are they who earn their living without harming others”

One generation plants the tree under whose cool shade another generation takes
it ease
“Di Dunia ini benda-benda tidak berubah kecuali kalau ada yang mengubahnya” -
Garfield

“ You can help a palyer a lot by correcting him, but more by encouraging him”
106
Page

AKK©2013
107
Page

AKK©2013
6.1 Penilaian Status Pemakanan: Komposisi Tubuh dan Keseimbangan Tenaga

6.1.1 Status Pemakanan

Maksud status pemakanan ialah keadaan atau tahap kesihatan seseorang individu
yang dipengaruhi oleh pengambilan dan penggunaan nutrien. Status pemakanan
normal melibatkan pengambilan makanan seimbang dan penggunaan nutrien
secara efisien.

Keperluan pemakanan bagi atlet tidak jauh beza dengan populasi normal yang lain.
Survei pemakanan mendapati kebanyakan atlet tidak mencapai tahap keperluan
nutrien dan tenaga harian mereka. Oleh yang demikian, penilaian status pemakanan
bertujuan untuk mengenalpasti sama ada atlet mencapai keperluan pemakanan
mereka berdasarkan tekanan akibat latihan/senaman.

Penilaian Status Pemakanan


Komponen dalam penilaian status pemakanan termasuk:
a) Penilaian antropometri dan komposisi tubuh.
b) Analisis biokimia yang melibatkan darah dan/atau urin.
c) Penilaian klinikal.
d) Penilaian pengambilan makanan.

6.1.2 Komposisi tubuh

Komposisi tubuh merujuk kepada dua komponen utama dalam tubuh manusia iaitu
108

bahagian lemak tubuh (fat mass) dan bahagian tubuh tanpa lemak (fat free mass).
Kedua-dua komponen ini menyumbang kepada berat badan individu. Oleh yang
Page

demikian, komposisi tubuh dan berat badan adalah dua perkara yang berbeza.

AKK©2013
Penilaian komposisi tubuh adalah salah satu faktor penting dalam pengurusan berat
badan, sains sukan dan jagaan kesihatan. Berat badan (kg) dan komposisi tubuh
boleh mempengaruhi prestasi sukan atlet. Pemantauan berat badan sebelum dan
selepas latihan dapat digunakan sebagai petunjuk kepada keperluan cecair serta
ianya mempengaruhi kelajuan (speed), daya tahan dan kuasa atlet. Manakala
komposisi tubuh boleh mempengaruhi kekuatan, ketangkasan dan penampilan atlet.
Kebanyakan atlet memerlukan nisbah kekuatan kepada berat (strength-to-weight)
yang tinggi untuk mencapai prestasi optimum, dan pada masa yang sama lemak
tubuh menyumbang kepada berat badan tetapi tidak kepada kekuatan maka sebab
itulah atlet disaran untuk mempunyai peratus lemak tubuh yang rendah. Walau
bagaimanapun peratus lemak tubuh yang terlampau rendah (< 6%) boleh memberi
kesan negatif kepada kesihatan dan prestasi keseluruhan.

Tujuan utama penilaian komposisi tubuh atlet adalah untuk mendapat maklumat /
data asas bagi membantu atlet mencapai tahap prestasi yang diingini.

Penilaian Komposisi Tubuh

Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk menilai komposisi tubuh.
Secara umumnya ia melibatkan kaedah secara langsung dan tidak langsung
(indirect).

Kaedah secara langsung – ketepatan menghampiri 100% dan penilaian dibuat


melalui post mortem.

Kaedah tidak langsung – dilakukan terus pada atlet dan dapat menganggar peratus
109

lemak tubuh, jisim tanpa lemak, densiti tulang dan status hidrasi.
Page

AKK©2013
Penilaian komposisi tubuh berdasarkan sama ada model dua komponen atau multi-
komponen. Model dua komponen melibatkan pembahagian tubuh kepada bahagian
lemak tubuh dan bahagian tanpa lemak. Contoh teknik yang biasa digunakan ialah
hidrodensitometri (timbangan hidrostatik) dan plethysmography (BODPOD).
Manakala contoh model multi komponen (tiga komponen) ialah penilaian dual-
energy X-ray absorptiometry (DEXA) dan analisis impedans bioelektrik (BIA).

Kajian dalam bidang pemakanan sukan banyak menumpu kepada penilaian


komposisi tubuh yang lebih mudah, praktikal, cepat dan tidak membahayakan atlet
contohnya pengukuran lemak tubuh menggunakan kaliper. Ianya melibatkan
anggaran lemak tubuh di bawah lipatan kulit pada tubuh di bahagian tertentu.

6.1.3 Keseimbangan Tenaga

Kebanyakan individu termasuk atlet perlu mengekalkan berat badan dan komposisi
tubuh dalam julat normal sebaiknya dalam julat tempoh yang panjang. Keadaan ini
dapat dicapai melalui keseimbangan tenaga iaitu memastikan pengambilan
makanan seimbang dengan penggunaan tenaga melalui penglibatan aktiviti
fizikal/senaman. Atlet yang mengambil makanan melebihi keperluan aktiviti mereka
dikatakan mengalami keseimbangan tenaga positif dan sebaliknya berlaku
sekiranya penggunaan tenaga melebihi pengambilan makanan mereka
(keseimbangan tenaga negatif). Konsep keseimbangan tenaga boleh ditunjukkan
melalui formula di bawah:

Keseimbangan Tenaga: Pengambilan Tenaga = Penggunaan Tenaga

6.2 Pemakanan Sebelum, Semasa Dan Selepas Latihan/Pertandingan


110

6.2.1 Pengambilan Makanan: Sebelum Latihan/Pertandingan


Page

AKK©2013
Kajian tentang kesan pengambilan karbohidrat (CHO) telah diselidik berkurun
lamanya. CHO dikenalpasti sebagai sumber tenaga yang dapat memaksimumkan
simpanan glikogen dan mengekalkan aras glukosa darah semasa senaman/latihan
daya tahan. Penyelidikan terkini telah menyokong beberapa kajian sebelum ini
tentang pengambilan CHO, asid amino, protein dan kreatin sebelum senaman
rintangan telah dapat meningkatkan adaptasi tubuh terhadap latihan dan
menurunkan insidens kecederaan otot akibat senaman.

Saranan Pengambilan Nutrien Sebelum Latihan

Simpanan glikogen adalah terhad dan bergantung sepenuhnya kepada status


pemakanan serta tahap intensiti dan latihan atlet. Simpanan glikogen semasa
intensiti latihan tahap sederhana ke tinggi (65 – 85% VO2max) hanya dapat bertahan
selama 90 minit hingga 3 jam. Atlet seterusnya akan mengalami penurunan
kelajuan, output kerja dan intensiti senaman sebaik sahaja simpanan glikogen habis.

Secara umumnya, saranan pengambilan CHO dan protein sebelum senaman ialah 1
– 2 g CHO/kg dan 0.15 – 0.25 g protein/kg, 3 – 4 jam sebelum latihan.

6.2.2 Pengambilan Makanan: Semasa latihan/pertandingan

Kebanyakan kajian mendapati pengambilan makanan semasa senaman tidak


sebegitu kritikal seperti pengambilan makanan/minuman sebelum senaman.
Matlamat utama pemberian makanan/minuman semasa senaman terutamanya bagi
aktiviti aerobik ialah untuk membantu mengembalikan atau meningkatkan aras
glukosa darah sebelum senaman supaya atlet kembali bertenaga.
111
Page

AKK©2013
Saranan Pengambilan Nutrien Semasa Latihan

Kebolehdapatan CHO dan aras simpanan glikogen otot semasa senaman/latihan


adalah penentu utama prestasi daya tahan seseorang atlet. Pemberian CHO
menjadi semakin penting sekiranya aras simpanan glikogen otot atlet berada di aras
yang sedia rendah sebelum satu-satu latihan bermula.

Sekiranya tempoh senaman melangkaui 60 minit, sumber CHO dari


makanan/minuman menjadi sangat penting untuk mengekalkan aras glukosa darah
dan simpanan glikogen otot. Pemberian makanan/minuman yang mengandungi
CHO sebanyak 30 – 60 g per jam, iaitu dengan meminum 1 – 2 cawan, 6 – 8%
minuman sukan setiap 10 – 15 minit.
Kajian mendapati pemberian CHO dalam bentuk kombinasi campuran gula seperti
glukosa, fruktosa, sukrosa dan maltodekstrin telah dapat meningkatkan proses
penggunaan CHO di otot dari 1.0 g CHO / minit kepada 1.2 g – 1.75 g CHO / minit.
Keadaan ini memperbaiki tempoh prestasi uji masa (time trial).

Hasil penyelidikan turut mendapati penambahan protein kepada CHO pada nisbah 3
– 4:1 (CHO:PRO) telah menunjukkan peningkatan prestasi daya tahan semasa
senaman akut dan kepada sesi latihan daya tahan yang seterusnya. Di samping itu,
manfaat pengambilan kombinasi CHO dan protein juga dapat dilihat pada latihan
rintangan (resistance) dan meningkatkan simpanan glikogen otot, mengimbangi
kerosakan otot serta membantu atlet segera beradaptasi kepada latihan akut dan
aktiviti rintangan berpanjangan.

6.2.3 Pengambilan Makanan: Selepas latihan/pertandingan


112

Matlamat utama pemberian makanan selepas senaman atau latihan adalah untuk
mempercepatkan proses pemulihan (recovery). Banyak penerbitan hasil kajian telah
Page

membuktikan keberkesanan pemberian nutrien sebagai suplemen untuk

AKK©2013
meningkatkan prestasi latihan atlet sama ada aktiviti daya tahan ataupun rintangan.
Suplementasi pemakanan selepas senaman turut mempengaruhi proses pemulihan
glikogen intraotot, membekalkan stimulasi positif terhadap perubahan kinetik asid
amino dan memperbaiki keseimbangan protein di samping meningkatkan adapatasi
atlet terhadap latihan rintangan.

Saranan Pengambilan Nutrien Selepas Latihan

Pengambilan CHO sebanyak 8 – 10 g CHO/kg/hari dalam tempoh 30 minit pertama


sebaik sahaja tamat latihan/senaman telah terbukti dapat merangsang penghasilan
semula glikogen otot. Dengan penambahan protein sebanyak 0.2 g – 0.5 g
PRO/kg/hari kepada CHO dengan nisbah 3: 1 (CHO: PRO) telah menunjukkan
proses penyimpanan semula glikogen yang lebih berkesan. Simpanan glikogen
dapat dimaksimumkan melalui pengambilan diet tinggi indeks glisemik sebanyak
600 – 1000 g atau ~8 – 10 g/kg/hari.

Kesimpulan

Senaman berpanjangan (prolonged) pada intensiti sederhana ke tinggi selama > 60 –


90 min akan menyebabkan kehabisan simpanan tenaga. Oleh itu, pemberian nutrien
mengikut masa latihan/senaman yang betul akan mengimbangi sebarang perubahan
yang berlaku akibat senaman.

Pengambilan minuman sukan 6 – 8% (6 – 8 g CHO/100 ml minuman) sebanyak 1 – 2


cawan setiap 15 – 20 min akan dapat mengekalkan aras glukosa darah atlet.
Glukosa, fruktosa, sukrosa dan sumber CHO tinggi indeks glisemik lain adalah senang
113

untuk dihadam tetapi atlet perlu berhati-hati dengan pengambilan fruktosa yang
berlebihan (> 50g /hidangan) kerana ianya diserap di gastrousus secara perlahan dan
Page

ia boleh menyebabkan ketidakselesaan perut.

AKK©2013
Penambahan protein sebanyak 0.15 – 0.25 g PRO/kg/hari kepada CHO pada setiap
masa makan terutamanya selepas senaman akan menggalakkan penyimpanan semula
glikogen otot.

Pengambilan 6 – 20 g protein yang mengandungi asid amino perlu (essential amino


acids) dan 30 – 40 g sumber CHO tinggi indeks glisemik, sebaik sahaja 30 minit
pertama selepas senaman serta dalam tempoh 3 jam kemudiannya telah terbukti
merangsang sintesis/ pembentukan protein otot.

Pengambilan kombinasi CHO dan protein setiap hari akan meningkatkan kekuatan dan
memperbaiki tisu tanpa lemak serta peratus lemak tubuh semasa latihan rintangan.

Pengambilan snek atau hidangan yang mengandungi nisbah CHO dan protein (3: 1
CHO: Protein) tanpa mengira masa latihan/senaman akan membantu mempercepatkan
pemulihan dan penggantian semula simpanan glikogen otot.

Jadual di bawah menunjukkan contoh/senarai makanan kaya protein yang


mengandungi 10 g per saiz hidangan.

2 biji telur saiz kecil 60 g kacang @ kekacang


120 g tofu 150 g legume @ lentil
300 ml susu lembu 200 g kacang panggang
400 ml sus kacang soya 150 ml fruit smoothie
3 cawan nasi @ 2 cawan pasta 200 g yogurt
4 keping roti 35 – 50 g isi ikan @ ayam
90 g bijirin sarapan pagi 30 g keju
114

20 g susu tepung skim


Page

AKK©2013
6.3 Muatan Karbohidrat

Muatan karbohidrat atau muatan glikogen adalah teknik pemakanan yang direka untuk
meningkatkan kandungan glikogen di dalam hati dan otot untuk tujuan melambatkan
keletihan. Teknik ini dirangka kerana karbohidrat adalah sumber tenaga yang penting
untuk otot yang melakukan latihan intensiti tinggi serta simpanan glikogen yang terhad
di dalam hati dan otot. Kaedah ini selalunya digunakan 3-7 hari semasa persediaan
pertandingan utama.
6.3.1 Jenis Atlet Yang Mendapat Kelebihan Menggunakan Teknik Muatan
Karbohidrat
Secara umum, kaedah ini memberi manfaat pada atlet yang memerlukan tenaga
secara berpanjangan, seperti atlet jarak jauh, renang, basikal, triathlon dan
seumpamanya. Kaedah ini juga sesuai untuk atlet yang terlibat dalam acara yang
panjang dan berulang seperti pertandingan bolasepak, badminton dan tenis. Ini
bermakna kaedah muatan karbohidrat sesuai untuk atlet yang menggunakan
glikogen otot sebagai tenaga utama yang akan menyebabkan penyusutan glikogen
dalam fiber otot.

6.3.2 Cara Untuk Muatan Karbohidrat


Hari Muatan Karbohidrat Yang Kaedah Asal/Klasik
Disarankan
1 Latihan untuk menyusutkan Latihan untuk menyusutkan
glikogen (ikut keperluan) glikogen
2 Diet campuran, sederhana Diet tinggi protein/lemak;
karbohidrat, latihan dikurangkan karbohidrat rendah, latihan
dikurangkan
3 Diet campuran, sederhana Diet tinggi protein/lemak;
115

karbohidrat, latihan dikurangkan karbohidrat rendah, latihan


dikurangkan
Page

AKK©2013
4 Diet campuran, sederhana Diet tinggi protein/lemak;
karbohidrat, latihan dikurangkan karbohidrat rendah, latihan
dikurangkan
5 Diet tinggi karbohidrat; latihan Diet tinggi karbohidrat, latihan
dikurangkan dikurangkan
6 Diet tinggi karbohidrat; latihan Diet tinggi karbohidrat; latihan
dikurangkan atau rehat dikurangkan atau rehat
7 Diet tinggi karbohidrat; latihan Diet tinggi karbohidrat; latihan
dikurangkan atau rehat dikurangkan atau rehat
8 Hari pertandingan Hari pertandingan

Nota: Diet tinggi karbohidrat = 8 - 10 g/berat badan/hari; anggaran 70-80% kalori


adalah dari
karbohidrat

6.3.3 Cara Mengetahui Glikogen Otot Telah Meningkat

Cara yang paling tepat adalah dengan melakukan biopsi otot, namun cara ini tidak
praktikal dan biasanya dilakukan untuk tujuan kajian. Namun cara yang lebih sesuai
ialah dengan mengambil bacaan berat badan pada setiap pagi. Adalah dianggarkan
3g air bergabung bersama setiap 1g glikogen. Maka dengan itu jika badan dapat
menyimpan glikogen tambahan sebanyak 300-400g, bersama air 900-1200g, maka
berat badan akan meningkat 1200 -1600g melebihi berat badan semasa latihan dan
pengambilan makanan biasa.

6.3.4 Jenis Atlet Yang Mendapat Kesan Baik Dari Muatan Karbohidrat
116

Walaupun atlet akan mendapat kesan positif dengan peningkatan pengambilan


karbohidrat, namun program muatan karbohidrat tidaklah perlu untuk semua atlet.
Page

AKK©2013
Secara umumnya, muatan karbohidrat tidak meningkatkan prestasi sukan untuk
latihan berintensiti tinggi dalam tempoh 30 minit. Dalam satu kajian mendapati tiada
kesan bagi kandungan glikogen otot semasa ujian intensiti sangat tinggi (125%
VO2max) atau prestasi semasa latihan intensiti tinggi sepenuh tenaga selama 3 minit.

Muatan karbohidrat memberi kesan kepada atlet yang terlibat dalam acara
jangkamasa panjang dan berulang. Hasil kajian yang menggunakan 2 pasukan hoki
ais Sweden. Pasukan yang menjalani program muatan karbohidrat mempunyai
kandungan karbohidrat otot yang lebih tinggi, yang berkaitan dengan peningkatan
jumlah jarak skate, bilangan perubahan skate dan kelajuan dalam perlawanan
kedua.

Muatan karbohidrat banyak memberikan keputusan positif dalam kajian yang


berkaitan dengan sukan jarak jauh. Ujian makmal menunjukkan latihan masa hingga
lesu (time to exhaustion) mempunyai kaitan dengan kandungan glikogen dalam otot
atau jumlah karbohidrat dalam diet.

6.3.5 Kesan Muatan Karbohidrat

Penambahan berat badan yang berkait dengan peningkatan kandungan air akan
memberikan kesan untuk sukan yang perlu membawa berat badan. Namun
kebanyakan sukan yang mendapat manfaat dari muatan glikogen adalah atlet
mendapat tenaga tambahan. Bagi atlet yang bertanding dalam cuaca panas,
kandungan air tambahan dapat menghasilkan peluh yang dapat menurunkan suhu
badan semasa aktiviti dalam sekitaran panas.

Dari segi kesihatan, atlet yang mempunyai masalah diabetik, perlu mendapat
117

nasihat doktor sebelum memulakan program. Ini kerana diet tinggi karbohidrat
kebiasaannya turut mengandungi gula ringkas. Individu yang mempunyai aras
Page

AKK©2013
lemak yang tinggi dalam darah atau tinggi kolesterol juga perlu mengelakkan diet
tingi protein/lemak.

