You are on page 1of 33

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN

SGDE 4013
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN

TUGASAN 2
PEMBINAAN DAN ANALISA ITEM

DISEDIAKAN UNTUK:
DR LIYANA BINTI BUKHARI

DESEDIAKAN OLEH:
NORFARAH NAJLAA BINTI ZAMERI (824712)
AIN EZANI BINTI JAMILAN (824692)
NOOR ATIQAH BINTI AHMAD SOHIMI (824708)

TARIKH HANTAR : 27 DISEMBER 2018


SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 TUJUAN HASIL PEMBELAJARAN 2

3.0 MAKLUMAT UJIAN SECARA TERPERINCI 3

4.0 JADUAL SPESIFIKASI ITEM (JSI) 4

5.0 RINGKASAN BERDASARKAN TOXONOMY BLOOM 6

6.0 RUBRIK MARKAH 7

7.0 PANDUAN SOALAN 8

8.0 BINAAN ITEM 9

9.0 ANALISIS ITEM 19


9.1 INDEKS KESUKARAN DAN INDEKS DISKRIMINASI
(MEAN AND CORRELATED ITEM – TOTAL CORRELATION) 20
9.2 HUBUNGAN ANTARA SCORE UJIAN DAN RESPONDEN 22

10.0 RUMUSAN ANALISIS 24


11.0 KESIMPULAN 25
LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Ujian yang telah dijalankan melibatkan subjek Bahasa Melayu Tahun 6. Kertas ujian ini

merupakan kertas soalan peperiksaan percubaan Kertas 1 untuk subjek Bahasa Melayu Tahun 6

bagi tahun 2018. Peperiksaan percubaan di sekolah akan dilaksanakan setelah sukatan pelajaran

untuk setiap subjek yang terlibat dengan peperiksaan awam berjaya diselesaikan oleh pihak guru.

Selain itu , perlaksanaan peperiksaan percubaan seringkali diselaraskan di peringkat daerah dan

negeri. Peperiksaan ini kebiasannya dijalankan dua bulan sebelum peperiksaan sebenar dan fungsi

pencapaian peperiksaan percubaan adalah sebagai petunjuk kritikal kepada pihak sekolah untuk

melaksanakan sesuatu pada detik-detik akhir sebelum menjelang peperiksaan sebenar contohnya,

pecutan kecemerlangan melibatkan calon-calon UPSR pada tahun tersebut. Usaha-usaha

berterusan yang dijalankan oleh pihak sekolah akan membuka peluang untuk sesebuah sekolah

mencapai target kecemerlangan pencapaian yang diingini selain dapat menambah baik prestasi

akademik sekolah tersebut.

Peperiksaan Percubaan Kertas 1 Bahasa Melayu Tahun 6 merupakan kertas soalan subjek

Pemahaman dan jenis instrumen yang terlibat ialah ujian objektif dan ujian subjektif. Melalui ujian

objektif dan subjektif, para murid tahun 6 akan diuji tahap kemahiran dan kefahaman mereka

dalam subjek Bahasa Melayu melalui tiga jenis item iaitu objektif aneka pilihan, objektif pelbagai

bentuk dan respons terhad. Konstruk yang diuji ialah pengetahuan dan kefahaman sistem bahasa,

kemahiran aplikasi maklumat serta kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa. Seterusnya, kaedah

penskoran soalan terbahagi kepada dua iaitu kaedah dikotomus serta kaedah analitikal. Kaedah

dikotomus adalah untuk memberi markah kepada item objektif manakala kaedah analitikal

digunakan oleh pegawai pemeriksa kertas untuk memberi markah kepada item subjektif.
2.0 TUJUAN HASIL PEMBELAJARAN

Pengujian merupakan teknik untuk mendapatkan maklumat tingkah laku seseorang individu.

Pengujian juga merupakan satu alat uang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat

pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang. Item yang dibina tertakluk kepada peraturan

tertentu sperti penentuan masa, sistem pemarkahan, dan beberapa syarat lain yang merujuk kepada

proses atau situasi sesuatu kemahiran bahasa itu diuji.

Pengujian bagi peperiksaan percubaan dibuat ke atas pelajar tahun 6 adalah untuk

memastikan pelajar mencapai standard pembelajaran. Antaranya:

 Pelajar menguasai kemahiran mendengar, memahami dan menyebut jenis ayat dan ragam

ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat.

 Pelajar boleh membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan

dalam bahan bacaan prosa dan puisi dengan sebutan yang betul.

 Pelajar boleh menguasai kemahiran mendengar, memahami dan memberikan repons

terhadap ayat tenya dengan betul.

 Pelajar boleh menulis perkataan dan frasa dengan menggunakan ejaan yang betul secara

imlak.

 Pelajar boleh menguasi kemahrian dalam memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata

nama khas, kata ganti nama, kata kerja dan kata bantu mengikut konteks yang betul.

 Pelajar mamu memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata adjektif, kata adverb, kata

penguat dan kata penegas mengikut konteks.

 Pelajar boleh membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk membuat

keputusan dengan memberi alasan


3.0 MAKLUMAT UJIAN SECARA TERPERINCI

Berikut merupakan maklumat tentang ujian yang dijalankan:-

Nama ujian : Peperiksaan Percubaan Tahun 6 (2018)

Pusat ujian : Sekolah Kebangsaan Binjal

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tingkatan : 6 Bestari

Bilangan Pelajar : 30 orang

Latar belakang calon : Pelajar Luar Banda Gred A

Faktor demografi : Kebanyakkan calon adalah penduduk luar bandar yang ibu bapa pelajar

bekerja sebagai petani, peniaga dan kakitangan awam.

