You are on page 1of 35

BAB 1

1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang di tawarkan
di sekolah rendah dan menengah dengan tujuan melahirkan pelajar yang beriman, berilmu dan
berakhlak. Suhaimi Muhamad. (2007). Wan Zahid Wan Nordin (1994) menyatakan bahawa
Pendidikan Islam pada masa zaman kini sangat penting kepada semua pelajar supaya mereka
dapat membentuk kekuatan spiritual yang kuat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa
dan tidak mudah terkeluar daripada nilai etika dan kerohanian.

Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil inisiatif mewujudkan Kurikulum


Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah (KSSR), untuk memenuhi keperluan Pendidikan
Islam secara komprehensif dengan memasukkan 7 modul iaitu al-Quran, Hadis,Akidah, Ibadah,
Sirah, Adab dan Jawi. Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2011). Kesungguhan Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk memertabatkan Pendidikan Islam diperkukuhkan lagi dengan
penekanan dalam tulisan Jawi serta menerbitkan semua buku teks Pendidikan Islam dalam
tulisan Jawi. Suhaimi Muhamad. (2007).

Kemunculan tulisan jawi adalah hasil adaptasi daripada huruf-huruf hijaiyyah dalam
tulisan Arab, kemudian disesuaikan mengikut Bahasa Melayu. Faisal & Niswa (2009). Menurut
Mohd Alwee Yusoff ( 2005), sebelum kemunculan tulisan rumi, orang-orang Melayu di Tanah
Melayu menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi. Selain itu, tulisan jawi juga menjadi
tulisan yang penting dalam penyebaran ilmu, kerana ulama Islam di nusantara menggunakannya
sebagai medium penyampaian ilmu kepada pendudukan setempat. Rosnah Yusnus ( 2016).

1
Menurut Nur Syamira Abdul Wahab ( 2016 ), setiap pelajar perlu menguasai tulisan jawi
kerana pendidikan Jawi merupakan salah satu cabang ilmu dalam Pendidikan Islam. Tulisan jawi
perlu diperkasakan setanding dengan mata pelajaran lain kerana menurut Mohd Alwee Yusoff
(2005) tulisan jawi merupakan warisan dunia Melayu yang telah mengeluarkan masyarakat
Melayu daripada kegelapan kejahilan kepada cahaya ilmu agama. Selain itu, tulisan jawi juga
turut memberi sumbangan dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu Alam
Melayu. Akmariah Mamat & Sofiah Ismail ( 2010 ).

Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan program j-


QAF sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan jawi dan mata pelajaran Pendidikan Islam.
Selain itu, untuk mematapkan lagi tulisan jawi. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mewujudkan Kem Kecemerlangan Jawi untuk murid-murid pemulihan jawi sebagai usaha
memperkasakan tulisan Jawi. Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2015). Menurut Akmariah
Mamat& Sofiah Ismail ( 2010) selain Kementerian Pendidikan Malaysia, guru turut mempunyai
peranan yang besar dalam memperkasakan tulisan Jawi.

Selain daripada bertujuan memperkasakan tulisan jawi, program j-QAF juga bertujuan
untuk melahirkan murid-murid sekolah rendah yang khatam al-Quran. JAPIM( 2005). Hasil
kajian daripada Azarudin Awang,Azman Che Mat & Marzuki Yaakub (2010) menunjukkan 54
peratus responden tidak dapat membaca al- Quran dengan betul. Setiap orang Islam dituntut
membaca al-Quran kerana kesempurnaan solat terletak pada kesempurnaan bacaan al-Quran.
Nur Syamira Abdul Wahab, Maimun Aqsha Abdin Lubis & Aisyah Sjahrony (2016). Oleh yang
demikian, bagi meningkatkan kualiti bacaan al-Quran dalam kalangan pelajar, Kementerian
Pendidikan telah mewujudkan Program Literasi al-Quran.

Justeru, setiap pelajar perlu menguasai tulisan jawi dan al-Quran dengan baik supaya
mereka dapat meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam kerana menurut
Mardhiyyah (2012), tulisan jawi merupakan sinonim dengan al-Quran maka pelajar yang dapat

2
menguasai tulisan jawi secara tidak langsung pelajar tersebut akan dapat membaca al-Quran.
Kesimpulannya setiap pelajar perlu menguasai jawi kerana jawi merupakan cabang dalam
Pendidikan Islam dan merupakan satu medium untuk membantu pelajar dalam memahami al-
Quran. Nur Syamira Abdul Wahab, Maimun Aqsha Abdin Lubis & Aisyah Sjahrony (2016).

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Mata pelajaran Pendidikan Islam mempunyai pelbagai bidang antaranya Ulum Syariah,
al-Quran dan Jawi. Pendidikan Jawi merupakan salah satu bidang yang sangat penting dalam
mata Pelajaran Pendidikan Islam. Menurut Naziroh Ibrahim (2015). Kegagalan murid menguasai
tulisan dan bacaan jawi akan menyebabkan kegagalan murid menguasai isi kandungan
pendidikan Islam. Selain itu, pendapat ini turut disokong oleh Asyraf Ridwan Ali & Berhanudin
Abdullah (2015) yang mengatakan bahawa Pendidikan Jawi sangat penting kerana merangkumi
pelbagai jenis kemahiran mengenal, mengeja, menyebut, membaca dan menulis jawi dengan
matlamat untuk membolehkan pelajar menguasai pelbagai mata pelajaran dalam pendidikan
Islam seperti Asuhan Tilawah Al-Qur’an, Ulum Syariah yang meliputi Akidah, Ibadah dan Sirah
serta Adab dan Akhlak Islamiah.

Kegagalan murid menguasai tulisan jawi bukan sahaja menyebabkan murid lemah dalam
membaca tulisan jawi bahkan turut memberi kesan kepada pembacaan al-Quran. Penguasaan
kefahaman al-Qur’an dan Jawi dalam kalangan generasi muda kian terhakis. Hal ini memberi
kesan kepada pembacaan al-Quran dan jawi dalam kalangan murid-murid. Nur Syamira Abdul
Wahab, Maimun Aqsha Abdin Lubis, Aisyah Sjahrony ( 2016 ). Tulisan Jawi dan al-Quran
berkait rapat kerana terdapat persamaan iaitu tulisan jawi adalah berasaskan tulisan dalam al-
Quran. Norizan Mat Diah , Marina Ismail, Putri Mazliana Abdul Hamid & Suzana Ahmad
(2012)

3
Oleh itu, murid yang berjaya menguasai jawi lebih mudah untuk membaca al-Quran
berbanding murid yang tidak dapat menguasai jawi. Menurut Akmariah Mamat & Sofiah Ismail
(2010), kelemahan murid mengenal huruf hijaiah dan lemah dalam bacaan jawi akan menjadi
faktor penyumbang kepada kegagalan murid membaca al-Quran. Oleh itu, setiap murid perlu
menguasai tulisan jawi dengan baik supaya mereka mudah untuk membaca al-Quran dan juga
memahami mata pelajaran Pendidikan Islam.