Kesan lain adalah seperti diarea, loya dan kekejangan otot kerana perubahan
mendadak kepada pola pemakanan yang melebihkan gula ringkas. Bagi atlet yang
ingin melaksanakan program muatan karbohidrat perlu menjalani program ini
semasa latihan, dan bukannya semasa menghampiri pertandingan.

6.4Makanan Tambahan dan Bahan Ergogenik

Makanan tambahan merujuk kepada nutrien yang diambil untuk memenuhi keperluan
atlet. Terdapat pelbagai jenis makanan tambahan yang berada di pasaran. Bahan
ergogenik merujuk kepada bahan yang mampu dan dipercayai dapat meningkatkan
prestasi sukan (Powers & Howley 2007). Contoh bahan ergogenik ialah nutrien
(karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral) dan dadah. Atlet perlu mengenalpasti
keperluan individu sebelum mengambil makanan tambahan ini. Menurut Australian
Institute of Sports (AIS), terdapat 4 pengkelasan makanan tambahan dan bahan
ergogenik. Pengkelasan ini adalah berdasarkan kajian saintifik yang dijalankan untuk
meningkatkan prestasi sukan. Pembahagian kumpulan tersebut adalah seperti berikut:

Kumpulan A Produk Di dalam Kumpulan Ini


• Membekalkan sumber tenaga • Minuman sukan
dan nutrien dalam diet atlet • Makanan tambahan dalam bentuk
• Telah menjalani ujian saintifik cecair
dan menunjukkan kesan • Jeli tenaga
terhadap prestasi sukan • Bar tenaga
118

• Kafein
• Kreatin
Page

AKK©2013
• Kalsium
• Ferum
• Whey protein
• Probiotik untuk kesihatan sistem
penghadaman
• Vitamin D
• Penggantian elektrolit
Kumpulan B Produk Didalam Kumpulan Ini
• Telah menjalani beberapa kajian • ß-alanin
saintifik atau mempunyai data • Jus beetroot/nitrat
asas yang mencadangkan • Antioksida-Vitamin C dan E
kesan terhadap prestasi sukan • Karnitin
• Telah menimbulkan minat • Kolostrum
dikalangan jurulatih dan atlet • ß-hydroxy-ß-methylbutyrate (HMB)
terhadap keberkesanan produk • Minyak ikan
ini
• Quarcetin
• Probiotik untuk sistem pertahanan
badan

Kumpulan C Produk Didalam Kumpulan Ini


• Makanan tambahan yang • Ribosa
mempunyai sedikit bukti kajian • Ko-enzim Q10
saintifik • Suplemen vitamin kecuali dalam
kumpulan B
• Ginseng
119

• Kordisep, rhodiola rosea


• Glukosamin
Page

• Air beroksigen

AKK©2013
• Minyak medium-chain triglyceride
(MCT)
• ZMA
• Inosin
• Piruvat

Kumpulan D Produk Didalam Kumpulan Ini


• Tidak digalakkan penggunaanya Perangsang (Stimulan)
• Bahan-bahan ini telah di • Ephedrine
senaraikan sebagai bahan • Strychine
terlarang atau berisiko • Sibutramine
mengalami kontaminasi • Methylhexanamine
• Herbal
Pro-hormon dan perangsang hormon
• DHEA
• Androstenedione
• 19-norandrostenedione
• Pro-hormon
• Tribulus terrestris dan perangsang
testosteron
• Gliserol

a. Kreatin

Kreatin merupakan bahan asid amino dan disimpan di dalam otot skeletal (100-
150 mmol/kg/berat kering). Kreatin fosfat (CrP) membekalkan fosfat yang cepat
120

untuk sintesis semula ATP (adenosine triphosphate) semasa latihan intensiti


tinggi. Oleh kerana keupayaan kreatin menghasilkan tenaga dengan pantas,
Page

AKK©2013
kreatin merupakan sumber tenaga utama untuk aktiviti yang berintensiti tinggi
dalam masa 5-10 saat.

Sumber makanan yang mempunyai kreatin ialah daging merah dan telur. Kreatin
juga dapat disintesis daripada arginin, glisin, metionin di dalam hati dan dibawa
ke otot untuk digunakan.

Terdapat protokol untuk pengambilan kreatin.


– 4-6 kali pengambilan 5g kreatin sepanjang hari selama 5 hari untuk
meningkatkan jumlah kreatin dalam otot selepas 2-3 hari

– 3g/hari akan meningkatkan jumlah kreatin selepas 28 hari

– kreatin bersama CHO (75-100 g) akan meningkatkan pengumpulan


kreatin

Pengambilan kreatin akan memberikan kesan sampingan seperti loya, gangguan


sistem penghadaman, sakit kepala dan kekejangan. Disarankan kepada atlet
yang mengambil kreatin untuk meningkatkan jumlah pengambilan air.

b. Kafein

Kafein adalah sejenis dadah yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Kafein telah dikeluarkan dari senarai bahan terlarang oleh World Anti Doping
Association (WADA) pada tahun 2004. Sumber utama kafein adalah teh, kopi,
coklat, kola dan minuman tenaga. Kebanyakan sumber ini membekalkan 30-
100mg kafein untuk setiap hidangan. Guarana adalah bahan yang baru
diperkenalkan yang mempunyai fungsi seperti kafein yang dimasukkan di dalam
minuman tenaga.
121
Page

AKK©2013
Kesan kafein adalah seperti pergerakan kalsium dalam otot, keseimbangan
kalium-natrium dan kesan langsung ke atas enzim seperti glycogen
phosphorylase. Peningkatan tindakbalas katekolamin dan kesan langsung kafein
pada siklik-AMP, kedua-dua aktiviti ini akan meningkatkan tindakbalas lipolisis
dalam tisu adipos dan tisu otot, seterusnya menyebabkan peningkatan
kepekatan asid lemak bebas untuk dioksidakan semasa latihan intensiti
sederhana dan menggalakkan simpanan glikogen. Kajian saintifik menunjukkan
kafein memberikan kesan kepada latihan jangka masa panjang.

Protokol pengambilan kafein adalah 1 jam sebelum menjalankan aktiviti fizikal.


Kesan ergogenik kafein boleh bertahan sehingga 6 jam selepas diambil (Bell &
McLellan 2002). Dos kafein yang disarankan bagi memberi kesan positif untuk
latihan selama 1 jam dan lebih adalah 1-3mg/kg berat badan, dan dos yang lebih
tinggi tidak memberikan kesan yang berbeza terhadap prestasi sukan.
Kesan pengambilan kafein adalah berbeza di antara individu. Sesetengah
individu akan mengalami peningkatan denyutan nadi, sakit kepala, gangguan
tidur dan tangan terketar-ketar.

Rujukan
Burke L. & Deakin V. Clinical Sports Nutrition, 3rd Edition, 2006
Burke L. Practical Sports Nutrition. 2007

“No great work can be done without sacrifice.”

“Maturity only comes when one has learned the hardway and has taken a few
knocks in the process.”
122

“Tidak ada perkara besar pernah tercapai tanpa kesungguhan”


Page

AKK©2013
123
Page

AKK©2013
Pengenalan

• Pengukuran dan penilaian dalam sukan menghasilkan maklumat melalui ujian


yang dijalankan.
• Maklumat ini penting dalam menentukan prestasi atlit.
• Prestasi yang dicapai berpandukan pada piawai yang sedia ada.

Objektif

Di akhir sesi ini peserta boleh:


• Menerangkan maksud pengukuran dan penilaian.
• Senaraikan fungsi pengukuran dan penilaian.
• Menerangkan maksud kesahan,kebolehpercayaan dan objektiviti.
• Merangka prosedur pengujian.

Isi kandungan

• Definisi pengukuran dan penilaian


• Fungsi pengukuran dan penilaian
• Kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti.
• Pentadbiran ujian
• Prosedur untuk menilai pencapaian kemahiran
• Menentukan piawaian.

1.0 Pengukuran dan Penilaian


124

1.1a Definisi Pengukuran dan Penilaian


Pengukuran dan penilaian dalam sukan amat penting.
Page

AKK©2013
• Hasil pengujian digunakan sebagai maklumat untuk membuat keputusan.
• Pengukuran ialah pengumpulan imformasi berdasarkan keputusan.
• Penilaian menggunakan alat pengukur dalam membuat keputusan.
• Ujian digunakan untuk mengumpul maklumat.
• Dalam pengujian, maklumat di jelaskan berpandukan piawai.
1.1b Fungsi Pengukuran dan Penilaian

• Fungsi utama pengukuran dan penilaian ialah untuk membuat keputusan


supaya penambahbaikan boleh dilakukan. Enam tujuan diadakan pengujian:
o Penempatan - Ujian digunakan untuk meletakkan atlet dalam kelas
masing-masing mengikut kemampuan. Contoh: ujian kecergasan
dijalankan sebelum satu program dirancang.
o Diagnosis - ujian dijalankan untuk mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan seseorang atlit. Penempatan atlet bergantung kepada
statusnya dibanding dengan orang lain.
o Penilaian Berdasarkan Pencapaian
• Penempatan, diagnosis, dan penilaian berdasarkan pencapaian dapat
membantu dalam penyediaan arahan individu itu.
• Dalam latihan, ini akan menentukan matlamat atau menunjukkan
kemajuan.
o Jangkaan
• hasil ujian boleh digunakan untuk menjangka pencapaian individu
pada aktiviti masa depan dan juga kemajuan dari semasa ke semasa.
• Jangkaan memerlukan maklumat kemajuan masa depan melalaui
pencapaian semasa. Ia juga membantu atlit memilih aktiviti yang
mereka paling mahir.
o Penilaian Program
125

• keputusan penilaian atlet boleh digunakan sebagai bukti untuk menilai


program.
Page

AKK©2013
• dengan membezakan keputusan ujian atlet dengan norma atau piawai
kebangsaan atau perubahan tahunan yang dilakukan oleh atlet,
keputusan penting boleh dilakukan.
o Motivasi
• keputusan ujian boleh meningkatkan motivasi seseorang. Seorang
atlet akan berusaha untuk memperbaiki pencapaian.

1.2 Kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti

• Kesahan: Tahap dimana dapatan ujian jelas den tepat.


• Kebolehpercayaan:Satu sukatan yang sah dan stabil dalam jangka masa
tertentu.
• Objektiviti:Persetujuan mengenai jangkaan yang tepat pada nilai ujian.

1.3 Pentadbiran ujian

• cara mentadbir ujian yang baik tertakluk pada sebelum, semasa dan selepas
ujian.
• sebelum ujian: tahu apa yang hendak diuji, menentukan prosedur kajian,
tentukan arahan, kenali responden, pastikan aktiviti memanaskan badan dan
percubaan ujian, tentukan alatan yang hendak digunakan, sediakan score
sheet dan tentukan jangkamasa yang diperlukan.
• semasa ujian: persediaan, motivasikan responden dan pastikan keselamatan
responden.
• selepas ujian: analisis data dan merekod hasil kajian.
126
Page

1.4 Prosedur penilaian pencapaian kemahiran

AKK©2013
• Jelaskan apa yang hendak diukur.
• Tentukan instrumen yang hendak digunakan.
• Uji dahulu instrumen.
• Semak ujian dan prosedur ujian.
• Menguruskan instrumen.
• Pastikan kesahan, kebolehpercayaan dan fesibiliti ujian melihat semula bateri
ujian.
• Pastikan hasil kajian mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

1.5 Menentukan kepiawaian


• Kepiawaian yang digunakan sebagai rujukan adalah rujukan norma atau
rujukan kriteria.

1.6 Contoh Prosedur Ujian Kecergasan

a) Kecergasan Aerobik - Ujian Lari Ulang Alik (Bleep Test)

Kecergasan aerobik merupakan satu komponen yang amat penting di dalam


permainan bola sepak. Ujian Lari Ulang Alik (Bleep Test) akan digunakan untuk
membuat penilaian ke atas tahap kecergasan aerobik pemain-pemain.

Tujuan : Untuk mengukur tahap kecergasan aerobik dan daya tahan


kardiovaskular.

Alatan : Skital, pita pengukur, pita rakaman audio, radio kaset.


127
Page

Prosedur :

AKK©2013
i. Tandakan ukuran di atas kawasan rata bagi jarak 20 meter.
ii. Subjek dikehendaki memanaskan badan dan melakukan aktiviti regangan.
iii. Subjek bersedia di garisan permulaan dalam kedudukan berdiri. Apabila
kaset dimainkan, subjek berlari ke garisan 20 meter bertentangan dan
hendaklah sampai sekurang-kurangnya sebelah kaki di atas garisan semasa
bunyi `beep’ berikutnya kedengaran.
iv. Jika subjek sampai dan bunyi `beep’ belum kedengaran, subjek dikehendaki
menunggu. Selepas kedengaran bunyi `beep’, subjek berlari semula ke
garisan 20 meter yang bertentangan.
v. Aktiviti larian ulang alik ini diteruskan mengikut bunyi `beep’ dan tahap
tertentu mengikut kemampuan subjek. Bunyi `beep’ akan semakin cepat
mengikut tahap-tahap tertentu.
vi. Kegagalan untuk sampai ke garisan 20 meter sebanyak 2 kali berturut-turut
menyebabkan subjek dikira gagal.
vii. Tahap terakhir yang berjaya dicapai oleh subjek direkodkan sebagai
pencapaian terbaik.

Kiraan Skor :

i. Kiraan skor subjek diambil berdasarkan kepada peringkat atau tahap yang
berjaya dicapai oleh subjek.
ii. Tahap yang berjaya dicapai oleh subjek akan ditukarkan kepada kiraan
VO2max untuk menentukan gred subjek.
128
Page

Norma Skor Ujian Lari Ulang Alik -Bleep Test ( dalam;ml/kg/min):

AKK©2013
Peringkat Umur
Gred Kriteria 13 – 19 tahun 20 – 29 tahun
Cemerlang 55.9 ke atas 52.4 ke atas
Sangat Baik 51.0 – 55.9 46.5 – 52.4
Baik 45.2 – 50.9 42.5 – 46.4
Sederhana 38.4 – 45.1 36.5 – 42.4
Lemah 38.3 dan ke bawah 36.4 dan ke bawah

Sumber : The Physical Fitness Specialist Certification Manual, The


Cooper Institute for Aerobics Research, Dallas TX, revised 1997
printed in Advance Fitness Assessment & Exercise Prescription,
3rd Edition, Vivian H. Heyward, 1998.p48

Gambarajah Ujian Lari Ulang Alik (Bleep Test) :

kon

garisan
20 meter
129
Page

b) Ketangkasan – Ujian Ketangkasan Illinois (Illinois Agility Test)

AKK©2013
Ketangkasan merupakan pergerakan mengubah arah dengan pantas.
Ketangkasan adalah satu lagi elemen yang penting di dalam permainan bola sepak.
Untuk mengukur tahap ketangkasan pemain, ujian `Illinois Agility Test’ akan digunakan.

Tujuan : Mengukur prestasi kepantasan berlari dan menukar arah.


Alatan : Kawasan padang yang rata, skital, jam randik, pita
pengukur.
Prosedur :
i. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
ii. Subjek memulakan larian daripada kedudukan berdiri.
iii. Arahan `sedia’ dan mula apabila wisel ditiup, subjek berlari ke hadapan
menuju ke garisan yang hampir dengan skital yang pertama, seterus
membelok untuk menuju skital kedua, diikuti dengan gerakan berlari di celah-
celah empat skital yang disusun selari secara pergi dan balik, kemudian
menuju ke garisan yang hampir dengan skital ketiga dan membelok ke skital
garisan penamat (rujuk gambarajah).
iv. Jam pemasa dimulakan daripada wisel dibunyikan sehinggalah subjek tiba di
garisan penamat.
v. Dua percubaan diberikan dengan diberi rehat antara dua percubaan.
Kiraan Skor :

i. Masa diukur dalam unit saat.


ii. Masa terpantas daripada dua percubaan yang diperolehi diambil sebagai skor
ujian.
130

Norma Skor Mentah Ujian Ketangkasan Illinois (dalam; saat) :


Page

AKK©2013
Gred Kriteria Masa
Cemerlang 15.2 ke bawah
Sangat Baik 16.1 – 15.2
Baik 18.1 – 16.2
Sederhana 18.3 – 18.2
Lemah 18.3 ke atas

Sumber : Davis B. et al; Physical Education and the Study of Sport; 2000

Gambarajah Ujian Ketangkasan Illinois :

131

c) Kelenturan – Ujian Duduk dan Jangkau (Sit And Reach Test)


Page

AKK©2013
Kelenturan juga amat penting kepada pemain-pemain bola sepak kerana ianya
amat berguna ketika melakukan kemahiran menyepak bola, melontar, menggelecek,
menanduk dan lain-lain. Penilaian ke atas pemain akan dijalankan dengan
menggunakan Ujian `Sit And Reach’.

Tujuan : Untuk mengukur kelenturan pada bahagian belakang dan


otot hamstring.

Alatan : Kotak berukuran lebih kurang 30 cm tinggi x 40 cm


lebar x 60 cm panjang, pita pengukur atau pembaris, blok kayu kecil.

Prosedur :

i. Subjek duduk di atas lantai dengan kaki diluruskan ke hadapan dan kedua-
dua tapak kaki menyentuh rapat pada permukaan tepi kotak. Kasut
hendaklah ditanggalkan. Bukaan jarak kaki ialah seluas bahu.
ii. Kedua-dua bahagian lutut hendaklah rapat dan menyentuh lantai (tidak boleh
diangkat).
iii. Kedudukan tapak tangan hendaklah bertindih, diluruskan dan sama kedua-
duanya dengan tapak tangan menghala ke bawah.
iv. Subjek melenturkan badan ke hadapan dan menolak blok kayu kecil secara
perlahan-lahan lurus ke hadapan (mengikut garisan pembaris / pengukur)
sejauh yang boleh.
v. Subjek tidak boleh melakukan aksi henjutan. Selepas 2 saat, jarak paling jauh
yang berjaya dicapai diambil kira sebagai ukuran.
vi. Dua percubaan diberikan kepada subjek.
132

Kiraan Skor :
Page

AKK©2013
i. Kiraan skor direkodkan dalam unit sentimeter (cm).
ii. Jarak paling jauh yang berjaya dilakukan daripada dua percubaan oleh
subjek selepas menolak blok kayu kecil direkodkan sebagai jarak terbaik.

