You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YAM TUAN RADIN

KM 11, JALAN SEREMBAN 71010 LUKUT PORT DICKSON


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Telefon : 06-6514002 Fax : 06-6517040


Emel : smkl_lkt@streamyx Kod : NEA 2055

Ruj. Kami : Bil ( ) dlm.SMKYTR /06 /04 /002


Tarikh : 06 April 2015

NORADILAH BINTI ASARI


SMK YAM TUAN RADIN

Tuan/Puan,

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dilantik sebagai Ketua Pentaksir Mata Pelajaran Bahasa
Melayu

2. Tugas dan tanggungjawab ialah

2.1 Menerima dokumen pentaksiran Ujian Lisan Bertutur dan Ujian Lisan Mendengar daripada Penolong
Kanan Pentadbiran.
2.2 Memastikan guru yang dilantik oleh Pengetua memuat turun dokumen pentaksiran dan memasang
instrumen pentaksiran Ujian Bertulis serta memperbanyakkan dan menyimpan instrumen Ujian
Lisan Mendengar dan Ujian Bertulis.
2.3 Menyerahkan dokumen pentaksiran Ujian Lisan Bertutur dan Ujian Lisan Mendengar kepada guru mata
pelajaran yang akan menjalankan pentaksiran mengikut jadual pentaksiran.
2.4 Menyediakan jadual pelaksanaan pentaksiran dan memastikan guru mata pelajaran mematuhi
jadual tersebut.
2.5 Membantu Penolong Kanan Pentadbiran menyediakan Jadual Ujian Lisan Mendengar.
2.6 Membuat verifikasi pemasangan instrumen pentaksiran bagi memastikan instrumen mematuhi
Panduan Pemasangan Instrumen.
2.7 Menerima panduan penskoran Ujian Lisan Mendengar dan Ujian Lisan Bertutur daripada
Penolong Kanan Pentadbiran dan menyerahkan kepada guru mata pelajaran yang akan
menjalankan pemeriksaan.
2.8 Memastikan guru yang dilantik memuat turun panduan penskoran Ujian Bertulis daripada
Aplikasi PT3 dan menyerahkan kepada guru mata pelajaran yang akan menjalankan
pemeriksaan.
2.9 Membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan calon bagi memastikan guru mata palajaran
memeriksa skrip jawapan berpandukan panduan penskoran dan bagi memastikan
keseragaman dan ketekalan pemeriksaan.
2.10 Membuat verifikasi skor calon bagi memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah
berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati keupayaan sebenar calon.
2.11 Menyerahkan skor murid kepada Pengetua untuk diverifikasi.

2. Pihak sekolah amat berbesar hati di atas lantikan ini dan diharapkan tuan/puan dapat
melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini.
Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

.................................................

( SARIPAH BINTI MOHD NOR )


Pengetua
SMK Yam Tuan Radin Port Dickson

You might also like