Jantina pelajar : Calon pelajar perempuan sebanyak 18 orang dan calon pelajar lelaki

sebanyak 12 orang pelajar.

Prestasi sekolah : Sekolah ini merupakan sekolah harian biasa di mana prestasi sekolah

adalah di tahap sederhana.

Instrumen ujian : Ujian bertulis yang mengandungi soalan Bahagian A (20 soalan pilihan

aneka jawapan) dan soalan Bahagian B (5 soalan).


4.0 JADUAL SPESIFIKASI ITEM (JSI)

Tujuan penilaian adalah untuk mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang

sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markah pencapaian hasil pengukuran yang

dilakukan secara kualitatif. Oleh hal demikian, penilaian mestilah mempunyai perancangan yang

teliti dan sistematik. Justeru itu, untuk membina organisasi penilaian yang sistematik, penetapan

satu Jadual Spesifikasi Item (JSI) diperlukan. Melalui JSI, kita dapat merancang bentuk-bentuk

kemahiran, topik-topik penilaian, taburan item dan sebagainya. Perkara utama yang menjadi

panduan dalam pembinaan JSI ialah Hasil Pembelajaran Kursus. Perkara-perkara yang perlu

difikirkan apabila hendak membentuk sesuatu ujian adalah:

 Tajuk dalam sesuatu kursus (Tajuk utama dan sub-tajuk)

 Kemahiran yang hendak diuji berdasarkakn Taksonomi Bloom.

 Kepentingan tajuk berdasarkan jumlah waktu mengajar.

 Jumlah markah dan masa bagi setiap item.

 Kaedah pentaksiran seperti mana yang dinyatakan dalam kursus.

 Mengkaji sukatan pelajaran

 Menganalisis objektif pengajaran

 Menentukan jenis soalan

 Menentukan bilangan soalan

Pembinaan JSI bergantung kepada kemahiran dan reka bentuk seseorang guru. Ujian yang dibina

hendaklah memenuhi kesahan kandungan, kestabilan item dari setahun ke setahun dan

mengekalkan kualiti item ujian pada tahap yang lebih tinggi walaupun dibina oleh orang berlainan.

Kepentingan dalam pembinaan JSI adalah bagi mengelak daripada membina soalan ujian

secara sebarangan di samping menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. JSI juga
berkepentingan dalam menajdi panduan untuk membantu formula dan membina soalan ujian

berasaskan aras kemahiran.

JADUAL SPESIFIKASI ITEM SOALAN BAHASA MELAYU BAGI PEPERIKSAAN PERCUBAAN


MURID TAHUN 6 (2018) / 1 JAM 15 MINIT
B BIDANG TAJUK LEVEL 1 LEVEL 2 JENIS SOALAN MARKAH JUM
I C1 C2 C3 C4 C5 BHG. BHG.B BIL
L A SOALAN
.
1 KEMAHIRAN B4(a), B3 (bii),
MEMBACA B5(a) B3bi) B4(b), B5(d) 38 8 17 34
B5(b) B5(C)
2 KEMAHIRAN B3(a)
MENULIS 4 1 2 4
3 ASPEK SENI A7,
BAHASA B2(ai), B1(ai), B1(aii), B1(bi) A9, 4 24 12 13 26
B2(aii) B1(aiii) B1(aiv) B1(bii) B2(b)
BI (biii)
4 ASPEK A4, A5,
TATABAHASA A11, 36 18 18 36
A19 A1, A2, A3, A6, A12, A15,
A8, A13, A18
A10, A14,
A17 A16,
A20
JUMLAH 4% 12% 4% 20% 8% 40% 56% 39 50 100
5.0 RINGKASAN ITEM BERDASARKAN TOXONOMY BLOOM