Norma Skor Mentah Ujian Duduk dan Jangkau (dalam unit sentimeter) :

Peringkat Umur
Gred Kriteria 15 – 19 tahun 20 – 29 tahun
Cemerlang 39 dan ke atas 40 dan ke atas
Sangat Baik 34 – 38 34 – 39
Baik 29 – 33 30 – 33
Sederhana 24 – 28 25 – 29
Lemah 23 dan ke bawah 24 dan ke bawah

Sumber : From Advanced Fitness Assessment and Exercise Prescription, Fifth


Edition, by Vivian H. Heyward, 2006, Champaign, IL: Human Kinetics.

d) Kelajuan – Ujian Lari Pecut 30 Meter

Kelajuan atau `speed’ merupakan komponen yang penting di dalam permainan


bola sepak. Pemain yang mempunyai larian yang deras mempunyai kebolehan untuk
mengatasi pihak lawan. Bagi mengukur tahap kelajuan pemain, Ujian Larian Pecut akan
digunakan.

Tujuan : Mengukur kepantasan prestasi berlari.

Alatan : Jam randek, pita pengukur dan skital atau pita penanda
133

Prosedur :
Page

AKK©2013
i. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
ii. Subjek memulakan larian dari kedudukan berdiri.
iii. Arahan `sedia’ dan dan mula apabila wisel dibunyikan, pada masa yang
sama penguji memulakan jam pemasa. Subjek dikehendaki berlari sepantas
yang mungkin.
iv. Jam pemasa dihentikan selepas subjek tiba di garisan penamat. Masa dikira
dari mula sehingga subjek tiba ke garisan penamat.
v. Dua percubaan diberikan dan percubaan terbaik direkodkan sebagai
keputusan ujian.

Kiraan Skor :

i. Kiraan masa diambil dalam unit saat apabila subjek tiba di garisan penamat.
ii. Skor dikira berdasarkan masa terpantas yang diperoleh daripada dua
percubaan.

Norma Skor Mentah Ujian Lari Pecut 30 Meter (dalam saat) :

Gred Peringkat Umur


Kriteria 14 tahun 15 tahun 16 tahun 17 tahun
dan ke atas
Cemerlang 4.40 ke 4.25 ke 4.10 ke 3.99 ke
Sangat Baik bawah bawah bawah bawah
Baik 5.09 - 4.41 4.91 - 4.26 4.76 - 4.11 4.64 – 4.00
Sederhana 5.78 – 5.10 5.59 – 4.92 5.44 – 4.77 5.31 – 4.65
Lemah 6.47 – 5.79 6.26 – 5.60 6.11 – 5.45 5.96 – 5.32
6.48 ke atas 6.27 ke atas 6.12 ke atas 5.97 ke atas
134
Page

AKK©2013
Sumber : Skor berdasarkan 830 orang pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan
Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia: Ahmad Hashim (2004).
Pengukuran Kecergasan Motor, Tanjung Malim, Perak: Quantum Books.

Gambarajah Ujian Lari Pecut 30 Meter :

kon garisan mula garisan tamat

30 meter

e) Kekuatan dan Kuasa – Ujian Lompat Menegak (Vertical Jump)

Untuk mengukur tahap kekuatan dan kuasa para pemain, Ujian `Vertical Jump’
akan digunakan bagi menilai kekuatan kaki. Kekuatan kaki amat penting di dalam bola
sepak kerana akan digunakan untuk berlari, melompat dan menyepak bola.

Tujuan : Mengukur prestasi kuasa kaki dalam lakuan motor.

Alatan : Pita pengukur, pita penanda dan kapur.

Prosedur :

i. Posisi mula, berdiri sisi selari dengan dinding. Satu tangan diletakkan di
belakang.
ii. Kedua-dua belah kaki dibuka seluas bahu, jarak bahu dengan dinding
135

membolehkan tangan dihayun.


iii. Jangkauan sambil berdiri setinggi yang mungkin dan tandakan.
Page

AKK©2013
iv. Bengkokkan lutut, tangan kanan kekal lurus di sisi dinding, tangan kiri kekal di
belakang badan, lompat setinggi yang mungkin dan tandakan.
v. Tidak dibenarkan melangkah atau berjalan semasa hendak membuat
lompatan.
vi. Dua percubaan diberi. Percubaan yang terbaik sahaja dikira sebagai skor
ujian.
vii. Tidak dibenarkan memakai kasut semasa percubaan.
Kiraan Skor:

i. Ketinggian lompatan dikira berdasarkan perbezaan di antara jarak jangkauan


semasa berdiri dan melompat.
ii. Percubaan terbaik dikira sebagai skor ujian.

Norma Skor Mentah Ujian Lompat Menegak (dalam; sentimeter) :

Gred Peringkat Umur


Kriteria 14 tahun 15 tahun 16 tahun 17 tahun
dan ke atas
Cemerlang 55.99 ke 58.12 ke 60.16 ke 61.31 ke
Sangat Baik atas atas atas atas
Baik 44.56 - 47.12 - 48.49 - 49.14 –
Sederhana 55.98 58.11 60.15 61.30
Lemah 44.55 – 47.11 – 48.48 – 49.13 –
33.12 36.11 36.81 36.96
33.11 – 36.10 – 36.80 – 36.95 –
21.68 25.10 25.14 24.79
21.67ke 25.09ke 25.13ke 24.79ke
136

bawah bawah bawah bawah


Page

AKK©2013
Sumber : Skor berdasarkan 830 orang pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan
Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia: Ahmad Hashim (2004).
Pengukuran Kecergasan Motor, Tanjung Malim Perak: Quantum Books.

2.0 Pengurusan Pasukan

a. Pengenalan
• Meliputi daripada komunikasi yang berkesan hingga perancangan yang
efisien.
• Memerlukan komitmen dan tanggongjawab yang tinggi daripada jurulatih.
• Pengurusan yang berkesan dapat dilihat melalui prestasi atlet.
• Pencapaian berdasarkan individu dan pasukan untuk mencapai matlamat dan
bagaimana untuk mencapainya.

b. Objektif

Jurulatih dapat:
• Mengenalpasti dan melatih atlet menggunakan kaedah yang betul.
• Menerangkan prosedur semasa menyediakan atlet.
• Menerangkan persediaan penjadualan yang berkesan.
• Fakor yang melibatkan pengurusan fasiliti.
• Berbincang mengenai pengurusan alatan dan bekalan yang berkesan.
• Memperkenalkan cara penyimpanan rekod yang sistematik dan berkesan.

c. Kandungan:

• Memilih dan melatih atlet.


137

• Persediaan pemain.
Penjadualan.
Page

AKK©2013
• Fasiliti
• Peralatan dan bekalan.
• Penyimpanan rekod.

d. Pemilihan dan Melatih Atlet:

• Pemilihan dijalankan secara sistematik berdasarkan bakat, kemampuan,


kemahiran, dan lain-lain ciri yang diperlukan.
• Perkara yang perlu dielakkan: populariti dan pengaruh luaran
• Aspek yang diuji: tahap kecergasan fizikal, kemahiran dan psikologi

e. Cara Melatih:

• Memperkenalkan kemahiran.
• Mengajar melalui logik dan kejelasan.
• Tunjukcara.
• Gunakan bahasa yang mudah dan jelas.
• Beri galakan untuk atlet bertanya dan memberi komen.
• Beri peluang kepada atlet untuk mencuba pada sesi pratikal.
• Jalankan ujian dan menilai kemahiran yang diajar.

f. Persediaan Pemain

• Memerlukan persediaan perancangan dan pengurusan yang rapi


• Aspek yang perlu dititikberatkan:
o Fizikal
138

o Teknikal
o Taktikal
Page

AKK©2013
o Psikologi
• Pembahagian peratusan 4 komponen program latihan di atas sebelum
pertandingan.
• Pembahagian peratusan 4 komponen program latihan di atas semasa
pertandingan.
• Pembahagian peratusan 4 komponen program latihan di atas selepas
pertandingan.

g. Penjadualan

• Penjadualan amat penting dalam pengurusan yang berkesan. Ia meliputi:


• Jadual latihan harian
• Jadual bermusim dan tahunan
• Jadual pemakanan harian
• Jadual prestasi atlet secara individu
• Jadual prestasi berpasukan

h. Kemudahan

• Pengurusan fasiliti meliputi kemudahan dan keperluan untuk latihan.


Keselamatan perlu dititikberatkan. Kriteria yang perlu diambil berat ialah:
• Tahap keselamatan yang optimum.
• Penjadualan penggunaan.
• Kebersihan.
• Penyelanggaraan.
139
Page

AKK©2013
i. Peralatan dan Bekalan

• Pengurusan alatan dan bekalan perlu diurus secara sistematik.Kaedah


mengurus meliputi:
• Sebelum disimpan pastikan alatan dibersihkan dan yang rosak diperbaiki.
• Alatan yang berpasangan diikat bersama.
• Tanda alatan dengan jelas.
• Simpan alatan berpandukan sais yang sama.
• Sediakan stor yang bersesuaian.
• Jersi dan pakaian disimpan pada tempat yang selamat.
• Sediakan buku inventori untk merekod alatan dan diaudit secara berkala.

j. Penyimpanan Rekod

• Penyimpanan rekod yang baik akan membantu jurulatih mengenalpasti


kekuatan dan kelemahan pasukannya.Ia meliputi rekod peribadi, kesihatan
dan prestasi athit. Cara mengendalikannya ialah:
• Penyediaan bermula pada hari pertama.
• Rekod prestasi disediakan kedua-dua individu dan berpasukan.
• Rekod hendaklah berterusan bermula dari musim persediaan ke musim
transisi.
• Sediakan tempat yang penyimpanan yang bersesuaian.
• Semak rekod dari semasa ke semasa.
• Tumpuan hendaklah diberikan kepada atlet yang tidak meningkat.
140
Page

AKK©2013
3.0 Komunikasi

a. Pengenalan
• Kemahiran di mana individu berkongsi atau bertukar informasi melalui
pengalaman.
• Ia bertindak sebagai penyebar maklumat dan penyelaras.
• Ia berlaku menerusi pujukan, penaksiran, penerangan, motivasi dan
penyelesaian masalah.

b. Objektif

Di akhir sesi peserta dapat:


• Menambah keupayaan berkomunikasi.
• Bertindak secara positif dalam sukan.
• Mengetahui cara yang berkesan untuk mendengar dan dapat menerangkan
tabiat buruk semasa berkomunikasi.

c. Kandungan

• Komunikasi berkesan
• Mendengar

d. Komunikasi Berkesan

Faktor ke arah komunikasi berkesan:


• Tepat dan ringkas.
• Lengkap dan mantap.
141

• Jelas dan konsisten.


• Terbuka.
Page

AKK©2013
• Dapat mengasingkan fakta dan pendapat.
• Fokus pada satu perkara pada sesuatu masa.
• Efisyen tanpa bertangguh.
• Perkara yang penting diulang untuk pengukuhan.
e. Membina kredibiliti semasa berkomunikasi

• Tahu apa hendak dikata.


• Tentukan masa yang sesuai.
• Cari masa dan suasana yang kondusif.
• Mengenalpasti cara yang terbaik untuk menyampaikannya.
• Biasakan melihat mata pendengar.
• Gunakan bahasa yang sesuai.
• Gunakan bahasa lisan dan bukan lisan dengan jelas.
• Memastikan pendengar faham apa yang hendak dikata.

f. Pendekatan positif dalam komunikasi

• Beri pujian sebagai pengukuhan.


• Meningkatkan keyakinan diri atlit dengan memberi mereka peluang
menyatakan pendapat.
• Tunjukkan minat dan memahami apa yang hendak diperkatakan.
• Memahami kelemahan penyampai dan bantu mereka.

g. Tabiat negatif semasa berkomunikasi


142

• Menggunakan bahasa kasar dan tidak sesuai.


• Berasa tidak yakin dan teragak-agak untuk menyampaikan sesuatu.
Page

• Mesej yang disampaikan tidak sama dengan apa yang hendak diperkatakan

AKK©2013
• Kurang informasi.
• Kurang perancangan.
• Persekitaran yang tidak kondusif.
• Masalah emosi.
• Sombong

h. Ketentuan dalam komunikasi

• Tidak dilakukan semasa emosi terganggu kerana ia mempengaruhi


keputusan.
• Jangan melibatkan emosi dengan profesionalisma.
• Jika emosi terganggu, catatkan mesej yang ingin disampaikan.

i. Mendengar

• Proses di mana percakapan ditaksirkan.


• Strategi mendengar ialah:
o Bayangkan gambaran yang mesej yang diterima.
o Satukan mesej yang sama atau satukan jika mesej itu terlampau
banyak.
o Tanya soalan pada perkara yang kurang jelas.
o Membuat nota.
o Cari petunjuk (clues) dalam bentuk visual dan verbal.

j. Mendengar secara aktif

Jurulatih yang berkesan mengamalkan tabiat suka mendengar kerana:


143

• Mendapatkan maklumat daripada atlet dan tidak bertindak bersendirian.


• Informasi digunakan untuk penambahbaikan.
Page

AKK©2013
• Wujudkan persekitaran yang boleh merapatkan hubungan atlet dan jurulatih.
• Berupaya mengenalpasti masalah atlet dan menyelesaikannya dalam masa
yang singkat.

k. Halangan pendengaran

• Motivasi untuk mendengar - jika perkara itu menarik minat.


• Menjadi pendengar yang boleh berfikir dan kritikal - pendengar mesti sentiasa
bersedia dan mendapat mesej yang mustahak pada bila-bila masa.
• sentiasa belajar untuk mendengar.

l. Komunikasi Bukan lisan

• Komunikasi yang baik meliputi penggunaan media, lisan dan juga bukan
lisan. Penggunaan memek muka, gerakan badan, ketawa dan lain-lain dapat
membantu.
• Lima kategori penggunaan komunikasi bukan lisan:
o Pergerakan badan.
o Sentuhan.
o Kualiti suara.
o Jarak di antara penyampai dan pendengar.
o Alat bantuan.

4.0 Latihan Berkesan

a. Pengenalan
• Faktor penting dalam latihan berkesan ialah cara penyampaian.
144
Page

AKK©2013
b. Objektif
• Menerangkan tujuh panduan yang mempengaruhi latihan berkesan.

c. Kandungan
• Tujuh panduan latihan berkesan

Panduan 1: Latih kemahiran yang betul. Latihan yang diberikan berkaitan


dengan
kemahiran yang hendak diperkenalkan.
Panduan 2: Kaitkan latihan dengan suasana pertandingan.
Panduan 3: Pastikan latihan singkat dan kerap.
Panduan 4: Gunakan masa latihan dengan efisyen.
Panduan 5: Gunakan fasiliti dan alatan dengan sepenuhnya.
Panduan 6: Tentukan atlet berasa kejayaan dalam latihan.
Panduan 7: Jadikan latihan berunsur ceria.

There is no royal road to learning

Learning cannot be obtained without hardwork

Give a man a tool , you help him for a day......

Teach him how to use it, he helps himself for life


145
Page

AKK©2013
146
Page

AKK©2013
OBJEKTIF

1.Menerangkan hubungkait kebimbangan dan kebangkitan emosi dan prestasi.

2.Menerangkan teknik-teknik yang boleh digunapakai untuk mengurangkan masaalah


kebimbangan dan kebangkitan emosi

3.Menerangkan dan menggunakan teknik kata kendiri

4.Menerangkan dan menggunakan teknik visualisasi dan imageri

5.Menerangkan dan menggunakan teknik untuk meningkatkan konsentrasi

8.1 EMOSI DALAM SUKAN

Sedih, marah, bimbang, seronok adalah contoh emosi yang dialami oleh setiap individu
termasuk atlet. Emosi-emosi ini boleh mempengaruhi prestasi semasa atlet. Oleh itu,
adalah sangat penting emosi yang positif dipupuk dan emosi negatif ditangani dengan
berkesan mengunakan teknik teknik psikologi yang berkaitan untuk memastikan atlit
dapat beraksi di tahap yang terbaik.

Secara amnya, emosi mempunyai tiga komponen penting


a) Komponen Fisiologi
b) Komponen Perasaan
c) Komponen Reaksi Tingkahlaku
147
Page

AKK©2013
Komponen Fisiologi

Setiap situasi yang dihadapi oleh seseorang individu akan mengaktifkan reaksi fisiologi
badan seperti meningkat kadar jantung, tekanan darah, tindak balas kulit, ketegangan
otot, dan sebagainya.

Komponen Perasaan atau Pengalaman Subjektif

Peningkatan fisiologi badan ini akan ditafsirkan oleh minda dalam bentuk persepsi dan
akan mengaktifan perasaan yang subjektif seperti perasaan marah, takut, gembira dan
sebagainya. Sebagai contoh, sorakan penonton menyebabkan peningkatan kadar
jantung, komponen fisiologi ini mungkin mengaktifkan perasaan bersemangat bagi
seseorang atlet, dan perasaan bimbang bagi atlet lain.

Komponen Reaksi Tingkahlaku

Perasaan marah, gembira, takut, ini akan mengaktifkan reaksi tingkahlaku seperti
bersungguh sungguh semasa bersemangat, atau takut untuk mencuba semasa berada
dalam keadaan bimbang, Reaksi tingkahlaku ini akan mempengaruhi prestasi
seseorang atlet.

8.2 KEBANGKITAN EMOSI (EMOTIONAL AROUSAL)


Kebangkitan atau arousal saling berkait rapat dengan komponen fisiologi emosi.
Kebangkitan wujud dalam kontinuum sangat rendah (dalam keadaan koma) ke sangat
tinggi (dalam keadaan sangat seronok). Kebangkitan seseorang boleh dijana melalui
kaedah pengaktifan melalui sumber seperti perasaan marah, seronok dan sebagainya.
148

Jika sumber pengaktifan adalah positif, seperti rasa keseronokan, perasaan hebat,
akan membantu atlet mengawal kebangkitan emosinya, seterusnya mengawal diri.
Page

Tetapi jika sumber pengaktifan adalah negatif, seperti kebimbangan, ketakutan, marah

AKK©2013
atau kecewa-atlet akan mengalami masalah yang sering dikaitkan dengan kebangkitan
berlebihan.

Kesan kebangkitan berlebihan secara fizikal adalah mengurangkan fleksibiliti dan


pergerakan. Secara fisiologi, ia menghalang pernafasan dan peredaran darah.
Manakala, secara psikologi, ia menghalang keupayaan untuk memberi tumpuan kepada
isyarat yang sesuai dan tidak dapat membuat keputusan dengan baik.

