You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN MANONG

JALAN BERUAS MANONG


33800 MANONG
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-7430327 Faks : 05-7430327 Kod Sekolah: ABA 4023

‟ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ”

Rujukan Kami : Bil ( 1 ) dlm.SKM.KK.PPDa/2018


Tarikh : 1 Mac 2018

Pegawai AADK,
Unit Pameran,
Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN PAMERAN BAHAYA DADAH SEMPENA MINGGU PENDIDIKAN


ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN MANONG

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Manong akan mengadakan satu


program ”Bahaya Dadah” seperti butiran berikut :

Nama Program : Program Pameran ”Bahaya Dadah”


Tarikh : 8 Mac 2018
Tempat : Dewan SK Manong
Sekolah Kebangsaan Manong
Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput unit tuan untuk mengadakan pameran bahaya
dadah kepada murid-murid dan warga SK Manong di Sekolah Kebangsaan Manong.

4. Semoga dengan kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh pihak tuan dapat membantu
bagi melancarkan lagi perjalanan program ini, Jasa baik pihak tuan, kami dahului dengan ucapan
penghargaan dan jutaan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

---------------------------------------------
( FAIRUZZABADI BIN ZAMZURI )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Manong

You might also like