SOALAN ARAS PEMIKIRAN ARAS RANKING SOALAN PEMULA


SOALAN
BAHAGIAN A
1 SOALAN MUDAH MEMAHAMI C2 ISIKAN TEMPAT KOSONG
2 SOALAN MUDAH MEMAHAMI C2 ISIKAN TEMPAT KOSONG
3 SOALAN KOMPLEKS APLIKASI C3 ISIKAN TEMPAT KOSONG
4 SOALAN KOMPLEKS ANALISIS C4 ISIKAN TEMPAT KOSONG
5 SOALAN KOMPLEKS ANALISIS C4 ISIKAN TEMPAT KOSONG
6 SOALAN KOMPLEKS APLIKASI C3 ISIKAN TEMPAT KOSONG
7 SOALAN KOMPLEKS ANALISIS C4 BERDASARKAN GAMBAR
8 SOALAN MUDAH MEMAHAMI C2 ISI TEMPAT KOSONG
9 SOALAN KOMPLEKS MENILAI C5 ISITEMPAT KOSONG
10 SOALAN MUDAH MEMAHAMI C2 BERDASARKAN PETIKAN
11 SOALAN KOMPLEKS ANALISIS C4 SINONIM
12 SOALAN KOMPLEKS ANALISIS C4 ANTONIM
13 SOALAN KOMPLEKS ANALISIS C4 PILIH AYAT NYATA
14 SOALAN KOMPLEKS ANALISIS C4 PERNYATAAN YANG BETUL
15 SOALAN KOMPLEKS MENILAI C5 PERNYATAAN SAMA MAKSUD
16 SOALAN KOMPLEKS ANALISIS C4 BERDASARKAN PETIKAN
PEMAHAMAN
17 SOALAN MUDAH MEMAHAMI C2 MENGAPAKAH
18 SOALAN KOMPLEKS MENILAI C5 BERI MAKSUD
19 SOALAN MUDAH MENGINGATI C1 BERDASARKAN PETIKAN
PEMAHAMAN
20 SOALAN KOMPLEKS ANALISIS C4 PERNYATAAN BENAR
BAHAGIAN B
1a
(i) SOALAN MUDAH MEMAHAMI C2 PERNYATAAN YANG SESUAI
(ii) SOALAN KOMPLEKS APLIKASI C3 PERNYATAAN YANG SESUAI
(ii) SOALAN MUDAH MEMAHAMI C2 PERNYATAAN YANG SESUAI
(iv) SOALAN KOMPLEKS APLIKASI C3
1b
(i) SOALAN SEDERHANA ANALISIS C4 NYATAKAN SALAH/BETUL
(ii) SOALAN SEDERHANA ANALISIS C4 NYATAKAN SALAH/BETUL
(iii) SOALAN SEDERHANA ANALISIS C4 NYATAKAN SALAH/BETUL
2a
(i) SOALAN MUDAH MENGINGATI C1 TANDAKAN JAWAPAN BETUL
(ii) SOALAN MUDAH MENGINGATI C1 TANDAKAN JAWAPAN BETUL
2b SOALAN KOMPLEKS MENILAI C5 NYATAKAN PERIBAHASA
3a SOALAN MUDAH MEMAHAMI C2 TULIS AYAT TANYA
3b
(i) SOALAN MUDAH MEMAHAMI C2 DI MANAKAH
(ii) SOALAN SEDERHANA ANALISIS C4 BERIKAN PENDAPAT
4a SOALAN MUDA MEMAHAMI C2 SIAPAKAH
4b SOALAN KOMPLEKS ANALISIS C4 BERIKAN PENDAPAT
5a SOALAN MUDAH MENGINGATI C1 BERDASARKAN PETIKAN
5b SOALAN MUDAH MEMAHAMI C2 MENGAPAKAH
5c SOALAN SEDERHANA ANALISIS C4 BERIKAN PENDAPAT
5d SOALAN KOMPLEKS MENILAI C5 BERIKAN PENDAPAT
6.0 RUBRIK MARKAH ITEM

SOALAN MARKAH
OBJEKTIF (A) 1-20 1
JUMLAH MARKAH 20

SUBJEKTIF (B) 1a (i) 1


1a (ii) 1
1a (iii) 1
1a (1v) 1
JUMLAH MARKAH 4

1b (i) 1
1b (ii) 1
1b (iii) 1
JUMLAH MARKAH 3

2a (i) 1
2a (ii) 1
JUMLAH MARKAH 2

2b 2
JUMLAH MARKAH 2

3a 2
JUMLAH MARKAH 2

3b (i) 1
3b (ii) 3
JUMLAH MARKAH 4

4a 2
JUMLAH MARKAH 2

4b 3
JUMLAH MARKAH 3

5a 1
JUMLAH MARKAH 1

5b 2
JUMLAH MARKAH 2

5c 2
JUMLAH MARKAH 2

5d 3
JUMLAH MARKAH 3

JUMLAH KESELURUHAN 50
MARKAH
7.0 PANDUAN ITEM

NAMA: ___________________________________________ KELAS: _____________


SEKOLAH KEBANGSAAN BINJAL
JITRA, KEDAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2018


TAHUN 6
BAHASA MELAYU
PEMAHAMAN
1 JAM 15 MINIT (R11)

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


ARAHAN:
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Bahgian A
mengandungi 20 soalan objektif dan bahagian B mengandungi lima soalan berbentuk subjektif.
2. Jawab semua soalan
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. (R13)
4. Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan. (R13)

Nombor Markah Markah


Soalan penuh diperolehi

Soalan objektif
20 markah
Soalan 1 hingga soalan 20 (1 markah setiap
soalan)
Soalan subjektif
(a)
21 7
(b)
(a)
22 4
(b)
(a)
23 (b) 6

(a)
24 5
(b)
(a)
25 (b) 8
(c)
(d)

______________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak
8.0 BINAAN ITEM

BAHAGIAN A
(20 MARKAH)

1. Pasukan bola baling sekolah kami menang _______________ dalam perlawanan akhir
peringkat daerah.
C2
A. tipis
B. nipis
C. kecil
D. sedikit

2. Pak Mail tidak dapat mengemudikan perahunya yang ______________ dipukul ombak.

A. terliang-liuk C2
B. terolong-aling
C. terkontang-kanting
D. terpontang-panting

3. Cikgu Osman _______________ pelbagai kicauan burung melalui telefon pintar kepada
murid-muridnya.
C3
A. melagukan
B. merakamkan
C. membunyikan
D. memoerdengarkan

4. Tumbesaran badan akan terjejas __________ mudah dijangkiti penyakit, ___________


badan kita kurang zat.