Walaubagaimanapun, jika tahap kebangkitan adalah terlalu rendah ia memberi kesan


seperti berikut

Secara fizikal - gerakan perlahan.


Fisiologi - refleks lambat.
Psikologi - perlahan keupayaan membuat keputusan.

8.2.1 Mengawal Dan Menjana Kebangkitan


Kebangkitan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi akan mempengaruhi reaksi fizikal
atlet seperti pergerakan lambat. Beberapa strategi boleh digunapakai untuk menjana
atau mengawal kebangkitan emosi mengikut situasi yang berkaitan.

8.2.1.1 Apabila Pengaktifan adalah terlalu tinggi, adalah penting bagi jurulatih
untuk;

a) Mengelakkan daripada memberi kata-kata semangat secara umum.


b) Mengunjurkan imej yang tenang dan selamat diri.
c) Meremehkan kepentingan hasil perlawanan.
149

d) Menjadikan situasi pertandingan sebagai sesuatu yang tidak mengancam.


Page

AKK©2013
8.2.1.2 Apabila tahap kebangkitan terlalu rendah

Apabila tahap kebangkitan terlalu rendah, strategi berikut boleh digunakan untuk
meransang kebangkitan atlet.

a) Pep-Talk
Kata-kata semangat adalah teknik paling mudah untuk menjana tahap kebangkitan.
Ceramah atau kata semangat oleh seseorang yang dihormati dalam pasukan atau
jurulatih adalah kaedah yang paling biasa untuk mengaktifkan tahap kebangkitan atlet.
Antara bahan-bahan penting untuk ditimbulkan dalam kata-kata semangat termasuk
cabaran peribadi, dan menekankan kepentingan hasil.

b) Penetapan Matlamat
Penetapan matlamat adalah proses untuk mencapai satu tahap kecekapan yang
khusus dalam had masa yang tertentu (Locke & Latham, 1985). Prinsip penetapan
matlamat yang berkesan adalah

• Menetapkan matlamat khusus, boleh diukur dan diperhatikan.


• Mengenal pasti kekangan masa.
• Menetapkan matlamat yang tidak terlalu sukar.
• Merekodkan matlamat dan sentiasa memantau perkembangan.
• Mengunakan kombinasi matlamat prestasi, dan matlamat hasil.

c) Papan Bulletin
Mesej yang disampaikan dalam bentuk visual seperti penggunaan papan bulletin
dengan memaparkan kisah kejayaan dan gambar kemenangan boleh mengaktifan
kebangkitan atlet atau pasukan,
150
Page

AKK©2013
d) Menyediakan Pasukan Sorak
Sokongan daripada peminat merupakan satu ciri penting pasukan atau atlet yang
berjaya. Mendengar peminat bersorak untuk pasukan sudah tentu akan menaikkan
adrenalin atlet.

e) Pengaktifan Kendiri
Pelbagai strategi pengaktifan kendiri boleh digunakan untuk mengaktifkan tahap
kebangkitan. Sebagai contoh, menggunakan kata kendiri positif dan perlakuan seperti
menampar paha, bertepuk tangan tangan atau melompat setempat adalah strategi
berkesan dalam meningkatkan kebangkitan.

f) Memainkan Musik Yang Rancak


Memainkan musik yang rancak juga boleh meransang tahap kebangkitan seseorang
atlet.

8.3 KEBIMBANGAN

Persepsi individu terhadap sesuatu situasi akan membentuk emosi. Jika atlet berasa
terancam, perasaan bimbang dengan sendirinya akan terbentuk. Kebimbangan adalah
emosi yang sangat mempengaruhi prestasi seseorang atlet.

Kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau fizikal yang terhasil
daripada persepsi seseorang individu terhadap situasi yang dihadapi.

Reaksi kognitif dilahirkan dalam bentuk perasaan terancam yang bakal diterima oleh
seseorang individu seperti kekalahan, ugutan fizikal dan rasa malu. Manakala reaksi
151

fizikal dizahirkan dalam bentuk peningkatan komponen fisiologi badan seperti kadar
denyutan jantung, berpeluh tapak tangan, senak perut, perasaan seram sejuk dan
Page

sebagainya.

AKK©2013
Setiap individu akan mengalami tahap kebimbangan yang berlainan dalam situasi-
situasi tertentu, berdasarkan tahap tret kebimbangan yang dimilikinya.

8.3.1 Jenis-Jenis Kebimbangan


Terdapat dua jenis kebimbangan iaitu kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.

a) Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)

Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang cenderung untuk
menganggap pelbagai situasi sebagai sesuatu yang membimbangkan.

Atlet yang mempunyai kadar kebimbangan tret yang tinggi cenderung untuk mempunyai
bertindakbalas terhadap situasi-situasi pada tahap intensiti kebimbangan seketika yang
tinggi.

Sebagai contoh, dua pemain hoki ditugaskan membuat pukulan penalti di akhir
perlawanan. Mereka mempunyai tahap kemahiran yang sama tetapi mempunyai tahap
kebimbangan tret ang berbeza disebabkan oleh personaliti mereka. Permain A
mempunyai tahap kebimbangan tret yang rendah akan menganggap pukulan penalti
bukan sesuatu yang mengancam. Sebaliknya pemain B yang tahap kebimbangan
tretnya tinggi, menganggap mengambil pukulan penalti sebagai sesuatu yang
mengancam dan cenderung untuk merasa sangat bimbang untuk mengambil pukulan
penalti tersebut.

b) Kebimbangan Seketika (State Anxiety)

Kebimbangan seketika pula merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil
152

daripada tafsiran individu terhadap rangsangan di persekitarannya pada waktu itu.


Kebimbangan ini adalah bersifat sementara dan dipengaruhi oleh tahap kebimbangan
Page

AKK©2013
tret individu tersebut. Selain itu, kebimbangan seketika ini dipengaruhi oleh situasi
semasa.

Walaupun seseorang atlet mempunyai kebimbangan tret yang tinggi, dalam situasi
yang tidak mengancam seperti perlawanan persahabatan, sesi latihan dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, dalam situasi yang mengancam, seperti contoh di atas, akan
mengaktifkan kadar kebimbangan seketika yang tinggi.

Rajah 1 ialah model interaksi kebimbangan yang menunjukkan bahawa faktor individu
dan faktor situasi dapat mempengaruhi tahap kebimbangan seketika.

Rajah 1: Model Interaksi Kebimbangan

Sumber : Weinberg, R.S. and Gould, D. (1995). Foundation of sport and exercise
psychology

Faktor Individu Faktor Situasi


Kebimbangan tret Kepercayaan Kepentingan pertandingan
diri Ketidaktentuan

Individu Interaksi Situasi

Kebimbangan seketika /
Kebangkitan emosi
153
Page

AKK©2013
8.3.2 Sumber-sumber Kebimbangan

Terdapat banyak rangsangan yang mempengaruhi dan memberi kesan terhadap


seseorang atlet. Antaranya ialah sorakan penonton, tempat pertandingan, keadaan
cuaca, pengetahuan tentang pihak lawan, meragui kebolehan diri sendiri, pengalaman
kegagalan dan masalah yang wujud dalam diri atlet itu sendiri.

8.3.3 Teknik Relaksasi Mengawal Kebimbangan

Kebolehan mengawal tahap kebimbangan boleh mempengaruhi prestasi seseorang


atlet. Teknik-teknik yang boleh dilatih untuk mengawal kebimbangan seketika di
senaraikan dalam Jadual 1

Jadual 1: Kaedah Untuk Mengawal Kebimbangan Seketika


JENIS TEKNIK TUJUAN
-Terapi Pernafasan • Menarik satu nafas yang • Membantu mengekalkan
(Teknik yang panjang dan ketenangan.
berorientasikan fizikal menghembuskannya
dan mengawal perlahan-lahan. • Mengurangkan ketegangan
tindakbalas fisiologi) otot.
• Dilakukan berulang kali
sehingga berasa tenang • Menenangkan psikoemosi
dan relaks. ketika dalam kebimbangan
Pemusatan • Menarik nafas panjang • Untuk menenangkan
(Latihan memberi dan menumpukan perasaan
tumpuan kepada satu perhatian (pemusatan)
pusat kepada titik di tengah • Mengurangkan
pemikiran,pernafasan, badan. kebimbangan
154

bunyi atau objek).


Page

• Dilakukan dengan tapak • Membantu mengurangkan

AKK©2013
kaki bertemu dalam stress
pangkuan atau pada
kedudukan posisi lain • Memberi tumpuan kepada
yang selesa apa yang perlu dilakukan
Relaksasi • Menegang dan • Mengurangkan rasa
(Latihan yang mengendurkan otot otot tekanan.
memusatkan perhatian secara berperingkat
kepada pengenduran samada secara duduk • Meningkatkan tumpuan
otot yang tegang) atau berbaring. dan konsentrasi.

• Menghindarkan perasaan
takut, kurang yakin dan
pemikiran negatif terhadap
aktiviti yang akan / sedang
disertai.
Visualisasi • Membayangkan sesuatu • Memperoleh dan
(Latihan minda dengan kemahiran, aktiviti, atau meningkatkan kemahiran-
membayangkan situasi seperti teknik kemahiran sukan
sesuatu aktiviti secara menendang bola.
sistematik dan • Menenangkan minda
simbolik dalam minda. apabila berada dalam
keadaan tertekan atau
bimbang 155
Page

AKK©2013
Kaedah latihan relaksasi untuk mengawal emosi semasa pertandingan adalah seperti
berikut:
a) Melonggarkan Otot Untuk Menenangkan Minda

Kaedah relaksasi otot progresif (PMR) adalah salah satu kaedah untuk
menenangkan minda melalui relaksasi otot. Kaedah ini melibatkan proses
menegangkan dan mengendurkan otot secara berulang dan berperingkat. Teknik ini
memerlukan atlet untuk merasakan ketegangan dalam setiap kumpulan otot dan
merasakan ketenangan apabila otot tersebut dikendurkan.

Untuk kaedah relaksasi ini, perkara berikut perlu ditekankan:

• Tempat yang tenang.


• Keadaan yang selesa (contoh: Longgarkan pakaian yang ketat)
• Baring atau duduk dalam kedudukan yang selesa.
• Memainkan muzik latar belakang yang sesuai.
• Bernafas dalam menggunakan pernafasan perut.
• Menegangkan dan mengendurkan otot secara sistematik bermula otot muka,
bahu, tangan, perut, paha, betis, dan kaki.

b) Menggunakan Minda Untuk Merelakskan Badan


Kaedah ini adalah kaedah untuk merehatkan badan dengan menggunakan teknik
visualisasi. Ia juga dipanggil relaksasi mental.

Seperti teknik relaksasi diatas, teknik ini memerlukan persekitaran yang selesa.
• Pilih persekitaran yang tenang.
• Dapatkan kedudukan yang selesa dan menutup mata.
156

• Bernafas mengunaakan teknik pernafasan perut (diaphragmatic breathing)


• Membayangkan sesuatu yang menenangkan seperti berada di pantai.
Page

AKK©2013
c) Menggabungkan Pernafasan dan Kaedah Regangan

Kaedah ketiga relaksasi adalah dengan menggabungkan relaksasi fizikal dan


mental. Atlet belajar untuk mengesan dan melepaskan ketegangan fizikal, dan
mereka belajar untuk menggantikan pemikiran tertekan dengan memfokuskan
kepada sesutau yang menenangkan fikiran.

• Ambil nafas dalam-dalam dari abdomen.


• Rasai ketegangan yang ada pada otot
• Kendurkan otot tersebut dan bayangkan dan merasakan ketegangan
tersebut bergerak keluar melalui kaki.
• Lakukan setiap regangan 15 hingga 20 saat.

Setelah atlet membiasakan diri dengan dengan kaedah relaksasi diatas, atlet boleh
meningkatkan lagi kemahiran relaksasi dengan;

• Menggunakan kaedah relaksasi yang mereka fikir adalah yang paling


berkesan.
• Mengajar atlet untuk relaks berdasarkan kiu/petunjuk seperti lenguh
tengkuk, ketegangan otot dan lain-lain.
• Mengajar atlet untuk menggunakan relaksasi di lokasi latihan atau
pertandingan.

Peringkat-peringkat Pengajaran Kaedah relaksasi


a) Peringkat Pembelajaran
b) Peringkat Simulasi
c) Peringkat Permohonan
157
Page

a) Di Peringkat Pembelajaran, Atlet:

AKK©2013
• Megamalkan teknik relaksasi selama 20 minit sehari dalam persekitaran
yang senyap;
• Membentuk satu perkataan kiu yang menggerakkan minda daripada
rangsangan luaran (kerisauan atau kebosanan, misalnya) kepada fokus
dalaman (kelonggaran);
• Membentuk sikap pasif kepada pemikiran yang mengganggu.
• Apabila fikiran itu berlaku, atlet kembali ke pengulangan perkataan kiu -
mereka tidak bimbang.
• Membentuk keupayaan untuk melaksanakan teknik dengan keputusan yang
diingini dalam masa 3 hingga 5 saat.

b) Pada Peringkat Simulasi, Atlet:

• Atlet diperkenalkan kepada situasi yang membawa kepada lebih


pengaktifan (kebangkitan berlebihan) atau di bawah pengaktifan.
• Mereka bertindak balas kepada situasi ini dengan teknik relaksasi yang
dipelajari dari peringkat pembelajaran;

c) Pada Peringkat Aplikasi Atlet:

• Menggunakan teknik relaksasi mereka dalam situasi yang kompetitif;


• Gunakan teknik relaksasi dalam situasi permainan;

8.4 KATA KENDIRI

Selain kaedah relaksasi, kaedah kata-kendiri adalah kaedah yang berkesan untuk
menangani kebangkitan dan kebimbangan.
158

Kata kendiri adalah kata-kata atau pemikiran-pemikiran yang wujud dalam minda
Page

seseorang. Kata kendiri yang positif merupakan salah satu strategi kognitif yang boleh

AKK©2013
menyakinkan individu untuk mencapai prestasi yang diingini. Sebaliknya, kata kendiri
negatif boleh mempengaruhi atlet secara negatif.

Kata kendiri adalah sesuatu yang dilakukan oleh semua orang. Segala yang dilihat,
rasa dan dialami diterjemahkan dalam bentuk perkataan yang menjadi monolog di
dalam pemikiran.

Perkataan atau kata-kata kendiri boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan digunakan
dalam situasi yang berlainan seperti:

• Memberikan tumpuan semula


• Mempelajari kemahiran psikomotor di peringkat awal
• Mengawal kebimbangan kognitif

8.4.1 Faedah Kata-kata Kendiri

a) Kata-kata kendiri yang lebih positif, berkesan untuk meningkatkan kesedaran,


dan motivasi ke arah perubahan

b) Memperoleh kemahiran baru - Menggunakan kata kendiri sebagai kiu apabila


mempelajari kemahiran baru untuk tumpuan perhatian

c) Memperbetulkan lakuan yang buruk, mengubahsuai kekerapan, membina dan


mengekalkan keyakinan diri

d) Menghindarkan tabiat/perlakuan buruk - Pilih kiu arahan yang terbaik, lebih besar
159

perubahan, lebih banyak arahan kendiri yang diperlukan (contoh: angkat berat)
Page

AKK©2013
e) Memulakan lakuan – Kata-kata kendiri sebagai motivasi (contoh: pelari gunakan
“Quick”, “Kick”, pemain golf gunakan “Arm straight”, “Head down”)

f) Mengekalkan usaha atau motivasi adalah satu masalah - Sewaktu kelesuan,


gunakan kiu arahan positif untuk kekalkan usaha (contoh: “tumpu”, “gerakkan
kaki”, “bertahan”).

g) Mengekalkan diri pada masa semasa (Di sini dan sekarang) - Sewaktu latihan,
fikiran menerawang, berada dalam situasi semasa amat penting untuk
peningkatan dan mengelakkan kecederaan, guna arahan “Focus”, “Concentrate”
dapat kembali kepada keadaan asal.
8.4.2 Panduan Kata-kata kendiri yang perlu dielakkan

a) Mengelakkan dari memikirkan perkara yang menyebabkan kebimbangan dan


tekanan. Contohnya,
• Takut kalah
• Takut mengecewakan rakan sepasukan
• Tidak yakin keupayaan diri

b) Mengelakkan dari memikirkan mengenai kegagalan yang telah lepas.


Contohnya,
• Lawan yang pernah kalahkan kita
• Tempat yang pernah kita kalah

c) Mengelakkan dari memikirkan keupayaan dengan prestasi. Contohnya,


• Jika saya kalah mata ini, saya tidak bagus
• Jika saya tidak menang, saya rasa saya tidak berguna
160

d) Mengelakkan dari memikirkan peluang kemenangan yang tipis Contohnya,


Page

• Kedudukan (ranking) pemain lawan yang lebih tinggi

AKK©2013
8.4.3 Panduan Kata-kata kendiri yang perlu dilakukan

a) Memerhatikan (monitor) bentuk kata-kendiri yang biasa difikirkan. Kenyataan


kata kendiri akan menjadi satu kebiasaan.

b) Gunakan kenyataan yang dapat merangsang diri, yang dapat meningkat prestasi
atau kebolehan. Contohnya,
• “I’m in control of how I feel”.
• “I’m now psyched up I feel”.
c) Menerima tanda-tanda tekanan dengan cara yang positif. Contohnya,
• Saya rasa dicabar (challenged).
• Saya rasa bertenaga.
• Saya rasa bersedia.
Bukannya ...
• Saya takut.
• Saya rasa lemah dan mengeletar.

d) Jika kata kendiri bersifat negatif, tukarkan kenyataan negatif ke positif Contoh :
• Stay focused. Prepare and execute.
• Bukannya - Don’t miss this shot.

LATIHAN KATA KENDIRI


Latihan 1
Peralatan: Sekeping Kertas A-4, Alat menulis

Langkah 1:
161

1. Lukis apa-apa gambar menggunakan tangan bukan dominan.


2. Maklumkan kepada semua peserta bahawa mereka akan menunjukkan lukisan
Page

tersebut kepada peserta lain.

AKK©2013
3. Minta seorang peserta bangun dan tunjukkan gambar tersebut pada peserta lain.
4. Minta peserta lain meneka apakah gambar yang dilukis.
5. Ulang untuk beberapa peserta lain.

Langkah 2:
1. Senaraikan dialog dalaman yang bermain difikiran anda semasa melukis lukisan
tersebut.
2. Rasakan perasaan anda semasa menunjukkan lukisan tersebut kepada peserta
lain.
3. Jika kata kendiri bersifat negatif, tukarkan kepada kata-kata yang bersifat positif.

