You are on page 1of 1

Aktiviti 1

Metafizik ialah mengenai persoalan realiti, kesejagatan dan ketuhanan. Ia memerlukan ketajaman
fikiran bagi merealisasikan sesuatu. Ia meliputi kosmologi, theologi dan ontologi. Ontologi berunsur
realiti yang memberi kaitan seperti bagaimanakah pandangan kita terhadap pengetahuan dan
adakah ianya mempengaruhi apa yang kita ajar. Kosmologi pula berkait dengan susun atur bilik
darjah atau penggunaan teori pengajaran dalam kelas. Theologi berhubung dengan motivasi
pelajar atau peluang mendapat pendidikan.
Epistemologi pula ialah persoalan ilmu dari segi perolehan, jenis, sumber dan kesahan. Ia
menerangkan tentang manusia sebagai makhluk berakal yang mentadbir kehidupannya. Ia boleh
dilihat dari pelbagai sudut seperti agama, sains, seni, ekonomi, budaya atau politik. Epistemologi
berunsur pengetahuan jadi ia merangkumi pengalaman guru, aktiviti-aktivit pelajar dan sebagainya.
Aksiologi pula menyentuh tentang persoalan nilai. Ianya terdiri daripada etika dan estetika untuk
keharmonian dan keseimbangan kehidupan. Nilai amat penting kerana menentukan baik buruk
sikap individu. Ianya turut berkait dengan pengurusan displin di sekolah.

Aktiviti 2

Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai acuannya yang tersendiri dan tidak hanya memfokuskan
ilmu pengetahuan dan kemahiran semata-mata bagi membolehkan seseorang insan menjana
ekonomi Negara. Akan tetapi ianya juga turut memberi fokus kepada pembinaan sahsiah dan
akhlak insan. Pada tahun 2010, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan pada
tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan. Ianya diharap mampu
memenuhi beberapa hasrat Negara antaranya untuk membangunkan modal insan, penghasilan
murid yang celik minda, membentuk warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
serta membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang ulul al bab. Selaras dengan
Falsafah Pendidikan KebangsaanKonsep KSPK dan KSSR, ia diharap dapat memperkembangkan
potensi individu yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keseimbangan
dalaman dan luaran seseorang individu jelas dipaparkan melalui konsep tersebut. Enam tunjang
pembelajaran dalam KSPK dan KSSR ditegaskan dalam melahirkan insan yang seimbang iaitu
komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai kemanusiaan, keterampilan diri, fizikal dan estetika, literasi,
sains dan teknologi.

You might also like