A. dan … jika C4
B. serta ... ketika
C. dengan ... serta
D. sekiranya … lalu

5. Air yang bertakung di atas tikar getah itu ______________ sejat selepas terdedah kepada
sinaran matahari yang terik.

A. masih C4
B. hendak
C. pernah
D. telah
6. Guru Besar ___________ gong semasa majlis pelancaran Sambutan Bulan Bahasa
Kebangsaan peringkat sekolah.
C3
A. meghayun
B. mencanang
C. menumbuk
D. memalu

7. Menteri Besar mengiringi ____________ Sultan Perak ke majlis perasmian masjid baharu
itu.

A. keputeraan
C4
B. pemasyhuran
C. keberangkatan
D. persemayaman

8. Sarah dan adiknya gemar mengumpul __________ jenis setem luar negara.

A. setengah
B. semua C2
C. seluruh
D. sekalian

9. Kasihan Nizam. Semalam bekas alat tulisnya


hilang. Hari ini dompetnya pula hilang.

Peribahasa yang sesuai untuk pertanyaan di atas ialah


C5
A. sudah jatuh ditimpa tangga.
B. hilang di mata di hati jangan.
C. sudah terhantuk baru tengadah.
D. harapkan pagar, pagar makan padi.

10. Beberapa ekor ayam mencakar tanah untuk mencari makanan di belakang rumah nenek.

Pilih perkataan sinonim bagi mencakar.

A. menggores C2
B. mengorek
C. menyisir
D. mengais
11. Budak lelaki itu kelihatan gagap ketika menjawap soalan yang diajukan oleh guru.

Pilih perkataan antonim bagi gagap. C4

A. bijak
B. petah
C. cepat
D. lantang

12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
C4
Pengusaha pasar raya itu sentiasa memberikan layanan mesra kepada para pelanggannya.

A. Bagaimanakan penggusaha pasar raya itu menarik hati para pelanggannya?


B. Bilakah pengusaha pasar raya itu membuat para pelanggannya berasa puas hati?
C. Siapakah yang melayan para pelanggannnya yang mesra di pasar raya itu?
D. Mengapakah pengusaha pasar raya itu melayan para pelanggannya?

13. Pilih ayat yang betul.

A. Rumahnya sangat besar kecuali tidak dicat dengan sempurna. C4


B. Encik Hisham selalu pergi dalam hutan untuk mencari rotan.
C. Jurutera itu meninjau-ninjau tapak pusat latihan pertanian itu.
D. Padang yang luas memudahkan semua murid-murid bergerak bebas.

14. Pilih ayat yang betul.

A. Ibu berpesan kepada adik agar tidak bising kerana berada di dalam kelas
C4
B. Manakala memakai kasut, abang meminta wang saku daripada ibu.
C. Adik berasa gembirs semenjak hari ini dia mula bersekolah tadika.
D. Kakak mengelap badan adik lalu memakaikannya pakaian.

15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
C5
Cerita rakyat merupakan salah satu cabang sastera tradisional yang perlu diketahui dan
dihayati oleh kanak-kanak.
A. Salah satu cabang cerita rakyat daripada sastera tradisional perlu diketahui dan dihayati
oleh kanak-kanak.
B. Kanak-kanak perlu menghayati dan mengetahui sastera tradisional sebagai salah satu
cabang cerita rakyat.
C. Kanak-kanak perlu mengetahui dan menghayati cerita rakyat sebagai satu daripada
cabang sastera tradisional.
D. Cerita rakyat tradisional perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak sebagai salah
satu cabang sastera.
Soalan 16 hingga 20
Baca petikan dibawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

6.00 pagi
Mak Ngah mengejutkan aku dan sepupuku Haris lebih awal daripada biasa. Malam tadi, Pak Ngah
dan Haris menjemputku di Perhentian Bas Pekan Lanchang. Sempena cuti semester pertama
persekolahan, Pak Ngah mengajakku bersama-sama keluarganya melawat tempat-tempat menarik
di Lanchang, Pahang.

10.00 pagi
Akmi berada di Pusat Konservasi gajah Kualah Gandah. Tempat ini dibuka setiap hari kepada
orang ramai mulai jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Yang istimewannya di sini, pengunjung
boleh memandikan gajah yang telah dijinakkan. Pak Ngah dan Haris berpeluang untuk
menunggang gajah sebelum memandikannya di sungai yang berdekatan. Walaupun hatiku sedikit
gementar namun kudekati jua gajah itu sambal memberus badannya perlahan-lahan.
Kemudian, kami berpeluang untuk memberi gajah-gajah itu makan tebu, pisang dan betik.
Banyak sekali buah yang dimakannya. Mak Ngah tidak berani menghampiri binatang-binatang itu
disebabkan saiznya. Dia Cuma merakamkan gambar pelbagai aksi kami sepanjang lawatan itu.
Keasyikan melayan kerenah haiwan di situ menyebabkan kami terlewat makan tengah hari.

1.40 tengah hari


Sepanjang laluan ke Deerland Park, kami menikmati keindahan alam semula jadi hutan tropika
dan terhibur dengan kemerduan kicauan burung Kuang Thai. Kami terus ke tempat rusa. Kesemua
rusa di situ sangat mesra dengan pengunjung sehinggkan Mak Ngah yang alah binatang pun, buat
pertama kalinya sanggup memberi rusa itu makan ubi.
Seterusnya, kami melihat gelagat manja dua ekor beruang yang teah dijinakkan yang
bernama Hitam dan Muda. Kami kagum melihat kesabaran petugas di taman itu membelai sambal
meberikan susu kepada beruang-beruang tersebut. kemudian, kami singgah sebentar melihat
telatah burung unta atau nama saintifiknya struthio camelus. Aku tidak berani mendekatinya
kerana sepsis burung terbesar di dunia itu agak agresif ketika itu.
Kami beras sungguh gembira dan seronok sekali walaupun keletihan. Kami merupakan
pengunjung yang terakhir keluar dari taman itu. Akan kuceritakan pengalaman indah ini kepada
rakan-rakan sekelasku di Kuala Lumpur nanti.