8.5 IMAGERI DAN VISUALISASI

Definisi Imageri

Imageri adalah proses di mana pengalaman melalui pancaindera disimpan dalam


ingatan dan ingat kembali secara dalaman (internal) dan melakukannya tanpa
kehadiran stimuli luaran (Murphy, 1990).

Untuk imageri yang lebih berkesan, ia harus menglibatkan semua deria-deria


pancaindera:
 Pendengaran
 Bau
 Sentuhan
 Penglihatan

Latihan imageri membangkitkan rangsangan fisiologi terhadap neural di dalam otak.


Imageri melatih minda dan mencipta corak neural dalam otak untuk mengajar otot
162

melakukan yang sebenar yang kita mahukan (Porter dan Foster, 1990).
Page

AKK©2013
8.5.1 Faedah Latihan Imageri

a) Pemerolehan Kemahiran - Sesuatu kemahiran baru yang kompleks mudah


dipelajari dengan melakukan latihan secara imaginasi. Contohnya, Greg
Lounganis (1988) berlatih setiap terjunan mengikut muzik dalam mindanya
secara latihan imageri.

b) Persediaan Latihan & Pertandingan - Latihan imageri membantu atlet


menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan. Atlet boleh membayangkan
situasi sebenar pertandingan seperti sorakan penonton. Semasa pertandingan
sebenar, atlet tidak akan terganggu dengan persekitaran dan dapat memberikan
tumpuan.

c) Strategi “Coping” - Imageri dapat membantu atlet untuk menguasai tekanan


(stress). Ini dilakukan dengan penggunaan mental imageri ke atas kemahirannya
dan memastikan ia dapat melakukan tugasnya mengikut matlamat dan hadnya.

8.5.2 Imageri Bila, Bagaimana, Dimana dan Kenapa?

Persoalan penting berkaitan imageri adalah bila, bagaimana, dan kenapa ia harus
dilatih dan diguna.

• Secara amnya, imageri boleh diguna bila-bila masa mengikut objektif imageri
tersebut. Antara lain, imageri diguna untuk mengawal kebimbangan dan
menenangkan minda. Selain itu, imageri juga diguna untuk pemerolehan
kemahiran, selain untuk meningkatkan motivasi.
163

• Bagaimana untuk mengunakan imageri? Imageri adalah lebih berkesan jika ia


melibatkan kesemua pancaindera, pendengaran, bau, sentuhan dan penglihatan.
Page

AKK©2013
• Selain itu, menggunakan bayangan jenis dalaman didapati lebih berkesan
berbanding pengunaan

o Bayangan Dalaman: Merujuk kepada kebolehan membayangkan situasi


seperti yang dilahat dengan mata sendiri.
o Bayangan Luaran: Merujuk kepada bayangan dari aspek pemerhatian
luaran seperti memerhatikan diri sediri di dalam video)

• Bila atlet gunakan? (Atlet boleh gunakan imageri sebelum, semasa, dan selepas
latihan; diluar latihan; sebelum, semasa, atau selepas pertandingan dan untuk
pemulihan kecederaan).

8.5.3 Faktor-Faktor Yang Membantu Keberkesanan Imageri

Keberkesanan Imageri Bergantung Kepada Beberapa Perkara Seperti;

a) Jenis Tugasan (Ringkas atau Kompleks)


Imageri lebih berkesan untuk tugasan yang ringkas berbanding tugasan yang
kompleks.

b) Tahap Kemahiran Atlet (Pemain baru atau berpengalaman)


Walaupun ia membantu prestasi untuk atlet baru dan yang pengalaman;
keberkesanan adalah lebih baik untuk atlet yang berpengalaman.

c) Kebolehan Imageri (Jelas atau tidak)


Imageri lebih berkesan apabila atlet mempunyai kebolehan imageri yang tinggi.
(kawalan dan gambaran yang sebenarnya).
164

d) Kombinasi Dengan Latihan - Imageri perlu digunakan dengan tambahan dengan


Page

latihan fizikal.

AKK©2013
8.5.4 Prinsip Latihan Imageri

a) Kejelasan Imej (Vividness) –


• Imej yang digambarkan mestilah jelas dan realiti.

b) Pelbagai Deria (Variety of Senses) -


• Imageri yang baik sepatutnya melibatkan semua deria.

c) Perspektif Dalaman -
• Keberkesanan imej lebih efektif apabila pengalaman daripada pegamatan
seseorang atlet digunakan.

d) Bebas Gangguan -
• Imageri yang baik bergantung kepada satu persekitaran yang bebas dari
gangguan.

8.5.5 Teknik Gabungan Imageri

a) Gabungan Imageri dengan Pertunjukan Model Melalui Video - Tayangan


video dilakukan berulang kali dapat menghadkan aktiviti yang terbaik dan
menjamin imej dalam latihan imageri.

b) Gabungan Imageri dengan Relaksasi – Wope (1958), menggabungkan


relaksasi progresif dengan pengalaman fizikal dipanggil “systematic
desensitisation”.
165

8.5.6 Latihan Imageri


Page

Latihan 1

AKK©2013
Relaksasi dan Mengawal Imageri
• Relak dan fokus pada pernafasan.
• Tumpukan perhatian pada tindak balas badan iaitu penarikan nafas dan
penghembusan nafas keluar.
• Beri perhatian pada segala perkara yang datang dalam pemikiran dan kemudian
membuangnya dan kembali pada pernafasan.
• Bayangkan bahawa diri anda berada di tempat kesukaan anda.

Latihan 2
Melihat Warna, Mengawal dan Menukar
• Dalam pandangan anda cuba lihat warna merah dan kemudiannya hilangkan
warna merah itu dan bayangkan kegelapan.
• Kemudian tukarkan warna kepada biru dan ulang semula.
• Ulang latihan ini dengan warna-warna lain. Mulakan dengan titik yang kecil dan
kemudian penuhkan ruangan visual dan kemudian hilangkan warna-warna itu.
• Latihan ini menolong anda membayangkan warna dan belajar cara untuk
mengawal pergerakan.

Latihan 3
Mengawal Imej, Mempelajari Cara untuk Membuat Minda Memperhatikan Imej
• Untuk membaiki kebolehan anda untuk mengekalkan imej dan memerhati
butiran, bayangkan kasut sukan kegemaran anda.
• Periksa setiap butiran pada kasut itu.
• Cuba simpan imageri ini secara statik iaitu tidak membayangkan anda memakai
atau menggunakannya.

Latihan 4
166

Merasakan Sentuhan, Rasa dan Bau


Page

• Dalam bayangan ambil sebiji limau.

AKK©2013
• Rasakan jalinan pengupasan buah itu.
• Bayangkan anda menghidu limau tersebut
• Golekkan atas meja dan kemudian gigit limau itu dan rasakan jusnya.
• Perhatikan bahawa anda boleh merasakan limau dalam imaginasi anda.

Latihan 5
Merasakan Butiran Persekitaran
• Dalam tayangan rasakan anda berada dalam bilik kesukaan anda.
• Perhatikan dan periksa semua butiran seperti perabot, warna, jalinan, posisi,
lampu, tingkap dan pintu.

Latihan 6
Membaiki Kemahiran
• Pilih kemahiran spesifik yang ingin anda baiki.
• Rasakan anda melakukan kemahiran ini lebih baik daripada kemahiran lepas.
• Ulang latihan mental ini beberapa kali.
• Beri perhatian pada aspek yang perlukan kerja yang lebih.
• Jikalau boleh selepas latihan kemahiran pergi kepada latihan fizikal. Jikalau
masih sukar untuk melaksanakannya kembali kepada latihan mental.
Latihan 7
Imageri Dinamik, Meletakkan Ke Dalam Aksi
• Pilih salah satu bahagian daripada sukan anda.
• Contohnya untuk tenis, rasakan atau lihat diri anda melaksanakan servis seperti
yang anda mahu dan terbaik daripada servis anda yang lepas.
• Dalam keadaan sedia, lihat lawan anda dan Iihat gelanggang servis, ketahui
kawasan yang difikirkan untuk servis.
167

Latihan 8
Page

AKK©2013
• Bayangkan anda sedang berada dalam kelas dan guru anda memberikan anda
sekeping lukisan dan anda diminta mewarnakan lukisan tersebut dengan
menggunakan tangan kiri anda.
• Anda merasakan sungguh gembira kerana diberi peluang untuk menggunakan
tangan kiri / ( kanan ) anda yang selama ini kurang diberikan peluang untuk
mewarna.
• Anda mengambil pensil warna yang ada sambil tersenyum dan mewarnakan
lukisan tersebut sambil menyanyi perlahan-lahan.
• Anda dapat mewarna dengan sungguh cantik dan kemas. Anda tersenyum puas
melihat lukisan yang anda hasilkan.
• Anda dapat mendengar tangan kiri anda berulang-ulang kali mengucapkan
terima kasih kepada anda kerana memberinya peluang untuk mewarnakan
lukisan itu.
• Anda tersenyum gembira.
• Anda berulang-ulang kali menyebut:
• Saya boleh buat.
• Saya telah buat yang terbaik.
• Saya boleh mewarnakan lukisan dengan menggunakan tangan kiri dengan baik.
• Saya yakin, saya boleh.
• Saya boleh buat.
• Saya telah buat yang terbaik.
• Saya boleh mewarnakan lukisan dengan menggunakan tangan kiri dengan baik.
• Saya yakin, saya boleh.
• Saya boleh buat.
• Saya telah buat yang terbaik.
• Saya boleh mewarnakan lukisan dengan menggunakan tangan kiri dengan baik.
168

8.6 PERHATIAN DAN TUMPUAN


Page

AKK©2013
Kejayaan dalam sukan bergantung sebahagiannya pada keupayaan atlet untuk
memberi perhatian terhadap tugas di tangan dan menghalang gangguan-ganguan lain

Perhatian boleh didefinisikan sebagai kemahiran untuk mengarahkan perhatian


terhadap ransangan yang berkaitan dengan tugasan yang dilakukan, mengekalkan
tumpuan dalam tempoh yang lama, sedar akan perkara-perkara yang menggangu
tumpuan, dan kebolehan untuk mengalihkan perhatian dari satu perkara terhadap
perkara yang lain.

Penumpuan dan Tumpuan


Penumpuan adalah kebolehan untuk mengekalkan perhatian pada tugasan yang
berkaitan pada jangka masa yang lama.

Tumpuan pula adalah kebolehan untuk mengarahkan perhatian tehadap ransangan


atau kiu yang berkaitan dengan tugasan dan mengabaikan ransangan-ransangan
luaran dan dalaman yang lain.

8.6.1 Dimensi Perhatian


Setiap sukan mempunyai maklumat atau ransangan yang berbeza yang perlu diberi
perhatian. Contohnya, dalam sukan bolasepak, seseorang pemain perlu menumpukan
perhatian terdap bola, posisi rakan sepasukan, posisi lawan dan sebagainya.

Oleh itu, untuk memaksimakan latihan perhatian, ransangan ransangan ini dibahagikan
kepada 4 jenis

a) Ransangan Lebar.
b) Ransangan sempit.
169

c) Ransangan dalaman dan


d) Ransangan luaran.
Page

AKK©2013
Dalam contoh diatas, menumpukan perhatian terhadap bola dikaki adalah maklumat
sempit manakala memerhatikan posisi rakan sepasukan adalah contoh terhadap
maklumat lebar.

Maklumat dalaman adalah apabila pemain memberi perhatian terhadap perasaan dan
perkara yang bermian di minda. Manakala luaran pula apabila pemain memberi
perhatian terhadap ransangan dari persekitaran.

Setiap sukan mempunyai tuntutan yang berbeza. Sukan bola menuntut pemain
memberi perhatian samarata terhadap ransangan luaran/dalaman dan lebar/sempit.
Tetapi sukan seperti memanah dan menembak lebih menuntut atlet untuk memberi
perhatian terhadap maklumat sempit.

8.6.2 Kaedah Melatih Tumpuan Dan Penumpuan

a) Penumpuan Pada Muka Jam


Latihan ini memerlukan atlet untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap jarum saat
jam. Tetapkan mata pada jarum saat, dan ikut pergerakan jarum tersebut tanpa
mengalihkan mata. Mulakan dengan penumpuan yang singkat seperti 15 saat dan
tempoh masa dipanjangkan secara progresif.

b) Memberhentikan Pemikiran
Teknik ini berkait rapat dengan kata-kendiri. Apabila atlet menyedari yang mereka
berfikiran negatif, gunakan kiu dalaman atau luaran untuk memberhentikan pemikiran
negatif tersebut. Contohnya, jika atlet terfikir yang mereka tidak boleh, gunakan kiu
170

perkataan seperti ‘berhenti’, ‘sudah’ atau sebagainya sebagai medium untuk


memberhentikan fikiran negatif tersebut.
Page

AKK©2013
c) Penumpuan Pada Sesuatu Objek
Teknik ini memerlukan atlet untuk mencari satu objek untuk diberi pehatian. Contohnya,
dalam sukan badminton ketika melakukan servis, pemain boleh mengarahkan perhatian
tehadap bulu tangkis.

d) Mata Lembut, Mata Keras


Teknik ini memerlukan atlet untuk megarahkan perhatian terhadap sebanyak mungkin
maklumat visual yang ada. Mulakan dengan mengosok mata dengan lembut, bernafas
dengan tenang, terima sebanyak mungkin maklumat visual yang terdapat
dipersekitaran. Contohnya, dalam sukan bola, pemain cuba mengenalpasti rakan
sepasukan sambil mengarahkan pandangan terhadap pemain lawan melambangkan
konsep mata lembut.

e) Senaman Eye-Robics
Senaman mata ini boleh dilatih untuk meningkatkan konsenstrasi. Tetapkan 5-titik
bayangan, titik tengah, kiri, kanan, atas, dan bawah. Mulakan latihan dengan
mengarahkan perhatian pada titik kiri, diselangseli dengan titik kanan, atas dan bawah.

f) Dirian Bangau
Senaman ini dilakukan dengan mendepangkan tangan, berdiri sebelah kaki. Tumpukan
perhatian dan cuba untuk kekal berada dalam posisi ini selama mungkin.

6.3 Latihan Perhatian Dan Penumpuan

Latihan yang Boleh Bantu Atlet Meningkatkan Kawalan Perhatian mereka termasuk
latihan yang disenaraikan di seksyen latihan imageri.
171

Concentration GRID
Page

AKK©2013
Name:______________________________________________________________
Current HR: ___________ beats/min Target: __________________________

84 27 51 78 59 52 13 85 61 55

28 60 92 04 97 90 31 57 29 33

32 96 65 39 80 77 49 86 18 70

76 87 71 95 98 81 01 46 88 00

48 82 89 47 35 17 10 42 62 34

44 67 93 11 07 43 72 94 69 56

53 79 05 22 54 74 58 14 91 02

06 68 99 75 26 15 41 66 20 40

Score:
50 ____________________
09 64 08 38 30 36 45 83 24
Why: ________________________________________________________________
____________________________________________________________________
03 73 21 23 16 37 25 19 12 63
172

Ulangkaji dan Perbincangan


Page

AKK©2013
1. Apa yang dimaksudkan kata kendiri dalam sukan?
2. Berikan beberapa faedah mengaplikasikan kata kendiri dalam sukan anda?
3. Bincangkan panduan-panduan yang diperlukan bagi jurulatih untuk membentuk
kata-kata kendiri yang berkesan dalam sukan masing-masing.
4. Jelaskan apa yang anda faham tentang imageri dalam sukan.
5. Berikan beberapa jenis imageri dan kegunaannya.
6. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kata kendiri berkesan.
7. Jelaskan bagaimana anda sebagai jurulatih dapat melaksanakan kata kendiri
kepada atlet anda.
8. Apakah kesan kebimbangan yang terlalu tinggi terhadap pencapaian atlet?
9. Apakah yang anda harus lakukan jika anda sebagai jurulatih mendapati atlet
anda dalam keadaan kebangkitan yang terlalu tinggi?
10. Apakah yang anda haru lakukan jika anda sebagai jurulatih mendapati atlet anda
dalam keadaan kebimbangan yang terlalu tinggi?
11. Bincangkan perbezaan antara kebimbangan tret dengan kebimbangan seketika.
12. Apakah yang anda faham mengenai perhatian, tumpuan dan penumpuan.
13. Apakah pengaruh tumpuan terhadap prestasi atlet.
14. Bagaimanakan tumpuan dan penumpuan boleh dilatih.
‘Be strong and stand up and seek the God of Love. This is the highest strength.
What power is higher than the power of purity?..This love of God cannot be
reached by the weak; therefore be not weak, either physically, mentally, morally
or spiritually’

173
Page

AKK©2013
174

OBJEKTIF
Page

Peserta mampu:

AKK©2013
1. Menyatakan sumbangan modaliti sensori dalam kawalan motor
2. Menyatakan struktur dan fungsi sistem kawalan motor dalam pembelejaran
3. Menentukan masa yang sesuai untuk memberi maklumbalas

Sumber Maklumat

• Maklumat Ekstroseptif
– Visual
– Auditori
• Maklumat Proprioseptif
– Dari dalaman
• proprioception
kinesthesis

Fenomena ‘Visual Dominance’ & ‘Visual Deception’

 Persepsi visual
o jenis persepsi paling aktif dalam proses kawalan motor.
 Fenomena persepsi visual
o dominan visual
o desepsi visual.

 Dominan visual adalah fenomena di mana sistem persepsi lebih mengutamakan


rangsangan visual berbanding rangsangan sumber reseptor lain.

 Desepsi visual adalah fenomena di mana sistem persepsi memberi gambaran


175

berlainan terhadap rangsangan visual berbanding keadaan sebenar.


Page

SISTEM VISUAL

AKK©2013
Skema Penerimaan Imej Visual

Sistem Visual - 4 proses visual major

• Visual Field/Lapang Visual


• Jumlah sinar cahaya yang menguja mata pada sesuatu masa adalah
lapang visual

• Maklumat Visual
– Time to contact (Masa Utk Kontek)

• Looming
– pembesaran sudut α = pembesaran imej
– Memberi maklumat mengenai masa utk kontek
Propriosepsi Visual

• Optical Array
• Maklumat mengenai kedudukan relatif kepada objek dalam persekitaran
• Optical Flow
• Aliran cahaya yang memberi maklumat mengenai pergerakan objek dan/atau
pergerakan orgnasima
• Maklumat visual tidak hanya maklumat eksterosepti tetapi juga sumber
maklumat proprioseptif.

