You are on page 1of 4

LAPORAN PROGRAM

PROGRAM GPMP SUPER C+

DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA

TARIKH
22 SEPT 2017 – 24 SEPT 2017

TEMPAT
SMK DATUK HAJI PANGLIMA JAKARULLAH
SMK BUM BUM
SMK BUGAYA
SEMPORNA.
LAPORAN PROGRAM GPMP SUPER C+
DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP)
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA

PENDAHULUAN & ISU


Program GPMP Super C+ merupakan program yang dirancang khusus sebagai intervensi kepada
isu kemenjadian murid dari aspek akademik. Sekolah-sekolah sasaran merupakan sekolah yang
mempunyai pencapaian rendah dalam Peperiksaan SPM khususnya dalam mata pelajaran teras.
Melalui program ini pelajar-pelajar akan didedahkan dengan teknik menjawab, kemahiran
menganalisis kehendak soalan dan mengenalpasti kesalahan-kesalahan lazim yang sering
dilakukan oleh pelajar-pelajar calon SPM.

NAMA PROGRAM
Program ini dinamakan Program GPMP Super C+ kerana ia melibatkan murid berpencapaian
sederhana tetapi berpotensi untuk lulus.

TARIKH
Tarikh yang dcadangkan ialah 22, 23 dan 24 September 2017. Pada tarikh ini program ini akan
berjalan secara serentak di 3 buah sekolah sasaran.

MASA
Rujuk Tentatif Program

TEMPAT
SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah, SMK Bum Bum dan SMK Bugaya.

KUMPULAN SASARAN
Murid Tingkatan 5 yang berpencapaian sederhana berjumlah 150 orang dari setiap sekolah.
Sasaran Keseluruhan ialah 450 orang murid darpada 3 buah sekolah.

KEHADIRAN
Rujuk Lampiran

AKTIVITI YANG DIJALANKAN


1. Bengkel Mata Pelajaran Teras
2. Kerohanian
3. Riadah

KEKUATAN
1. Meningkatkan kemahiran menjawab soalan.
2. Menguasai teknik belajar efektif
3. Memahami jenis dan bentuk kesalahan semasa menjawab.
4. Meningkatkan penguasaan terhadap mata pelajaran
5. Suasana pembelajaran yang berbeza dan merangsang minat belajar.
KELEMAHAN
1. Program perlu diperluaskan kepada subjek elektif
2. Impak program kurang kerana pelaksanaan secara one off dan tidak berkesinambungan.
3. Penceramah luar dan melibatkan kos yang tinggi.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN / TINDAKAN SUSULAN


1. Program perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun iaitu pada Semester 1 dan
semester 2.
2. Diperluaskan dan meliputi semua subjek elektif termasuk subjek elektif..
3. Peruntukan tambahan untuk kos pengangkutan pelajar.

PENUTUP
Program yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektifnya. Semua
ini adalah berkat kerjasama yang baik antara semua ahli jawatankuasa yang diamanahkan.
Program ini diharap akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada murid-murid sama ada
kesan intelek mahupun sahsiah.

Disediakan oleh,

(ABDUL HALIM BIN IDIN)


Penyelaras/Pengarah Program GPMP Super C+
di bawah Program Transformasi Daerah (DTP)
Pejabat Pendidikan Daerah Semporna.

Sila Lampirkan Bersama Salinan – Nota P ( Yang Lengkap ), Kotasi, Senarai Kehadiran Peserta, dan dokumen-
dokumen / gambar yang menyokong Program di atas. Terima kasih.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM

AKTIVITI PEMULIHAN AKTIVITI PEMULIHAN

AKTIVITI PEMULIHAN PASUKAN GURU-GURU PEMULIHAN KHAS

You might also like