16. Penulis menetap di


C4
A. Kuala Gandah.
B. Negeri Pahang.
C. Kuala Lumpur.
D. Pekan Lanchang.
17. Mengapakah petugas di taman itu berani memberikan susu kepada beruang-beruang
tersebut?

A. Petugas suka membelai beruang itu. C2


B. Hitam dan Muda saling menyanyangi.
C. Beruang-beruang itu telah dijinakkan.
D. Beruang-beruang itu gemar minum susu.

18. Maksud rangkai kata pelbagai aksi dalam petikan ialah

A. kelakuan yang bersahaja. C5


B. perangai yang melucukan.
C. tingkah laku yang menarik.
D. gelagat yang bermacam-macam.

19. Penulis tidak berani menghampiri burung unta kerana


C1
A. dia belum makan tengah hari.
B. pada masa itu burung tersebut agak garang.
C. petugas belum memberi burung unta itu makan.
D. burung unta merupakan burung yang terbesar di dunia.

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut.

A. Mereka keletihan selepas melawat pusat konservasi.


B. Nlain bagi burung kuang ialah struthio camelus. C4
C. Mereka pulang selepas semua pengunjung lain keluar.
D. Burung unta akan bertindak liar apabila melihat orang ramai.
BAHAGIAN B
(30 MARKAH)

Soalan 21

a) Pilih perkataan paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

untuk dengan kepada dari


pada daripada bahawa kerana

i. Piala pusingan disampaikan oelh guru besar _______________ Ramli yang memenangi
pertandingan itu. C2

ii. Aktiviti unit beruniform penting _________ dapat membentuk disiplin diri. C3

iii. Murid-murid boleh mendapatkan borang permohonan biasiswa ___________ guru kelas
masing-masing. C2

iv. Amira menampal jadula tugasan harian pada papan kenyataan ___________ rujukan rakan
sekelasnya. C3
[4 markah]

b) Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah.

Contoh:

Sedangkan hari hujan pun dia tidak ponteng,


inikan pula hari tidak hujan. betul

i. Para tetamu-tetamu pulang ke rumah masing-masing


C4
setelah selesai majlis itu.

ii. Pemenang pertama acara merenatas desa itu tidak


C4
peserta dari sekolah saya.

iii. Lantaran mempunyai wang yang cukup, adik dapat C4


membeli buku cerita kegemarannya.

[3 markah]
Soalan 22

a) Tandakan ( / ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.

i.
C1

tongkol
batang
ruas

C1
ii.
butir
pangsa
gugus

[2 markah]

b) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan di bawah.

Ramai anak muda berhijrah ke bandar-bandar besar kerana di bandar lebih banyak
peluang pekerjaan seperti kata peribahasa
________________________________________________________________________
________________________________________________________. C5
[2 markah]
Soalan 23

a) Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawaan yang diberikan untuk melengkapkan dialog di
bawah.
C2
Cikgu Omar : ___________________________________________________
___________________________________________________

Haziq : Saya ingin mengharumkan nama sekolah dalam pernainan


badminton

[2 markah]

b) Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan


menggunakan ayat yang lengkap.

Pesta Buku Kanak-Kanak Sempena


Musim Cuti Sekolah
28 November Hingga 2 Disember 2018
10.00 Pagi Hingga 6.00 Petang
Perpustakaan Kuala Lumpur

C2
i. Di manakah pesta buku itu akan diadakan?
_____________________________________________________________________
______________________________________________________.

[1 markah]

ii. Pada pendapat kamu, mengapakah pesta buku sesuai diadakan pada musim cuti
sekolah?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_______________________________________________.
C4
[3 markah]
Soalan 24

Teliti iklan di bawah, kemudia jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
yang lengkap

Pertandingan Deklamasi Puisi Perpaduan


Sempena Minggu Perpaduan

Tarikh : 15 November 2018 Mugkin anda bakal


dinobatkan sebagai
Masa : 9.00 pagi juara. Hadiah
Tempat : Dewan SK Taman Kencana menarik disediakan.
Rebutlah peluang
Syarat-syarat pertandingan: ini!
 Terbuka kepada murid tahap dua
 Penyertaan secara berkumpulan –tiga
orang peserta (berbilang kaum)

Jika berminat, sila hubungi Cikgu Syafik atau Cikgu Ang.


Tarikh tutup penyertaan: 25 Oktober 2018

a) Siapakah yang layak menyertai pertandingan deklamasi puisi tersebut?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_______________________________________________.
C2
[2 markah]

b) Pada pendapat kamu, apakah aktiviti lain yang dapat memupuk semangat perpaduan?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_______________________________________.