SISTEM VISUAL
176

Sistem Fokal
Page

• Sistem visual advance yg membolehkan mekanisme persepsi secara sedar.

AKK©2013
• Berperanan dlm pemfokusan imej dan maklumat kinematik
Ciri-ciri
• Lokasi bidang visual di bahagian pusat (central) sahaja
• Tahap kesedaran (awareness) tinggi
• Fungsi terjejas dalam keadaan cahaya rendah
• Persoalan “Apa kah?”

Sistem Ambient
• Sistem visual primitif yg melibatkan mekanisme persepsi tanpa sedar.
• Mekanisme persepsi visual adalah berdasarkan maklumat aliran optik (optical
flow) dan propriosepsi visual.
Ciri-ciri
• Lokasi bidang visual di bahagian pusat (central) dan periferi
• Tahap kesedaran (awareness) rendah
• Fungsi tidak terjejas dalam keadaan cahaya rendah
• Persoalan “Di mana kah?”

Sistem Visual & Kawalan Motor

Sistem Fokal
• Mekanisme kawalan motor secara sedar; melibatkan tahap pemprosesan
maklumat yg agak tinggi.

Sistem Ambient
• Mekanisme kawalan motor tanpa sedar; melibatkan tahap pemprosesan
maklumat di peringkat perantaraan
KEDUDUKAN ANGGOTA BADAN DAN PERGERAKAN MELALUI PERUBAHAN
177

UKURAN OTOT
Page

Proprioseptor

AKK©2013
 Reseptor Kutaneous -Maklumat mengenai sentuhan & tekanan

Spindle Otot
 Kedudukan anggota badan dan pergerakan melalui perubahan ukuran otot

Golgi Tendon Organ Tension Otot


 Tension Otot

Mekanisme Kawalan Aksi

Mekanisme kawalan ‘closed-loop’ (lingkaran tertutup)


• Sistem Kawalan Lingkaran Tertutup - Sistem kawalan yang menggunakan
maklum balas dan pengenalpastian ralat untuk mengenalpasti dan membetulkan
gerak balas untuk mencapai matlamat pergerakan
• Aplikasi dalam pergerakan yang perlahan
Limitasi
• Kawalan terlalu perlahan
– Rapid Tracking Behavior
– Lakuan Diskrit Jangkamasa Singkat

Mekanisme kawalan ‘open-loop’ (lingkaran terbuka)


• Mekanisme kawalan untuk pergerakan jenis balistik (laju) & diskrit
• Masa pergerakan singkat
• Maklum balas tidak sempat pengaruhi sistem pemprosesan
• Modifikasi lakuan hanya boleh berlaku bagi aksi yang baru, & tidak semasa aksi
sedang berlangsung
178

Sistem Memori
• Pembelajaran belaku hasil daripada pengalaman.
Page

• Mekanisme pengalaman yang membantu pembelajaran adalah memori

AKK©2013
3 Komponen Sistem Memori

Berdasarkan Model Broadbent

• Antara teknik yang diaplikasi untuk mempengaruhi proses raptai (lakuan


berulang) & retrieval (kebolehan mengingat kembali maklumat lampau) pada
sistem memori adalah seperti:

o Teknik hafalan intensif


 Meraptai butir-butir maklumat yang dikehendaki di dalam bentuk
asalnya.

o Teknik ‘chunking’
 Meraptai butir-butir maklumat yang dikehendaki spt. hafalan intensif
tetapi kumpulan maklumat releven di’himpun’ sbg satu unit
maklumat.

o Teknik ‘coding’
 Meraptai butir-butir maklumat yang dikehendaki secara simbolik;
penggunaan simbol mempunyai hubungkait releven dengan ciri
maklumat

KEBOLEHAN & KEUPAYAAN


179

• Perbezaan Individu- Perbezaan di dalam prestasi individu yang disebabkan oleh


Page

perbezaan dalam kebolehan yang stabil dan agak kekal

AKK©2013
• Kebolehan
• Ciri-ciri individu yang stabil yang ditentukan oleh genetik dan menjadi asas
prestasi individu
• Keupayaan
• Ciri-ciri individu yang boleh berubah hasil praktis dan melambangkan
potensi individu untuk menghasilkan lakuan pada tahap cemerlang

Satu Kebolehan Yang Menyeluruh?


• Ide Kebolehan Motor Am disamakan dengan IQ
• Disangkal kerana kajian membuktikan setiap lakuan memerlukan kebolehan
yang berlainan

Kebolehan Persepsi Motor

• Koordinasi Pelbagai Anggota


– Kebolehan mengkoordinasi pergerakan sebilangan anggota badan
• Ketepatan Kawalan
– Memerlukan pembetulan pergerakan, memerlukan tahap kawalan yang
tinggi

• Orientasi Respons
– Pemilihan pergerakan yang betul dalam situasi pelbagai rangsangan

• Masa Reaksi
– Penting dalam lakuan yang memerlukan respons kepada rangsangan
yang spesifik
• Kawalan Kadar
180

– Melibatkan penghasilan gerakan antisipasi dan pembetulan pergerakan


sebagai respons kepada keadaan persekitaran yang berubah
Page

AKK©2013
• Deksteriti Tangan
– Kebolehan manipulasi objek yang besar menggunakan otot yang besar

• Deksteriti Jari
– Memanipulasi objek-objek kecil

• Kawalan Lengan-Tangan
– Menghasilkan pergerakan lengan & tangan dengan tahap kawalan yang
tinggi

• Kecekapan Pergelangan Tangan-Jari


– Pergerakan pantas pergelangan tangan & jari yang tidak memerlukan
ketepatan

• Ketepatan (Aiming)
– Menghasilkan pergerakan tangan/lengan yang tepat dengan pantas
Kebolehan Profisiensi Fizikal

 Kekuatan eksplosif
 Kekuatan Statik
 Kekuatan Dinamik
 Kekuatan torso
 Fleksibiliti Regang
 Fleksibiliti Dinamik
 Keseimbangan Tubuh Badan
 Keseimbangan dgn Kiu Visual
 Kepantasan pergerakan anggota
181

 Koordinasi tubuh badan


 Stamina
Page

AKK©2013
MAKLUM BALAS
• Selain daripada praktis; maklumbalas memainkan peranan yang penting dalam
membantu pembelajaran
• Maklum balas
o maklumat tambahan yang boleh diperolehi semasa atau selepas aksi;
bertujuan sbg panduan utk mempertingkatkan mutu aksi.

MAKLUM BALAS - Maklumat Sensori

Jenis Maklumbalas
• MB Program
– Maklumat mengenai ralat dalam corak pergerakan asas
• MB Parameter
– Maklumat mengenai nilai parameter
• cth kelajuan, daya
• MB Visual
– MB berbentuk visual cth video
• MB Deskriptif
– Menghuraikan ralat dalam perlaksanaan kemahiran
• MB Preskriptif
– Menghuraikan ralat dalam perlaksanaan kemahiran & mencadangkan
langkah utk mengatasi

Jenis Maklum Balas Instruktional


182

• Keberkesanan penyampaian maklum balas ekstrinsik semasa pembelajaran


perlu mengambil kira 2 aspek berikut:
Page

AKK©2013
o Darjah ketepatan maklum balas
 dipengaruhi oleh tahap kemahiran & kognitif penerima maklum
balas.

o Kaedah penjadualan penyampaian m/balas


 dipengaruhi oleh tahap & situasi pembelajaran /aplikasi kemahiran.

Faktor yang perlu diambil kira dalam pemberian maklumbalas

Jenis
Timing/sekuen
Perubahan dalam struktur program motor am
Ciri pergerakan sasaran
Kelajuan relatif anggota tubuh badan
Parameter & Nilai Parameter
Menghasil lakuan berdasarkan keperluan persekitaran
Preskriptif
Pembetulan secara spesifik
Kuantiti
Berkadar songsang dengan kompleksiti lakuan
Teknik purata (average) atau ringkasan (summary)
Teknik penyampaian maklum balas bagi mengawal kuantiti maklumat
Maklum balas Memudar (Faded Feedback)

Penyampaian Maklum Balas Mengikut Tahap Kemahiran Motor


183

• Maklum balas Purata (Average Feedback)


Page

AKK©2013
o Maklum balas yang merumuskan hasil prestasi daripada beberapa
percubaan yang lampau atau daripada satu tempoh dalam bentuk purata
ralat.

• Maklum balas Ringkasan (Summary Feedback)


o Maklum balas yg merumuskan hasil prestasi daripada beberapa
percubaan yang lampau atau daripada satu tempoh.

• Penyampaian maklum balas tidak dilakukan serta merta; jadi berkesan dari segi
membantu proses kognitif penerima maklum balas.

Teknik Penyampaian Maklum Balas

• Maklum balas Kualitatif


o Maklumat arah ralat, tanpa maklumat kuantiti/saiz ralat
• Maklum balas Kuantitatif
o Maklumat arah dan dan saiz ralat
• Ketepatan
– Darjah ketepatan yg tinggi membantu dalam peringkat awal pembelajaran
– Maklum balas mengenai arah lebih berkesan daripada magnitud
Aspek Penjadualan

• Masa penyampaian (timing).

• Frekuensi (kekerapan).

• Maklum balas ‘bandwidth


184

– penyampaian m/balas mengikut julat prestasi yang boleh diterima.


Page

AKK©2013
Fungsi Maklum Balas Ekstrinsik

• Motivasi
– Menggalakan percubaan yang lebih bersemangat

• Reinforcement/Pengukuhan
– Pengukuhan yang menggalakan lakuan yang diperkukuhkan

• Maklumat
– Membantu dalam meningkatkan prestasi

• Penggantungan
– Terlalu byk mengakibatkan penurunan prestasi jika
maklum balas tidak diberi .

‘Siapa yang membaca dan mengamalkan apa yang ia baca, ia


akan dapat memerintah dunia’

“All great achievements requires time.”

“The graetest mistake a man can make is to be afraid of making


one.”
185
Page

AKK©2013
186
Page

KANDUNGAN

AKK©2013
1. PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

1.1 Jenis-jenis Kecederaan

1.2 Luka

1.3 Muscle Strain, Muscle Soreness dan Muscle Cramp

1.4 Ligament Sprain

1.5 Patah dan Dislokasi

1.6 Kecederaan Kepala

2. MASALAH KESIHATAN DALAM CUACA PANAS DAN SEJUK

3. TEKNIK MANUAL BAGI RAWATAN KECEDERAAN

3.1 Sports Massage

3.2 Taping
187

4. PENGGUNAAN DADAH DALAM SUKAN


Page

1. PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

AKK©2013
Pengenalan

Kecederaan sukan mahupun kecil atau besar memerlukan perhatian. Penjagaan


kesihatan meliputi aspek meningkatkan prestasi, pencegahan kecederaan sehinggalah
kepada bentuk rawatan kecederaan yang holistik. Pengurusan perubatan sukan
seharusnya berperanan memberikan rawatan kecederaan sukan kepada mereka yang
memerlukannya.

Skop utama pengurusan kecederaan sukan adalah seperti berikut:-

1. Pengetahuan berhubung mekanisma berlakunya kecederaan. Ini akan


membantu membuat diagnosis dan pencegahan kecederaan.
2. Tindakan awal atau segera supaya menghalang timbulnya kesan atau komplikasi
yang lebih teruk.
3. Memberikan diagnosis yang tepat dan pilihan rawatan yang paling efektif.
4. Memberikan rawatan awal yang sesuai dan spesifik.
5. Memberikan penilaian secara objektif dan mengukur kemampuan anggota yang
cedera untuk kembali bersukan.
6. Memberikan rawatan secara berperingkat sebelum atlet beraksi semula.
7. Mampu memberikan nasihat untuk mencegah atau mengelakkan dari
kecederaan tersebut berulang semula.

Pada masa-masa tertentu seperti semasa waktu rehat atau di luar waktu latihan, atlet
yang cedera mempunyai banyak masa untuk mendapatkan rawatan. Atlet tersebut
perlu datang ke klinik di mana beberapa nasihat boleh diberikan sesuai dengan latar
belakang dan tahap kompetensi atau status kecederaan.
188
Page

1.1 JENIS-JENIS KECEDERAAN

AKK©2013
Boleh berlaku pada bahagian tubuh dari kulit sehingga tulang.

KULIT
- Abrasion
- Laceration
- Puncture wound

OTOT
- Muscle soreness
- Muscle cramp
- Muscle strain

LIGAMENT
- Ligament sprain

TENDON
- Tendon tear/rupture

TULANG
- Dislokasi
- Patah

Contoh jenis kecederaan yang biasa:

• Terseliuh (ligament sprain/muscle strain)


• Ketegangan otot (muscle cramp)
189

• Otot terkoyak (muscle tear)


• Kecederaan tendon Achilles
Page

• Sakit di tulang Tibia akibat stress fracture

AKK©2013
• Patah tulang (fracture)
• Dislokasi
• Sakit sendi lutut

Tisu Lembut (Soft tissue)


Tisu lembut merangkumi kulit, otot, arteri, vena, kapilari, saraf, meniscus, tendon dan
ligamen.
Tendon adalah jalur atau band yang berserat yang menyambung otot ke tulang.
Ligamen adalah struktur yang berserat menyambung dari tulang ke tulang.

Tanda dan simptom kecederaan tisu lembut

Tanda dan simptom kecederaan tisu lembut bergantung kepada lokasi dan tahap
kecederaan. Atlet mengadu kesakitan dan kesukaran menggerakkan anggota. Anggota
yang terlibat mengalami bengkak, lebam, perubahan warna kulit dan pergerakan yang
terhad.

1.2 Luka

Luka adalah kecederaan kepada tisu lembut (kulit) samada koyakan dalaman atau
luaran.

Jenis-jenis Luka

a) Luka Tersagat (Abrasion)


190

Kulit tersagat dan terhilang bila bergesel dengan permukaan keras. Pendarahan
minima tetapi perlu dibersihkan sebelum infeksi boleh terjadi.
Page

AKK©2013
b) Luka Terkoyak (Laceration)

Luka yang tidak rata, bentuk pelbagai rupa akibat koyakan tisu lembut kerana
kemalangan atau cedera.

c) Luka Tertusuk (Punctured wound)

Ia disebabkan oleh sesuatu bahan yang tajam seperti pin atau paku menusuk ke
dalam anggota tubuh. Walaupun luka kecil pendarahan boleh menjadi besar.
Semua kes kecederaan luka tertusuk memerlukan suntikan anti-tetanus bagi
mengelakkan penyakit kancing gigi.

Rawatan Luka

Sebelum memberi rawatan, tentukan tangan dicuci dengan sebersihnya. Gunakan


sarung tangan.
Jika luka dicemari oleh kotoran, bersihkan dengan air yang mengalir atau gunakan
pengelap bebas alkohol.Lap luka sehingga kering dengan menggunakan kapas.
Kemudian sapukan ubat pencuci (antiseptic).Tutup luka dengan pembalut kasa yang
steril.Sekiranya perlu, tinggikan anggota tercedera melebihi paras jantung.

191

1.3 Muscle Strain, Muscle Soreness dan Muscle Cramp


Page

Muscle Strain

AKK©2013
Ia berlaku apabila otot meregang secara berlebihan sehingga koyak.Kecederaan ini
sering berlaku pada persimpangan otot dan tendon (tendon menyambungkan otot ke
tulang).

Otot menjadi tegang apabila terlebih regangan atau terkoyak atau putus. Kecederaan
yang sakit ini kadangkala dipanggil ‘muscle pulled’ akibat kemalangan, penggunaan
otot yang tidak betul ataupun otot yang terlebih latihan (overtrained).

Punca regangan otot adalah kerana otot atau tendon terpusing, tertarik atau terkeluar.
Ianya boleh berlaku samada secara mendadak atau perlahan-lahan. Ketegangan yang
mendadak seperti kerana kecederaan masa lalu (chronic), mengangkat benda-benda
berat atau otot-otot telah penat.

Tanda dan simptom tegang adalah sakit, bengkak, otot mengeras atau otot menjadi
lemah.

Cara pencegahan atau untuk mengelakkan otot tegang adalah dengan mengelak
daripada membuat latihan jika penat atau sakit, mengekalkan berat badan unggul,
memakai kasut yang sesuai serta berlari atas padang yang rata.

Sebab-sebab muscle strain

Muscle strain boleh disebabkan oleh overstretching otot akibat:


- warm-up yang tidak mencukupi.
- penggunaan peralatan yang tidak betul.
- kerap guna otot tertentu (overused).
192

- teknik yang tidak betul.


- trauma.
Page

AKK©2013
Muscle Soreness

Ini lebih kepada rasa kesakitan yang tidak selesa (nagging pain). Mungkin anda pernah
mengalami sakit otot sebegini.

Bagi sesetengah individu, otot yang sakit merupakan satu tanda selepas sesi latihan
keras (sign after a hard workout). Begitu juga mereka akan berasa puas bersenam jika
otot berasa sakit.

Kelesuan otot atau “sore” sering berlaku dalam sukan, rasa kurang senang, sengal otot
dan penat. Ada yang mengalaminya selepas kerja berat ataupun setelah tamat atau
habis bekerja.

Simptom Delayed Onset Muscle Soreness (D.O.M.S) berlaku apabila seseorang


mengadu sakit dan lemah otot sehari atau dua hari selepas bersukan (24-72 jam).
Kadangkala terjadi kerana corak latihan atau senaman yang bukan rutin di samping
intensiti tinggi atau tempoh latihan yang lama.
Sebab-sebab muscle soreness

Latihan bertenaga (energetic workout) menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam


otot. Punca adalah disebabkan kesan latihan yang lasak atau intensiti tinggi di mana
terjadinya pengumpulan asid yang menimbulkan rasa sakit dan kurang selesa pada
otot. Jenis kelesuan otot juga dinamakan Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS).
193

Rawatan muscle soreness


Page

AKK©2013
Tiada rawatan spesifik. Ada yang mencadangkan regangan yang ringkas tetapi satu
kajian di Australia (2007) mendapati regangan tidak begitu berkesan. Di antara lain,
cadangan-cadangan berikut boleh dicuba:
• ‘Active Recovery’ gunakan pemulihan aktif.
• Rehat dan sejukkan badan.
• Urutan sukan.
• Mandian ais.
• Regangan perlahan dan lembut.
• Mengambil ubat tahan sakit (N.S.A.I.D).
• Muscle Cramp

Muscle Cramp adalah penguncupan otot skeletal secara luar kawal hingga
menyebabkan otot teramat sakit. Otot sukar untuk relaks sehingga kelihatan otot seperti
bengkak.