Menurut Nur Syamira Abdul Wahab, Maimun Aqsha Abdin Lubis & Aisyah Sjahrony
(2016 ), pelajar yang dapat menguasai tulisan jawi secara tidak langsung akan dapat membaca al-
Quran dengan lebih baik. Ini kerana, pelajar yang dapat meguasai tulisan jawi secara tidak
langsung akan mudah untuk mengenal huruf-huruf al-Quran dan menyebut makhraj-makhraj
huruf dengan baik. Perkara ini turut disokong oleh Faisal& Niswa ( 2009) yang menyatakan
bahawa huruf-huruf jawi sebenarnya telah diadaptasi daripada huruf hijaiyyah atau huruf Arab.

4
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang akan dilakukan ini berkaitan Jawi dan al-Quran. Kedua-dua bidang ini merupakan
antara bidang yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Seperti yang kita sedia
maklum, program j-QAF ialah program yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia yang memberi tumpuan kepada bidang jawi dan al-Quran. Oleh yang demikian,
diharapkan kajian yang akan dilakukan ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia
khususnya bahagian j-QAF agar dapat memperkasakan lagi bidang jawi dan al-Quran kerana
kedua-dua bidang ini sangat penting dalam mata Pelajaran Pendidikan Islam dan program j-
QAF.

Selain itu, kajian ini juga dapat memberi sumbangan idea kepada guru-guru Pendidikan
Islam suapaya merencanakan satu program atau aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan lagi
penguasaan jawi dalam kalangan murid dan memperkasakan kemahiran membaca al-Quran
kerana guru-guru dapat merujuk kepada hasil dapatan yang akan dilakukan dan membuat
kesimpulan dan strategi yang berkesan. Sekiranya hasil kajian menunjukkan terdapat signifikan
hubungan antara penguasaan jawi dan kemahiran membaca al-Quran maka guru perlu
mempelbagai kaedah pengajaran terutama dalam bidang jawi supaya dapat membantu murid
dalam pembacaan al-Quran.

Kajian ini juga dapat membantu Jabatan Pendidikan Islam dan Moral untuk membuat
penambahbaikan dalam Kurikulum Pendidikan Islam dan program j-QAF. Kajian ini juga dapat
membantu untuk mengenalpasti metodologi yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Di samping itu, ibu bapa juga dapat membimbing anak mereka di rumah dengan
memberi tumpuan kepada bidang jawi dan al-Quran. Selain itu, kajian itu turut memberi manfaat
kepada murid itu sendiri iaitu murid dapat meningkatkan lagi usaha mereka dalam bidang ini
supaya mereka mendapat keputusan yang baik dan juga dapat menguasai ilmu jawi dan al-Quran.

5
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara
penguasaan jawi dan kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan murid . Terdapat tiga
objektif yang ingin dicapai menerusi kajian ini:

1. Mengenal pasti penguasaan jawi dalam kalangan murid tahun 5.


2. Mengenal pasti kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan murid tahun 5.
3. Mengenal pasti hubungan antara penguasaan jawi dan kemahiran membaca al-
Quran dalam kalangan murid tahun 5.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan adalah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

1. Sejauh manakah penguasaan jawi dalam kalangan murid tahun 5?


2. Sejauh manakah kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan murid tahun 5?
3. Adakah terdapat hubungan antara penguasaan jawi dan kemahiran membaca al-
Quran dalam kalangan murid tahun 5?

6
6.0 KERANGKA TEORI

Kajian yang akan dilakukan ini mempunyai dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah
tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar. Oleh itu, bagi memperlihatkan perkaitan antara
kedua-dua pemboleh ubah ini, pengkaji akan menggunakan Teori Pembelajaran Kognitif Jean
Piaget .Menurut Mok Soon Sang (2009), teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget ini
dibahagikan kepada beberapa konsep iaitu asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Asimilasi
ialah murid menerima sesuatu maklumat baru yang sama dengan maklumat sedia ada manakala
akomodasi pula pengubahsuaian skemata yang sedia ada untuk menerima maklumat yang baru.
Keseimbangan pula hasil gabungan antara asimilasi dan akomodasi bagi membantu seimbangkan
pengetahuan murid-murid . Kerangka konseptual dan teorikal kajian adalah seperti rajah di
bawah:

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian

ASIMILASI AKOMODASI KESEIMBANGAN

TAHAP KEMAHIRAN
PEMBELAJARAN
PENGUASAN MEMBACA AL-
JAWI QURAN

KEMAHIRAN KEMAHIRAN
MEMBACA JAWI MENYEBUT MAKHRAJ
HURUF DAN AYAT

Diubah suai dari Teori Kognitif Jean Piaget

7
Rajah 1.2 Kerangka Teori Kajian

INPUT OUTPUT

PROSES ADAPTASI

KESEIMBANGAN
ASIMILASI AKOMODASI

Teori Pembelajaran Kognitif Jean Piaget

8
7.0 DEFINISI KONSEP

7.1 Tulisan Jawi

Tulisan jawi dimaksudkan disini ialah tulisan yang digunakan dalam penulisan buku teks
Pendidikan Islam. Tulisan jawi diadaptasi daripada huruf-huruf arab sebanyak 30 huruf dan

disesuaikan lagi dengan 6 huruf tunggal jawi seperti huruf ,‫ غ‬,‫ ؤ‬,‫ ض‬,‫ث‬,‫ ف‬dan ‫خ‬. Naziroh
Ibrahim ( 2015). Menurut Asyraf Ridwan Ali & Berhanundin Abdullah ( 2015) tulisan jawi
merupakan bahasa perantara di nusantara pada zaman dahulu.

7.2 Penguasaan Jawi

Penguasaan jawi bermaksud murid dapat mengenal dan menyebut huruf-huruf jawi serta
membaca ayat daripada tulisan jawi dengan baik. Rata-rata murid sekarang tidak dapat
menguasai tulisan jawi dengan baik. Kajian daripada Faisal& Niswa ( 2009) menunjukkan
kelemahan pelajar dalam tulisan jawi adalah disebabkan kurang membaca dan kurang minat
terhadap tulisan jawi. Murid yang menguasai jawi secara tidak langsung akan menguasai mata
Pelajaran Pendidikan Islam dan juga dapat membaca al-Quran dengan baik.

7.3 Kemahiran Membaca al-Quran

Mmenurut Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, kemhiran bermaksud kecekapan atau
kepandaian. Kemahiran membaca al-Quran pula bermaksud murid dapat menyebut makhraj-
makhraj huruf al-Quran dengan baik serta memca ayat al-Quran dengan baik. Menurut Mohd
Faisal, Zawawi dan Rahimi (2008), ramai rakyat yang dewasa Malaysia beragama Islam
mengenali huruf-huruf hijaiyyah tetapi tidak mampu membaca al-Quran dengan baik .

9
BAB 2

2.0 SOROTAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang kajian literatur dan kajian lepas yang mendasari penyelidikan ini.
Perbincangan dalam bab ini bermula dengan teori yang dijadikan asas tentang aspek yang dikaji iaitu
tahap penguasaan jawi dan hubungannya dengan kemahiran membaca al-Quran. Teori yang akan
digunakan dalam kajian ini ialah Teori Pembelajaran Kognitif. Selain itu dalam bahagian ini juga turut
dibincangkan tentang kajian –kajian lepas berkaitan penguasaan jawi, kemahiran membaca al-Quran dan
hubungan penguasaan jawi dan kemahiran membaca al-Quran.

