You are on page 1of 9

Ce site utilise des cookies provenant de Google afin de fournir ses services, personnaliser les annonces et

analyser le trafic. Les informations relatives à votre utilisation du site sont partagées avec Google. En acceptant
ce site, vous acceptez l'utilisation des cookies.
EN SAVOIR PLUS OK !

    

Teknik Pengakaran Keratan Pokok Tin - Cara Tuan Malik Yusuf


Oleh Tuan Musa Yaacob ~    

Pada posting kali ini saya ingin berkongsi teknik pengakaran pokok tin yang dikongsikan oleh Malik Yusof. Mengikut beliau, teknik ini adalah
mudah dan sangat sesuai bagi mereka yang kurang mahir dalam kaedah pengakaran batang pokok tin.

Batang yang telah ditoreskan dengan pisau


(sebanyak 3 toresan sepanjang 2 cm dibuat)
Akar yang tumbuh ditempat torehan
(Gambar : Boes AbiRoy)

Pot yang telah disemai dengan


keratan dibalut dengan plastik selama 7-8 hari
Mata tunas yang telah terhasil mula membesar

Bahan yang diperlukan


1. Keratan batang yang matang. Keratan yang baik adalah lebih kurang 1-2 cm garis pusat dan mempunyai 6-8 mata tunas.

2. Bahan penggalak akar Atonik / Racun kulat / plant sealer (atau lilin)

3. Media semaian. Media yang disyorkan ialah campuran 60% perlite dan 40% media pra-campur (Media 6 dalam 1) atau tanah hitam biasa,
sedikit zeolite dan baja bokashi (jika ada).

4. Bekas semaian anak benih (pot plastik).

5. Bag plastik

Cara-caranya
1. Rendam keratan dalam racun kulat 5-6 jam. Antara racun kulat yang boleh digunakan ialah racun kulat Thiram, Sri Organik dll. Kadar
penggunaan adalah seperti yang disyorkan. Masukkan 1 atau 2 titik larutan Atonik ke dalam larutan racun kulat.
Amalan Tuan Malik Yusof:
- Racun kulat (Thiram), 1 sudu makan bagi 2 liter air bersih (hendaklah dikacau setiap 2 jam) atau
- Racun Sri Organik - 2 penutup bagi 2 liter air)

2. Toreskan 3 garisan sepanjang lebih kurang 2 cm dengan pisau pada kulit keratan dari atas ke bawah dan sapukan sedikit cecair Clonex
Purple di kawasan keratan.

3. Bahagian atas keratan hendaklah disapu dengan plant sealer atau lilin (gincu pun boleh) bagi mengelakkan jangkitan kulat, serangan
serangga perosak dan mengurangkan kadar kehilangan air menerusi batang.

4. Isikan bekas semaian (pot plastik) dengan satu lapisan media di bahagian bawah pot. Letakkan keratan ditengah dan penuhkan pot
dengan media. Tekan dengan 3-4 jari ditepi keliling keratan agar ianya menjadi tegap dan tidak goyang. Siramkan dengan air lebihan
rendaman. Sejatkan sehingga tiada lagi air yang menitis.

5. Masukan bekas semaian (pot plastik) ke dalam bag plastik gelap, ikat dan simpan disatu tempat yang teduh untuk proses pengewapan.

6. Biarkan selama 7-10 hari tanpa disentuh, dibuka atau diubah walaupun sesaat.

7. Selepas 7-10 hari buka perlahan-lahan ikatan plastik tadi. Buat pemerhatian terhadap kehadiran kulat. Jika ada, sapu kawasan jangkitan
dengan menggunakan racun kulat. Tutup serta merta dan ikat balik.

8. Buat pemerhatian pada pembesaran tunas selepas 2-3 minggu. Jika ianya membesar, ini bermakna peringkat pertama proses
pengakaran telah berjaya dihasikan.

9. Buka ikatan plastik bag dan biarkan 2-3 hari sebelum pasu diangkat keluar untuk disimpan ditempat teduh dan proses penyesuaian anak
benih tersebut (proses hardening).

10. Mulakan dengan pendedahan kepada matahari pagi selama 2-3 jam sebelum dipindah semula ke tempat teduh semula. Amalkan
proses ini buat beberapa hari.

11. Seterusnya perlahan-lahan ubah ke tempat yang mendapat cahaya matahari yang lebih panjang masanya.

Selamat Mencuba....

Bahan bacaan berkaitan


Proses Penyesuaian (Hardening) Anak Semaian Pokok Tin

Related Posts
Pembiakan Bahan Tanaman Pokok Tin - Semaian Keratan Cara

Siri Maklumat Pokok Tin No. 4 : Semaian Keratan Batang (Stem Cuttings)

Pembiakan Bahan Tanaman - Keratan Ranting Cara

Pembiakan Bahan Tanaman Pokok Tin - Semaian Keratan

Penulis Tin Oh Tin - Musa Yaacob

Seorang pesara pegawai MARDI. Beliau meminati pokok tin (Ficus carica) dan giat mempromosi penanaman dan
penjagaan pokok tin melalui penulisan di blog TOT. Beliau tinggal di Kota Bharu, Kelantan.
  

NEXT PREVIOUS
Teknik Torehan Kulit Untuk Mempercepat Mata Tunas Membesar Varieti Pokok Tin - Black Ischia
Bagi Pokok Tin
 3 ULASAN: WRITE COMMENTS

Tanpa Nama

salam tuan. kalau guna keratan sahaja tanpa dicelup dengan bahan-bahan itu boleh hidup tak?