Biasanya berlaku apabila otot mengecut secara tiba-tiba dan boleh menyebabkan
kesakitan, berlaku semasa atau selepas senaman.

Punca muscle cramp adalah kerana pengaruh saraf ke atas otot. Seringkali dikaitkan
dengan kecederaan pada otot atau saraf, dehidrasi, kurang zat kalsium, magnesium
dan kalium serta kekurangan vitamin seperti vitamin B1, B5 dan B6.

Tanda dan Simptom muscle cramp

- Kesakitan
- Bengkak
- Otot mengeras
194

- Kelemahan Otot
Page

AKK©2013
Rawatan muscle cramp adalah merehatkan otot itu dengan cara regangan, urutan
sukan dan aplikasi ais untuk mengurangkan sakit. Rawat punca muscle cramp seperti
rehidrasi, mengganti mineral yang hilang iaitu kalsium.
Pencegahan
- Elak bersenam atau bermain apabila letih atau dalam kesakitan.
- Kekalkan berat yang ideal.
- Memakai kasut yang sesuai.
- Lari di permukaan rata.

Pencegahan boleh dilakukan dengan regangan sebelum dan selepas bersukan


terutamanya bagi sukan yang lasak. Pastikan membuat aktiviti memanaskan badan
(warm up) dan menyejukkan badan (cool down).

1.4 Ligament Sprain

Kecederaan yang menegangkan ligamen menyebabkan ia terkoyak atau terputus.


Biasa terjadi pada buku lali, lutut dan sendi bahu serta pergelangan tangan. Apabila
ligamen terseliuh, struktur tisu / organ yang berhampiran seperti otot dan tendon juga
boleh cedera.

Tanda dan Simptom


- Bunyi pop (crackling).
- Gerakan atau koyakan boleh didengari.
- Sendi seolah tergelongsor (gives way).
- Kesakitan tiba-tiba.
- Bengkak.
- Lebam dan panas.
195
Page

AKK©2013
Pencegahan
-Warm up dan stretching.
- Elakkan peningkatan mendadak dalam jumlah dan intensiti latihan.
- Pastikan otot atlet kuat dan fleksibel.
- Gunakan peralatan yang betul.
- Pakai pakaian dan kasut yang sesuai.
1.5 Patah dan Dislokasi

Patah dan dislokasi tidaklah selalu terjadi pada ahli sukan. Kadang kala kerana badan
yang tidak seimbang atau kurang fleksibel ataupun kerana mungkin akibat tulang yang
rapuh seperti osteoporosis.

Patah dan dislokasi lebih kerap terjadi pada sukan kontak kerana impak atau hentakan
yang kuat. Boleh juga berlaku patah kerana lakuan yang berulang kali atau gerakan
anggota badan yang tidak biasa.

Patah

Patah adalah satu rekahan atau pecah pada tulang.

Patah terdiri dari jenis yang tertutup (close fracture) ataupun yang terbuka (open
fracture). Patah yang ringkas (simple fracture) terjadi apabila kulit tidak tembus atau
tidak koyak. Jenis parah sebenarnya dapat membantu kaedah pilihan rawatan yang
sesuai atau berkesan bagi tulang yang terlibat.

Patah biasanya dikategorikan berdasarkan tahap keterukan (severity) dan impak


kecederaan tisu sekeliling. Ada yang patah hanya sebahagian sahaja (incomplete) dan
196

ada yang patah terus (complete).


Page

AKK©2013
Jenis-jenis patah

• Greenstick fracture - hanya berlaku pada satu jenis tulang sahaja. Kelihatan
bengkak tapi tidak patah terus, sering kali terjadi pada kanak-kanak.

• Transverse fracture - bila garisan patah melintas garis tengah tulang dan
berkedudukan sudut tepat dengan tulang panjang tengah.

• Oblique fracture - patah di mana garisan patah itu dalam penjuru dengan tulang
panjang
yang lurus.

• Comminuted fracture - patah hingga berlakunya serpihan lebih dari dua tulang
yang seperti berkecai di sekeliling tempat yang patah.

• Spiral fracture - patah yang agak kompleks di mana garisan patah itu berpusing
pada tulang.

• Compound fracture - patah sehingga tulang menembusi kulit.

Rawatan adalah bergantung pada jenis dan corak tulang yang patah kerana rawatan
tidak semestinya berakhir dengan pembedahan. Di hospital, proses reduction dilakukan
di wad kecemasan atau hanya sekadar dibalut dengan plaster khas. 197
Page

AKK©2013
198
Page

AKK©2013
Tanda dan Simptom Tulang Patah

- Kecacatan, bengkak dan lebam pada kawasan tulang yang retak atau patah.
- Sakit dan kesukaran menggerakkan bahagian yang tercedera.
- Luka dengan hujung tulang tertonjol keluar.
- Anggota tubuh yang patah boleh menjadi pendek dan bengkok.
- Tulang bergerak dan berbunyi.
- Tanda-tanda renjatan terutamanya jika keretakan atau patah berlaku pada tulang
paha atau pelvis akibat kehilangan darah yang banyak. 199
Page

AKK©2013
Komplikasi Tulang Patah

- Kehilangan darah: Fractures may result in substantial blood loss.


- Kecederaan pada organ: Seperti kecederaan pada jantung atau peparu apabila
patah tulang rusuk (rib fracture).
- Masalah tumbesaran: The fractured long bone may not grow normally if the injury
is close to joint (epiphyseal plate).

Rawatan Tulang Patah

• Nasihatkan mangsa supaya jangan bergerak (rest).


• Sokong anggota tercedera dengan tangan anda atau minta seorang pembantu
untuk melakukannya supaya ia tidak bergerak atau gunakan anduh dan kayu
belat (splint).
• Balut anggota tercedera sehingga ke bahagian anggota badan yang tidak
terjejas. Pastikan balutan diikat ketat agar tulang yang patah tidak
bergerak(immobilization).
• Rujuk segera ke hospital.

Dislokasi

Dislokasi adalah kecederaan yang kerap terjadi di sendi di mana tulang terkeluar
sepenuhnya dari tempatnya (complete dislocation) atau sebahagian sahaja
(subluxation).

Contoh dislokasi:
200

• Dislokasi bahu (shoulder dislocation)


Page

• Dislokasi lutut (patella dislocation)

AKK©2013
• Dislokasi sendi pangkal paha (hip dislocation)
Ianya berpunca dari impak luaran yang menyebabkan tulang terkeluar dari kedudukan
asal.
Sebab-sebab berlakunya dislokasi

Dislokasi biasanya disebabkan oleh satu impak yang kuat terhadap sendi. Contoh
pukulan, jatuh atau pertembungan (collision).

Tanda dan Simptom Dislokasi

 Tulang terletak bukan pada tempatnya.


 Bengkak/berubah warna (lebam).
 Sakit yang sangat.
 Tidak boleh bergerak.

Rawatan Segera Dislokasi

 Jangan gerakkan sendi tersebut.


 Anduhkan sendi dan kawasan yang terseliuh (splinting).
 Jangan tangguhkan rawatan.

Rawatan Dislokasi

• Lindungi sendi untuk elakkan daripada terus cedera.


• Letakkan kayu belat (splint) dan ikatkan kayu belat menggunakan kain anduh
untuk menghadkan pergerakan (immobilization).
• Jika ada kemahiran, masukkan semula ke kedudukan asal (Reduction).
201

• Rujuk ke hospital.
Page

AKK©2013
Immobilization

202

Arm Sling
Page

AKK©2013
Tips Pencegahan Kecederaan Sukan

1. Panaskan badan dan regangan.


2. Elakkan intensiti tinggi yang mengejut.
3. Kuatkan otot-otot kaki.
4. Gunakan peralatan yang sesuai.
5. Kasut yang sesuai.

Regangan

Regangan merupakan aktiviti fizikal khusus untuk otot dalam proses baik pulih
kecederaan. Banyak faedah regangan. Di antaranya:

• Kurangkan kesakitan.
• Tingkatkan tahap tanaga.
• Tingkatkan fleksibiliti.
• Dapatkan julat pergerakan yang lebih besar.
• Tingkatkan kadar pengaliran darah.

1.6 Kecederaan Kepala

Kecederaan kepala terjadi apabila berlakunya sebarang trauma ke atas tempurung


kepala, tengkorak ataupun otak. Kecederaan tersebut boleh minor ataupun benar-benar
serius. Ianya boleh menjadi kecederaan terbuka atau tertutup.
Kecederaan kepala termasuklah
203

• Hentakan kepala (concussion).


• Luka pada tempurung atau kulit luar.
Page

• Patah.

AKK©2013
Punca Kecederaan

Kecederaan kepala tidak semestinya sesuatu yang berimpak besar. Kemalangan jalan
raya mencatatkan lebih dari 50% kecederaan ke atas kepala. Manakala 20% lagi kes
yang melibatkan kepala adalah mereka dari kumpulan sukan lasak. Di antara punca
kemalangan atau kecederaan:

• Perlanggaran semasa bersukan.


• Terjatuh.
• Terhantuk.

Tanda dan Simptom

Tanda dan simptom boleh berbeza daripada sedar hinggalah tidak sedar atau koma.
Kadangkala mengalami lemah badan dan separa sedar.

Tanda dan simptom lain seperti muntah, pendarahan dari telinga, susah bercakap,
lumpuh (lemah) atau kebas anggota badan.

Apakah dia Glasgow Coma Scale (GCS)?

Ini diperkenalkan oleh sekumpulan pakar perubatan iaitu kaedah ringkas menilai tahap
keterukan seseorang yang mengalami kecederaan kepala. Skala ini digunakan dengan
memerhatikan gerakan mata, percakapan dan gerakan anggota badan. Pesakit yang
mengalami koma biasanya:
204

• Tidak ada gerakbalas badan.


• Tidak boleh bercakap.
Page

• Tidak membuka mata.

AKK©2013
Bantuan Kecemasan pada Kecederaan Kepala

Dalam keadaan kecemasan, dapatkan bantuan serta panggil ambulan. Jika pesakit
sedar, kurangkan pergerakan pesakit, kawal terutama pada kepala dan leher. Pastikan
tidak ada pendarahan. Jika ada, berikan rawatan untuk menghentikan pendarahan atau
‘dressing’. Pendarahan kulit kepala boleh berlaku dengan banyak.

Jika pesakit tidak sedar, jangan gerakkan kepala, leher dan tulang belakang kerana
komplikasi yang teruk seperti kecederaan pada saraf tunjang boleh berlaku. Tugas
utama dalam memberi bantuan kecemasan adalah dengan mengelakkan dari bahaya
dan pastikan pesakit bernafas dan ada denyutan nadi.

Jika pernafasan atau denyutan jantung berhenti, terus berikan bantuan Cardio
Pulmonary Resuscitation (CPR).

Rawatan Otak yang Terhentak (Concussion)

Concussion boleh terjadi samada pada tahap minor ataupun serius dan biasanya
dirujuk pada doktor. Tanda dan simptom boleh berlanjutan sehingga minggu ketiga
selepas kecederaan. Jika ada tanda-tanda kecemasan seperti hilang ingatan, muntah
atau pernafasan tidak tentu hendaklah dihantar segera ke hospital.

205
Page

AKK©2013
2. MASALAH KESIHATAN DALAM CUACA PANAS DAN SEJUK

2.1 MASALAH KESIHATAN DALAM CUACA PANAS

Penyakit yang disebabkan cuaca panas adalah satu spektum penyakit haba bermula
dari penyakit haba ringan, heat stress sehingga heat stroke yang boleh membawa
maut.
Ia mengandungi:-

1. Heat Stress
2. Heat Cramp
3. Heat Exhaustion
4. Heat Stroke

Tanda dan Simptom:

1. Pernafasan laju
2. Lemah badan
3. Sakit kepala
4. Pening/Loya
5. Kejang otot
6. Kulit terbakar

Heat Stress : Berlaku apabila naiknya suhu badan dan kadar metabolisma bertambah
disebabkan aktiviti fizikal lasak atau cuaca yang panas.

Heat Cramp: Kontraksi otot involuntari yang menyakitkan akibat badan kehilangan
206

banyak garam dan cecair menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit badan.


Page

AKK©2013
Heat Exhaustion: Kelesuan badan akibat kehilangan air yang berlebihan boleh
menyebabkan renjatan.

Heat Stroke:Satu keadaan kecemasan yang boleh mengancam nyawa dan


menyebabkan kematian akibat hipotalamus yang mengawal suhu badan tidak
berfungsi.
Suhu badan pesakit heat stroke biasanya melebihi 40̊ C.

RAWATAN

 Alihkan pesakit ke tempat redup.


 Beri minuman air sejuk.
 Baringkan pesakit.
 Sejukkan badan menggunakan air sejuk dan/atau kipas.
 Tinggikan kaki.

2.2 MASALAH KESIHATAN DALAM CUACA SEJUK


Hypothermia

- Berlaku terutamanya apabila suhu badan kurang dari normal (35̊ C atau 95̊ F)
kerana berada dalam cuaca sejuk.
- Pesakit boleh menggigil, kulit sejuk dan pucat, frost-bite, pernafasan lemah
(hypo/hyperventilation), sukar bergerak dan hilang koordinasi.

RAWATAN
207

 Hentikan pendedahan terhadap cuaca sejuk yang berterusan.


Page

 Selimutkan pesakit.

AKK©2013
 Berikan minuman panas.
 Aplikasikan demah panas.
 Rujuk pesakit ke hospital.

3. TEKNIK MANUAL
3.1 Sports Massage

Sports Massageadalah satu manipulasi sistematik pada tisu-tisu lembut badan yang
dilakukan pada otot-otot khusus bagi sukan tertentu. Ia adalah satu cabang dalam
perubatan sukan yang membantu atlet meningkatkan keupayaan semasa dalam
latihan, pertandingan mahupun rehabilitasi. Atlet yang menggunakan sports massage
mampu beraksi dengan lebih baik. Ia digunakan sebelum, semasa dan selepas
bersukan.
Tujuan Sports Massage

Sports Massage bertujuan untuk mencegah kecederaan dan meningkatkan prestasi


atlet.

Faedah Sports Massage

 Mengurangkan ketegangan otot.


 Meningkatkan keanjalan otot.
 Meningkatkan mobiliti sendi.
 Meningkatkan pengaliran darah.
 Meningkatkan pembekalan zat makanan pada tisu.
 Membolehkan atlet menjalankan latihan lebih intensif.
208

 Membantu dalam penyingkiran bahan toksik pada badan.


 Memendekkan masa pemulihan.
Page

 Merehatkan minda.

AKK©2013
Kontraindikasi Massage

• Demam.
• Inflamasi akut tisu lembut - luka-luka yang terbuka, lebam baru, koyakan otot,
terseliuh, kontusi, dan kebakaran.
• Pesakit kanser.
• Penyakit berjangkit.
• Penyakit saluran darah -Varicose Vein, Deep Vein Thrombosis.
• Kepatahan.
• Penyakit kulit berjangkit.

Teknik Sports Massage

Sports Massage dilakukan dengan menggunakan beberapa teknik seperti:

• Effleurage.
• Petrissage (Kneading).
• Stripping and circular frictions.
• Tapotement (Hacking, Beating, Percussion, Cupping, Pincement).

3.2 Taping

• Taping adalah satu cara untuk melindungi pada bahagian yang cedera agar atlet
dapat melakukan pergerakan secara optimum.
• Ia berperanan mengawal pergerakan yang berlebihan serta dapat
209

mempercepatkan proses pemulihan.


Page

AKK©2013
• Taping boleh membantu mencegah kecederaan serta melindungi atlet dari
kecederaan semula untuk sambung bersukan, jika dilakukan dengan kaedah
yang betul.
• Peranan Taping ialah untuk menghadkan pergerakan dalam sendi yang
tercedera.

Kegunaan Taping

- Taping adalah satu kemahiran penting yang perlu ada pada jurulatih.
- Taping boleh digunakan untuk:
• melindungi bahagian yang cedera (selective protection).
• memberi sokongan terhadap anggota (support).
• mengurangkan bebanan pada sendi (offloading).

ANKLE TAPING

1.Ensure the ankle to be taped is clean and dry.


2.Apply prewrap to the area.

210

3. Using the light tension, apply a overlapping circumferential anchor strip 3.8 cm white
tape at the forefoot and below the calf bulk.
Page

AKK©2013
4. Starting from the upper anchor medially , pass under the heel and pull up with tension
ending on the upper anchor laterally.

5.Be sure that the ankle is kept at 90° throughout this process.

6. Starting on the medial side of the distal anchor, apply a horizontal strip passing
behind the heel and covering the tip of the lateral malleolus.
211

7. Repeat step 5 and 7 for 3 times.


Page

AKK©2013
8. Then apply strong tension over the lateral side to the lateral upper anchor.

9. Apply a medial ankle lock by reversing this strip starting and finishing on the
medial side for added stability.

10. Put a proximal and distal anchor.

11. Begin closing up the tape job from the top ensuring all gaps are covered in order
212

to avoid blister.
Page

AKK©2013
4. PENGGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

• Dadah adalah bahan selain makanan yang diambil yang kemudiannya akan
menyebabkan perubahan dalaman badan.
• Jika ada faedah, ia dianggap sebagai ubat.
• Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ia dianggap
sebagai racun.

4.1 APAKAH MAKSUD DOPING?

Penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan
oleh atlet.

Pemberian atau pengambilan sebarang bahan oleh atlet dalam kuantiti yang tidak
normal atau melalui cara (route) yang luarbiasa dengan tujuan meningkatkan prestasi
dengan cara tidak adil.
213

Doping Violations
Page

Kehadiran/penggunaan bahan terlarang.

AKK©2013
 Enggan bekerjasama untuk proses pengambilan sampel.
 Tampering with Control - e.g. interfering with due process during testing so as to
invalidate results.
 Possession of trafficking in any prohibited substance or method.
 Administration or any other type of complicity.

Mana-mana percubaan di atas dianggap sebagai kesalahan doping, diingati kesalahan


doping bukan sahaja kehadiran bahan terlarang di dalam air kencing anda, malah lebih
dari itu.

Mengapakah doping perlu diharamkan?

- Termaktub dalam peraturan perlawanan – sama seperti peraturan teknikal yang


lain.
- Mengekalkan keseronokan bersukan (siapa yang akan menang).
- Mengelakkan pesaingan secara tidak adil.

WADA (World Anti-Doping Agency)

World Anti-Doping Agency (WADA) merupakansatubadan bebas yang


bertanggungjawab untuk memerangi gejala doping dalam sukan di peringkat dunia.