2.2 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu
ransanganyang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai,
iaitu suatu penggerak yang dapat mendorong seseorang murid itu berusaha memikirkan maksud
ransangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat
dibentuk dan dikekalkan. Menurut ahli psikologi seperti Piaget, Kohler, Bruner, Gagne dan
Ausubel, mereka menyatakan bahawa proses kognitif yang sebenarnya akan menggubah tingkah
laku seseorang dalam pembelajaran. Menurut mereka juga, pembelajaran buku suatu percubaan
secara semborono tetapi mempunyai motif dan objektif tertentu.

10
Teori pemkembangan kognitif merupakan suatu proses pembelajaran yang berlaku dalam
akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Menurut Bruner
dan Piaget yang merupakan ahli psikologi kognitif, mereka menumpukan kajian kepada pelbagai
jenis pembelajaran dalam proses menyelesaikan masalah dan celik akal mengikut peringkat umur
dan kebolehan pelajar. Teori ini berbetulan dengan kajian yang akan dilakukan iaitu murid yang
mampu menguasai tulisan jawi dengan baik secara tidak langsung dia akan mampu membaca al-
Quran dengan baik. Selain itu, teori ini juga menumpukan kepada cara belajar seperti pemikiran
celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian.

Menurut Mok Soon Sang (2009), teori pembelajaran kongnitif ini mempunyai empat
konsep asas iaitu skemata, asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Skemata ialah struktur
pengetahuan murid yang berubah untuk menerima suatu maklumat baru. Asimilasi pula ialah
murid menyelaraskan maklumat baru dengan skemata yang sedia ada manakala akomodasi ialah
murid mengubahsuai skemata yang sedia ada untuk menerima maklumat baru. Hasilnya ialah
keseimbangan iaitu murid mengabungkan proses asimilasi dengan akomodasi yang menatijahkan
keseimbangan terhadap pengetahuan.

Menurut teori ini juga, manusia memiliki struktur kognitif dan semasa proses
pembelajaran berlaku, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan. Teori ini sangat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran ini menekankan proses
kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga
merupakan salah satu pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan
cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Contohnya pengalaman sedia ada murid ialah
kemahiran mengenal huruf-huruf jawi dan membaca tulisan jawi. Oleh yang demikian, murid
dapat menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memahami penegtahuan baru yang berkaitan
seperti kemahiran membaca al-Quran. Menurut Norizan Mat Diah et al ( 2012) tulisan Jawi dan
al-Quran berkait rapat kerana terdapat persamaan iaitu tulisan jawi adalah berasaskan tulisan
dalam al-Quran.

11
Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang
atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Teori ini menumpukan pemerhatian
kepada skema dan model mental yang mendorong pelajar kepada pengajaran. Perspektif kognitif
tertumpu kepada keupayaan berfikir. Menurut Piaget, minda boleh berkembang berubah dan
dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Menurut
beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya akan berlaku apabila
kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang
releven. Oleh itu, Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap iaitu:

1. Tahap sensori motor, iaitu perkembangan kognitif kanak-kanak yang terjadi pada
usia 0 hingga 2 tahun. Thap ini diidentitikan dengan kegiatan motorik dan
persepsi yang masih sederhana.

2. Tahap pra operasi, iaitu perkembangan kognitif kanak-kanak yang terjadi pada
usia 2 hingga 7 tahun. Tahap ini mula digunakan simbol atau bahasa tanda dan
kanak-kanak telah memperoleh pengetahuan berdasarkan kepada kesan yang
agak abstrak.

3. Tahap operasi konkrit, iaitu yang terjadi pada usia 7 hingga 11 tahun. Tahap ini
dicirikan dengan kanak-kanak yang sudah mula menggunakan aturan-aturan yang
jelas dan logik . Kanak-kanak tidak lagi memusatkan diri kepada perwatakan
yang pasif.

4. Tahap operasi formal, iaitu perkembangan kognitif kanak-kanak yang terjadi


pada usia 11 hingga 15 tahun. Ciri utama tahap yang terakhir ini adalah kanak-
kanak sudah mampu berfikir secara abstrak dan logik.

12
Berdasarkan tahap-tahap yang telah ditunjukkan, pengkaji ingin memfokuskan pada
tahap yang ketiga iaitu tahap operasi konkrit. Menurut Mok Soon Sang ( 2001), pada
tahap ini, daya ingatan kanak-kanak semakin bertambah dan mereka juga dapat
menguasai tiga prinsip asas iaitu, identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan.
Pada umur ini, lazimnya kanak-kanak berada di sekolah dalam darjah 1 hingga 5. Pada
umur ini juga, mereka mudah untuk mengingat huruf-huruf jawi dan dapat membaca
tulisan jawi. Hasil daripada pengetahuan sedia ada terhadap tulisan jawi, murid akan
mudah untuk mempelajari huruf-huruf al-Quran yang hampir sama dengan tulisan jawi.

2.3 TAHAP PENGUASAAN JAWI

Kemerosotan penguasaan tulisan jawi dalam kalangan murid sama ada sekolah aliran biasa
mahupun sekolah aliran agama adalah disebabkan kurangnya penggunaan tulisan tersebut dalam aktiviti
harian. Faisal dan Niswa ( 2009). Kajian Siti Fatimah Saufee ( 2006), menunjukkan sebanyak 48.1 %
murid tahun satu tidak dapat menguasai tulisan jawi dengan baik. Menurut Mohd Alwee Yusoff
(2005), ramai anak muda sekarang buta jawi akibat daripada penukaran tulisan jawi kepada
tulisan rumi bermula zaman penjajahan British.

Selain itu, punca kegagalan dan kurangnya penguasaan murid dalam tulisan jawi adalah
disebabkan kurangnya waktu interaksi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perkara ini
disokong oleh Siti Fadzilah Solkifli (2016), yang menyatakan penurunan prestasi murid adalah
disebabkan kurangnya waktu interaksi pelajaran jawi di sekolah serta guru-guru dan murid-
murid lebih cenderung menggunakan tulisan rumi dalma setiap aktiviti di sekolah berbanding
menggunakan tulisan jawi. Kajian daripada Siti Fatimah Kassim ( 2012) juga menunjukkan hasil
pemerhatian beliau terdapat ramai pelajar yang tidak dapat membaca tulisan jawi dengan baik.

13
Selain itu, kelemahan murid dalam tulisan jawi juga disebabkan pengajaran jawi hanya
tertumpu disekolah sahaja dan penggunaan tulisan rumi yang meluas berbanding tulisan jawi.
Zaini Othman et al ( 2014). Selain itu, menurut Asyraf Ridwan ( 2015), pemberhentian cetakan
akhbar Jawi dalam surat khabar Utusan mingguan adalah disebabkan kurang mendapat sambutan
dari orang Melayu. Menurut Norina Mohd Nor ( 2011), sebanyak 58.3% murid tidak minat
terhadap pelajaran jawi serta berasa bosan apabila mempelajarinya. Justeru, minat dalam tulisan
jawi perlu dipupuk supaya tulisan jawi dapat diperkasakan.

