You are on page 1of 8
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR q KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BENSIMIEANS MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA MALAYSIA ‘Aras 4, Blok E2, Kompleks E LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel : 03-8884 9000 62604 PUTRAJAYA Faks : 03-8884 9315 MALAYSIA Laman Web : wywsmoe.gov.my Ruj. Kami:KPMSP.100-1/7/2 (78 ) Tarikh: 2&4 Ogos 2016 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 10 TAHUN 2016 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN AWAL BAGI MENGELAK KEJADIAN KERACUNAN MAKANAN DI ASRAMA-ASRAMA SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius Kejadian Keracunan Makanan yang berlaku di asrama-asrama sekolah di bawah KPM. Surat siaran ini bertujuan mengingatkan pihak jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD), pengetua dan guru besar untuk mengambil langkah-tangkah pencegahan dan tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian kejadian keracunan makanan di asrama-asrama sekolah di bawah KPM. 2. Pihak YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah ~mengambil _langkah pencegahan awal dan tindakan yang perlu untuk mengelakkan kejadian keracunan makanan, selaras dengan Klausa 2.1 di dalam Perjanjian Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak, KPM seperti yang berikut “2.1 Kontraktor hendaklah melaksanakan Perkhidmatan, mengikut arahan Kerajaan dari semasa ke semasa, sama ada secara lisan atau bertulis mengenai Perkhidmatan mulai Tarikh Berkuatkuasa yang dinyatakan dalam Klausa 3.1 atau pada apa-apa tarikh lain yang dimaklumkan, 1 secara lisan atau bertulis, oleh Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian” 3, Langkah-langkah pencegahan awal dan tindakan yang boleh diambil bagi mengelakkan kejadian keracunan makanan adalah seperti di Lampiran 1 4. YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan hendaklah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, pengetua dan guru besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan. Sekian. Terima kasih. IDMAT UNTUK NEGARA” DATO’ HAJI AHMAD T/ xi Timbalan Ketua Penggrah Pelajaran MalaySia Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysi “BI ‘Saya yang menufut perintah, s.k. 10. 1 YB Menteri Pendidikan Malaysia YB Timbalan Menteri Pendidikan | YB Timbalan Menteri Pendidikan II Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia ‘Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like