[3 markah]
C4
Soalan 25

Baca petikan dibawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Songket merupakan kain yang ditenun dengan menggunakan benang emas dan perak. Kain
ini boleh dijadikan busanan melayu tradisional yang masih dipakai dalam majlis-majlis rasmi.
Songket sesuai dipakai oleh orang lelaki mahupun perempuan. Suatu masa dahulu, kain songket
melambangkan kebesaran raja-raja dan golongan bangsawan.
Di Malaysia, kain ini banyak dihasilkan di negeri-negeri Pantai Timur. Corak kain ini
bermotifkan bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan dan geometri. Kain songket tenunan tangan lebih
mahal berbanding kain tenunan mesin kerana lebih berkualati dan mengambil masa yang lebih
lama untuk disiapkan.
Oleh itu, songket haruslah kita pelihara agar tidak luput dibawa arus kemodenan.

a) Songket ialah ____________________________________________________.


C1
[1 markah]

b) Mengapakah songket buatan tangan lebih mahal harganya berbanding songket tenunan
mesin?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________.
C2
[2 markah]

c) Pada pendapat kamu selain dijadikan pakaian, apakah satu kegunaan lain kain songket?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_______________________________________________.
C4
[2 markah]

d) Songket harus dipelihara agar tidak luput dibawa arus kemodenan. Berikan pendapat kamu.

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________.

C5 [3 markah]
9.0 ANALISIS ITEM

Jadual 1

Jadual 2
Jadual 1 dan 2 menunjukkan taburan data bagi peperiksaan percubaan UPSR Bahasa Melayu
tahun 2018 bagi pelajar tahun 6. Seramai 30 orang pelajar yang dipilih secara rawak menjadi
responden.
9.1 INDEKS KESUKARAN DAN INDEKS DISKRIMINASI (MEAN AND
CORRELATED ITEM – TOTAL CORRELATION)

Std.
N Minimum Maximum Mean Deviation
A1 30 0 1 .77 .430
A2 30 0 1 .77 .430
A3 30 0 1 .63 .490
A4 30 0 1 .73 .450
A5 30 1 1 1.00 .000
A6 30 0 1 .37 .490 Std.

A7 30 0 1 .70 .466 N Minimum Maximum Mean Deviation

A8 30 0 1 .90 .305 B1a 30 0 3 1.13 .937

A9 30 0 1 .73 .450 B1b 30 1 3 1.60 .563


A10 30 0 1 .47 .507 B2a 30 1 2 1.97 .183
A11 30 0 1 .60 .498 B2b 30 0 2 1.53 .860
A12 30 0 1 .87 .346 B3a 30 0 2 .73 .980
A13 30 0 1 .60 .498 B3b 30 1 4 1.43 .774
A14 30 0 1 .93 .254
B4a 30 0 2 1.33 .959
A15 30 0 1 .37 .490
B4b 30 1 3 1.83 .791
A16 30 0 1 .60 .498
B5a 30 1 1 1.00 .000
A17 30 0 1 .93 .254
B5b 30 2 2 2.00 .000
A18 30 0 1 .80 .407
A19 30 0 1 .47 .507 B5c 30 2 2 2.00 .000

A20 30 0 1 .77 .430 B5d 30 0 2 .83 .648

Jadual 3 Jadual 4

Indeks kesukaran digunakan untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina adalah terlalu sukar,
sederhana atau terlalu mudah. Item yang baik adalah mempunyai aras kesukaran sederhana kerana
dapat mengukur kemahiran berfikir pelajar. Jadual 3 dan jadual 4 menunjukkan nila mean dan
standard deviation yang diperolehi daripada SPSS daripada soalan objektif dan soalan subjektif.

Aras indeks kesukaran dalam Jadual 3 menunjukan item A6 dan A15 dengan nilai yang
sama iaitu 0.37. Dalam rajah indeks kesukaran nilai 0.37 berada di tahap sukar dan pelajar tidak
dapat menjawab dengan tepat mungkin disebabkan tidak memahami soalan dengan betul, tidak
menguasai topik dan pilihan jawapan yang hampir sama maksud.
Manakala dalam Jadual 4 untuk soalan subjektif menunjukkan nilai mean 0.73 sehingga
2.0, bermaksud soalan tersebut berada di atas aras mudah, tiada indeks kesukaran dan pelajar dapat
menjawab dengan sempurna. Berdasarkan nilai tersebut, boleh ditafsirkan bahawa pelajar dapat
memahami soalan dengan betul dan menguasai topik pembelajaran

Jadual 5
Indeks diskriminasi menunjukkan sama ada setiap soalan atau butiran data membezakan
pencapaian di antara pelajar berkebolehan tinggi dan pelajar berkebolehan rendah. Dalam jadual
5 diatas menunjukkan sebanyak lima item yang tiada diskriminasi iaitu A5, A17, B5a,B5b dan
B5c. Terdapat hanya satu item yang mempunyai diskriminasi rendah iaitu A14 manakala untuk
diskriminasi sederhana mempunyai lima item iaitu A1, A9, A20, B1b dan B2a. Selain daripada itu
data menunjukkan sebanyak enam item solan yang mempunyai diskriminasi iaitu A4, A10, A13,
A18, B2b dan B3a.

Manakala sebanyak 15 item mempunyai diskriminasi tinggi iaitu A2, A3, A6, A7,
A8,A11,A12,A15, A16, A19, B1a, B3b, B4a, B4b dan B5d. Data yang diperolehi menunjukkan
indeks diskriminasi yang positif yang bermaksud banyak pelajar berkebolehan tinggi dapat
menjawap soalan dengan betul berbanding dengan pelajar berkebolehan rendah.

