You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ORKID DESA

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BIL. 4/2017

Tarikh : 10 Oktober 2017


Masa : 12.15 tengah hari – 2.00 petang.
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, SMK Orkid Desa.
Pengerusi : Abd. Samad b. Othman

Kehadiran :
Bil. Nama Jawatan

1. Abd. Samad b. Othman Pengetua


2. Aziah bt. Ahmad Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
3. Dahanum bt. Soyono Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Salina bt. Mohd Dahlan GKMP Bahasa
5. Normi bt. Muhammad GKMP Sains dan Matematik
6. Suhaimah bt. Ishak GKMP Teknik dan Vokasional
7. Azmi b. Mohd Isa Penolong Kanan Kokurikulum/Setiausaha

TIDAK HADIR (dengan kenyataan):


1. Dr. Fauziah bt. Mail GKMP Sains Kemanusiaan (Cuti Bersalin)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran JK Pengurusan dalam Mesyuarat
Pengurusan Bil. 4 Tahun 2017.

1.2 Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)


1.2.1 Pengerusi memaklumkan PT3 telah selesai dan berjalan dengan lancar.
Walau bagaimanapun, Pengerusi menyatakan terdapat kebocoran kertas
mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengerusi meminta agar mereka yang
terlibat dalam penyediaan kertas soalan dikurangkan kepada 5 orang dalam
kalangan AKP. Seorang merisor dan 4 orang mengokot kertas soalan.
1.2.2 Pengawas Peperiksaan PT3 telah menjalankan tugas dengan baik.
Penambahbaikan perlu dijalankan untuk pentaksiran akan datang.

1
Mesyuarat JK Verifikasi Skor perlu dibuat dan dicadangkan pada 15 – 22
November 2017.
Tindakan: Makluman

1.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa ujian bagi mata pelajaran elektif hendaklah
diadakan selepas PT3. Mata Pelajaran yang terlibat ialah Pendidikan Moral,
Pendidikan Seni dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pn Dahanum
bt. Soyono diminta untuk memaklumkan kepada ibu bapa melalui surat siaran sekolah.
Guru-guru mata pelajaran perlu memasukkan markah murid-murid dalam Buku Rekod
Mengajar Guru untuk rujukan SAPS pada tahun hadapan.
Tindakan: Makluman

1.4 Bagi Program Pasca PT3, maklumat dan pandangan daripada setiap Panitia Mata
Pelajaran perlu diambil kira. Guru mata pelajaran perlu dilantik sebagai JK dan
mempunyai tugasan dalam program yang dijalankan. Mesyuarat yang akan
membincangkan Program Pasca PT3 adan diadakan pada 11 Oktober 2017. Jadual asal
kelas tingkatan 3 akan diguna pakai selepas PT3.
Tindakan: Makluman

1.5 Keputusan PT3 boleh digunakan untuk memohon ke Kolej Vokasional, Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Tindakan: Makluman

1.6 Murid murid yang tidak terlibat dalam sesi lawatan ke Kelantan selepas PT3 mestilah
disediakan dengan aktiviti-aktiviti untuk mereka, seperti tayangan video di Pusat
Sumber , Bilik Media atau Bilik Tayangan.
Tindakan: Makluman

1.7 Selepas Peperiksaan PT3 mata pelajaran Bahasa Cina, Dewan Utama hendaklah
dikemaskan seperti asal. Kerjasama boleh dipohon daripada En. Ahmad Nizam b.
Ahmad Shukri, En Edi a/l Emai dan En. Ahmad Muzamir b. Mohd sebagai PIC Dewan
dan kelas-kelas relief. Pengerusi memohon Pn Aziah bt. Ahmad memaklumkan
kepada guru guru berkenaan.
Tindakan: Pn. Aziah bt. Ahmad
1.8 PA-21
1.8.1 Hasil pertemuan sekolah dengan PPWBP, semua sekolah Band 5 dan Band 6
dikehendaki serta-merta melaksanakan Learning Wallk.
1.8.2 Pemantauan dijalankan secara berfokus, seperti aspek guru, kelas dan fizikal
kelas.
1.8.3 Tetapkan satu fokus sahaja bagi setiap tingkatan yang dipantau.
1.8.4 Isikan borang pemantauan dan buat rumusan daripada dapatan pemantauan.
1.8.5 Masukkan borang pemantauan dalam fail di bilik PK1.
1.8.6 Pemantaun Learning Walk serentak dengan pemantauan harian pentadbir.