Balas

Tanpa Nama

As salam.
Berapa kah harga satu keratan anak pokok tin yg tuan jual. Boleh tuan hubungi saya email ibrahim8900@yahoo.com
terima kasih.

Balas

Fig Aceh
Terima kasih tuan, saya lagi belajar banyak tentang tin website ini, bagus webnya :)

Balas

Masukkan ulasan anda...

Ulas sebagai: Pilih profil...

Terbitkan Pratonton

Search this site... 

Visit Abe Cik Garden For More Info...


Abe Cik Fig Garden
9,481 likes

Like Page Share

Log In

You must be logged in to Facebook to


message the page

Popular Posts
Cara Membuat EM (Effective Microorganism) - Lactobacillus Serum/Lacto Serum

13 Tip Amalan Membaja Pokok Tin Bagi Penanaman Dalam Bekas (Containerised Planting)

Jenis-Jenis Baja Yang Terdapat Di Pasaran Untuk Pokok Tin

Tanda-Tanda Anak Benih Kekurangan Makanan (Baja)

Peringkat Pertumbuhan & Pembajaan Pokok Tin

5 Varieti Pokok Tin Sesuai Untuk "Newbies"

7 Tip Pemberian Baja Foliar (Baja Semburan) Untuk Tanaman

Arkib
► 2016 (51)

▼ 2015 (345)
► Disember (3)

► November (7)

► Oktober (10)

► September (21)

► Ogos (26)

► Julai (53)

► Jun (31)

► Mei (18)

► April (49)

► Mac (29)
▼ Februari (52)
Varieti Pokok Tin - NERINO

Cerita Dari Ladang Tn. Marzuki Safiee (Sungai Rama...

Varieti Pokok Tin - Ottawa Canada

Varieti Pokok Tin - Albacor Comuna

Varieti Pokok Tin - Teena

Apa Pentingnya Memilih Anak Tut / Keratan Yang Dih...

Kandungan Nutrien Dan Kegunaan Pokok Tin Sebagai M...

Varieti Pokok Tin- Coll De Dama Negra

Perosak Pokok Tin - Ulat Ribu / Ulat Ratus (Spodop...

Satu Biji RM11 - Harian Metro (21 Februari 2015)

Varieti Pokok Tin - Blava

Membuat Teh Daun Tin Cara Amanda Putri's Fig Gard...

Varieti Pokok Tin - Negrito Pretinho

Pokok Tin Di Majallah 3 (TV3) .... 23 Februari 20...

5 Varieti Pokok Tin Sesuai Untuk "Newbies"

Varieti Pokok Tin - Bordissot Rossa

Tanaman Komersial Di Taman Mini Unik (Harian Metro...

How To Tell When A Fig Is Ripe & Ready To Pick (Vi...

Varieti Pokok Tin - Golden Saudi

Varieti Pokok Tin - Coll De Dama De Ciutat

Varieti Pokok Tin - Cara Hendak Mengenal Varieti P...

Varieti Pokok Tin - Santmartina

Varieti Pokok Tin - JUMBO

Varieti Pokok Tin - Bordissot Blanca-Negra

Buah Tin Yang Menggiurkan......

Perosak Lalat Buah Dan Burung Lebih Suka Buah Tin ...

Media Pilihan Untuk Penanaman Pokok Tin Dalam Beka...

Varieti Pokok Tin - Coll De Dama Blanca

Bekas Tanaman (Container) Untuk Penanaman Pokok Ti...

Varieti Pokok Tin - Calderona

Pokok Tin - Gambar Yang Belum Ada Di Malaysia

Varieti Pokok Tin - Siyah Orak

Varieti Pokok Tin - Improved Brown Turkey (IBT)

Jenis Bahan Tanaman (Planting Materials) Pokok Tin...


Varieti Pokok Tin - Maella

Varieti Pokok Tin - Taiwan Gold

Toksisiti Baja Foliar Pada Pokok Tin

Varieti Pokok Tin - Martinenca

Teknik Torehan Kulit Untuk Mempercepat Mata Tunas ...

Teknik Pengakaran Keratan Pokok Tin - Cara Tuan Ma...

Varieti Pokok Tin - Black Ischia

Resepi Halwa Buah Tin

Varieti Pokok Tin - Napolitina Blanca

Varieti Pokok Tin - Dalmatie Vs Napolitana Negra

Ara Mekah Subur Di Baling (Utusan On Line 06/04/20...

Pembungkusan Anak Pokok Tin Untuk Penghantaran Jar...

5 Kaedah Mengawal Penyakit FMV (Fig Mosaic Virus) ...

Penggalak Tanaman (Plant Booster) Untuk Pokok Tin

Varieti Pokok Tin - Moellanda

Varieti Pokok Tin - Brando Dos Acores

Perosak Pokok Tin - Siput Babi (Achatina Fulica)

Varieti Pokok Tin - Barnissotte

► Januari (46)

► 2014 (127)

Join Our Newsletter

Enter your Email Go

Recent Posts

Varieti Pokok Tin : HOLGIN

Khutbah Tafsir Surah At Tin Oleh Shaykh Yasir Qadhi

Perosak Pokok Tin : Anai-Anai

Varieti Pokok Tin : HMARI

Pengunjung

Jumlah Paparan Halaman


Soalan?

Nama

E-mel *

Mesej *

Hantar

© Copyright 2015 Tin Oh Tin. Asli Bloggertheme9.

Dikuasakan oleh Blogger.

You might also like