You are on page 1of 7

Senarai Racun

1. Racun Tikus – BUTIK S


 BUTIK S (bahan aktif Chlorophacinone) dan BUTIK G2,
(bahan aktif Bromadialone) sangat berkesan membasmi
semua jenis tikus perosak tanaman.

 Produk kawalan tikus ini menjimatkan kos dan tenaga kerja.


Amalan meracun yang baik dengan menggunakan produk
ini akan menjamin hasil yang tinggi dari ladang.

 Bahan Aktif Chlorophacinone

% a.i : 0.005%
Berat : 15kg/kotak
Kuantiti : 600 ketul / kotak (meliputi hingga 4.4ha)

2. Racun Rumpai – Roundup


 Racun dari kumpulan yang mengandungi bahan aktif

Glyphosate (active ingredient) adalah paling luas digunakan

dan dijual dengan banyak jenama dipasaran.

 Bahan aktif yang digunakan adalah seperti (a) Glyphosate

dimethylamine dan (b) Glyphosate isoprophylamine.

 Racun jenis sistemik, berfungsi dengan bertindak

menghalang biosintesis protin apabila disembur pada

rumpai.
3. Racun Rumpai – DIURON

 Racun yang mengandungi bahan aktif Diuron menjadi


pilihan utama petani dan banyak dipasaran. Racun ini
merupakan racun sistemik yang mampu menghalang proses
fotosintesis rumpai.
 Digunakan secara meluas untuk kawalan selaput tunggul
dengan kadar kepekatan antara 0.5-0.45 kg sehektar.
 Racun ini didakwa sangat berkesan walaupun selaput
tunggul itu tebal.

4. Racun Serapan – GARLON

 Untuk membunuh pokok renek dan pokok menjalar seperti


senduduk, mempelas, ubi gajah, pokok kapal terbang, timun
padang, semalu, asytasia dan lain-lain.
 Selain itu, Garlon juga digunakan untuk kawasan yang tidak
boleh dimasuki jentolak atau menebang secara manual
sukar dilakukan, oleh itu musnahkan pokok dengan racun
pokok.
 Campuran 1 bahagian Garlon 250 dengan 8 bahagian diesel
disapu pada keliling pangkal pokok selebar 40 sm. Ulangi
meracun bagi pokok yang tidak mati.
5. Racun Serapan – ALLY (CANYON)

 Merupakan racun herba serapan bukan hormone yang


sesuai digunakan untuk beberapa jenis daun lebar dan daun
lebar berkayu.
 Racun Ally perlu dicampur dengan racun lain atau lain-lain
pembasuh (surfactant).
 Bahan aktifnya ialah metsulfuron-methyl. Sesuai dicampur
dengan round-up dan juga paraquat.

6. Racun Serangga – FURADAN

 Racun serangga Furadan 3G (bahan aktif: Carbofuran)


merupakan sejenis racun jenis sistemik yang sangat popular
digunakan dikawasan tanaman sawit, sayur-sayuran, dan
sebagainya terutama untuk mengawal jenis perosak
dalaman.
 Furadan (nama pasaran untuk CARBOFURAN) merupakan
racun sintetik sentuh dan sistemik (diserap melalui akar
hingga ke bahagian tumbuhan yang lain).
 Banyak diapliaksikan untuk membunuh serangga perosak
dalam bentuk larva dan dewasa, nematod, semut serta
perosak yang lain.
7. Racun Rumpai – BASTA

 Racun Basta termasuk di dalam kumpulan kelas racun


rumpai Glufosinate Ammonium yang merupakan racun
sentuh yang bertindak dengan menghalang sintesis
glutamine.
 Berkesan bagi rumpai jenis daun lebar dan rumpai jenis
daun lebar berkayu.
 Kadar penggunaan yang disyorkan adalah 132 ml bagi setiap
pam manakala untuk sehektar memerlukan sebanyak 3.3
liter.

