You are on page 1of 1

PUDING KARAMEL CHOC MOIST

===========================
Anak Malas Belajar? Klik ➨➨ Ragam Anak
.
Bahan Bahan
.
Untuk Karamel – 3 sudu besar gula pasir
Untuk Puding – 5 biji telur, 1 tin susu cair, 1 tin susu pekat, 1 sudu kecil essen vanila
Untuk Choc Moist – 4 sudu besar serbuk koko, setengah tin susu cair, setengah tin susu pekat,
setengah cawan minyak masak, setengah cawan gula castor, 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 biji
telur, 1 cawan tepung hong kong
.
Cara Cara Membuat:
.
Untuk Karamel – Panaskan gula di atas loyang dengan api perlahan. Biar hingga gula mencair
dan berwarna keperangan. Ratakan di atas permukaan loyang. Matikan api dan ketepikan. Biar
sejuk
.
Untuk Puding – Blander susu pekat, susu cair, essen vanila dan telur. Jangan terlalu lama.
Cukup sekadar 2 hingga 3 kali putar. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus
10 hingga 15 minit.
.
Untuk Choc Moist – Cmpurkan serbuk koko, susu pekat, susu cair, minyak masak dan gula
kastor. Kacau di atas api perlahan selama 2 hingga 3 minit. Masukkan tepung hong kong dan
soda bikarbonat yang telah di ayak. Masukkan telur telah di pukul. Kacau hingga sebati.
Tuangkan di atas puding yang telah di kukus tadi dan kukus lagi selama 20 hingga 40 minit
(bergantung pada kepanasan api gas)
.
*** Sejukkan selama setengah jam baru terbalikkan Puding Karamel Choc Moist – Boleh simpan
di dalam peti sejuk selepas di terbalikkan. Siap

You might also like