Hasil kajian Arifin Mamat, Rohani Kamis dan Adnan Abdul Rasyid (2012) menunjukkan
85% orang murid menyatakan bahawa mereka tidak memahami pelajaran jawi dan mereka juga
menyatakan bahawa pelajaran jawi sangat susah untuk dipelajari. Oleh itu, untuk menarik minat
murid terhadap pengajaran jawi, seseorang guru perlu kreatif dan mempelbagaikan pendekatan
pengajaran suapaya murid tidak bosan. Hal ini bertepatan dengan Akmariah dan Sofiah Ismail (
2010) yang menyatakan bahawa seorang guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran
mengikut tahap murid supaya murid muda memahami seterusnya dapat belajar dalam suasana
yang harmoni.

2.4 KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN

Kerajaaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia sangat komited dalam


memastikan murid-murid dapat menguasai bacaan al-Quran dengan mewujudkan pelbagai inisiatif dan
program. Hajarul Bahti Zakaria, Mohd Huzairi Awang dan Ab. Halim Tamuri ( 2012). Menurut Ab.
Halim Tamuri et.al ( 2013) juga, antara program yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam
memperkasakan kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan muird sekolah ialah Model 6 bulan
Khatam al-Quran, Model Tasmik dan Kem Literasi al-Quran.

14
Kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan murid sekolah amat membimbangkan.
Kajian daripada Azarudin Awang,Azman Che Mat dan Marzuki Yaakub (2010) menunjukkan 54
peratus responden tidak dapat membaca al- Quran dengan betul. Oleh demikian,, kerajaan telah
mengorak langkah dalam mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan penguasaan terhadap
kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan murid sekolah rendah. Menurut Mohd Abbas Ab.
Latiff dan Farihatun Nadia Yaacob ( 2010 ), walaupun pelbagai program telah dilaksanakan
namun masih terdapat pelajar yang masih belum dapat membaca al-Quran dengan baik dan yang
paling merisaukan ialah mereka merupakan pemimpin pada masa akan hadapan.

Selain itu, menurut Nasir Mohamad dan Rubiyah Haron ( 1998), sebanyak 36.3 % guru
pelatih dari Institut Pendidikan Guru Darul Aman dapat menyebut ayat al-Quran dengan baik
manakala selebihnya tidak dapat menyebut ayat al-Quran dengan baik. Hal ini sangat
membimbagnkan kerana mereka merupakan bakal guru yang akan mencorak anak didik
bagaimana mungkin seseorang dapat mendidikan anak muridnya membaca al-Quran dengan baik
sedangkan dia sendiri tidak dapat membaca dengan baik. Selain daripada membaca al-Quran,
murid-murid juga lemah dalam memahami soalan yang mempunyai ayat-ayat al-Quran seperti
mana kajian Nik Rosila Nik Yaacob ( 2007) menunjukkan sebanyak 77.5 % murid tidak dapat
menjawab soalan berkaitan ayat al-Quran.

Guru juga turut memainkan peranan yang penting dalam memastikan murid dapat
menguasai al-Quran. Menurut Mohd Aderi Che Noh ( 2009 ) guru perlu mempelbagaikan
kaedah pengajaran dalam Tilawah al-Quran supaya murid dapat menguasai kemahiran membaca
al-Quran. Selain itu, menurut Nurul Nadhrah Kamruzaman, Nazaen Johari dan Zulkifli
MohdYusoff ( 2015), ramai kanak-kanak di Malaysia dibelenggu dengan masalah lemah dalam
membaca al-Quran dan salah satu faktor yang menyebabkan kelemahan ini berlaku ialah
penggunaan teknik dan pendekatan pengajaran yang tidak sesuai dalam kalangan guru.

15
2.5 HUBUNGAN TAHAP PENGUASAAN TULISAN JAWI DENGAN KEMAHIRAN MEMBACA
AL-QURAN

Asasnya, tulisan Jawi dan al-Quran berkait rapat kerana terdapat persamaan iaitu tulisan
jawi adalah berasaskan tulisan dalam al-Quran. Norizan Mat Diah at al (2012). Oleh itu, murid-
murid yang dapat menguasai jawi secara tidak langsung akan mudah untuk membaca al-Quran.
Perkara ini disokong oleh Akmariah Mamat dan Sofiah Ismail yang menyatakan bahawa murid
yang berjaya menguasai jawi lebih mudah untuk membaca al-Quran berbanding murid yang
tidak dapat menguasai jawi. Selain itu, menurut Nur Syamira Abdul Wahab, Maimun Aqsha
Abdin Lubis & Aisyah Sjahrony ( 2016 ), pelajar yang dapat menguasai tulisan jawi secara tidak
langsung akan dapat membaca al- Quran dengan lebih baik. Ini kerana, pelajar yang dapat
meguasai tulisan jawi secara tidak langsung akan mudah untuk mengenal huruf-huruf al-Quran
dan menyebut makhraj-makhraj huruf dengan baik.

Menurut Faisal dan Niswa (2009) juga, antara punca kelemahan murid dalam pembacaan
al-Quran adalah disebabkan lemah dalam tulisan jawi. Selain itu, tulisan jawi merupakan
adabtasi daripada tulisan Arab dan tulisan jawi juga membantu dalam memahami mata pelajaran
Pendidikan Islam dan juga membantu murid dalam pembacaan al-Quran. Maizan Mat Amin,
Halimah Badioze Zaman dan Azlina Ahmad ( 2012). Menurut Norina Mohd Nor (2011),
kedatangan tulisan jawi memberi kemudahan kepada orang Islam mempelajari al-Quran dan
Hadis Rasulullah s.a.w.

Menurut Mohd Alwee Yusoff ( 2005), tulisan jawi bukanlah satu yang sukar bagi orang
Melayu kerana mereka menggenali tulisan jawi melalui pengajian al-Quran. Sekiranya
masyarakat sudah tidak menguasai tulisan jawi lagi maka luputlah penguasaan al-Quran kerana
keduanya saling berkait antara satu sama lain. M Husnan Lubis ( 1998). Hasil kajian Arifin
Mamat, Rohani Kamis dan Adnan Abdul Rasyid (2012) menunjukkan ramai peserta kajian sedar

16
bahawa tulisan jawi itu sangat penting dalam membantu mereka mendalami Pendidikan Islam
seperti membaca al-Quran dan Bahasa Arab.

2.6 KESIMPULAN

Hasil perbincangan dalam satu mesyuarat, Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju


untuk mewujudkan seminar Jawi,al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain ( j-QAF) bertujuan
untuk melaksanakan projek rintis j-QAF sebelum dilancar secara berperingkat menjelang 2005.
JAPIM ( 2004). Antara bidang yang ditawarkan dalam program j-QAF ialah Jawi dan al-Quran.
Bidang Jawi telah mula diserap dalam mata Pelajaran Pendidikan Islam pada tahun 2003 dan
hasil laporan mendapati penguasaan Jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam masih belum
mencukupi. Ahmad Mohd Salleh ( 2008).