9.2 HUBUNGAN ANTARA SCORE UJIAN DAN RESPONDEN

Jadual 6
Rajah 1
Jadual 6 menunjukkan kekerapan pelajar yang mendapar skor ujian paling rendah sehingga
paling tinggi dan digambarkan degan rajah histogram. Data analisis menunjukkan pelajar paling
ramai mendapat nilai skor tertinggi adalah sebanyak 5 orang.

9.3 INDEKS KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN

Reliability Statistics

Cronbach's Alpha N of Items


.843 32

Jadual 7
Jadual 7 diatas menunjukkan data statistik kebolehpercayaan ujian yang menunjukkan indeks
kebolehpercayaan item sebanyak 0.843 yang bermaksud ujian itu adalah tekal kerana nilai
Cornbach’s Alpha melebihi 0.5
Scale Statistics
Mean Variance Std. Deviation N of Items
31.40 49.972 7.069 32

Jadual 8
Jadual 8 menunjukkan skala statistik yang mempunyai nilai mean, variance dan standard deviation
secara keseluruhan ujian. Nilai mean adalah sebanyak 31.40, variance adalah 49.972 dan standard
deviation adalah 7.069

10.0 RUMUSAN ANALISIS

Secara keseluruhan, kesemua item soalan telah dirangka dan disusun dengan baik mengikut format

yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau

bagaimanapun, terdapat beberapa item soalan yang perlu ditambah baik . Sebagai contoh, para

murid menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan A6. A6 merupakan soalan objektif yang

bertujuan untuk menilai kemahiran murid mengaplikasikan kata kerja yang bersesuaian dengan

alat muzik gong. Stem soalan boleh diubah suai kepada jenis alat muzik yang pernah dimainkan

oleh para murid di sekolah seperti rekorder mahupun klarinet berbanding dengan alat muzik gong

yang jarang sekali diguna dan dimainkan oleh para murid. Selain itu, terdapat juga item yang perlu

dikaji dari segi distraktor soalan dengan menukar distraktor yang lebih jelas dan bersesuaian

dengan stem soalan.


11.0 KESIMPULAN

Soalan-soalan yang telah diguna pakai di dalam kertas soalan Peperiksaan Percubaan Bahasa

Melayu Pemahaman Tahun 6 2018 ini mempunyai kualiti yang memuaskan. Walaupun terdapat

beberapa soalan yang berada pada tahap kesukaran yang tinggi, hal ini jelas menunjukkan objektif

pihak pendidikan negeri atau daerah dalam menilai tahap kemahiran dan kefahaman para murid

Tahun 6 setelah beberapa tahun menelaah dan mempelajari mengenai sistem dan aspek bahasa

Melayu. Melalui analisa ini, guru-guru mempunyai peluang untuk melakukan pecutan akhir

bersama-sama para murid untuk mempersiapkan diri mereka menghadapi peperiksaan sebenar.

Kumpulan kami berasa amat berpuas hati dengan hasil analisis yang telah kami peroleh

dan setiap ahli memberikan kerjasama dalam memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Kami

berpendapat bahawa analisis item soalan merupakan proses yang penting untuk dijalankan oleh

para guru dan bakal guru kerana melalui proses ini, guru-guru dapat mengetahui faktor-faktor lain

yang mempengaruhi pencapaian akademik seseorang murid selain daripada faktor kendiri. Soalan

yang disediakan juga hendaklah bertepatan dengan aras Taksonomi Bloom supaya objektif

pembelajaran serta tahap kemahiran para murid dapat dinilai dengan lebih berkesan dan efektif.

Selain itu, tugasan ini juga memberi kesedaran kepada kami mengenai cara-cara membina soalan

yang bagus dan adil melalui pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian dan pengaplikasian teori di dalam

kelas supaya setiap murid dapat ditaksir secara saksama dan mencipta peluang yang lebih cerah

untuk mereka dalam pendidikan pada tahap yang lebh tinggi.


LAMPIRAN A

. Descriptive Statistics

Descriptive Statistics

N Minimum Maximum Mean Std. Deviation


A1 30 0 1 .77 .430
A2 30 0 1 .77 .430
A3 30 0 1 .63 .490
A4 30 0 1 .73 .450
A5 30 1 1 1.00 .000
A6 30 0 1 .37 .490
A7 30 0 1 .70 .466
A8 30 0 1 .90 .305
A9 30 0 1 .73 .450
A10 30 0 1 .47 .507
A11 30 0 1 .60 .498
A12 30 0 1 .87 .346
A13 30 0 1 .60 .498
A14 30 0 1 .93 .254
A15 30 0 1 .37 .490
A16 30 0 1 .60 .498
A17 30 0 1 .93 .254
A18 30 0 1 .80 .407
A19 30 0 1 .47 .507
A20 30 0 1 .77 .430
B1a 30 0 3 1.13 .937
B1b 30 1 3 1.60 .563
B2a 30 1 2 1.97 .183
B2b 30 0 2 1.53 .860
B3a 30 0 2 .73 .980
B3b 30 1 4 1.43 .774
B4a 30 0 2 1.33 .959
B4b 30 1 3 1.83 .791
B5a 30 1 1 1.00 .000
B5b 30 2 2 2.00 .000
B5c 30 2 2 2.00 .000
B5d 30 0 2 .83 .648
Valid N (listwise) 30
2. SAS_Score