2
1.8.7 Pemantau Learning Walk mesti berada 10 minit di setiap kelas. Sekiranya
tiada pemantauan Learning Walk, pemantauan biasa dijalankan oleh
pentadbir.
Tindakan: Makluman

1.9 Co-Teaching
1.9.1 Co Teaching perlu dilaksanakan oleh sekolah yang berada di Band 5.
Fokus kepada subjek-subjek kritikal dan kelas kelas hujung atau murid
mempunyai masalah tumpuan dalam pembelajaran.
1.9.2 Boleh swap jadual dengan guru lain dan tulis pada bahagian refleksi.
1.9.3 Pengetua mencadangkan Co-Teaching dijalankan sebulan sekali.
1.9.4 Untuk kelas tingkatan 4 akan bermula pada 23 Oktober 2017.
1.9.5 Mulai tahun 2018, Co-Teaching dijalankan untuk mata pelajaran teras dan
kritikal.
Tindakan: Makluman

1.10 Peer Teaching


1.10.1 Peer Teaching melibatkan dua orang guru mengajar.
1.10.2 Perbincangan diadakan antara kedua-dua guru sebelum masuk ke kelas
berkenaan.
1.10.3 Guru perlu mengisi borang yang disediakan.
Tindakan: Makluman

1.11 Penyediaan bahan PA 21 adalah mengikut Panitia Mata Pelajaran. Penyelaras Tool
Kit PA 21 ialah Dr. Fauziah bt. Mail.

1.12 VLE Frog


1.12.1 Ada sekolah telah di beri surat peringatan dan surat tunjuk sebab kerana
tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. SMK Orkid Desa tidak tersenarai
dalam senarai tersebut. Guru guru perlu diingatkan untuk membawa murid
ke Makmal Komputer dan menggunakan VLE Frog dalam PdPc.
Tindakan: Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Pengurusan Bil. 4/2017 diterima sebulat suara tanpa sebarang pindaan.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Rujuk Maklum Balas Mesyuarat.

4.0 PERBINCANGAN ISU-ISU

4.1 Hari Sukan Negara (HSN)

3
4.1.1 Banyak versi yang diterima tentang pelaksanaan Hari Sukan Negara.
4.1.2 Ada sekolah menerima surat menyatakan HSN boleh dibuat pada 13 hingga
15 Oktober 2017.
4.1.3 HSN dijalankan serentak pada 14 Oktober 2017 di seluruh negara.
4.1.4 Biasanya HSN diadakan pada minggu ke-2 Sabtu pada bulan Oktober setiap
tahun.
4.1.5 Aktiviti boleh dimasukkan dalam markah PAJSK peringkat kebangsaan.

Tindakan: Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Kurikulum

5.1.1 SKPMg2

5.1.1.1 Sistem online telah dibuka.


5.1.1.2 Masukkan skor dalam system.
5.1.1.3 Tarikh akhir pengisian skor pada 30 Oktober 2017.
5.1.1.4 Semua PK dikehendaki memasukkan markah PdPc dalam sistem
untuk mendapatkan skor bagi pencerapan kali kedua.
5.1.1.5 GKMP boleh bantu PK Kokurikulum dalam pencerapan guru kerana
sekarang semua pentadbir boleh dilantik sebagai pencerap.
5.1.1.6 Pencerapan boleh dilakukan dengan cara semakan bahan, temu bual
atau pemerhatian.
5.1.1.7 Markah pencerapan sekurang kurangnya 80.
5.1.1.8 Pengisian skor akan diisi oleh Setiausaha SKPMg2 dan guru data.

