You are on page 1of 6

latar belakang Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun

PENGENALAN
-Dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun
-Dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak merdeka lagi
-Peringkat awal, rancangan tersebut memberikan tumpuan terhadap pembangunan kawasan
luar Bandar
-Dilaksanakan dalam dua tahap
-Tahap pertama dan tahap kedua
-Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (1971-1990) dikenali juga sebagai Rangka
Rancangan Jangka Panjang 1 (RRJP1)
-Dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB)

perkembangan Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun Tahap Pertama

TAHAP PERTAMA
-Membangunkan kawasan luar bandar
-Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk
bandar
-Mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar
-Mempelbagaikan aktiviti ekonomi /sumber pendapatan negara
-Mengelakkan ekonomi/pendapatan negara daripada terlalu bergantung kepada bijih
timah/getah
-Pembangunan bersepadu yang memberikan penekanan/perhatian serius terhadap sektor
ekonomi, sosial,awam
-Pembukaan tanah baru untuk pertanian digiatkan
-Penanaman semula getah oleh pekebun kecil/secara ladang digalakkan
-Hasil keluaran pertanian dipelbagaikan
-Perusahaan melombong bijih timah diperluas
-Memberikan perhatian kepada pelbagai perkhidmatan
-Contoh kesihatan, pendidikan dan perhubungan
- Memberikan perhatian kepada infrastruktur
-Contoh balai polis/ kem tentera/ pejabat pos/ mahkamah/rumah kakitangan kerajaan
-Ditubuhkan dua agensi utama kerajaan untuk melaksanakan Rancangan Malaya Pertama
-RIDA ditubuhkan untuk membangunkan masyarakat luar bandar
-Berperanan memberikan pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil
-Berperanan membantu pemasaran hasil pertanian
-Menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan
-Terus berperanan selepas merdeka dengan membangunkan dan memajukan masyarakat luar
bandar
-FELDA ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
-Berperanan untuk meningkatkan hasil pertanian negara
-Tanah baru dibuka secara besar-besaran untuk pertanian
-Tanah baru yang dibuka ini juga dijadikan petempatan baru dilengkapi kemudahan asas
-Penduduk luar Bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru ini dan menjadi petani
moden
-Jenis tanaman yang diberi tumpuan ialah getah dan kelapa sawit
-Kerajaan seterusnya menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar bandar
-Berperanan untuk menyelaraskan dan menjayakan segala program pembangunan luar bandar
-RIDA/FELDA diletakkan di bawah kementerian ini
-Pencapaian RMP kurang memberangsangkan kerana ancaman komunis
-Perbelanjaan negara dialihkan kepada keselamatan negara
-Pencapaian juga kurang berjaya kerana kejatuhan harga komoditi getah dan bijih
timah di pasaran dunia

Terangan pelaksanaan Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun Tahap Kedua

TAHAP KEDUA
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA
-Rancangan Malaysia Kedua merupakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Pertama di
bawah DEB
-Bermatlamat untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum,
kawasan dan wilayah
-Tumpuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
-Menambahkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan
jurang ekonomi
-Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
-Meneruskan program pembangunan luar Bandar
-Beberapa agensi ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan wilayah
-Agensi juga ditubuhkan untuk membantu petani
-Agensi juga ditubuhkan untuk menggalakkan perkembangan perusahaan dan perdagangan
-Agensi juga ditubuhkan untuk memajukan bandar
-LPN berfungsi menstabilkan harga padi
-LKIM berfungsi membangunkan dan memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf
hidup nelayan
-UDA berfungsi membangunkan bandar
-RISDA berfungsi membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula
getah
-LPP berfungsi membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi
-PETRONAS berfungsi memajukan sektor perindustrian dan perniagaan berkaitan dengan
petroleum -PKEN berfungsi menggalakkan perindustrian dan perdagangan

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA


-Rancangan Malaysia Ketiga lanjutan Rancangan Malaysia Kedua yang terus mendokong aspirasi
DEB -Matlamat program pembangunan ekonomi meneruskan usaha membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat
-Meneruskan program pembangunan pertanian dan perindustrian bagi
meningkatkan produktiviti, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat
-Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah
oleh agensi yang dipertanggungjawabkan
-Contoh agensi KEJORA, KETENGAH, DARA, KESEDAR
-Tumpuan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit untuk keperluan eksport
-Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan
industri dan pembangunan bandar baru
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT
-Rancangan Malaysia keempat juga mendukung aspirasi DEB
-Meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga
-Mula memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan
pelaburan modal
-Juga menumpukan perusahaan berat yang berasaskan penggunaan teknolog tinggi
-Juga menumpukan perusahaan berat yang berasaskan keperluan tenaga pekerja mahir F30
Kerajaan menubuhkan HICOM
-Berfungsi untuk mengenalpasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan
cekap
-Bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing, kerajaan telah
membuka perusahaan baru
-Contoh di Skudai/Senawang/Bintulu/Menggatal/Likas
-Diperkenalkan Zon Perdagangan bebas
-Contoh di Bayan Lepas/Sg. Way
-Bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian, dua program dilancarkan
-Program tersebut ialah Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk
-Perindustrian KDPM mengenalpasti kelemahan dalam struktur industri negara
-PIP menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi pelaksanaannya
-Kerajaan perkenalkan Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia untuk menjana
pembangunan ekonomi negara
-Penglibatan sektor swasta dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung kerajaan
-PNB/ASN ditubuhkan/dilancarkan untuk mengimbangi pemilikan harta dan
-saham perindustrian antara bumiputera dengan bukan bumiputera
sektor pertanian terus diberi perhatian dengan melancarkan DPN
-DPN bermatlamat untuk memodenkan dan menggiatkan semula sektor pertanian secara
bersepadu
-Menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan untuk pertanian
-Rancangan Malaysia Keempat berjaya mencatatkan perkembangan KDNK pada kadar 5.8%
setahun
-Juga berjaya meningkatkan pendapatan perkapita pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4000
juta pada tahun 1985