Berdasarkan kajian-kajian lepas menunjukkan tulisan jawi merupakan satu bidang yang
penting kerana ia membantu murid untuk mengenal dan membaca al-Quran. Justeru, setiap
pelajar perlu menguasai tulisan jawi dan al-Quran dengan baik supaya mereka dapat
meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam kerana menurut Mardhiyyah
(2012), tulisan jawi merupakan sinonim dengan al-Quran maka pelajar yang dapat menguasai
tulisan jawi secara tidak langsung pelajar tersebut akan dapat membaca al-Quran.

Kesimpulannya, bidang jawi dan al-Quran tidak boleh dipandang enteng kerana Jawi dan
al-Quran asas kepada mata Pelajaran Pendidikan Islam. Menurut Mardhiyyah (2012), setiap
pelajar perlu menguasai tulisan jawi dan al-Quran dengan baik supaya mereka dapat
meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam . Selain itu juga setiap murid
perlu menguasai jawi kerana jawi merupakan satu medium yang membantu mereka dalam
menguasai al-Quran. Nur Syamira Abdul Wahab et al. (2016).

17
BAB 3

3.1 PENGENALAN

Bab tiga ini membincangkan mengenai metadologi kajian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji.
Perbincangan dalam bab ini memfokuskan kepada reka bentuk kajian ,lokasi kajian, populasi
kajian, kaedah persampelan dan sampel kajian, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian,
prosedur pemerolehan data dan analisis data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji ialah berbentuk kajian tinjauan. Menurut Noraini
Idris ( 2015), kajian tinjauan ialah salah satu kaedah penyelidikan yang melibatkan punggutan
data dari populasi untuk mengkaji suatu keadaan terkini berkaitan populasi dan satu atau lebih
pemboleh ubah.

Kajian yang akan dilaksanakan ini juga menggunakan kaedah kuantitatif . Pengkaji
memilih kaedah kuantitatif kerana dalam kajian yang akan pengkaji laksanakan terdapat
instrumen soal selidik dan ujian. Menurut Creswell (2008), kaedah kuantitatif merupakan kajian
yang melibatkan pengumpulan data daripada peserta kemudian dapatan dianalisis menggunakan
statistik kemudian menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias.

18
3.3 LOKASI KAJIAN

Pengkaji memilih sekolah-sekolah di zon Sentul, Kuala Lumpur sebagai lokasi kajian
yang akan pengkaji laksanakan. Pengkaji memilih sekolah-sekolah di zon Sentul kerana pengkaji
sendiri berkhidmat di salah sebuah sekolah di zon Sentul. Selain itu, pengkaji juga telah lama
berkhidmat sebagai juru data e-pelaporan j-QAF zon Sentul yang melibatkan data-data murid
dalam bidang yang akan dikaji iaitu Jawi dan al-Quran.

3.4 POPULASI

Populasi didefinisikan sebagai keseluruhan individu yang berada dalam sesuatu tempat
yang ingin dikaji. Saiz populasi akan menentukan jumlah sampel yang perlu diambil sebagai
mewakili populasi yang ingin dijkaji Wiersma (2000). Pengkaji memilih murid-murid tahun 5
dan guru-guru Pendidikan Islam Islam di zon Sentul sebagai sampel kajian. Jumlah murid-murid
yang beragama Islam di zon Sentul ialah seramai 2370 orang murid manakala jumlah guru
Pendidikan Islam di zon Sentul ialah seramai 257 orang. Jumlah ini termasuk murid-murid dan
guru-guru dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

3.5 SAMPEL DAN PERSAMPELAN

Sampel dalam sesebuah kajian merujuk kumpulan yang menjadi sumber maklumat
kepada pengkaji. Noraini Idris ( 2015). Pengkaji akan menggunakan seramai 100 orang murid
Islam tahun 5 dan 200 orang guru dari sekolah-sekolah sekitar zon Sentul, Kuala Lumpur
sebagai sampel kajian. Pengkaji menggunakan 200 orang guru untuk untuk menjawab soal
selidik manakala 100 orang murid untuk menjawab ujian yang akan diberikan.

19
Persampelan pula ialah proses pemilihan sebilangan subjek daripada populasi yang telah
ditetapkan untuk dijadikan sebagai responden kajian Chua ( 2005). Pengkaji akan menggunakan
persampelan secara rawak mudah dalam kajian yang akan dijalankan.

3.7 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Instrumen yang akan digunakan oleh pengkaji ialah soal selidik dan ujian. Soal selidik
yang dilakukan melibatkan 200 orang guru. Pengkaji akan mengedarkan sendiri kertas soal
selidik kepada guru –guru di sekolah sekitar zon Sentul. Sebelum mengedarkan soal selidik,
pengakaji akan memohon kebenaran daripada guru besar sekolah berkenaan supaya proses
memberi dan mengutip soal selidik berjalan dengan lancar. Pengkaji akan meminta bantuan
daripada wakil guru Pendidikan Islam setiap sekolah yang terlibat untuk mengedarkan dan
memungut soal selidik yang diberikan. Kemudian pengkaji akan mengambil soalan soal selidik
tersebut daripada wakil-wakil yang pengkaji tetapkan.

Instrumen kedua yang digunakan oleh pengkaji ialah ujian. Terdapat dua bentuk ujian
iaitu ujian penguasaan Jawi dan ujian kemahiran membaca al-Quran. Untuk ujian penguasaan
Jawi, pengkaji akan mengedarkan soalan kepada 100 orang murid dari sekolah-sekolah zon
Sentul. Bagi ujian kemahiran membaca al-Quran pula, pengkaji akan mendengar setiap murid
membaca potongan ayat al-Quran dan pencapaian murid akan direkodkan dalam borang
pencapaian.

20
3.8 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan ujian pencapaian.
Soal selidik merupakan instrumen yang sesuai untuk kajian yang berbentuk kuantitaif disamping
menjimatkan kos dan lebih cepat. Menurut Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), soal
selidik merupakan instrumen yang boleh digunakan untuk mendapatkan sesuatu maklumat itu
secara cepat dan tepat. Oleh itu, instrumen ini sangat sesuai kerana pengakaji dapat menjimatkan
masa dan kos untuk melakukan penyelidikan.

Selain itu, pengkaji juga akan menggunakan ujian sebagai salah satu instrumen kajian.
Ujian dilakukan untuk menilai tahap penguasaan murid dalam bidang Jawi dan kemahiran
membaca al-Quran. Menurut Noraini Idris ( 2015), kemahiran dan pengetahuan seseorang
indivitu terhadap sesuatu bidang atau subjek dapat diukur menggunakan ujian pencapaian.

21
3.9 PROSEDUR KAJIAN

Seperti yang pengkaji nyatakan bahawa instrumen yang akan digunakan oleh pengkaji
dalam kajian ini ialah soal selidik dan ujian pencapaian. Sebelum pengkaji membuat proses
pengumpulan data, pengkaji akan memohon kelulusan daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia, Bahagian Perancangan dan Pendidikan. Setelah mendapat surat kelulusan, pengkaji
akan panjangkan surat tersebut kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Kuala Lumpur
untuk makluman. Setelah itu, pengkaji akan bertemu dengan pentadbir dan guru-guru sekolah
yang terlibat dengan kajian ini.