Tindakan: Makluman
5.1.2 e-Prestasi

5.1.2.1 Markah pertama telah di masukkan.


5.1.2.2 Tarikh akhir kemasukan markah ke-2 sekiranya ada pindaan pada
30 November 2017.
5.1.2.3 Semua PK diminta untuk mengambil tindakan.
Tindakan: Semua PK
5.1.3 Takwim 2018

5.1.3.1 Semua Penolong Kanan akan diberi takwim kosong.


5.1.3.2 Semua PK dikehendaki mengisi bahagian masing masing, iaitu
Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.
Tindakan: Semua PK

5.1.4 Jadual Waktu

5.1.4.1 Disediakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran.

4
Tindakan: GKMP

5.1.5 Penghantaran soalan Peperiksaan Akhir Tahun


5.1.5.1 Tarikh akhir penghantaran ialah pada hari Jumaat, 13 Oktober 2017.
5.1.5.2 Guru yang menyediakan soalan hendaklah dimaklumkan.
Tindakan : Pn. Aziah bt. Ahmad

5.2 Hal Ehwal Murid

5.2.1 Mesyuarat JK HEM Bil. 4 Tahun 2017 akan diadakan pada 24 Oktober
2017.
5.2.2 26 unit alat pemadam api sedang diselenggara.
5.2.3 Surat Berhenti Sementara dan Surat Akuan Sementara Murid Tingkatan 5
akan diedarkan pada 24 Oktober 2017.
5.2.4 Program Pasca PT3 akan diuruskan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
bergilir-gilir sebagai Penyelaras dan dibantu oleh Penyelaras Tingkatan 3
sebagai Penolong Penyelaras.
Tindakan: Makluman

5.3 Kokurikulum

5.3.1 RIMUP 3: Sambutan Perayaan Deepavali akan diadakan pada 13 Oktober


2017 di Dewan Utama SMK Orkid Dresa.
5.3.2 Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat SMK Orkid Desa akan diadakan pada 14
Oktober 2017.
5.3.3 Dokumentasi Danathon telah dihantar pada 14 Ogos 2017 oleh Pn. Zeiti Anis
Husaina bt. Zakaria.
5.3.4 Dokumentasi RIMUP3: Sambutan Perayaan Deepavali telah dihantar pada 25
September 2017 oleh Dr. Chandrakala a/p Varatharajoo.
5.3.5 Dokumentasi Perkhemahan Kokurikulum dihantar pada 29 September 2017
oleh Pn. Evarina bt. Mohamad.
5.3.6 Dokumentasi Merentas Desa belum dihantar.
Tindakan: Pn. Nurashikin bt. Abdul Hamed

5.3.7 Pengisian markah PAJSK dan SEGAK untuk Tingkatan 1,2 dan 4 pada 24
Oktober 2017 hingga 15 Disember 2017.
5.3.8 Pengisian markah PAJSK dan SEGAK bagi Tingkatan 3 mulai 24 Oktober
2017 hingga 24November 2017.
5.3.9 Pengisian markah PAJSK dan SEGAK bagi Tingkatan 5 mulai 24 Oktober
2017 hingga 15 Disember 2017.
Tindakan: Makluman

6.0 PENUTUP

5
5.1 Pengerusi berharap agar pada masa akan datang jika ada perkara-pekara yang
timbul boleh merujuk kepada Penolong-penolong Kanan yang berkenaan.
5.2 Beliau juga berharap agar perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam
mesyuarat dapat dijalankan dengan baik.
5.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.05 petang.

Disediakan oleh,

Azmi Bin Mohd Isa


Setiausaha
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bil. 4/2017
SMK Orkid Desa
56000 Kuala Lumpur

You might also like