You are on page 1of 1

Ciri-ciri negara

Asas penubuhan sesebuah negara bermula daripada latar belakang sejarahnya yang bersifat
nasional, serta ciri-umum yang merujuk kepada bahasa dan budaya masyarakatnya (A. R. T.
Abdullah & Hassan, 1985).

Oleh itu, sesebuah negara yang terbentuk mempunyai ciri-ciri tertentu. Antaranya adalah
kawasan tersebut mempunyai sempadan yang tetap dan diiktirafkan oleh masyarakat
antarabangsa. Sempadan merupakan sesuatu yang menjadi pemisah atau tanda yang
menunjukkan had antara satu kawasan dengan yang lain (Dewan Bahasa Pustaka, 2018).

Selain itu, kawasan tersebut hendaklah mempunyai penduduk yang tetap. Penduduk tetap
adalah masyarakat yang dibenarkan tinggal di negara ini tanpa ada had tempoh tertentu dan
juag bukan pemegang pas perjalanan untuk berada dalam negara tersebut (portal rasmi Jabatan
Imegresen Malaysia” 2018).

Kawasan tersebut juga hendaklah mempunyai kerajaan yang teratur dan menyediakan
perkhidmatan awam kepada masyarakat di negara tersebut. Kerajaan merupakan sebuah
organisasi yang mempunyai kuasa untuk mencipta dan merealisasikan undang-undang dalam
sesuatu kawasan tertentu. Dalam erti kata lain, kerajaan adalah pemerintah atau organisasi yang
mengatur dan memimpin sesebuah negara.

Seterusnya, kawasan tersebut mempunyai kedaulatan iaitu diperintah sendiri dan bebas
daripada naungan penjajah Kedaulatan beerti kuasa yang paling tinggi dalam yang dimiliki
sesebuah organisasi dalam masyarakat, politik untuk menentukan sesuatu keputusan berkaitan
perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan politik (M. A. I. L. Abdullah, Zain,
Razak, & Abdul, 2004). Sebagai contoh, Malaysia mempunyai kedaulatan undang-undang
yang tersendiri dan bukan berada di bawah pemerintahan kuasa asing.

Akhir sekali, kawasan tersebut hendakalah mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-
negara lain serta pengiktirafan luar khasnya dari Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu (PBB).
Menurut Muhammad, Noor, Musa, & Rodi, (2005) hubungan diplomatik ini adalah hubungan
kerjasama yang dapat mengeratkan hubungan sesebuah kerajaan dari sudut hubungan sosial,
budaya, agama, ekonomi serta politik.

You might also like