You are on page 1of 4

Ujian Kemahiran Mendengar Petikan.

Di hujung Kampung Merbok, tinggal seorang ibu tunggal bersama-sama anaknya,


Lamin. Ayah Lamin sudah lima tahun meninggal dunia. Kehidupan Lamin dan ibunya
sangat miskin. Hidup mereka bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Lamin bekerja sebagai penjual kayu api. Ibunya pula menanam sayur-sayuran dan
mencari ulam-ulaman untuk dijual. Hasil jualan yang diperoleh digunakan untuk membeli
barang-barang keperluan.

Pada suatu hari, Lamin pergi ke dalam hutan untuk mencari kayu api. Ketika dia
sedang mencari kayu api, tiba-tiba kedengaran suara orang meminta tolong. Lamin
mencari arah suara itu. Rupa-rupanya suara itu datangnya daripada sebatang buluh.
Batang buluh itu telah terkena panah.

Lamin mencabut panah yang terdapat pada batang buluh itu. Tiba-tiba, buluh itu
bertukar menjadi seorang puteri yang cantik. Puteri itu berterima kasih kepada Lamin
kerana menyelamatkannya. Dia menceritakan perihal dirinya yang telah disumpah oleh
musuh ayahandanya.

Lamin berasa simpati lalu membawa puteri itu pulang ke rumahnya. Kedatangan
puteri itu disambut mesra oleh ibu Lamin. Walaupun keluarga Lamin miskin, puteri itu
berasa terharu menerima layanan yang istimewa daripada Lamin dan ibunya. Akhirnya,
mereka pun berkahwin.
Soalan Ujian Kemahiran Mendengar Petikan.

1. Apakah pekerjaan Lamin?


A. Penjual kayu api.
B. Penebang pokok.
C. Penjual ulam-ulaman.
D. Penjual sayur-sayuran.

2. Ibu Lamin ialah seorang ibu tunggal kerana ayah Lamin sudah ____________
meninggal dunia.
A. 3 tahun.
B. 5 tahun.
C. 6 tahun.
D. 8 tahun.

3. Di manakah Lamin mendengar suara orang meminta tolong?


A. Sewaktu mencari kayu api di hutan.
B. Sewaktu menolong ibunya menanam sayur.
C. Sewaktu menebang pokok buluh di dalam hutan.
D. Sewaktu menjumpai panah pada sebatang buluh.

4. Mengapakah batang buluh itu bersuara meminta tolong?


A. Kerana ingin mengahwini Lamin.
B. Kerana badannya telah terkena panah.
C. Kerana ingin meminta tolong daripada Lamin.
D. Kerana ingin bertukar menjadi manusia semula.
5. Apakah yang berlaku pada batang buluh apabila Lamin mencabut panah itu?
A. Lamin tidak sedarkan diri.
B. Buluh itu menjerit kesakitan.
C. Lamin disumpah menjadi buluh.
D. Buluh itu bertukar menjadi seorang puteri yang cantik.

6. Mengapakah puteri itu bertukar menjadi batang buluh?


A. Kerana puteri itu menyukai batang buluh.
B. Kerana puteri itu sudah bosan menjadi manusia.
C. Kerana puteri itu telah disumpah oleh ayahandanya.
D. Kerana puteri itu telah disumpah oleh musuh ayahandanya.

7. Lamin telah membawa puteri itu pulang ke rumahnya kerana_________


A. Ingin mengahwini puteri itu.
B. Berasa simpati dengan puteri itu.
C. Lamin hidup dalam keadaan miskin.
D. Mempertemukan puteri itu dengan ibunya.

8. Walaupun keluarga Lamin miskin tetapi layanan istimewa yang diberikan oleh
Lamin dan ibunya telah membuatkan puteri itu berasa _______________.
A. Sedih.
B. Teruja.
C. Terharu.
D. Gembira.
9. Pernyataan berikut benar tentang petikan kecuali
A. Lamin ialah anak yatim.
B. Lamin telah dilantik menjadi raja.
C. Lamin tinggal bersama-sama ibunya.
D. Lamin telah menyelamatkan seorang puteri raja.

10. Berdasarkan petikan, terdapat peribahasa yang menggambarkan


kesusahan hidup keluarga Lamin. Apakah peribahasa tersebut?
A. Kais petang makan pagi, kais pagi makan petang.
B. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
C. Kais petang makan petang, kais pagi makan pagi.
D. Kais pagi makan petang, kais petang makan malam.

You might also like