You are on page 1of 5

SEMESTER 2 – 2017/2018

WUS101 – TERAS KEUSAHAWANAN

PROFIL USAHAWAN

DISEDIAKAN OLEH :

MU NIZAM BIN M YUSOF

KUMPULAN : 96

NO MATRIK : 139877

DISEDIAKAN UNTUK:

EN.MOHD SHAFIE ARIFFIN

PENSYARAH WUS101

TARIKH PENGHANTARAN:

19 APRIL 2018

1
19 April 2018

Mu Nizam Bin M Yusof

Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan

Universiti Sains Malaysia

11800 Minden

Pulau Pinang.

En. Mohd Shafie Ariffin

Pensyarah WUS101

Universiti Sains Malaysia

11800 Minden

Pulau Pinang.

Penghantaran WUS101 Tugasan Profil Usahawan

Saya menghantar tugasan seperti yang tertera diatas untuk semakan pihak tuan. Sekiranya
terdapat apa-apa kemusykilan, boleh hubungi saya di talian 0143284439

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar

(Mu Nizam Bin M Yusof)

2
PROFIL USAHAWAN

Usahawan yang telah saya temubual ialah Encik Sharizan Rizqin Bin Mohamad
berumur 30 tahun dan dilahirkan pada 17 Januari 1988 di Bertam, Pulau Pinang. Setelah
berjaya menamatkan pelajaran pada peringkat SPM, Encik Sharizan melanjutkan pelajaran ke
peringkat kolej iaitu di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau. Beliau mengambil kursus
Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) selama 2 tahun sepenuh masa dan
berjaya mendapatkan segulung Sijil Kemahiran pada tahun 2010. Encik Sharizan merupakan
anak kedua daripada 4 orang adik beradik dan beliau masih belum berkahwin.

Setelah berjaya menamatkan pengajian di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau,
Encik Sharizan kurang bernasib baik kerana tidak mendapat pekerjaan di sektor-sektor
kerajaan mahupun swasta, dan hampir setahun beliau menganggur. Oleh itu, beliau mencari
ikhtiar dengan memutuskan untuk memulakan perniagaannya sendiri sesuai dengan minatnya
iaitu perniagaan membaiki alatan elektronik dan komunikasi. Nama syarikat perniagaan
beliau ialah Ejan Rizqin Territory yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang. Menurut
beliau, nama syarikat perniagaan tersebut diambil sempena nama beliau sendiri kerana untuk
membuktikan kejayaannya kepada masyarakat yang memandang rendah kepada beliau.
Beliau memulakan perniagaannya pada awal tahun 2011 setelah mendapat dorongan daripada
keluarga beliau sendiri.

Pada peringkat awal, Encik Sharizan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan


iaitu membaiki alatan elektronik kawan-kawan beliau dan masyarakat disekelilingnya. Segala
modal dan dana untuk membeli alat-alat kelengkapan adalah sepenuhnya daripada beliau dan
sedikit bantuan daripada kedua ibu bapa beliau. Pada ketika itu juga, perniagaannya masih
belum berdaftar dan tidak mempunyai tempat yang khusus. Hal ini dibuktikan oleh beliau
sendiri apabila beliau berkata perniagaannya pada awalnya bermula di rumah beliau sendiri
sahaja. Setelah mendapat perhatian oleh pihak ramai dan semakin terkenal kerana
kepakarannya, beliau mengambil keputusan untuk membesarkan lagi skop perniagaannya.
Encik Sharizan mula membuat pinjaman daripada pihak bank untuk membuka kedai dan
membeli barang-barang untuk perniagaannya. Disamping menjadi “Doktor Gajet”, beliau
turut menyediakan perkhidmatan menservis rokok elektronik bagi menjana lagi
pendapatannya selaras dengan perkembangan barangan elektronik pada masa ini.

3
Tahun demi tahun, Encik Sharizan mempunyai pelbagai kemahiran dan telah
menceburi pelagai bidang dalam masa yang sama contohnya, memperbaiki alatan elektronik
yang lain seperti televisyen dan radio. Beliau juga sering mengikuti program-program
kemahiran di setiap negeri dan daerah semata-mata ingin menambahkan lagi ilmu beliau.
Encik Sharizan juga sering memperbaharui konsep perniagaannya dengan memperkenalkan
pelbagai promosi agar menarik perhatian lebih ramai pelanggan. Selain itu, inisiatif lain juga
turut dijalankan seperti pengiklanan perniagaan di laman sosial Facebook, Twitter dan
Instagram bagi memberitahu dan memperkenalkan perniagaan beliau kepada orang ramai.

Namun begitu, terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh Encik Sharizan sepanjang
menjalankan perniagaannya. Antara cabaran yang dihadapi adalah modal perniagaan. Pada
awal perniagaannya, modal adalah daripada beliau dan sedikit bantuan daripada kedua ibu
bapa beliau sendiri memandangkan pada ketika itu perniagaannya adalah kecil-kecilan.
Selain itu, cabaran yang paling utama bagi beliau adalah kesukaran mendapat tempat
perniagaan yang strategik pada peringkat awal. Encik Sharizan menghadapi kesukaran untuk
mencari lokasi yang strategik dan sesuai di awal penubuhan perniagaannya. Disamping itu,
persaingan dengan peniaga-peniaga lain juga merupakan antara cabaran yang paling besar
bagi Encik Sharizan. Kemunculan pesaing-pesaing baru dalam bidang perniagaannya sedikit
sebanyak telah menjejaskan perniagaannya. Hal ini demikian kerana, jumlah pelanggan
beliau merosot dan tidak menentu saban hari. Tambahan pula, menurut beliau cabaran dalam
perniagaannya adalah apabila perniagaan yang diceburi oleh beliau itu adalah bergantung
kepada musim. Sebagai contoh, apabila musim cuti persekolahan dan perayaan, permintaan
terhadap perkhidmatan membaiki telefon dan stok baharu adalah tinggi dan sebaliknya
apabila bukan pada musimnya, keuntungan perniagaan berada pada tahap yang biasa sahaja
malahan kadang-kala tidak memberi keuntungan langsung.

Namun begitu, berkat usaha dan ketabahan Encik Sharizan, akhirnya beliau masih
bertahan dalam industri perkhidmatan membaiki alatan elektronik yang diceburinya. Nasihat
beliau kepada para usahawan diluar sana adalah sentiasa berusaha dan mencari jalan
penyelesaian bagi sesuatu masalah yang dihadapi. Beliau juga menyatakan bahawa tiada
istilah “putus asa” dalam kehidupan seseorang usahawan jika hendak berjaya dan kekal
dalam industri yang diceburi. Selain itu, Encik Sharizan juga berpendapat bahawa seseorang
usahawan itu hendaklah berani mengambil risiko dalam apa jua keadaan. Hal ini merupakan
kunci kejayaan utama beliau yang dapat dibuktikan dan dapat dilihat sehingga ke hari ini.

4
LAMPIRAN

You might also like