Pengkaji juga akan memberi taklimat kepada guru-guru berkaitan tujuan penyelidikan ini
dilakukan dan memohon supaya soal selidik ini dijawab dengan teliti, ikhlas dan jujur.
Seterusnya, soal selidik tersebut akan diedarkan kepada guru-guru melalui ketua panitia
Pendidkan Islam sekolah-sekolah yang terlibat. Pengkaji memberikan tempoh selama 7 hari
untuk guru-guru menjawab soal soal selidik tersebut supaya guru-guru dapat menjawab dengan
tenang dan berfokus. Selai itu, pengkaji turut berbincang dengan pentadbir sekolah berkaitan
masa yang sesuai untuk pengkaji jalankan ujian bagi menggelakkan bertembung dengan aktiviti
sekolah.

4.0 ANALISIS DATA

Data kajian ini akan dianalisis menggunakan kaedah analisis data berbentuk Analisis
Deskriptif dan Analisis Inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) versi 15.0. Analisis deskriptif menghuraikan min, peratusan, kekerapan dan sisihan
piawai. Analisis inferensi daripada korelasi Pearson pula digunakan untuk melihat hubungan
antara pemboleh ubah yang terdapat dalam kajian ini.

22
5.0 RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri, Ahmad Munawar Ismail¸ Amal Hayati Md. Noor & Mohd Izzuddin

Mohd Pisol. 2013. Penilaian Guru terhadap Pelaksanaan Model-Model Tilawah

al-Quran Program j-QAF. International Journal of Islamic Thought 3 : 1-17

Ahmad Faisal Abdul Hamid & Noralina Abdullah. 2009. Penguasaan Tulisan Jawi Di Kalangan

Mahasiswa Pengajian Islam: Kajian Di Institut Pengajian Tinggi Awam (Ipta) Tempatan.

Jurnal Al-Tamaddun,4: 145 – 156

Akmariah Mamat & Sofiah Ismail .2010. Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Guru

Pemulihan Jawi Di Malaysia. Proceedings of The 4th International Conference on

Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI . Bandung Indonesia, 8-10 November

Arifin Mamat, Rohani , Kamis & Adnan Abdul Rashid .2012 . Student’s Perceptions Towards

The Teaching And Learning Of Jawi (Arabic Letter) Under J-QAF Programme: A Case

Study At Selected Government Primary Schools In The District Of Hulu Selangor.

International Conference on Quality Of Teaching & Learning, UniSza, 23-24 Oktober.

Asyraf Ridwan Ali & Berhanudin Abdullah .2015. Falsafah Pendidikan Jawi Dalam

Memperkasakan Tamadun Islam Di Malaysia. Proceedings of ICIC2015 – International

Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century, Universiti Sultan

Zainal Abidin, Malaysia, 6-7 September

Azarudin Awang, Azman Che Mat & Ahmad Nazuki .2011. Tahap Pembacaan Al-Quran Dalam

Kalangan Pelajar Di Uitm Terengganu. International Journal of Teaching and Learning in

Higher Education, 3(2):83-100

23
Hajarul Bahti Zakaria, Mohd Huzairi Awang & Ab. Halim Tamuri .2012. Penguasaan

Bacaan Hukum Nun Sakinah Dalam Tilawah Al-Quran Pelajar-Pelajar

Bermasalah Penglihatan Di Malaysia. International Conference of Research in

Islamic and Arabic Education 2012:133-141

JAPIM .2005., Buku Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan

Kokurikulum j-QAF Tahun 1. Kuala Lumpur: KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2015). Buku Panduan Kem Kecemerlangan Jawi. Bahagian

Perkembangan Kurikulum. Putrajaya

Maizan Mat Amin, Halimah Badioze Zaman & Azlina Ahmad . 2012. Visual Haptic Teaching and

learning tool Framework for Jawi Handwriting Skills. International Conference on

Computational Science and Information Management. 1: 172-175

Mohamad Najib Abdul Ghafar 2003. Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.

Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Alwee Bin Yusoff. 2005. Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya dalam

Masyarakat Islam di Malaysia. Jurnal Usuluddin Universiti Malaya 21: 23-38

Mohd Abbas bin Abdul Latiff dan Farihatun Nadia binti Yaacob, 2010. Persepsi pelajar

terhadap program membudayakan Al-Quran dalam meningkatkan tahap

keupayaan pembacaan Al-Quran mengikut hukum tajwid ( Satu kajian di SMK

Dato’ Bentara Luar ). Fakulti Pendidikan UTM.

24
Mohd Faisal, Mohammad Zawawi & Rahimi. 2008. Celik al-Quran: Cabaran dan Realiti

dalam Pendidikan Islam di Sekolah. My Jurnal 31(1): 241-253

Mok Soon Sang .2001. Psikologi Pendidikan Untuk Diploma Perguruan Semester 1.

Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang .2009. Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar :

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Muhamad, Suhaimi .2007. Tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan model pengajaran

simulasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Masters thesis, Fakulti pendidikan.

Universiti Teknologi Malaysia.

M.Husnan Lubis.1998. Tulisan Jawi di Bahagian Utara Sumatera: Kekuatan, Kelemahan dan

Pemulihannya. Tesisis MA. Universiti Sains Malaysia.

Naziroh Ibrahim .2015. Kesan Modul Pemulihan Intensif Dan Berterusan Terhadap Kemahiran

Membaca Dan Menulis Jawi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah, Ph.d Tesis.

Fakulti Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Norizan Mat Diah , Marina Ismail, Putri Mazliana Abdul Hamid & Suzana Ahmad . 2012. A

Development of a Computer-Assisted Software (AJaW) That Encourages Jawi Writing

for Children. Journal of Education. 2(5): 130-135

25
Norina Mohd Nor.2011. Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi Murid

Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau. Tesis Fakulti Pendidikan dan Bahasa ,

Open University Malaysia Kuala Lumpur.

Nur Syamira Abdul Wahab, Maimun Aqsha Abdin Lubis & Aisyah Sjahrony .2016 . Aplikasi

Permainan Bahasa Bermultimedia Ke Arah Memacu Peningkatan Kefahaman al-Qur’an

dan Jawi. Asean Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization.

1(1): 1-12

Siti Fatimah Saufee . 2006. Penguasaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Murid Tahap Satu.

Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG Rajang 2006.: 1-17

Siti Fadzilah Solkifli .2016. Permainan Ting-Ting Minda Meningkatkan Kemahiran

Membaca Gabungan Suku Kata Jawi Dan Minat Murid Terhadap Pelajaran Jawi

Tahun 2, Tesis. Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia

Wan Zahid Wan Nordin. .1994. Pendidikan tahun 2000: Cabaran dan harapan dalam

Pendidikan Islam: Peranannya dalam pembangunan ummah. Abdul Halim

El-Muhammady (ed.). Bangi: Persatuan Bekas Pelajar Timur Tengah.