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA


-Rancangan lima tahun ekonomi terakhir untuk merealisasikan aspirasi DEB
-Memberi penekanan terhadap meningkatkan sektor perindustrian dengan
melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor swasta
-Syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor industri
berorientasikan eksport
-Kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama
dengan swasta dengan lebih berkesan
-Pembangunan kawasan luar Bandar terus diberi perhatian
-Penggunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan
-Industri desa yang berpotensi digalakkan
-Pelbagai kemudahan disediakan seperti kredit dan insentif
-Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting
-Kerajaan menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia
-Kerajaan juga menumpukan bidang Penyelidikan dan Pembangunan
-Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga
-tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara

Dasar Pembangunan Ekonomi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya
membangunkan sosioekonomi negara.
kepentingan:

a) ​DASAR PERTANIAN NEGARA


-Dilancarkan pada 12 Januari 1984
-Peningkatan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum
-Pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap
-Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil Memajukan komoditi utama
-Yang berpotensi untuk dieksport
-Menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di bawah rancangan Felda
-Agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri

​ ) ​DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA


b
-Diperkenalkan pada 25 Februari 1983
-Meransang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan dalam pembangunan Negara
-Syarikat dimiliki secara bersama oleh kerajaan dan swasta
-Semua kakitangan kerajaan / swasta merupakan pemilik saham
-Pekerja dipertanggungjawabkan untuk memajukan syarikat di Malaysia
-Panel perunding antara kerajaan dan swasta ditubuhkan

​c) ​DASAR PENSWASTAAN


-Dilancarkan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
-Memindahkan perkhidmatan / perusahaan / kepentingan / pelaburan dan kuasa tertentu
kepada swasta
-Mengurangkan beban kewangan kerajaan
-Meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan
-Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara
-Unit Perancangan Ekonomi (EPU) jawatankuasa penswastaan yang memberikan garis panduan
-Dilaksanakan secara penuh atau sebahagian
-Mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain

Bukti Rancangan Pembangunan Ekonomi telah menghasilkan kejayaan kepada Malaysia.

Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas


Fakta sangat tepat dan mendalam
Bukti sangat tepat beserta dengan contoh yang sangat sesuai dan jelas
Membuat inferens lanjutan dan tepat, sesuai dan munasabah
Komunikasi/pengolahan sangat menarik

manfaat yang diperoleh rakyat hasil daripada Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun

Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas


Fakta sangat tepat dan mendalam
Bukti sangat tepat beserta dengan contoh yang sangat sesuai dan jelas
Membuat inferens lanjutan dan tepat, sesuai dan munasabah
Komunikasi/pengolahan sangat menarik

cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada masa ini dalam merancang model ekonomi yang
mapan dan langkah mengatasi cabaran tersebut.

Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas


Fakta sangat tepat dan mendalam
Bukti sangat tepat beserta dengan contoh yang sangat sesuai dan jelas
Membuat inferens lanjutan dan tepat, sesuai dan munasabah
Komunikasi/pengolahan sangat menarik

iktibar yang dapat diambil daripada usaha kerajaan membangunkan ekonomi Malaysia

-Bijaksana menangani masalah yang dihadapi


-Berfikiran jauh untuk memajukan diri
-Bertoleransi tanpa ada prejudis terhadap kaum lain/dasar ekonomi kerajaan
-Tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan
-Menghargai usaha kerajaan/pemerintah yang banyak menyediakan program demi
kesejahteraan rakyat
-Berfikiran positif dalam setiap dasar negara
-Bijak merebut peluang yang ada disediakan oleh kerajaan
-Mempunyai daya saing yang tinggi agar setaraf dengan orang/kaum lain
-Bersyukur terhadap kekayaan negara seperti sumber semula jadi yang dimiliki
-Inovatif dan kreatif untuk menjadi maju
[Mana-mana jawapan munasabah ]

Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri
Unsur patriotisme
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

You might also like