You are on page 1of 6

PROSES TEKNIK BAHAN BUKAN BUKU

1. PENGENALAN

Bahan-bahan bukan buku berbeza daripada bahan buku kerana bahan-bahan ini
mempunyai format fizikal dan saiz yang pelbagai. Oleh itu kerja proses teknik setiap
bahan bergantung kepada ciri fizikal bahan tersebut. Walau bagaimanapun sesebuah PSS
perlu menetapkan satu cara yang seragam supaya bahan-bahan dapat diproses secara
kemas dan sistematik. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:-

1.1 Keseragaman meletakkan maklumat pada setiap bahan.

- nombor panggilan
- nombor perolehan
- cap hak milik
- cap butiran perolehan

1.2 Keseragaman butiran perolehan pada setiap bahan.

1.3 Cap hak milik – bersaiz kecil bagi bahan yang fizikalnya kecil.

1.4 Cara menulis nombor panggilan seperti berikut :

PV singkatan petunjuk media


371 nombor pengelasan
HAS tiga abjad nama pengarang / judul

1.5 Bahan-bahan bukan buku direkodkan dalam buku Rekod Perolehan Bahan
Bukan Buku.

1.6 Slip kerja – khusus untuk bahan bukan buku.

1.7 Lokasi bahan adalah mengikut kesesuaian jenis bahan.

1.8 Sistem susunan bahan bukan buku dalam PSS sama seperti system susunan bahan
buku.

CONTOH CAP BUTIRAN PEROLEHAN


BAHAN BUKAN BUKU

PUSAT KEGIATAN GURU


SUNGAI BESAR
NO. PEROLEHAN

NO. PANGGILAN

TARIKH TARIKH
PEROLEHAN

HURAIAN TANDA
FIZIKAL TANGAN

1
CARTA

1.0 LANGKAH-LANGKAH MEMPROSES CARTA

1.1 Apabila menerima carta daripada pembekal, pastikan semua kenyataan betul dari
segi : senarai pesanan awal, bilangan, fizikal yang baik dan kemaskini.

1.2 Cap butiran hak milik di sebelah belakang carta (sebelah bawah).

1.3 Di sebelah hadapan carta, catatkan nombor perolehan di sebelah kanan dan
nombor panggilan di sebelah kiri.

1.4 Jika carta itu carta gulung catatkan nombor perolehan dan panggilan pada kayu
penggulung.

1.5 Carta dua muka, diberi nombor perolehan dan nombor panggilan pada kedua-dua
muka.

1.6 Jika carta itu bersiri beri nombor perolehan dan nombor panggilan yang sama.

1.7 Rekodkan butiran bahan dalam Rekod Perolehan Bahan Bukan Buku.

1.8 Sediakan slip kerja.

1.9 Sediakan kad katalog.

CARTA DAN CARTA GULUNG

NOMBOR Hadapan Hadapan NOMBOR


PANGGILAN Carta Carta PEROLEHAN

COP BUTIRAN
HAK MILIK

Belakang
NOMBOR NOMBOR
Carta
PANGGILAN PEROLEHAN

2
PETA

1.0 LANGKAH-LANGKAH MEMPROSES PETA

1.1 Setelah bahan diterima, pastikan bahan berkeadaan baik – semak invois.

1.2 Copkan tanda Hak Milik di belakang peta.

1.3 Catatkan nombor perolehan di sebelah kanan dan nombor panggilan pada sebelah
kiri.

1.4 Bagi peta yang menggunakan penggulung, tampalkan nombor perolehan dan
nombor panggilan di kayu penggulung tersebut.

1.5 Rekodkan bahan ke dalam buku Rekod Perolehan.

1.6 Sediakan slip kerja.

1.7 Sediakan kad katalog.

1.8 Tempatkan bahan pad arak penyimpanan peta.

Label No. Panggilan Label No. Perolehan

Cop Hak Milik (Belakang peta)

3
PERMAINAN PENDIDIKAN

1.0 LANGKAH-LANGKAH MEMPROSES PERMAINAN PENDIDIKAN

1.1 Permainan yang telah diterima perlu diperiksa dan invois yang dikirim perlu
disemak.

1.2 Cop tanda hak milik pada kotak permainan.

1.3 Catatkan nombor panggilan dan nombor perolehan pada kotak simpanannya.
Pada setiap item yang terdapat di dalam kotak itu juga perlu diberi nombor
panggilan dan nombor perolehan.

1.4 Senarai jumlah item-item yang terdapat di dalam kotak dan lekat pada bahagian
dalam kotak tersebut.

1.5 Rekodkan bahan permainan ke dalam Rekod Perolehan Bahan Bukan Buku.

1.6 Sediakan slip kerja.

1.7 Sediakan kad katalog.

COP TANDA
HAK MILIK
SENARAI
KANDUNGAN

O O O
O O O
PAPAN O O O
O O O
PERMAINAN
BUKU
PANDUAN
PERMAINAN

NOMBOR NOMBOR
PANGGILAN PEROLEHAN

4
GLOB

1.0 LANGKAH-LANGKAH MEMPROSES GLOB

1.1 Apabila menerima bahan, periksa keadaan bahan, pastikan sama dengan pesanan
dan invois. Periksa juga fizikal bahan untukmempastikan bahan berada dalam
keadaan baik dan kemas kini.

1.2 Copkan tanda butiran milik pada ‘cradle’ atau alas glob.

1.3 Penuhi butiran milik seperti nombor perolehan, nombor panggilan dan juga
tarikh terima.

1.4 Sediakan slip kerja sama seperti slip kerja bahan-bahan yang lain.

1.5 Rekodkan butiran bahan dalam buku Rekod Perolehan Bahan Bukan Buku.

1.6 Sediakan kad katalog.

1.7 Letakkan bahan di tempat penyimpan bahan.

NOMBOR PANGGILAN
NOMBOR PEROLEHAN
TARIKH TERIMA
COP HAK MILIK

5
MODEL

1.0 LANGKAH-LANGKAH MEMPROSES MODEL

1.1 Memeriksa model dan invois yang diterima. Tandakan invois (catatkan haribulan
penerimaannya).

1.2 Copkan butiran hak milik pada model. (slip khas yang telah siap diisi butirannya
juga boleh digunakan).

1.3 Memberi nombor panggilan dan mencatatkan nombor perolehan pada model.
Bila mencatat pilih tempat yang mudah dilihat oleh pengguna.

1.4 Merekodkan butir-butir bahan tersebut ke dalam buku Rekod Perolehan Bahan
Bukan Buku.

1.5 Sediakan slip kerja.

1.6 Sediakan kad katalog.

1.7 Tempatkan bahan pada tempat yang sesuai.

NOMBOR NOMBOR
PANGGILAN PEROLEHAN

You might also like