Zaiton Mustafa & Hishamuddin Salim . 2012. Factors Affecting Students’ Interest in Learning

Islamic Education. Journal of Education and Practice. 3(13): 81-86

26
LAMPIRAN

27
AUTHOR DESIGN ISSUE 1 ISSUE 2 SAMPLE/WH INSTRUMENT & LOCATION FINDING
O ANALYSIS
Asyraf Ridwan Ali (2015) Systematic falsafah pembentukan Tidak Instrumen Malaysia Ketidakfahaman dan
Literature pendidikan tamadun Islam di dinyatakan Tidak dinyatakan kurangnya pengguasaan
Review jawi Malaysia terhadap sistem ejaan jawi
terkini dalam kalangan
Analisis generasi kini akan terus
analisis kandungan diwarisi dari generasi
kepada generasi
seterusnya sekiranya tidak
diambil tindakan segera.
Nur Syamira Abdul kualitatif Aplikasi Peningkatan Tidak Instrumen Malaysia Kajian ini dapat membantu
Wahab (2016) Permainan Kefahaman al- dinyatakan Tidak dinyatakan dan memudahkan para
Bahasa Qur’an dan Jawi pelajar mahupun orang
Bermultimedi awam untuk mudah
a Analisis memahami serta mampu
analisis kandungan menerokai kefahaman al-
Qur’an dengan lebih jelas
dan boleh menguasai
kemahiran Jawi
Azarudin Awang Kuantitatif Tahap Kalangan Pelajar 500 orang Instrument Uitm Penemuan kajian
Azman Che Mat kualitatif Pembacaan Di Uitm pelajar Soal selidik Terengganu, menunjukkan bahawa
Ahmad Nazuki Al-Quran Terengganu diploma tahun Temu bual Malaysia kemampuan para pelajar
Marzuki Yaakub ( 2011) akhir Uitm Persampelan adalah sederhana dalam
Terengganu aspek asas pembacaan al-
Analysis Quran dan dalam aspek-
SPSS versi 12.0 aspek tertentu masih
ramai pelajar agak lemah

Norizan Mat Diah (2012) Kualitatif A Encourages Jawi children Instrumen Malaysia They found that these
Development Writing for between the Observation elements were attractive,
of a Children ages of 4 to 6 interactive and user
Computer- years old Analysis friendly. All the

28
Assisted Tidak dinyatakan participants had high level
Software of comprehension when
doing activities such as
colouring, scribbling and
tracing
Maizan Mat Amin Kualitatif Visual Haptic Learning tool Tidak Instrumen Malaysia Based on previous work,
Halimah Badioze Zaman Teaching framework for dinyatakan Pemerhatian vasual haptic applications
Azlina Ahmad (2012) Jawi handwriting can be good learning
skills Analisis medium to support the
Tidak dinyatakan learning of handwriting
skills.
Zaiton Mustafa Kualitatif Factors Learning Islamic Six Form Four Instrumen Malaysia The finding indicate that
Hishamuddin Salim Affecting Education students Temu bual the factors that influens
(2012) Students’ pemerhatian student in learning Islamic
Interest education is, Learner’s
Analisis initial interest and
Tidak dinyatakan diversity in learning,
parents’ influence, Islamic
Education Teachers’
influence, Curriculum of
Islamic education and The
Use of Jawi script in
Teaching and Learning
Islamic Education

Akmariah Mamat Kualitatif masalah Kaedah Murid tahun 1 Instrument Malaysia Kaedah pengajaran perlu
Sofiah Ismail penguasaan Pengajaran Dan sekolah Ujian dipelbagaikan mengikut
(2010) jawi murid Pembelajaran kebangsaan Pemerhatian keperluan pelajar yang
Tahap Satu Guru Pemulihan Temu bual mempunyai tahap
Jawi pengetahuan yang berbeza
Analisis dalam penguasaan Jawi

29
Tidak dinyatakan bertujuan memudahkan
pelajar memahami
pengajaran guru dalam
suasana gembira dan
tanpa rasa terpaksa.

Naziroh Ibrahim (2015) Kualitatif Kesan Modul Kemahiran Murid tahun 5 Instrumen Malaysia Hasil kajian menunjukkan
Kuantitatif Pemulihan Membaca Dan Sekolah Ujian bahawa terdapat
Intensif Dan Menulis Jawi kebangsaan Temu bual perbezaaan skor min
Berterusan Dalam Kalangan Pemerhatian pencapaian yang signifikan
Murid Sekolah dalam aspek kemahiran
Rendah Analisis bacaan suku kata,
MANOVA perkataan, dan rangkai
kata dan ayat mudah bagi
murid yang mengikuti
pembelajaran berasaskan
modul (MPIB).
Arifin Bin Mamat kuantitatif Student’s The Teaching And 112 male and Instrumen Malaysia The findings also revealed
Rohani Binti Kamis Perceptions Learning Of Jawi 143 female Soal selidik that there are several
Adnan Abdul Rashid (Arabic Letter) year six methods applied by
(2012) Under J-QAF students Analisis teachers in teaching Jawi.
Programme Descriptive statistical It was also found that
analysis students have positive
perceptions towards Jawi
subject.
Ahmad Faisal Abdul kualitatif Penguasaan Dalam kalangan Pelajar-pelajar Instrumen Malaysia Kesimpulan yang dapat
Hamid & Noralina Tulisan Jawi Mahasiswa IPTA Soal selidik dirumuskan ialah
Abdullah Pengajian Islam penguasaan tulisan Jawi
(2009) Analisis dan aplikasinya di
Tidak dinyatakan kalangan mahasiswa
pengajian Islam berada
pada tahap yang rendah.
permasalahan tersebut

30
berpunca daripada
responden sendiri yang
tidak dapat menguasai
tulisan Jawi sepenuhnya.
Siti Fadzilah Solkifli kaulitatif Permainan Meningkatkan Enam orang Instrumen malaysia Pengkaji mendapati
(2016) Ting-Ting Kemahiran murid tahun 2 bahawa permainan “Ting-
Minda Membaca Ujian Ting Minda” ini banyak
Gabungan Suku Pemerhatian memberi kesan yang
Kata Jawi Dan Temu bual positif kepada peserta
Minat Murid kajian dari segi minat dan
Terhadap Analisis kemahiran membaca suku
Pelajaran Jawi Tidak dinaytakan kata Jawi
Tahun 2

31
Nama : Abu Bakar Bin Abdullah

Pensyarah : Dr. Mohd Khalid Mohamad Nasir

Tugasan : Dapatkan satu contoh instrumen kajian (soal selidik) dan nyatakan maklumat

berikut; ia diadaptasi dari mana?, kesahan dan kebolehpercayan intrumen?