8. Racun Serangga – NURELLE

 Racun serangga Nurelle ini amat berekesan bagi seranggan


perosak pengorek batang seperti Koya, anai-anai, kumbang
dan lain-lain serangga.
 Ramuan aktif: Nurelle D505 racun serangga adalah
gabungan dua bahan-bahan aktif, chlorpyrifos dan
cypermethrin.
 Phosphorothioate merupakan kumpulan racun perosak
organophosphorus yang memberi kesan kepada kedua-dua
axonic dan penghantaran sinaptik kepada denyutan saraf di
dalam sistem saraf serangga.
9. Racun Rumpai – HEXTAR PARAQUAT

 Racun rumpai Hextar Paraquat sangat berkesan bagi


membasmi masalah anak poko sawit liar dan rumput anak
kayu, ini adalah disebabkan oleh tindakannya merencatkan
sistem fotosintesis terhadap rumpai.
 Selepas disemburkan kepada tanah atau rumpai, paraquat
akan terikat dengan cepat dan kuat terhadap butir-butir
tanah kepada bentuk tidak aktif, terutamanya pada tanah
berjenis liat. Ini bermakna racun paraquat tidak lagi
merbahaya kepada tanaman ataupun mamalia setelah ia
terdedah pada tanah.

10. Racun Serengga – ORY-X

 ORY-X ialah produk hasil penyelidikan bersama secara


intensif oleh Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan Felda
Agricultural Services Sdn Bhd (FAS).Produk ini mengandungi
spora Metarhizium yang telah terbukti berkesan untuk
menghapuskan kumbang badak, Oryctes rhinoceros.
 Spora Metarhizium yang aktif ini melekat kepada kutikal
kumbang badak dan seterusnya membiak dan menembusi
kutikel. Spora ini akan merebak di dalam badan kumbang
badak dan menyebabkan kematian. Fungus ini menyerang
semua peringkat kumbang badak samada larva, pupa dan
kumbang dewasa.
 Pendekatan ini mengurangkan penggunaan produk kimia
lalu mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
11. Pelekat Racun – SAPOL SURFOCTONT (@KENPO)

 Konsep asas pelengkap racun ini adalah untuk membantu


mengurangkan ketegangan permukaan air di daun ketika
semburan kabus racun dijalankan.
 Dapat meningkatkan penyebaran dan penyerapan bahan
kimia pertanian dengan berkesan.
 SAPOL SURFOCTONT dapat membantu larutan semburan
tidak jatuh ke bawah bagi tujuan mencegah pembaziran
larutan semburan.

12. Racun Serangga – METAXORB

 METAXORB merupakan racun kawalan serangga mesra alam


yang mengandungi campuran Metathizium Anisopliae untuk
mengendalikan masalah kumbang badak (Oryctes
Rhinoceros) didalam penanaman sawit.
 Racun ini mampu mengawal serangan kumbang badak
bermula dari peringkat larva lagi.
 Kitar keberkesanan racun ini juga tinggi (mampu bertahan
lebih dari 100 hari pada setiap sekali semburan).
Jenis-jenis Racun

(1) Racun Pracambah digunakan dikawasan kebun yang akan disembur semasa kerja-kerja penyediaan
tanah selesai untuk menghalang anak benih rumpai tumbuh sebelum penanaman. Racun jenis ini
berkesan untuk elakkan kawalan rumpai pada peringkat paling awal. Antara racun jenis ini seperti
Atrazine dan lain-lain jenama.

(2) Racun Sentuh bertindak dengan sentuhan kepada bahagian tanaman (daun dan batang) dan akan
matikan rumpai. Kesan racun sentuh adalah cepat dan dapat dilihat tumbuhan layu dalam beberapa jam
penyemburan dijalankan.

(3) Racun Sistemik bertindak dengan diserap kedalam seluruh bahagian tumbuhan dam rumpai akan
mati perlahan-lahan. Lazimnya proses racun ini lambat dilihat. Selepas 2-3 hari pun kesan racun jenis ini
tidak dapat dikesan lagi. Keberkesanan racun ini agak lama berbanding dengan racun sentuh.

You might also like