SAS_score

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 19.00 1 3.3 3.3 3.3

20.00 2 6.7 6.7 10.0

22.00 1 3.3 3.3 13.3

24.00 1 3.3 3.3 16.7

25.00 1 3.3 3.3 20.0

26.00 1 3.3 3.3 23.3

27.00 4 13.3 13.3 36.7

29.00 1 3.3 3.3 40.0

30.00 3 10.0 10.0 50.0

32.00 1 3.3 3.3 53.3

33.00 2 6.7 6.7 60.0

34.00 2 6.7 6.7 66.7

35.00 1 3.3 3.3 70.0

36.00 2 6.7 6.7 76.7

38.00 2 6.7 6.7 83.3

40.00 1 3.3 3.3 86.7

41.00 1 3.3 3.3 90.0

42.00 1 3.3 3.3 93.3

43.00 1 3.3 3.3 96.7

44.00 1 3.3 3.3 100.0

Total 30 100.0 100.0


Item Statistics
3. Item Analysis
Mean Std. Deviation N

A1 .77 .430 30
Case Processing Summary A2 .77 .430 30
N % A3 .63 .490 30
Cases Valid 30 100.0 A4 .73 .450 30

Excludeda 0 .0 A5 1.00 .000 30

Total 30 100.0 A6 .37 .490 30


A7 .70 .466 30
A8 .90 .305 30
A9 .73 .450 30
Reliability Statistics A10 .47 .507 30
Cronbach's A11 .60 .498 30
Alpha N of Items A12 .87 .346 30
.843 32 A13 .60 .498 30
A14 .93 .254 30
A15 .37 .490 30
A16 .60 .498 30
Scale Statistics
A17 .93 .254 30
Mean Variance Std. Deviation N of Items
A18 .80 .407 30
31.40 49.972 7.069 32
A19 .47 .507 30
A20 .77 .430 30
B1a 1.13 .937 30
B1b 1.60 .563 30
B2a 1.97 .183 30
B2b 1.53 .860 30
B3a .73 .980 30
B3b 1.43 .774 30
B4a 1.33 .959 30
B4b 1.83 .791 30
B5a 1.00 .000 30
B5b 2.00 .000 30
B5c 2.00 .000 30
B5d .83 .648 30

Summary Item Statistics

Maximum /
Mean Minimum Maximum Range Minimum Variance N of Items

Item Means .907 .367 1.967 1.600 5.364 .182 28


Item-Total Statistics

Corrected Item- Cronbach's


Scale Mean if Scale Variance Total Alpha if Item
Item Deleted if Item Deleted Correlation Deleted

A1 30.63 48.378 .235 .842


A2 30.63 47.137 .449 .837
A3 30.77 46.737 .447 .836
A4 30.67 47.885 .303 .840
A5 30.40 49.972 .000 .844
A6 31.03 46.792 .438 .836
A7 30.70 46.907 .446 .836
A8 30.50 48.121 .415 .839
A9 30.67 48.161 .258 .841
A10 30.93 47.168 .365 .838
A11 30.80 46.648 .452 .836
A12 30.53 49.637 .044 .845
A13 30.80 47.131 .379 .838
A14 30.47 49.568 .095 .844
A15 31.03 46.930 .417 .837
A16 30.80 46.579 .462 .836
A17 30.47 49.913 -.001 .845
A18 30.60 47.903 .338 .839
A19 30.93 45.375 .635 .831
A20 30.63 48.240 .259 .841
B1a 30.27 39.513 .813 .817
B1b 29.80 47.338 .299 .840
B2a 29.43 49.220 .281 .842
B2b 29.87 45.085 .359 .840
B3a 30.67 44.368 .356 .842
B3b 29.97 42.999 .628 .828
B4a 30.07 48.271 .059 .857
B4b 29.57 41.633 .755 .822
B5a 30.40 49.972 .000 .844
B5b 29.40 49.972 .000 .844
B5c 29.40 49.972 .000 .844
B5d 30.57 44.806 .547 .832
Table 1: Descriptive Statistics and Items Analysis for Social Anxiety Scale (SAS)

Corrected Item- Cronbach's Alpha if


Item Mean Std. Deviation Total Correlation Item Deleted

A1 .77 .430 .235 .842


A2 .77 .430 .449 .837
A3 .63 .490 .447 .836
A4 .73 .450 .303 .840
A5 1.00 .000 .000 .844
A6 .37 .490 .438 .836
A7 .70 .466 .446 .836
A8 .90 .305 .415 .839
A9 .73 .450 .258 .841
A10 .47 .507 .365 .838
A11 .60 .498 .452 .836
A12 .87 .346 .044 .845
A13 .60 .498 .379 .838
A14 .93 .254 .095 .844
A15 .37 .490 .417 .837
A16 .60 .498 .462 .836
A17 .93 .254 -.001 .845
A18 .80 .407 .338 .839
A19 .47 .507 .635 .831
A20 .77 .430 .259 .841
B1a 1.13 .937 .813 .817
B1b 1.60 .563 .299 .840
B2a 1.97 .183 .281 .842
B2b 1.53 .860 .359 .840
B3a .73 .980 .356 .842
B3b 1.43 .774 .628 .828
B4a 1.33 .959 .059 .857
B4b 1.83 .791 .755 .822
B5a 1.00 .000 .000 .844
B5b 2.00 .000 .000 .844
B5c 2.00 .000 .000 .844
B5d .83 .648 .547 .832
Scale Reability (Cronbach’s alpha for SAS) .847
Scale Mean 24.400
Scale SD 7.069
N 30

You might also like