1. Maklumat kajian

i. Tajuk : Talaqqi Musyafahah Guru dalam bidang Tilawah al-Quran j-QAF: Satu kajian
di Daerah Kota Kinabalu. Tesis Sarjana Pendidikan UKM.
ii. Pengkaji : Hafit Hidayah Binti Ajmain (2015)

2. Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen.

i. Instrumen kajian diadaptasi dari Bryman & Cramer(1999), Azhar (2006)


dan Jasmi( 2011)
ii. Kesan kandungan instrument yang dibina oleh pengkaji telah dirujuk kepada penyelia
dan panel rujukan yang terdiri daripada pensyarah Institut Pendidikan Guru Negeri
Selangor dan Sarawak.
iii. Kajian rintis telah dilakukan dengan memilih 30 orang responden sebagai sampel
iv. Kebolehpercayaan instrumen menggunakan kaedah Alpha Cronbach dengan perincian
seperti berikut
 Awal pengajaran : 0.879
 Perkembangan pengajaran : 0.893
 Penutup Pengajaran :0.834
 Bahan bantu pengajaran :0.803

Jumlah keseluruhan sebanyak 0.860 melebihi 0.70 seperti yang dinyatakan oleh Sekaran (1992)

3. Set Soal Selidik

32
Di dalam sesi pengajaran tilawah al-Quran j-QAF, saya…………

BIL ITEM SKALA


PERMULAAN PENGAJARAN YA TDK CATATAN
B1 Membaca doa belajar bersama murid
B2 Menarik tumpuan ketika memulakan pembelajaran
B3 Memastikan murid bersedia mengikut konsep Talaqqi
Musyafahah( bersemuka)
B4 Menepati waktu pengajaran
B5 Menyusun langkah pengajaran bersistematik
B6 Pengajaran dengan set induksi yang pelbagai
B7 Memulakan pengajaran dengan meminta salah seorang
murid membaca sepotong ayat al-Quran sebagai
pengenalan ayat yang akan dipelajari
B8 Memberi pujian kepada pelajar sebagai motivasi
B9 Menguji pengetahuan sedia ada murid
B10 Sentiasa melakukan pembetulan bacaan al-Quran murid
PERKEMBANGAN PENGAJARAN YA TDK CATATAN
B11 Menjelaskan nama surah dan ayat al-Quran
B12 Memperdengarkan contoh bacaan ayat al-Quran yang baik
B13 Menterjemahkan bacaan ayat al-Quran
B14 Membaca al-Quran dengan fasih dari segi makhraj
B15 Membaca al-Quran dengan fasih dari segi sifat huruf
B16 Membaca al-Quran dengan hukum tajwid yang tepat
B17 Membaca al-Quran dengan kadar sederhana ( tartil)
B18 Membaca ayat demi ayat mengikut tahap penguasaan
murid
PERKEMBANGAN PENGAJARAN YA TDK CATATAN
B19 Membaca keseluruhan ayat yang akan diajar tanpa melihat
tahap penguasaan murid
B20 Membaca al-Quran dengan nada suara terang
B21 Membaca al-Quran dengan nada suara nyata
B22 Memberi penerangan pengajaran dalam kumpulan murid
yang besar
B23 Mengarahkan murid mengikut bacaan guru secara
berkumpulan
B24 Menjelaskan hukum tajwid yang terdapat dalam ayat al-
Quran
B25 Menjelaskan cara membaca hukum tajwid yang telah
dikenalpasti
B26 Menekankan kualiti bacaan murid mengikut tajwid
B27 Menggunakan mushaf al-Quran Rasm Uthamni sebagai
teks utama
B28 Memastikan murid berhenti ( waqaf) yang betul
B29 Memastikan murid memulakan ( ibtida’) dengan betul

33
B30 Memberikan pengukuhan terhadap hukum tajwid
B31 Melakukan aktiviti soal jawab
B32 Memastikan murid mendengar dengan baik contoh bacaan
guru
B33 Memastikan murid melihat dengan teliti cara guru
menyebut huruf
B34 Memerhatikan murid menggerakkan bibir dengan tepat
ketika menyebut huruf dan hukum tajwid
B35 Mengarahkan murud menggunakan penanda ketika
memerhatikan ayat bacaan guru.
B36 Memastikan murid faham hukum-hukum tajwid
B37 Memastikan murid membaca secara senyap semasa guru
memberikan bacaan contoh
B38 Menggunakan kaedah tasmik untuk menilai bacaan murid
B39 Menggalakkan murid membaca al-Quran dengan berlagu
B40 Menekankan adab semasa mengulang bacaan guru
B41 Menekankan suara teratur semasa mengulang bacaan guru
B42 Menggunakan bahasa yang mudah ketika pengajaran al-
Quran
B43 Menggunakan kaedah yang menarik ketika menunjukkan
cara sebutan dan bacaan yang betul
B44 Memastikan murid tidak mengulangi kesalahan bacaan
yang sama
B45 Menggalakkan murid menggunakan kaedah tikrar(
penguulangan)
B46 Membahagikan murid kepada kumpulan kecil untuk
menyemak pencapaian bacaan
B47 Melantik murid terus untuk menyemak bacaan rakan
B48 Menggalakkan murid membimbing bacaan rakan
B49 Menilai bacaan al-Quran setiap murid untuk direkod
B50 Merekod prestasi bacaan murid
B51 Menggunakan teknik yang berbeza mengikut perbezaan
individu dalam pengajaran
B52 Menghargai murid yang berkebolehan
B53 Memupuk minat murid agar suka membaca al-Quran
B54 Menunjukkan sikap positif terhadap murid yang lemah
B55 Memberi perhatian terhadap kumpulan pelajar yang lemah
B56 Membuat latih tubi kepada pelajar yang lemah
B57 Dapat mengawal kelas dengan baik
B58 Menyampaikan pengajaran tilawah al-Quran dengan
sahsiah yang menarik
B59 Menggalakkan penglibatan aktif murid
B60 Memberi penghargaan kepada murid
B61 Menggunakan masa sebaiknya
B62 Memperuntukkan waktu untuk murid yang lemah

34
PENUTUP YA TDK CATATAN
B63 Merumuskan pengajaran tilawah al-Quran di akhir
pengajaran
B64 Menilai kefahaman bacaan murid dengan mengajukan
soalan yang berkaitan tajuk.
B65 Membuka ruang perbincangan
B66 Memberi jawapan persoalan murid
B67 Membuat pengukuhan isi pengajaran
B68 Menggalakkan murid menilai kelemahan
B69 Menyediakan waktu tambahan diluar pengajaran
B70 Sentiasa memberi nasihat kepada murid
B71 Membekalkan tugasan ayat tertentu sebagai latihan.

BAHAN ABM YANG DIGUNAKAN DALAM PDP

ITEM SKALA
ALAT BANTU MENGAJAR YA TDK CATATAN
C1 CD al-Quran
C2 LCD
C3 Komputer
C4 e-book al-Quran
C5 OHP dan transparensi
C6 Peta minda hukum tajwid
C7 Video al-Quran
C8 Kaset al-Quran
C9 Mushaf al-Quran Rasm Uthmani
C10 Kad imbas kalimah al-Quran
C11 Gambar rajah
C12 Papan tulis
C13 Blog model 6 bulan khatam al-Quran
C14 Iqra’
C15 Kad huruf hijaiyah
C16 Carta al-Quran
C17 Slaid power point
C18 Grafik al-Quran
C19 Lembaran latih tubi
C20 Kertas majong
C21 Senarai rujukan laman-laman web al-Quran

35

You might also like