You are on page 1of 3

BAB 2: NUTRISI

Kelas Makanan

1. Nutrisi adalah proses mendapatkan makanan untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.

2 Makanan berbeza mengandungi nutrien yang berbeza. Nutrien adalah bahan di dalam makanan
yang diperlukan oleh badan.

3. Makanan boleh dibahagikan kepada beberapa kelas, iaitu :-

 Karbohidrat
 Protein
 Lemak
 Vitamin
 Mineral
 Gentian
 Air

KARBOHIDRAT

1. Karbohidrat boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk iaitu gula, selulosa, glikogen dan kanji.

2. Contoh daripada kanji adalah nasi, roti,kentang, gandum dan lain-lain.

3. Gula merupakan bentuk ringkas karborhidrat. Jenis gula ringkas adalah glukosa (anggur), sukros
(tebu), dan laktos (susu).

4. Selulosa ditemui dalam dinding sel tumbuhan dan tidak boleh dicernakan. Contoh : buah-buahan
dan sayur-sayuran.

5. Glikogen ditemui dalam hati dan otot.

PROTEIN

1. Protein mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.Sesetengah protein mempunyai


sulfur dan fosforus.

2. Protein terbentuk daripada unit-unit asas yang dinamakan asid amino.

3. Protein haiwan termasuk daging, susu, ikan dan telur. Kekacang, bijirin dan kacang soya adalah
protein tumbuh-tumbuhan.

4. Fungsi protein adalah ;

 Diperlukan untuk membesar dan memperbaiki sel-sel yang rosak.


 Digunakan untuk menghasilkan enzim, hormon, antibodi
dan hemoglobin.
 Sebagai sumber tenaga jika kekurangan karbohidrat.
5. Protein yang berlebihan akan dipecahkan oleh hati kepada urea, di mana ia disingkirkan sebagai
air kencing.
6. Kekurangan protein terhadap kanak-kanak boleh menyebabkan mengidap penyakit kwashiorkor.

7. Protein boleh diuji dengan Reagen millon’s, apabila dipanaskan. Mendakan putih bertukar warna
merah.

VITAMIN

1. Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan badan.

2. Vitamin tidak membekalkan tenaga.

3. Hanya vitamin B dan C sahaja larut air. Yang selebihnya adalah larut lemak.

4. Berikut menunjukkan sumber Vitamin, fungsi dan kesan kekurangannya.

SUMBER VITAMIN FUNGSI KESAN KEKURANGA

Pandangan malam
A-Lobak merah,tomato, yang baik dan kulit Rabun malamKulit tidak
labu,telur, ikan. yang sihat. sihat

B-Sayur-sayuran hijau, Sistem saraf


susu,telur, bijirin, yis. yang sihat Beri-beri, Anemia

C-Buah-buahan segar, Untuk melawan


sayur- sayuran hijau. penyakit. Skurvi

D-Kuning telur,hati,
terbentuk pada kulit di Untuk gigi dan tulang
bawah sinar matahari. yang sihat dan kuat. RakhitisOsteomalasia

Untuk
E-Minyak sayur- kesuburan.Mencegah
sayuran,gandum,kacang. kerosakan sel Kemandulan

K-Hati, sayur- sayuran Melambatkan


hijau, tomato,kuning telur. Pembekuan darah pembekuan darah

MINERAL

1. Garam mineral adalah bahan tidak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk
mengekalkan kesihatan badan.

2.Contoh mineral adalah kalsium, fosforus, iodin.

3. Penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan juga penting dalam penghasilan
hormon dalam kelenjar tiroid.

ZAT BESI

1. Contohnya adalah Hati, telur dan sayuran.

2. Membentuk hemoglobin dalam sel darah merah

You might also like