ADAMAS

• Agensi kebangsaan utama membasmi gejala doping di Malaysia.


214

• Merupakan independent body.


• Melaksanakan segala aktiviti anti doping di Malaysia selaras dengan CODE
Page

WADA.

AKK©2013
• Dua fungsi utama :

a) Pendidikan
b) Kawalan doping

Jenis Dadah Terlarang

• Anabolik Steroid
• Dadah anti-estrogen e.g. tamoxifen
• Pembawa oxygen artifisial seperti perflourocarbon
• Beta-blocker seperti propanolol
• Beta2 agonist seperti salbutamol
• Blood doping

Cannabinoids seperti Ganja

• Corticotrophin e.g. ACTH


• Diuretics e.g. furosemide
• Erythropeitin (EPO)
• Gene doping
• Glucocorticosteroids seperti triamcinolone
• Gonadotrophins – seperti hCG
• Growth hormone and insulin-like growth factor Insulin
• Narcotics – cocaine, morphine
• Stimulants – amphetamine
215
Page

AKK©2013
Kesan Anabolik Steroid

• Anabolic – membina tisu (otot, tulang, dan tisu tanpa lemak).


• Androgenic- kesan seksual sekunder lelaki – seperti suara, dan rerambut pada
muka.
• Dadah anabolic steroid lebih ‘kuat’ dari testosterone sebab:

1. Ia lebih sukar dimusnahkan oleh hati.


2. Ia mempunyai kesan yang lebih kuat dari testosterone.

Kesan Sampingan Anabolic Steroid kepada Lelaki

• ‘Tumbuh buah dada’ (Gynaecomastia – increased breast tissue in male).


• Pengecutan testis.
• Kemandulan.
• Kurang kesuburan reproduktif.
• Kerosakan fungsi buah pinggang dan hati.
• Risiko tumor prostat.
• Agresif dan cepat marah.

Kesan Sampingan Anabolic Steroid kepada Perempuan

• Kurang atau tiada haid.


• Pengecutan buah dada.
• Suara garau.
• Tumbuh misai dan janggut.
• Gugur rambut.
216

• Cepat marah, agresif.


Page

• Kerosakan janin.

AKK©2013
Tanggungjawab Jurulatih dalam Proses Ujian Doping

• Memastikan atlet tidak mengambil dadah terlarang.


• Bekerjasama dengan badan berkuasa apabila atlet dipanggil untuk menjalani
ujian doping.
• Menentukan atlet diiringi semasa ujian doping dilaksanakan.
• Memberitahu pegawai perubatan sekiranya atlet mengambil ubat-ubatan.

“When you win nothing hurts.”

“There are no gains without pains.”

217
Page

PENGHARGAAN

AKK©2013
Ahli-Ahli Panel Penambahbaikan dan Pemurnian Kurikulum
Sains Sukan
Pengerusi Panel PenasihatAkademi Kejurulatihan Kebangsaan
Ketua Penyelaras PanelPenambahbaikan dan Pemurnian

Dr. Balbir Singh a/l Bhagwan Singh


PhD - Sains Sukan (Psikologi Sukan) - Universiti Melbourne Australia.
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesihatan dan Fizikal – Universiti Putra Malaysia.
Ijazah Sarjana Pendidikan / Psikologi Sukan – Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pensyarah Kanan, Pusat Sukan Universiti Malaya.
Kelulusan Sukan Spesifik :
i) Instruktor Hoki (Malaysia Hoki Federation) tahap I, II & III pada tahun 1998 – 2011.
ii) Persekutuan Hoki Antarabangsa (F.I.H), Instruktor pada tahun 2012.
iii) Kursus Kejurulatihan Hoki Asia, Intercontinental pada tahun 1995
Kursus kejurulatihan Tennis, tahap I pada tahun 1979.
Kursus Kejurulatihan Kriket, tahap I pada tahun 1978.
Kursus Kejurulatihan Bola Baling, tahap I pada tahun 1999.
Kursus Kejurulatihan Bola Sepak, tahap I pada tahun 1986.

Pengarah Akademi Kejurulatihan KebangsaanMajlis Sukan Negara Malaysia


Penolong Penyelaras PanelPenambahbaikan dan Pemurnian

R.Vivekanandan a/l K.Ramiah


Diploma Perguruan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan – Maktab Perguruan Ilmu Khas
(STTI) MPIK.
Sijil Perguruan Khas Pendidikan Jasmani – Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur
(STTI).
Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan – Universiti Malaya.
Ijazah Sarjana dalam Pengurusan dan Perancangan Pendidikan -Universiti Malaya.
218

Kelulusan Sukan Spesifik :


i) Federation of International Hockey High Performance Coaching Course, New Delhi India
Page

2010.

AKK©2013
ii) Federation of International Hockey and Asia Hockey Federation Dul Workshop -
Development, Umpiring & Coaching Kuala Lumpur, Malaysia 2010.
iii) Federation of International Hockey High Performance International Indoor Coaching
Course Vienna, Austria 2007.
iv) Federation of International Hockey High Performance Coaching Course, Rotternam,
Holland 2005.
v) Federation of International Hockey Special Coaching Course, Kuala Lumpur, Malaysia
2003.
vi) Sijil Instruktur Kecergasan Fizikal Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia 1986.
vii) Malaysia Hockey Federation Coaching Course Tahap I (1990),II (2001) dan III (2001)
viii) Malaysia Hockey Federation Kursus Kejurulatihan Penjaga Gol Hoki, 2005.
ix) Persatuan Penyelamat Kecemasan Diraja Sijil Gangsa, 1985.
x) Kursus Kejurulatihan Olahraga Persatuan Amatur Selangor, 1982.
xi) Kursus Melatih Tenaga Pengajar Kecergasan Fizikal , Kementerian Belia dan Sukan,
Malaysia, 1987.

Topik 1 dan 2 : Falsafah Sukan / Sukan Di Malaysia

Prof. Madya Dr Wee Eng Hoe (Ketua)


Prof. Madya Jasmani dan Sains Sukan di Sekolah Sains dan Sastera Kolej Tuanku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur
PhD Pendidikan Jasmani, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Ijazah Sarjana Pendidikan Jasmani, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Ijazah Sarjana Muda Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia.
Kelulusan Sukan Spesifik :
i) Kursus Asas Bola Tampar Peringkat, Negeri Pulau Pinang, 1977.
ii) FIVB Volleyball Federation Coaching Certificate, IOC, 1984.
iii) FIVB Volleyball Coaching Certificate-International Tahap I, 1988.
iv) FIVB Mini Volleyball Coaching Certificate, FIVB & MAVA, 1990.
i) Kursus Asas Bola Keranjang Peringkat Negeri Kelantan, 1978.
219

i) Kursus SRAM - Persatuan Skuasy Malaysia, Tahap I, 1987.


Page

AKK©2013
En. M P Haridas D Menon
Diploma Perguruan (KPM).
Diploma Pengurusan Sukan, United Kingdom.
Mantan Pensyarah Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (Maktab Perguruan Teknik).
Pengurus Besar Majlis Olimpik Malaysia (1994-2009).
Kelulusan Sukan Spesifik :
Hoki (Anjuran KBS / MHF), Advanced 1972.
Olahraga ( Course by Bill Miller, USA), Preliminary, 1962 & 1963.
Olahraga ( Course by Charles Taylor, UK), Advanced, 1965.
Olahraga ( Course by Tom Rosadich, USA), Advanced, 1968.
Olahraga ( Course by Manfred Lokhen, Ger), Instructors, 1969.
Instructor Kuirsus Olahraga, Preliminary, 1963 hingga1983.
Volleyball (Kursus MAVA / KBS), Preliminary, 1964.
Bola Sepak (Kursus FAM / KBS), Preliminary, 1965.

En. Gapor Ahmad


Sijil Perguruan Khas Pendidikan Jasmani – Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur
(STTI).
Ijazah Sarjana Muda (Bachelor) Pendidikan Jasmani Universiti Pertanian Malaysia.
Mantan Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani MPIK, Kuala Lumpur.
Kelulusan Sukan Spesifik :
Sepak takraw tahap I & II pada tahun 1996 hingga 2013.

Topik 3 : Anatomi & Fisiologi


Dr. Tengku Fadilah Bt. Tg. Kamalden (Ketua)
PhD. Pemakanan dan Pskologi Sukan (Universiti Sains Malaysia)
Ijazah Sarjana Sains Jasmani dan Sukan (Universiti Sheffield, United Kogdom)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Universiti Sains Malaysia)
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pemdidikan, Universiti Putra
Malaysai.
220

En. Gordon Nicholas Jemat Anchang


Page

AKK©2013
Ijazah Sarjana Sastera (Pendidikan Fizikal), Universiti Columbia.
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) Universiti Malaya.
Ketua Pusat Pengajian Sains Sukan, Universiti Teknologi Mara, Sarawak.

En. Tan Kok Siang


Ijazah Sarjana dalam Sains, Universiti Putra Malaysia.
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Fizikal), Universiti Putra Malaysia.

Topik 4 : Biomekanik
Dr. Ong Kuan Boon (Ketua)
PhD Biomekanik, Australia
Ijazah Sarjana dalam Sains (Biomekanik) , USA
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) Universiti Putra Malaysia.

En. Ahmad Pharmy Jalil


Sarjana Muda Sains Sukan (Sains Kejurulatihan dan Pengurusan) Universiti Malaya.
Pegawai Belia dan Sukan Cawangan Prestasi Tinggi, Institut Sukan Negara Malaysia.
Kelulusan Sukan Spesifik :
Sukan Mendayung, tahap I pada tahun 2013.

Topik 5 : Persediaan Fizikal

Dr. Nur Ikhwan Mohamad (Ketua)


PhD Suaian Fizikal & Kekuatan.
Pensyarah, Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan, UPSI, Tanjung Malim, Perak.
Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan, Universiti Institut Teknologi Malaysia.
Ijazah Sarjana Muda (Sains) dalam Sains Sukan.
Diploma dalam Kesihatan dan Kecergasan.
Kelulusan Sukan Spesifik :
Lesen C AFC (Bola Sepak), tahap I pada tahun 2013.
221
Page

En. Erik Tan Check Hiong

AKK©2013
Ijazah Sarjana (Masters) Kekuatan dan Suaian Fizikal, Edith Cowan University Australia.
Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Senaman.
Universiti Griffith, Queensland, Australia.
Pegawai Belia dan Sukan, Pusat Suaian Fizikal.
Institut Sukan Negara Malaysia.
Kelulusan Sukan Spesifik :
Power Plate, tahap I pada tahun2007.
Certified Strength & Conditioning Specialist (CSCS), 2003.
CPCS, tahap III, 2006.

Topik 6 : Pemakanan
Dr. Nik Sanita Safii (Ketua)
Doktor Falsafah Pemakanan, UKM.
Pensyarah Kanan dalam Program Dietetik.
Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan Fakulti Sains Kesihatan, UKM.
Diploma dalam Sains – Universiti Institut Teknologi Malaysia.
Ijazah Sarjana Muda (Hons) dalam Dietetik – Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ijazah Sarjana Sains Pemakanan Manusia dan Metabolisma – Universiti of Aberdeen.
PhD Pemakanan – Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cik Azimah Ahmad


Ijazah Sarjana Muda dalam Dietetik – Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ijazah Sarjana (Masters) Sains Sukan – Universiti Institut Teknologi Malaysia .
Ketua Pusat Pemakanan Sukan.
Institut Sukan Negara Malaysia

Topik 7 : Kompetensi

Prof. Dr. Abdul Hafidz Omar (Ketua)


PhD (Kesihatan, QUT, Australia)
222

Ijazah Sarjana Pendidikan (Kejurulatihan dan Kepimpinan), Australia


Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (UPM)
Page

AKK©2013
Pengarah, Pusat Teknologi, Inovatif dan Sukan, UTM
Kelulusan Sukan Spesifik:
Kursus Kejurulatihan Olahraga, tahap I,1982.
Kursus Kejurulatihan Hoki, tahap I,1990.
Kursus Kejurulatihan Badminton, tahap I, 1988.
Kursus Kejurulatihan Rugbi, tahap I, 1988.
Kursus Kejurulatihan Renang, Inermediate, 1988

Dr. Chin Ngien Siong


PhD Psikologi Sukan, Universiti Malaya,
Pensyarah, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus
Tun Abdul Razak, Sarawak,
Kelulusan Sukan Spesifik :
Tenis.
United States Profesional Tennis Registry (USPTR), tahap I, 1992.
United States Professional Tennis Association (USPTA), tahap III, 1999.

En. Ravi Margapandu


Sijil Pendidikan (TESL) MPMK.
Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Fizikal) UPM.
Ijazah Sarjana Sains (Sumber Manusia) UNIMAS.
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Kinabalu, Sabah.
Kelulusan Sukan Spesifik :
Hoki, tahap III, 2008.
AHF Coaching Course Hockey, 2011.

Topik 8 : Psikologi

Dr. Lim Boon Hooi (Ketua)


PhD Sains Sukan Psikologi (Universiti Malaya).
223

Timbalan Pengarah (Ijazah Dasar), Pusat Sukan, Universiti Malaya.


Sijil Lanjutan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan – Institut Perguruan Darul Aman.
Page

AKK©2013
Diploma Perguruan – Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bahru.
Ijazah Sarjana Sains Sukan Psikologi – Universiti Pertanian Malaysia.
Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan – Universiti Malaya.
Kelulusan Sukan Spesifik :
Bola tampar, tahap I, II & III, 2005 hingga 2013.
Power weight lifting, tahap I & II, 2011.
Hoki, tahap I & II 2005 hingga 2013.

Dr. Hairul Anuar Hashim


PhD Psikologi dan Senam, Australia.
Ijazah Sarjana Psikologi Sukan, Springfield, USA.
Ijazah Sarjana Muda Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa.
Penyelaras Unit Sains Sukan Universiti Sains Malaysia.
Pensyarah, Unit Sains Sukan Pusat Pengajian.
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Dr. Ong Kong Swee


PhD Psikologi – Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak.
Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Sumber Manusia St. Clement Universiti West Indies, USA.
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani Universiti Putra Malaysia.
Pensyarah Cemerlang Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru, Kampus Rajang,
Sarawak.
Kelulusan Sukan Spesifik :
Badminton, tahap I 1989 dan tahap II 2007, tahap III 2013.
Hoki, tahap I, 2001.
Volleyball, tahap I, 1985.
Olahraga, tahap I, 1992.
Tennis, tahap I, 1996.
224

Topik 9 : Tingkahlaku Motor


Page

AKK©2013
En. Patmanathan K. Supiah (Ketua)
Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Jasmani).
Institut Pendidikan Darul Aman, 1993.
Diploma dalam Kejurulatihan Olahraga Universiti Johannes Guthenberg, Germany.
Athletic Federation , Mainz, Germany.
Ijazah Sarjana (Masters) Pendidikan Jasmani, UPM.
Pensyarah, Sek. Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah.
Kelulusan Sukan Spesifik :
Kejurulatihan Olahraga, Diploma, 2007.

Dr. Jeffrey Low Fook Lee


Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam Pendidikan Fizikal.
Ijazah Sarjana Sains Sukan Universiti Putra Malaysia.
PhD Tingkahlaku Motor, Universiti John Moores, Liverpool, UK.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Perak.
Kelulusan Sukan Spesifik :
Kursus Asas Memanah Kebangsaan Persatuan Memanah Malaysia – MSN, 1996.
Kursus Asas Sukan Mendaki Persekutuan Mendaki Malaysia, 2003.
Kursus Kejurulatihan Kriket Persatuan Kriket Malaysia (MCA), 2000.
Kursus Kejurulatihan Kriket Persatuan Kriket Malaysia (MCA), 2000.
Kursus Instruktur Kriket Persatuan Kriket Malaysia (MCA) – MSN, 2003.
Kursus Kejurulatihan Kriket Majlis Kriket Asia (ACC), 2012.

Topik 10 : Perubatan Sukan

Mej. Jen. Prof. Dato’ Dr. Mohd Zin Bidin (Ketua)


DPMS, PAT, JSM, DSM, SMP, KAT, KMN, MD, MPH, MScCTM, FACTM, FAOEMM, FFTM,
FPHMM, AM, DTM&H, DISM, Dipsmed DipAeromed MMIM psc
225

Dekan Fakulti Perubatan dan Kesihatan.


Universiti Pertahanan Nasional, Kem Sungai Besi.
Page

AKK©2013
Kolonel (Dr) Zainal B. Othman
M.D (UKM), M.P.H (UKM),
Ijazah Sarjana Perubatan Sukan (Universiti Nottingham, United Kingdom).
Ahli Fizik Sukan, Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka.
Kelulusan Sukan Spesifik :
Symposium of Sports Health in Industry, 2010.
FIMS Advance Emergency Sports Medicine Course, 2010.
FIMS Teamj Physician Development Course, 2011.
4th AFC Conference on Seminar Football Medicine, 2011.
AFC Elite Education Seminar, 2012.
21st Conference on Sports Rehabilittion and Traumatology, 2012.
3rd International Football Medicine Conference, South Africa, 2010.

Dr. Lee Ai Choo


PhD Sains Pemulihan (Universiti Alberta, Canada).
Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak.
Ijazah Sarjana Pendidikan Fizikal, Universiti Putra Malaysia.
Ijazah Pendidikan (Pendidikan Fizikal), Universiti Putra Malaysia.
Diploma Perguruan, Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan
Sijil Perguruan Khas Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur (MPIK).

226

SENARAI URUSETIA
Page

PROGRAM BENGKEL PERMURNIAN SAINS SUKAN

AKK©2013
En. Ahmad Fauzi Abdul Latiff

En Amreen Zaki bin Johar

Cik Jeniffer Yong Chia Chia

Cik Hazeline Aasyiqeen Jaafar

Cik Naziah Talib

Cik Yap Suo Kuen

En Ahmad Suhaimi bin Yaakub

En. Hafiszal bin Tukemin

Pn. Fathin Athirah binti Kamarudin

Pn Zuhanaliza binti Abu Hassan

Pn Rossinah binti Baba

PERHARGAAN JUGA DIPANJANGKAN KEPADA SEMUA YANG


TELAH MENYUMBANG SECARA LANGSUNG DAN TIDAK
LANGSUNG TERUTAMA PENULIS-PENULIS MODUL SAINS
SUKAN TAHAP I, TAHAP II SEHINGGA TAHAP III YANG
TERDAHULU SEHINGA BERJAYANYA MENGHASILKAN
MODUL INI.
227
Page

AKK©2013

You might also like