You are on page 1of 2

PERTANDINGAN MENCIPTA BENDERA

MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (MITS) BAGAN LALANG

PENGENALAN

Pihak sekolah sedang dalam proses memperkasakan organisasi dan pentadbiran, terutama dari sudut
meningkatkan imej dan mutu. Sehubungan itu, Bahagian Hal Ehwal Murid melalui Unit Bimbingan dan
Kaunseling akan mengadakan satu pertandingan mereka cipta bendera sekolah.

SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN :

1. Penyertaan pertandingan ini adalah terhad kepada pelajar MITS Bagan Lalang mengikut
kumpulan Mentor Mentee/Usrah. Objektif pertandingan ini adalah bagi memilih satu bendera
rasmi untuk digunakan oleh pihak sekolah sebagai bendera rasmi dalam majlis-majlis tertentu.
2. Rekabentuk mestilah baru dan asli serta memaparkan juga imej MITS Bagan Lalang sebagai
sebuah sekolah yang disegani .
3. Penyertaan rekacipta bendera boleh direka menggunakan 4 jenis warna asas iaitu HIJAU, UNGU,
KUNING dan PUTIH .
4. Rekabentuk hendaklah menggambarkan identiti dan imej semua warga MITS BL.
5. Rekacipta boleh dilukis dengan tangan (free hand) atau grafik komputer.
6. Rekacipta hendaklah dihantar dalam bentuk:
a. cetakan di atas kertas A4 dan ditampalkan di atas kertas tebal .
b. Disertakan penerangan serta perincian setiap warna dan bentuk yang digunakan dalam
bendera,atau
7. Semua rekaan tidak akan dikembalikan dan menjadi hakmilik sekolah. Rekaan boleh digunakan
semula oleh pihak sekolah tanpa sebarang syarat.
8. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa kos
bahan lukisan yang dihantar oleh peserta.
9. Keputusan pertandingan akan dibuat oleh jemaah pengadil yang akan dilantik oleh Pengetua dan
pihak pentadbir, serta keputusan adalah muktamad.
10. Penyertaan hendaklah sampai ke tangan pihak sekolah selewat-lewatnya pada 14 Julai 2017.
Penyertaan yang diterima selepas dari waktu dan tarikh tersebut tidak diterima.
11. Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima dari peserta yang menyertai
pertandingan ini.
12. Penilaian akan dijalankan melalui penelitian reka bentuk bendera. Kriteria – kriteria yang
diambilkira adalah sepertimana berikut:
a.Keaslian
b.Penerangan Bendera
c.Pemilihan warna
d.Kreativiti
13. Hanya satu reka bentuk bendera sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini.
14. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan muktamad oleh panel penilai. Panel penilai
berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk bendera yang disertai. Sekiranya perlu bendera
yang terpilih akan digunapakai dan menjadi hakmilik sekolah.

Urusetia,

Unit Bimbingan dan Kaunseling


Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Bagan Lalang
PERHATIAN:

1. Nama peserta hendaklah ditulis dengan jelas dibelakang (penjuru atas sebelah kiri) setiap helaian
kertas penyertaan.
2. Pastikan setiap penyertaan yang dihantar mengandungi dua (2) perkara;
a. a.Lakaran logo dan bendera yang hendak dipertandingkan.
b. b.Penerangan dan perincian lakaran (Sertakan dalam helaian berlainan).
3. Sebarang pertanyaan dan makluman lanjut sila hubungi Ustazah Humaira binti Abdul Salim.

You might also like